Thursday, September 14, 2006

DEMOKRASI MAYA
MULA BERWIBAWA

Oleh Ruhanie Ahmad

Pada Isnin 7 Ogos 2006, saya menyiarkan dalam blog ini kisah Bloggers, Beruk dan Lim Keng Yaik. Saya katakan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik, jangan kecoh-kecoh pasal bloggers Malaysia kebelakangan ini.

Sebaliknya, saya minta beliau membaca buku-buku The Electronic Republic oleh Lawrence Grossman, Cyberethics oleh James Lynch, dan Vote.Com oleh Dick Morris. Saya buat cadangan itu kerana ketiga-tiga buku berkenaan memberikan perspektif jelas mengenai alam siber dan generasi internet.

Ketiga-kita buku ini juga boleh membantu kita memahami bagaimana masyarakat celek internet di serata dunia, termasuk di Malaysia, sedang dan akan mencorakkan demokrasi di hari muka menerusi ICT.

Saya tak tau sama ada Datuk Seri Lim Keng Yaik dah baca buku-buku di atas. [Di zaman sekarang ni mungkin tak ramai menteri baca buku. Dulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ke mana sahaja beliau pergi, satu daripada destinasinya adalah kedai buku!]

Apa pun, saya harap Datuk Seri Lim Keng Yaik sedar bahawa demokrasi siber kini memang kian memuncak dan semakin berwibawa di kalangan generasi internet Malaysia. Kalau menteri yang dah mengumumkan persaraannya ini tak percaya, ikutilah kisah ini selanjutnya.

Malam ini saya melayari seluruh blog sahabat-sahabat saya untuk mengetahui degup jantung politik Malaysia mutakhir. Dalam satu pelayaran itu saya ketemu dengan satu alamat baru, iaitu:
http://kickdefella.blogspot.com. Satu lagi alamat baru adalah: http://undurlah.blogspot.com.

Kedua-dua alamat ini berkaitan. Kandungannya amat panas. Kandungannya amat memeranjatkan. Ia membabitkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Ia membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia membabitkan rakyat jelata Malaysia. Ia membabitkan demokrasi maya. Nak tau lebih lanjut? Anda layarilah sendiri kedua-dua alamat di atas.

Agaknya, apa akan dikatakan oleh Datuk Seri Lim Keng Yaik terhadap kandungan blog-blog berkenaan. Adakah beliau akan melalak dan melolong sehingga terburai-burai air liurnya? Adakah beliau akan menghukum operator blog-blog seperti ini sebagai anasir subversif? Adakah beliau setuju dengan Timbalannya, Datuk Shahziman Abu Mansoir, kononnya bloggers Malaysia umpama penembak curi?

Apa pula agaknya reaksi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Apa reaksi menantu kesayangannya, Khairy Jamaluddin? Apa reaksi Datuk Kalimullah Hassan? Apa reaksi penyair UMNO Brendon Preira? Apa reaksi lain-lain tuan besar media perdana Malaysia terhadap contents blog-blog ini?

Mungkinkah mulai esok, akan kecoh seluruh akhbar perdana membedal pengoperator blog-blog di atas? Apakah akan lebih ramai generasi internet Malaysia berkerumun ke blog-blog tersebut untuk mengambil bahagian dalam petisyen yang dianjurkan?

Hubaya-hubaya wahai Datuk Seri Lim Keng Yaik. Kepada generasi dan warga internet, apa yang diperjuangkan oleh blog-blog itu adalah demokrasi siber. Mereka mahukan “keluhan” mereka didengar. Mereka mendakwa mereka bertindak demi bangsa dan negara.

Lantaran itu, sudikah Datuk Seri Lim Keng Yaik menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin, Datuk Kalimullah Hassan, Brendon Preira dan lain-lain pihak yang berkenaan, supaya menerima hakikat bahawa apa yang disiarkan oleh blog-blog tersebut adalah manifestasi demokrasi maya atau cyber democracy?

Mahukah mereka menerima hakikat bahawa demokrasi siber seperti ini semakin berwibawa dan mampu mendefinisikan corak siasah Malaysia mukathir ini? Mahukah semua pihak menerima hakikat bahawa demokrasi siber ini tidak boleh dihapuskan dengan ancaman dan gugatan undang-undang.

Bagaimanapun, kalaulah berikutan kandungan dalam
http://kickdefella.blogspot.com dan http://undurlah.blogspot.com, maka ada pihak yang diheret oleh pihak berkuasa Malaysia menerusi undang-undang yang tidak berkaitan dengan ICT, saya jangka kes itu akan jadi satu kes ujian terhadap demokrasi maya di Malaysia, dan mungkin di dunia.

Ini kerana kandungan kedua-dua blog di atas boleh diberikan pelbagai tafsiran. Kepada generasi internet, itu manifestasi demokrasi maya. Pihak lain mungkin menyifatkannya sebagai kebebasan bersuara. Pihak berkuasa pula mungkin mentafsirkannya sebagai hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Kalau tafsiran yang terakhir ini diberikan emfasis, jawabnya adalah pihak yang mungkin dicekup menerusi ISA tidak lama lagi!

Biarpun begitu, adakah Malaysia mempunyai pakar undang-undang ICT atau undang-undang siber? Mampukah sistem perundangan Malaysia menangani kes siber seperti ini? Bagaimana kalau kandungan blog-blog itu pula benar-benar mencetuskan dan memperolehi sokongan dan dukungan massa rakyat jelata Malaysia?

Latuk Seli Lim Keng Yaik, gua tak tau apa mau bikin. Gua sulah jem. Gua fikir Latuk Seli kena hati-hati dengan blog ini macam. Kalau kelajaan malah-malah, lebih manyak olang masuk itu blog. Lebih manyak olang masuk itu blog, lebih manyak olang pining kepala. Nang bo tinang, kuey bute kuey! Olang mukan olang, antu pun mukan antu !!! Ce-me-yang? Wo-ye-pu-chi-tau!!!

So, apa Latuk Seri mau kasi tau kita munya PM? Sauk semua bloggers Malaysia masuk Kemunting atau Batu Gajah? Ayoyo.. Jangan itu macam Latuk Seli. Gua ingat, Latuk Seli kena cali manyak-manyak itu handsome boy seperti Khairy kasi solve ini ploblem ma.

Akhir kata, semoga Datuk Seri Lim Keng Yaik mampu menasihati Kerajaan Malaysia untuk menangani kes yang ditimbulkan oleh kedua-dua blog ini secara cermat dan bijaksana.

No comments: