MAHATHIR KENA HOUSE ARREST
BENARKAH ELEMEN ASING TERLIBAT?
BENARKAH ELEMEN ASING TERLIBAT?
Oleh Ruhanie Ahmad
Tun (Dr Mahathir Mohamad) mungkin kena tahanan rumah. Itulah kandungan SMS yang saya terima selepas Maghrib tadi. Saya pun tersentak. Mesej itu amat serius. Ia boleh menyebabkan huru-hara.
Lantas saya pun membalas SMS berkenaan. Kata saya, jangan main api, nanti terbakar tangan. Jangan sebar berita palsu, nanti kena cekup masuk lokap. Jangan tabur fitnah, nanti badan yang musnah.
Sipengirim SMS di atas menjawab: “Saya tak main api. Ini info serius. Kita dapat pintas maklumat ini sebentar tadi. Waspada.”
Banyak lagi info tambahan yang panas, sensasi dan kontroversial yang dihamburkan oleh pengirim SMS berkenaan kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak akan menyiarkan info itu dalam blog ini atas kekangan undang-undang. Apa pun, hujah dalam SMS itu logik dan masuk akal.
Tidak lama selepas itu, saya pun melayari internet. Saya lawati beberapa lamanweb dan blog. Saya telusuri satu demi satu. Saya pun sampai ke lamanweb http://www.generasi-m.com. Dalam lamanweb itu saya temui kepala berita MAHATHIR AKAN DIKENAKAN TAHANAN DALAM RUMAH?
Selepas membaca kandungan berita itu, saya pun menelefon pengirim SMS di atas. Beliau terkejut bila dapat tahu bahawa berita itu dicetuskan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat bernama Saifuddin Nasution Ismail.
Pengirim SMS itu terkejut kerana beliau menerima info mengenai ura-ura di atas daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Jadi, ini bermakna bahawa ura-ura mengenai Tun Dr Mahathir seperti di atas kini sudah diketahui oleh banyak sumber, baik sumber Kerajaan, mahu pun sumber parti pembangkang.
Maka, Perdana Menteri mestilah bertindak segera. Ura-ura mengenai Tun Dr Mahathir ini membabitkan beliau. Ura-ura ini juga boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan kepimpinan negara.
Oleh itu, siasatlah ura-ura tersebut secara rapi. Benarkah kononnya terdapat elemen-elemen asing turut terlibat dalam hal ini? Benarkah kononnya ada beberapa elemen tidak rasmi juga mungkin terlibat dengan ura-ura ini?

No comments:
Post a Comment