Terbaru:
Parlimen Dibubar
Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa Abdullah telah dipanggil mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada jam 11.00 pagi tadi. - Ruhanie Ahmad
Parlimen Dibubar
Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa Abdullah telah dipanggil mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada jam 11.00 pagi tadi. - Ruhanie Ahmad
4 comments:
Salam..
Tok, siapa yang terpedaya? Siapa yang memperdaya dan siapa yang diperdayakan? Hanya Tuhan saja yang tahu.
Cuma yang pasti, orang itu bukanlah a good liar. Kejap cakap tak, kejap cakap ya..
He is indeed a flip-flop person!!
Apa2 pun, inilah masanya yang akan menentukan, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah..
Good Bless Us All..
HESMEL FAZNEE FAISAL
Salam tok kk...
Apahal AAB ni, semalam cakap tak, tapi hari bubar. Dah teruk ni tok, rasanya dah macam orang nyanyuk je.
Rasanya kalau jumpa ular dengan dia, belasah je dia. Cakap belit-belit.
menyokong orang yang nyata dan jelas bohong, takut nanti kita pula terikut berbohong, sedangkan kita tahu bohong itu haram, berdosa.
diakhirat nanti tak dapat nak bohong sebab 2 Malaikat sentiasa merakam dan menulis setiap amalan kita.
apa pun jika pemimpin itu bohong dan menipu nanti Allah akan azab dia, dan kita jangan menyokong apa yang dibohongnya itu.
Saudara Hesmel, Syakas, Dasuki. Terima kasih.
Untuk berkongsi sentimen dengan anda, di bawah ini saya poskan tulisan blogger ketua perusuh yang saya cedok dan siarkan dalam blog maisuara.blogspot.com seperti berikut:
Thursday, February 14, 2008
Munafik Besar!
Ketua Perusuh
Beberapa hari yang lalu saya ada menulis mengenai perangai pemimpin No 1 negara, Abdullah Ahmad Badawi yang suka menipu. Kini terbukti beliau melakukannya sekali lagi. Penipuan yang dilakukan secara tidak tepat memang menjatuhkan maruah beliau malah menyebabkan ramai yang kini tidak akan mempercayai apa sahaja yang Abdullah Ahmad Badawi katakan.
Ada satu cerita lama yang diceritakan oleh AESOP (seorang penglipurlara Yunani) pada satu masa dahulu berkaitan dengan seorang budak pengembala kambing yang suka menipu. Kesan dari tindakan suka menipu yang dilakukan olehnya akhirnya membawa nasib yang malang kepadanya apabila semua orang sedar akan penipuan yang dilakukan.
Abdullah Ahmad Badawi semalam (12hb February 2008) menegaskan bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen Malaysia pada tanggal 13hb February 2008 namun hari ini terbukti kata-kata Abdullah Ahmad Badawi hanyalah penipuan semata-mata.
Jika pengasas Islam Hadhari pun tidak mengambil berat atas sikap menipu, maknanya Islam Hadhari memang menggalakkan penipuan dilakukan (mungkin dihalalkan). Sikap menipu ini memang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W yang merujuk kepada sikap Abdullah Bin Ubai (ketua munafik Mekah) pada masa tersebut. Dalam Islam, orang yang suka menipu diklasifikasikan sebagai munafik.
Lagi: http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/02/13/munafik-besar/
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Post a Comment