DR. M SELAR BUSH
ASTANA, Kazakhstan 14 Sept. 2006: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyelar kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kononnya kempen memerangi keganasan merupakan satu ‘perjuangan untuk mencapai ketamadunan’ sambil menegaskan, tidak wujudnya apa yang disebut sebagai masyarakat Islam sederhana.
Beliau yang kini berada di sini untuk menghadiri satu kongres keagamaan menjelaskan, serangan 11 September 2001 ke atas AS banyak berkait dengan penjajahan Israel ke atas Palestin.
Tambahnya, insiden keganasan yang berlaku ketika ini tidak bersangkut-paut dengan soal agama, sebaliknya banyak menjurus kepada pertikaian kewilayahan terutamanya tanah Palestin.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir menegaskan, penjelasan Bush yang mendakwa kempen memerangi keganasan sebagai satu perjuangan untuk ketamadunan manusia dan meletakkan harapan masyarakat Islam sederhana mempunyai suara paling berpengaruh adalah palsu semata-mata.
‘‘Tidak ada apa yang kita sebut sebagai sebuah masyarakat Islam berfahaman sederhana. Di Malaysia umpamanya, kita berfahaman fundamentalis.
‘‘Kita mengikut ajaran sebenar Islam. Ajaran sebenar Islam tidak menganjurkan pengikutnya melakukan pengeboman atau membunuh seseorang tanpa sebab-musabab,’’ katanya.
Berhubung kenyataan Bush yang disampaikan pada hari ulang tahun kelima serangan pengganas 9/11 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York, Dr. Mahathir menuduh Bush sebagai seorang pemimpin yang tidak bertamadun dan oleh sebab itu, dia tidak layak untuk mengutarakan isu ketamadunan kepada pihak lain.
Sungguhpun kebanyakan individu yang terlibat dalam serangan 11 September ialah warga Arab Saudi, Dr. Mahathir percaya penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin sebagai punca kepada kebangkitan semangat ekstremis.
Katanya, kesemua perampas itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dalam serangan berkenaan tetapi perasaan simpati semakin meningkat kepada penduduk Palestin.
Yang mendukacitakan, ujarnya, Barat sering kali menyalahkan agama khususnya Islam apabila berlakunya sesuatu kejadian dan Islam pula dikaitkan dengan keganasan.
– Reuters-Utusan Malaysia 15 September 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

No comments:
Post a Comment