Sokongan Pengundi Melayu
Jangan Diambil For Granted
Lamandau
Dalam posting - Mengimbas Kembali Manifesto BN Dalam PRU11 (3) - saya kemukakan persoalan mengapakah kebelakangan ini timbul anggapan di kalangan pemimpin kita seolah-olah undi orang Melayu kurang penting untuk memenangkan BN dalam PRU12? Saya juga katakan, jika anda kurang faham akan hakikat ini, kajilah sendiri majoriti kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya kebelakangan ini dan pastikan, tidakkah kenyataan mereka membuatkan orang Melayu, termasuk warga UMNO, berasa dipinggirkan, jengkel dan jauh hati?
Di bawah ini saya siarkan sepenuhnya reaksi seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian. Reaksi beliau seolah-olah membuktikan bahawa keprihatinan hati kecil saya ketika ini adalah benar dan hakiki.
Sebagai seorang ahli UMNO, saya amat optimis BN akan menang dalam PRU 12. Cuma tahap kemenangannya yang menjadi teka-teki semua aktivis UMNO. Saya amat terpanggil untuk berkongsi sentimen orang Melayu dengan Datuk. Rata-rata orang Melayu menganggap pemimpin negara sekarang ini mengambil orang Melayu "for granted". Orang-orang Melayu rasa terpinggir dalam keadaan semasa memandangkan pemimpin hanya sibuk melakukan damage control di kalangan bangsa lain.
Untuk makluman Datuk, orang Melayu rata-rata terguris hati mereka berikutan dengan dakwaan Hindraf. Dakwaan melulu Hindraf betul-betul membuat orang Melayu rasa terhina dan rasa bersalah kerana dituduh sedemikian rupa oleh aktivis Hindraf yang saya amat yakin bersifat chauvanist dan racist.
Orang Melayu rasa kecewa kerana selama ini kaum India tidak pernah memberitahu kita tentang kedaifan mereka. Persoalan yang mungkin timbul di kalangan orang Melayu hari ini ialah: adakah peminggiran benar-benar berlaku ke atas kaum India. Sehingga kini saya belum terbaca dakwaan kaum India itu disertakan dengan statistik tertentu untuk memperkuatkan hujahnya.
Dalam hal yang sama, saya juga gagal untuk membaca hujah-hujah pemimpin kerajaan berserta dengan statistik untuk menafikan dakwaan kaum India. Saya berharap sangat kalau-kalau ada pemimpin Melayu – Menteri-Menteri, KSN, KSU atau ketua jabatan - mengeluarkan statistik untuk menunjukkan kedudukan kaum India sebenarnya. Seterusnya, bagaimana pula kedudukan golongan profesional kaum India jika dibanding dengan populasinya yang kurang lebih 2.2 juta sahaja?
The absence of these explanations thus cause the Malays to ponder. Are we that cruel, heartless or inhumane? Lest, our leaders take immediate remedial actions to give in to the demands of not only the Indian but the Chinese too! What about our (Malay) demands?
Inilah yang merupakan hambatan kepada usaha kita untuk memujuk orang Melayu memberikan 100 peratus sokongan kepada BN. Setakat nak tunjuk harga barang keperluan yang rendah berbanding negara-negara lain, saya ingat pengundi tidak terpedaya.
Kedudukan sekarang, advantagenya adalah milik pembangkang. Banyak isu yang tidak terjawab akan dieksploitasikan seoptimum mungkin oleh pembangkang yang akan membuatkan pemidato BN ketandusan modal dan hanya berusaha untuk membuat rebuttal aje!
Tujuan saya memberi komentar ini adalah untuk mengingatkan pemimpin kita agar waspada terhadap sokongan orang Melayu dan carilah jalan supaya sokongan mereka dianggap lebih relevan oleh kaum sendiri! – Lamandau, 12.27 PM, 12 Februari 2008.
Maka, terserahlah kepada Abdullah dan barisan kepimpinan Melayu untuk menilai luahan hati seperti di atas. Pastikanlah sama ada perasaan seperti ini menyeluruh atau hanya isolated. – Ruhanie Ahmad

2 comments:
assalamualaikum saudara sekalian.
besar harapan saya agar lebih ramai ahli umno yang memiliki idea dan fikiran yang membawa kesedaran yang baik untuk kesejahreraan hidup di dunia juga diakhirat nanti.
kepada yang meluahkan rasa pendam dihati akan tindak tanduk dan perangai pemimpin atasan, agar melakukan perubahan kearah kebaikan dan kesejahteraan hidup.
kepada ahli umno yang masih ada iman dalam hati dan takut akan azab Allah, maka fikirlah sedalam-dalamnya akan akibat 'TERSALAH PILIH PEMIMPIN YANG MENGARAH KEPADA PERKARA MUNGKAR DAN ZALIM' kelak kita bersama mendapat KEMURKAAN DAN LAKNAT ALLAH DAN MALAIKAT HINGGA KEPADA MENYESAL DAN BERTAUBAT NASUHA, DAN TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG TELAH DILARANG OLEH ALLAH TAALA.
sebaiknya kita ini biarlah tegur menegur demi kebaikan dan melarang dari berbuat mungkar dan zalim sesama makhluk.
ALLAHUAKHBAR.
wassalam.
Saudara Dasuki, terima dan selamat berjuang. - Ruhanie Ahmad
Post a Comment