15 USUL PASAL NAZRI
DITOLAK TANPA BAHAS
DITOLAK TANPA BAHAS
UMNO Bahagian Kubang Pasu, Kedah, yang mengadakan Persidangan Tahunannya 9 September 2006, menolak 15 usul mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, tanpa sebarang perbahasan.
Usul-usul berkenaan diolah dalam pelbagai ragam. Sebilangan besarnya mendesak supaya UMNO Malaysia “memecat Datuk Seri Mohamed Nazri daripada UMNO dan kerajaan ” kerana biadap terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Usul-usul sepenuhnya, saya paparkan di sini tanpa sebarang perubahan, adalah seperti berikut:
1) UMNO CAWANGAN KAMPUNG TUALANG/PALAS MUKIM BINJAL
Meminta Kerajaan Malaysia atau Majlis Tertinggi UMNO supaya memecat YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz daripada Kerajaaan kerana biadap.
2) UMNO CAWANGAN KAMPUNG KEMUNTING MUKIM JITRA
Mendesak Majlis Tertinggi menegur YB. Dato' Mohamed Nazri Abdul Aziz.
3) UMNO CAWANGAN KAMPUNG IMAM MUKIM JITRA
Mendesak Majlis Tertinggi atau Kerajaan Malaysia memecat YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz daripada Kerajaan.
4) UMNO CAWANGAN TAMAN MAHSURI MUKIM NAGA
Mendesak agar YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipecat kerana bersikap biadap terhadap Negarawan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
5) UMNO CAWANGAN KAMPUNG NAGA MUKIM NAGA
Mendesak YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memohon maaf secara terbuka kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
6) UMNO CAWANGAN KAMPUNG LUBOK KAWAH MUKIM NAGA
Menggusulkan agar YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di pecat daripada UMNO kerana menjadi punca barah yang menghakis sokongan terhadap Kerajaan dan UMNO. " Celupar biar bertempat ".
7) UMNO CAWANGAN KAMPUNG BANAI MUKIM PELUBANG
Mengusulkan kepada Y.A.B Perdana Menteri supaya memecat YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Menteri kerana sikap celuparnya menghina dan meminta Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari UMNO.
8) UMNO CAWANGAN TAMAN TABUNG HAJI MUKIM BUKIT TINGGI
Minta kabinet memecat YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana bersikap kurang sopan( biadap ) kepada orang lama yang banyak berjasa kepada negara iaitu Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.
9) UMNO CAWANGAN KAMPUNG TANJONG MUKIM JERAM
Mendesak supaya YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipecat kerana kebiadapannya.
10) UMNO CAWANGAN KAMPUNG WANG PERAH MUKIM HOSBA
Mendesak Majlis Tertinggi atau Kerajaan memecat YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana terlalu biadap.
11) UMNO CAWANGAN FELDA BUKIT TANGGA 1 MUKIM TEMIN
Mengusulkan agar Y.A.B Perdana Menteri memecat YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dari kabinet kerana bersikap tidak sopan terhadap Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.
12) UMNO CAWANGAN KG. PADANG HALBAN/GUAR MUKIM TEMIN
Mendesak Kerajaan mengambil tindakan tatatertib terhadap YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz di atas kenyataannya yang kurang sopan.
13) UMNO CAWANGAN KAMPUNG DARAT MUKIM TEMIN
Mendesak supaya Y.A.B Perdana Menteri memecat YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang disifatkan sebagai penyangak politik dalam UMNO dan seorang Menteri Kabinet yang amat kurang ajar.
14) UMNO CAWANGAN FELDA BUKIT TANGGA 2 MUKIM TEMIN
Mendesak Majlis Tertinggi atau Kerajaan memecat YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz daripada Kerajaan kerana bersikap biadap.
15) UMNO CAWANGAN LAKA JAYA MUKIM SUNGAI LAKA
Sikap kurang sopan YB. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz perlu dikawal.
Seluruh usul di atas, bagaimanapun, telah ditolak tanpa sebarang perbahasan. Seluruh cawangan yang membawa usul berkenaan juga tidak membantah.
No comments:
Post a Comment