Monday, February 11, 2008

Kroni PM "Flip-Flop" Gadai 27 Ekar Tanah UM?

[
bigdogdotcom.wordpress.com]

Kroni PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Annuar Zaini, telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah premier (bernilai tinggi) dalam kawasan kampus Universiti Malaya (UM), kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.

Annuar, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya (merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat Universiti Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00/ kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 / kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja. Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 / kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.

Annuar juga merupakan Pengerusi Bernama dan penulis ucapan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Sebagai usaha membetulkan imej yang ‘dicalari’, beliau telah menemu-ramah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah pada sebuah rancangan khas TV 3 yang disiarkan 7 Ogos 2006, sebagai respons awal kepada kritikan kiritikan terbuka mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai beberapa isu. Antara yang menjadi ‘mercu tanda’ temu ramah ini ialah apabila PM ‘Flip-Flop’ mengatakan Kerajaan tidak terlibat memberi kontrak kepada Scomi (yang dikuasai Dato’ Kamaluddin Abdullah) dan menantu beliau (Khairy Jamaluddin) tidak terlibat langsung dalam apa apa proses keputusan Kerajaan.

Annuar juga ialah seorang ahli lembaga pengarah Malaysia Airlines. Beliau, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang baru baru ini ‘menjawab’ bagi pihak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah segala kritikan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam satu forum anjuran Alumni UM, adalah antara alumnus UM ini.

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses:

6 comments:

Unknown said...

Kerana Annuar Zaini kroni Abdullah, tentu dia dapat restu Abdullah mengenai penggadaian tanah UM ini. Tapi, kita boleh agak apa Abdullah akan jawab. "Saya tak tau hal ini sebelum ini."

Kalau inilah perilaku kroni Abdullah, jahanam Malaysia dibuatnya. Annuar Zaini ini diura-urakan nak jadi MB Perak. Jahanam Perak digadai sampai langsai oleh manusia macam ni!!!!!

straycat's strut said...

Its free-for-all season. Grab all you can while you can. And they asked for another five years! Jambatan PP belum buat. KJ belum jadi menteri.

There is no line drawn. Nothing is sacred. Trade your land, your country and even your mother and your sister for money.

That is what these chosen few Malays want. Money for nothing and chicks for free...(quoting dire straits). UM land traded for RM3M clubhouse? Yeah, right. That is what is on the table. Look what is under the table lah.

Kangkangkan everything lah... bastards would not mind fathering bastards.

msmuri said...

Datuk kk...

Tak tahulah nak cakap apa, inilah masalahnya kalau orang yang dipilih untuk menguruskan negara lupa diri. Dia buat Malaysia macam harta dia. Urus negara ikut suka hati dia. Yang jadi mangsa siap, kita juga. Hari ini pun dia (AAB) dah buat lawak bodoh. Nak pilih calon gunakan kad laporan prestasi wakil rakyat BN. Boleh pakai ke tu? Harap-harap taklah menipu YB BN tu, rasanya boleh kira berapa ramai YB pergi jemputan kahwin. Masa mula-mula dulu yelah YB rajin datang. Lama-lama batang hidung pun tak nampak. Rasanya lebih laporan palsu @ menipu dalam kad laporan prestasi YB tu.

p/s dulu masa sekolah takut nak tunjuk kad laporan ujian pada bapak pasal ada tulis merah. takut kena rotan... kah...kah...kah.

Hamizi Hamdan said...

mungkin dah tak ada apa yang nak dibanggakan lagi dengan produk UM yang sebelum ini dipandang tinggi...

semuanya jadi businessman yang berjaya menjual "harta orang lain"...

mungkin ini hanya nila setitik, tetapi wajarlah kita buka mata hati...

Zakhir's Zoo said...

Anak kecil main api
Terbakar, hatinya yang sepi
Air mata darah
Bercampor keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai, seluruh harta benda.....

kudakepang said...

Putera, Straycat's strut, Syakas, Hamizi & Zakhir, terima kasih.

Saya pernah jadi rakan se pejabat dengan insan yang dibabitkan dalam kisah ini.

Kepada saya, ayuh kita lihat dari sudut prinsipnya. Apakah matlamat utama tanah itu "digadaikan"? Untuk membolehkan alumni uM mempunyai bangunannya sendiri? Lagi satu, siapakah penerima manfaat dari bangunan kondominium mewah itu? Pensyarah UM, masyarakat awam???

Semoga semua pihak menggunakan kewarasan masing-masing dalam hal ini. Tapi, nampaknya isu ini dipendamkan supaya jadi non-issue menjelang PRU12.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad