Saturday, February 16, 2008

Tunggul Kayu, Kenyataan Mahathir
Dan Pendapat Terbaru Khir Toyo….

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati rakyat Malaysia supaya berfikir dengan penuh hikmah sebelum mengundi BN dalam PRU12. Kata Tun Mahathir, sekiranya calon itu hanya “tunggul kayu” dan rasuah “rakyat tidak sepatutnya mengundi mereka sekalipun mereka mewakili BN.”

Kenyataan Mahathir disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai menghasut. Sebenarnya, kenyataan itu berasaskan maklumat yang sampai ke telinga Mahathir. Contohnya adalah seperti di bawah ini:

Voters Go For Candidates Than Party, Says Khir

KUALA SELANGOR, Feb 16 (Bernama) -- Two recent surveys indicate that the majority of voters in the Klang Valley rely on the candidate than the party in picking their elected representative, Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo said here.

He said the surveys, conducted by the Selangor Barisan Nasional (BN), showed that between 50 and 70 per cent of the respondents looked at the personality of the candidate rather than the party when making their choice in an election.

The surveys revealed that the mindset of voters had changed, signalling that the Selangor BN must ensure that its candidates in the Klang Valley must be well qualified and acceptable to the voters, he told reporters after launching the Sekinchan Smart Community programme at the Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan in Sekinchan near here last night.

As such, the criteria for choosing election candidates in Selangor included good educational background and good interpersonal skills, he said, adding that good looks would be an added advantage.

Khir said this new trend was also apparent among the Indian voters in the Batu Caves state constituency, adding that Selangor BN had to propose more than one potential candidate from the MIC to gauge their popularity and acceptance.

He also called on voters in Sekinchan to return the BN to the state seat held by the DAP. – BERNAMA [http://www.bernama.com]

Mingguan Wasilah meminta komen saya mengenai kenyataan Mahathir. Jawapan saya kepada akhbar tabloid yang akan terbit esok adalah seperti berikut:

“Tun Mahathir seorang negarawan. Beliau pemikir soal bangsa yang kritis dan futuristik. Beliau banyak membaca. Beliau banyak mengkaji. Kepada saya, apa yang Tun Mahathir suarakan perlu dikaji secara dalam. Kepada saya, kenyataan itu ibarat “pukul anak sindir menantu”.

Bila Tun Mahathir minta rakyat berfikir panjang sebelum mengundi, kenyataan itu mesti dibaca bersama kenyataan beliau yang meminta rakyat menilai sama ada seseorang calon dalam PRU12, waima BN, adalah “tunggul kayu”, rasuah, penipu dan tidak mempunyai akauntabiliti kepada rakyat. Saya katakan ini kenyataan “pukul anak sindir menantu” kerana Tun Mahathir mahu menghantar isyarat kepada kepimpinan mutakhir supaya calon-calon BN dalam PRU12 ini adalah berwibawa, jujur, ikhlas dan mempunyai komitmen tinggi terhadap rakyat dan kesejahteraannya.

Maknanya, Tun Mahathir mahukan Datuk Seri Abndullah Ahmad Badawi “bersihkan” UMNO, kerajaan dan BN menerusi pemilihan calon PRU12. Ini membuktikan Tun Mahathir terus prihatin terhadap keunggulan UMNO, BN dan kerajaan.

Pastinya Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan itu setelah beliau membaca sikap pengundi di zaman ini, di mana mereka lebih menentingkan personaliti daripada soal parti.

Sebagai blogger sosio-politik, saya sering menerima komen seperti ini daripada kalangan mereka yang memberikan komen. Saya rasa sikap ini seolah-olah menyeluruh di kalangan generasi muda dan golongan profesional. Mereka mengambil sikap ini kerana mereka jelak dengan desas-desus rasuah, skandal rasuah dan salahguna kuasa dan sebagainya yang berlaku hari ini.

Jadi, kepimpinan BN kenalah sensitif terhadap kenyatan Tun Mahathir ini. Ambillah semangat kenyataan ini secara positif dan proaktif demi UMNO, BN dan kerajaan. Tapi, kalau kenyataan Tun Mahathir ini disifatkan negatif dan ditafsir dari sudut yang serong, ambillah risiko sendiri kalau sesuatu mengejutkan berlaku menerusi PRU12 ini.

Jangan kata tidak ada negarawan yang pernah bersuara tentang hal ini! Lagipun, memang sudah sampai masanya kita ketengahkan golongan yang berwibawa dan berkemampuan memperjuangkan rakyat kerana zaman menuntut kita sentiasa memperkasakan perjuangan kita!
- Ruhanie Ahmad

11 comments:

Berita dari gunung said...

Dato,

Calon, parti dan undi. Terlebih dulu syabas kepada Khir Toyo kerana sanggup menterjemah kajian persepsi yang telah dibuat. Ia bertepatan dengan kaedah penapisan calon.

Bukankah BPR terlebih dulu mesti beri lampu hijau dan pada masa yang sama tidak ada kes bangkrupsi. Itu adalah panduan asas untuk meletakkan tag tahap kebersihan seseorang.

Namun masyarakat masih boleh membentuk persepsi sendiri. Calon atau bakal calon masih dilihat tidak baik walaupun BPR tidak mampu mengesan sebarang titik hitam.

Gelaran Mr 10 Percent sering diberikan kepada mereka yang berwajah dan dengan rekod bersih. Persepsi masyarakat mampu bergerak dan menular. Penggemar golf sering melihat ahli politik mengira stroke dengan 5K satu lubang. Setakat menang atau kalah 60K untuk 18 lubang tidak menghairankan. Orang kecil sebut K sebagai Kupang, orang besar sebut K sebagai Kilo atau Thou.

Dalam sejarah politik, ada ketikanya pengundi benar-benar memilih calon. Sabah dan Sarawak sering melihat keadaan ini terutamanya bila tokoh penting bertanding. Tiga kali bertukar parti pun, tokoh-tokoh tertentu tetap terpilih.

Ada juga yang bertanding sebagai calon bebas tapi rakyat masih mahu, lalu diberi tiket ke Dewan Undangan Negeri.

Tahniah awal untuk bakal-bakal calon!Jika anda menang, glamour adalah milik anda. Anda boleh tanya Azmi apa maksud glamour.

Namun anda masih boleh bersikap jujur dan bertanggungjawab. Anda masih boleh memperjuangkan nasib masyarakat yang anda wakili nanti, walaupun itu bukan trend dan fesyen dewasa ini.

Terima kasih.

kudakepang said...

Berita, terima kasih.

Kenyataan Khir membuktikan amaran Tun Mahathir benar. Jadi, jangan salah sangka.

Harap BN pusat sedar akan hakikat ini.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Kamalkamal said...

Datuk,

Perkataan tunggul kayu ini saya dengar sejak tahun 1999. Sebelum PRU 1999, PM masa itu Tun Dr. Mahathir telah meminta orang kanan bertemu beberapa pemimpin UMNO Bahagian tersebut untuk memilih calun dalam Parlimen berkenaan kerana wakil rakyat yang sedia ada adalah penyokong Anwar. Maka berkatalah pemimpin yang ditemui tersebut...Parlimen ini kalau di letakkan tunggul kayu pun boleh menang asalkan BN...!!!

lamandau said...

Adalah amat sukar bagi BN untuk memilih calon yang bolih memenuhi kriteria yang disebut TDM. Kalau pra-syarat yang dibuat oleh Pak Lah agar semua calon harus di clearkan oleh BPR, saya ingat dalam malaysia nihanya tinggal Nik Aziz seorang aje!!! Yang lain tak lulus saringan BPR!!!!Pak Lah "must walk his talk" kalau tidak sukar untuk mencapai 2/3 majoriti.

Saya saran kan proses pemilihan calun harus dilakukan di grassroot lagi. Ahli2 harus diberi peluang untuk menyatakan siapa yang layak menjadi calun, bukan dibuat pengsyoran hanya oleh dua tiga kerat AJK bahagian. Kekerapan nama sesaorang itu di sebut menandakan ianya mempunyai sokongan kuat dari bahagian itu!! Nah, itulah calon nya!!Simple? Kuda2 tua tu ketepikan lah . Mereka ni merupakan 'spent force'dan menjadi laibility kepada parti, kerajaan dan negara. Ada yang masih mencuba2 untuk mempamerkan diri mereka masih relevan. Mike Tyson masih hendak! Rahim Tamby cik juga berminat sedangkan ekornya penuh dengan tahi!! Jadi biarlah kotakan janjinya......kita ,lihat dari jauh aje lah.

Mohd Hilmi Ramli said...

Dato'

Saya ada tulis 'Warkah Buat Teman', merayu pengundi2 muda supaya kritis ketika mengndi.

Ada di sini http://warkah-buat-teman.blogspot.com/

selamat membaca!

Unknown said...

I go for candidate too. Someone who is clean, honest, hard working, and easily available and contactable + humble. Someone who is always around when in need. Not someone who is so bz meeting and more occupied than the PM !

Hovidpure said...

Salam Dato'

Dari pengamatan yang ringkas, saya kira pengundi (Melayu khususnya) sejak beberapa lama dulu pun telah pandai memilih calon (membedakan antara parti dan calon).

Kemenangan Dato' Shahril Samad di JB (Bebas) dan Tengku Razaliegh di Gua Musang yang bertanding atas tiket Semangat 46 sebagai contoh. Dua kes ini membuktikan pengundi mengundi berdasarkan calon.

Saya kira, andainya (insyaAllah, semoga terbuka pintu hatinya) di Parlimen Parit Sulong tubuh badan calun dalam PRU-12 ini nanti katakan Dato' Ru---ie Ahmad, sekalipun atas tiket Bebas, beliau akan mendapat sokongan majoriti

Maaf, saya masih degil dan mengharap.

Note:
Bertanding sebagai calon bebas bukan bererti menderhaka kepada parti tetapi dengan niat membetulkan parti yang dicintai. Lebih dari itu membantu menyuarakan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara di Dewan Rakyat.

Salam takzim.

sniper said...

sudah tiba masanya anak melayu bangkit johor bangkit 'mengajar' melayu utara supaya faham bahawa anak johor bukan buta..letak tunggul pun boleh menang ..

ini bukan sebab sentimen kenegerian, tapi mungkin "sudah perangai depa ni, gebang aja besaq..pi mai pi mai, tang tu jugak." semakin dibiarkan, seinci-demi-seinci, tanah melayu bakal digadai..letak la nama apa pun, gadaian sementara /pajakan /tebus guna.. hakikatnya tanah rezab melayu jugak jadi sasaran..

majoriti 2/3 BN menyebabkan Pak Lah & CO. boleh buat apa sahaja yang disukai..tapi bayangkan keadaan jika 60:40 ..sudah pasti pemerintah tetap BN, cuma tahap berhati-hati, cermat , telus dan bersungguh-sungguh akan ketara..

bukankah itu yang kita mahukan.. kita mahukan menteri dan YB yang bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat .. maka PRU 12 inilah cara untuk mengajarnya ..biarlah PAS/Keadilan/Bebas, asal melayu , kita undi .. tapi kalau yang bertembung tu non-malay , kembalilah pada asal ..

Islam Hebat said...

pimpinan umno di bawah Abdullah Ahmad badawi memang banyak yg tak bersih "tunggul kayu", pada pendapat saya Abdullah Ahmad Badawi sendiri "tunggul Kayu" kalau org bawahan bersih macam mana sekalipun kita takkan nampak keredibiliti dan kemampuan UMNO/BN juga, mau tak mau PRU12 ini Rakyat perlu menidakkan majoriti 2/3 BN untuk menjatuhkan kepala "tunggul Kayu" (Abdullah Ahmad Badawi)
sama2 fikirkan...

pemerhati said...

Salam kpd Dato dan pembaca.

Kawan memberi komen di ruang ini ingin menasihati semua warga Msia cintakan kedaulatan negara supaya memilih kerajaan yang boleh mempertahankan kedaulatan negara dan membela bangsa.

Kawan merayu semua pengundi terutama melayu Johor jangan mudah lupa. Ingat!!! WPI adalah wilayah dikuasi negara jiran. Akhirnya anak bangsa kita akan tergadai jika kerajaan BN di berikan mandat untuk memerintah.

Salam Perjuangan

azman said...

Dr Mahathir bukan seorang Negarawan. Beliau adalah seorang Kapitalis. Kalau kita telusuri secara cermat dan tanpa bias, kekalutan dan kecacamarbaan yang negara kita alami sekarang ini, bersumber dari beliau. Maaf kalau kenyataan ini keterlaluan. Tapi itulah hakikatnya. Tuan-tuan akan temui kebenaran kata-kata saya dengan syarat tuan-tuan selidiki secara mendalam dan mendalam dan mendalam dan mendalam dan tanpa bias iaitu tanpa ada rasa suka atau pun benci sekelumit pun terhadap Dr Mahathir. Kumpul segala maklumat dan susun. Setelah "jigsaw" siap tersusun, anda akan lihat satu gambar yg lengkap tentang siapa Dr Mahathir.

Kemurnian Dr Mahathir hanya "on the surface". Jangan terpedaya. Kalau kita scratch the surface, nampaklah kebobrokan beliau. Beliau sendiri pun tak sedar akan hal ini. Beliau ingat diri beliau seorang yang baik, bagus. Memang niat beliau baik. Tapi tak semua orang sempurna. Janganlah fikir diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri-ciri seorang yang ada "wisdom" ialah mendengar juga pendapat orang lain. Bagi saya Dr Mahathir hanyalah setakat seorang yang " very clever" sahaja. Tak lebih dari itu.