Wednesday, February 13, 2008

Tiada Pembubaran Parlimen Esok

BANGI, 12 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tiada pembubaran Parlimen esok bagi memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-12.

“Tak adalah, esok tak ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan empat program serentak iaitu Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Salleh di sini.

Ditanya adakah esok mesyuarat kabinet terakhir sebelum parlimen dibubarkan beliau berkata: "Apakah yang membuatkan anda terfikir bahawa ia adalah mesyuarat kabinet yang terakhir,” katanya.

Berita sepenuhnya, sila akses:
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313493

4 comments:

Kamalkamal said...

Datuk,

Mungkinkah Dewan Parlimen akan dibubarkan hari ini 13/02/2008. (1+3) = 4. Angka yang di minati PM tercapai jua.

azhar said...

Tanda-tanda orang munafik itu bila bercakap , bercakap bohong..
kalau imam dah berbohong apatahlagi murid-murid..sungguh tak boleh dipercayai..
wassalam

zeme said...

siakap senohong, bercakap bohong..?
apa dah jadi dgn 'mr clean' ni.. memalukan.. lagi memalukan memperbodohkan, mempertawakan, pertanyaan wartawan semasa di UKM bangi tentang pembubaran parlimen.. menafikan dan mengesahkan tiada pembubaran pada 13 Feb, tetapi kini semua sudah tahu 'mr clean' telah mengumumkan pembubaran parlimen berkuatkuasa pada 13 Feb.. maka inikah krebiliti seorang bergelar PM?
Pak Lah yang cuba madah berhelah..

kudakepang said...

Saudara Kamal, Azhar dan Seme, terima kasih.

Agak akedamik untuk saya ulas lagi hal ini. Bagaimanapun, sudikanlah baca cetusan minda saya dalam posting-posting lain mengenai PRU dan masa depan mELAYU/ISLAM MALAYSIA.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad