THAKSIN ISYTIHAR
DARURAT DI BANGKOK
BANGKOK, 20 Sept (BERNAMA) -- Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra hari Selasa mengisytiharkan Keadaan Darurat di Bangkok pada kira-kira 10.30 malam waktu tempatan (11.30 waktu Malaysia).
Beliau bercakap menerusi stesen TV Channel Nine dari New York ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Kebanyakan saluran TV menghentikan program mereka dan menyiarkan dokumentari mengenai keluarga diraja Thai.
Darurat diisytihar menjelang demonstrasi anti- Thaksin yang dirancang Rabu di Royal Plaza.
Terdahulu, terdapat khabar-khabar angin mengenai rampasan kuasa di ibu negara tetapi tentera menafikannya.
Terdapat gerakan beberapa unit tentera dari Bangkok ke wilayah-wilayah selatan.
Tentera, yang disokong oleh kereta-kereta kebal, telah mengambil alih Bangunan Kerajaan di Bangkok yang menempatkan pejabat perdana menteri dan beberapa kementerian lain, menurut saksi di tempat kejadian.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=220745

No comments:
Post a Comment