Wednesday, February 13, 2008

Terbaru:
Penamaan Calon

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa hari penamaan calon dijangka pada 21 Februari 2008 sementara hari pembuangan undi adalah pada 1 Mac 2008.

Dalam PRU12 ini terdapat lebih 10.9 juta pengundi. – Ruhanie Ahmad

4 comments:

Hovidpure said...

Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong perangai Dollah Bedawi.
Ada menantu namanya khairy.
Harta rakyat habis dia curi.

Ada menantu namanya khairy.
Harta rakyat habis dicuri.
Kehulu kehilir setiap hari.
Menipu merompak membohong mencuri.

Kehulu kehilir setiap hari.
Menipu merompak membohong mencuri.
Itulah amalan Dollah Badawi.
Imam Besar Islam Hadhari.

Itulah amalan Dollah Badawi.
Imam Besar Islam Hadhari.
Pembantu rumah dia buat isteri.
Kerana dia tiada harga diri.

Pembantu rumah dia buat isteri.
Kerana dia tiada harga diri.
Ikut telunjuk menantunya khairy.
Pemuda dajal yang tak sedar diri.

Ikut telunjuk menantunya khairy.
Pemuda dajal yang tak sedar diri.
Ingatlah saudara dan saudari.
Jauhi UMNO, selamatkan diri.

Ingatlah saudara dan saudari.
Jauhi UMNO, selamatkan diri.
Demi bangsa dan agama sendiri.
Undi UMNO, bala yang mari.

Demi bangsa dan agama sendiri.
Undi UMNO, bala yang mari.
Ingatlah saudara dan saudari.
Kepada PAS dan Keadilan undi diberi

Ingatlah saudara dan saudari.
Kepada PAS dan Keadilan undi diberi
Agar hidup kita diberkati.
InsyaAllah nyaman sampai kemati

Unknown said...

teruja dengan pantun yang disiarkan.
lagi baik di jelaskan maknanya.
juga di selitkan beberapa ayat Al-Quran bagi menerangkan setiap hukum dan peraturan yang di laksanakan.
sama-sama kita fikirkan masa depan ugama, bangsa, bahasa dan tanahair.

sniper said...

arab badwi sibuk membawa kendi
katanya diberi orang dari Pekan
terus berjuang dan terus mengundi
ketuanan Islam tetap ditegakkan

Orang dari Pekan menggulai kelah
arab badwi pula membuat kebab
Biar apa juga ijtihad dan hujah
Ingatlah ALlah yang akan menghisab

kudakepang said...

Sofi, Dasuki & Sniper. Terima kasih.

Nak berpantun? Kunjungilah blog puisi kelolaan saya panggilan- pertiwi.blogspot.com. Puisi atau pantun ini adalah satu daripada kontennys:

Pantun Rakyat

padi diruntun di manjalara
menyeri ukiran jejambat kota
ini pantun penglipurlara
bagi hiburan rakyat jelata

indah santun perwira desa
resmi kesayangan inderapura
kisah pantun dewa berkuasa
di bumi kayangan bonekapura

dupa cendana pemuja jiwa
penuh seni merawi restu
boneka perdana si raja dewa
si jin serani sang dewi ratu

langkasari tempat kembara
dusun mainan si puteramaya
boneka dipagari empat bentara
susun hidupan hamba sahaya

rama-rama penyeri batu
mewarna maya indah berseri
bentara utama si dewi ratu
bentara dua namanya khairy

segara lingga kuala sedili
kuala langkat tasik duniawi
bentara tiga si mullahkali
bentara empat patrick badawi

duri siakap juadah tertua
himpun hidangan selera pura
ini rangkap madah petua
rukun kayangan bonekapura

pulau akar teluk belungkur
kota istirehat pari cendana
kalau sukar untuk berdengkur
minta nasihat boneka perdana

sampan kolek layar sehasta
belah segara tanpa berenjin
idamkan projek berjuta-juta
pujuklah mesra maharatu jin

tambak johor tanjung puteri
kota idaman aman saujana
hendak masyhor cari khairy
jika enggan badan merana

dari bentan ke inderagiri
perahu sarat si padi paya
lobi setan si mullahkali
tentu sangat menjadi kaya

beringin jati jangan diraut
sakti bijak anak langkawi
teringin jadi jutawan laut
ikuti jejak patrick badawi

di tanjung katong airnya biru
tempat berkelah si anak dara
kalau kantong kering berdebu
cepat rompaklah ke ecm libra

ombak berkocak di pantai irama
tempat berkelah melerai saraf
hendak bijak bermain drama
cepat carilah sang dewa hindraf

teluk datai indah saujana
wilayah pusaka dewi kemasik
untuk gadai maruah negara
carilah puaka dari temasik

simpang kiri kota belantara
taman pendita keris berjunjung
ku akhiri kata penglipurlara
dengan kata tanpa penghujung

kota sagil di pinggir lembah
kota tempat dewa bersinggah
dewa adil dewa disembah
dewa khianat dewa disanggah?

Ruhanie Ahmad
Kajang
19 Januari 2008-01-20

[dideklamasikan di majlis puisi seri Gombak, Selangor]

Salam takzim - Ruhanie Ahmad