Ruhanie Ahmad
Secara ikhlas, saya memang sangat mengharapkan kemenangan memihak kepada BN dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu. Tetapi, keputusannya Sabtu lalu, memihak kepada PAS. Saya menggantungkan harapan di atas dengan dua sebab utama: Satu: semoga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan kepimpinan BN dan UMNO pada Mac 2009, dengan satu kenangan manis. Dua: supaya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pula terhindar daripada apa juga tohmah dan fitnah kononnya beliaulah yang jadi punca utamanya jika BN ditakdirkan tewas.
Sebab itulah sejak 15 Disember 2008, saya bicarakan menerusi blog ini bahawa PRK tersebut amat signifiken kepada seluruh parti yang bertanding kerana ia akan jadi indikator kepada kekuatan kedua-dua pihak 10 bulan setelah berlalunya PRU12.
Huraian kepada soal di atas terdapat di sini:
http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/siri-satu-prk-kuala-terengganu-jong.html
Pada 16 Disember 2008, saya pula kirimkan menerusi blog ini, mesej khusus kepada Abdullah, bahawa di samping soal-soal kedudukan UMNO dan calon yang akan dipertandingkan, semua pihak perlu insaf bahawa BN yang bertanding dalam PRK Kuala Terengganu adalah BN yang sedang berkocak dengan ribut dalam cawan ditimbulkan oleh MCA dan Gerakan. Saya kirimkan mesej ini kerana beberapa hari sebelum itu Abdullah berkata: “kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi.”
Rasional kepada mesej berkenaan dihuraikan di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/siri-akhir-prk-kuala-terengganu-jong.html
Bagaimanapun, setelah BN menamakan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, selaku calonnya dalam PRK terbabit, saya kirimkan satu lagi posting ke blog ini pada 21 Disember 2008, kerana selepas pengumuman itu, mulalah tersebar soalan-soalan tidak rasmi, yang antaranya bertanya: benarkah Farid pilihan tepat oleh BN, atau mustahilkah Farid pilihan terbaik oleh menantu lelaki Abdullah?
Imbasan posting ini boleh diakses di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/farid-pilihan-bn-atau-pilihan-menantu.html
Pada 6 Januari 2009, saya pula mengulas hakikat obvious bahawa PRK Kuala Terengganu adalah amat signifiken kepada UMNO, BN, PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Antara sebabnya: kepada UMNO pusat, kemenangan Farid selaku proksi Abdullah, akan jadi indikator kepada penerimaan para pengundi kepada Abdullah di saat-saat akhir kepimpinannya.
Huraian selanjutnya boleh dibaca di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-dan-politik.html
Bagaimanapun, hasil beberapa info penting yang saya perolehi, saya pun tegaskan dalam blog ini pada 12 Januari 2009, bahawa ada pemerhati dan penganalisis politik berpendapat, penentu kepada kemenangan mana-mana calon dalam PRK Kuala Terengganu bukannya undi kaum Cina, tetapi undi warga pendidik dalam kawasan itu, kerana dipercayai ada sebilangan mereka yang dikatakan “tersinggung hati” atas beberapa sebab yang tidak perlu dihuraikan.
Jika mahu baca semula huraian saya, sila akses: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-undi-warga.html
Berasaskan seluruh tulisan di atas, sebelum pembuangan undi pada 17 Januari 2009, walaupun saya sudah menerima pelbagai info mengatakan BN mungkin kecundang, saya pun menulis pada 16 Januari 2009, untuk menegur Abdullah yang dipetik oleh Utusan Malaysia, sebagai berkata bahawa beliau yakin BN mampu memenangi PRK tersebut, tetapi, BN perlulah “bekerja bersungguh-sungguh.” http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384002
Lantas, saya pun bertanya: apakah ramalan Abdullah itu akan jadi kenyataan? Sila baca posting itu di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-siapa-akan-menang.html
Oleh itu, adakah ramalan Abdullah pada 15 Januari 2009, bahawa BN akan menang dalam PRK Kuala Terengganu, benar-benar jadi kenyataan, bila keputusannya terbukti memihak kepada PAS dengan majoriti 2,631 undi?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Tetapi, biarpun tewas, wajarlah kita semua hargai dan fahami optimisme Abdullah seperti di atas. Kita juga perlu hargai kerja kuat Najib dalam PRK berkenaan dan sanjung tinggi keikhlasannya bila beliau tegaskan “BN tidak lemah semangat dan menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Bagaimanapun, kita tidak boleh elak dari bertanya: adakah BN kalah kerana pencabarnya kuat, seperti yang dipersoalkan oleh Zulkifli Bakar, wartawan Utusan Malaysia (berwajah baru)? Tulisannya boleh diakses di sini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Dan, benarkah kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu itu bukan akibat faktor calon seperti dihuraikan oleh menantu lelaki Abdullah? Sila baca di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Seterusnya, wajarkah Najib dipersalahkan kalau kekalahan itu sebenarnya akibat BN tersalah memilih calonnya, seperti disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad? Sila klik di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm
Tetapi, seandainya majoriti pemimpin dan pendukung BN menerima hakikat bahawa kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu adalah hasil satu keputusan strategik yang penuh blunder atau amat tersilap, apakah tafsiran kita bila ada pemimpin UMNO yang mengatakan BN “mungkin mampu mempertahankan” kerusi BN Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi luarnya pulang untuk membuang undi? Laporannya terdapat di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Dan, seandainya memang betul majoriti pemimpin dan pendukung BN menerima hakikat bahawa kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu adalah hasil satu keputusan strategik yang penuh blunder atau amat tersilap, perlukah Abdullah mengeluarkan kenyataan di Manama, Bahrin, bahawa “BN akan mencari punca kekalahan dan sebab penduduk Kuala Terengganu menolak parti itu” dalam PRK terbabit? Baca laporannya di sini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Oleh itu, kepada Abdullah, fikir-fikirkanlah seluruh persoalan di atas seikhlas-ikhlasnya. Kepada Najib, bertenang dan bersabarlah, anda telah berhempas-pulas untuk memenangkan BN di PRK berkenaan. Kepada BN, ambillah iktibar daripada kekalahan dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kepada PR, tahniah kerana dapat satu kerusi baru dalam Dewan Rakyat, tetapi jangan asyik bermimpi yang anda boleh berkuasa tidak lama lagi. Dan, kepada pengundi Kuala Terengganu, keputusan yang diumumkan Sabtu lalu adalah bukti kekuasaan Allah yang maha memuktamadkan segala-galanya! [nota: jutaan maaf kerana kini tak mampu update posting setiap hari kerana konstrain waktu menyiapkan essei untuk kursus di UKM.]

20 comments:
Momentum aliran pengundi kpd Pakatan Rakyat sebenarnya semakin bertambah semenjak sblm & selepas p/raya umum lalu...
i) Semenjak kebodohan kerajaan menaik harga minyak yg lalu sehingga harga barang melambung2 tinggi... semenjak itu la kebencian rakyat meluap-luap...
ii) Strategi lama spt memberi bantuan semasa praya adalah taktik lapuk sebenarnya...
iii) Nasi tambah yg ditabur oleh media Utusan, BHarian, TV3 menambahkan lagi kejatuhan saham UMNO..(Masih tak sedar2). Buat la lagi...
iv)Pemilihan calun pada sy ada bukan faktor utama dlm kekalahan ini...
v) Faktor duit dlm pemilihan UMNO sejak dahulu dah jd darah daging... Setiap gerakkerja semuanya bermatlamat kan duit... (Perkara ini la sgt membeza gerakkerja dlm PAS & UMNO). Pada sy faktor ini adalah FAKTOR UTAMA kekalahan UMNO utk masa2 akan datang, percaya la..
Sebenarnya banyak lagi tuan...
1. Najib sudah tentu pasti tidak boleh dipersalahkan dalam kekalahan UMNO di PRK KT. Seluruh Pimpinan UMNO perlu dipersalahkan.
Siapa Pengarah Pilihanraya UMNO? Kenapa Wan Farid tidak hadir dalam program yang dianjurkan kebanyakan cawangan? Kenapa pengurusan pilihanraya begitu daif sekali?.
2. Pemilihan Wan Farid memang sesuai kerana beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala terengganu. Cuma rakyat bertanya kenapa Wan farid dijadikan calun sedangkan beliau adalah Senatur dan Tim. Menteri. Tak bolehkah pemimpin Kuala terengganu yang lain? Wan Farid dikatakan tamak.
3. Kekuatan PAS yang sedia ada sudah lama diketahui. Undi PAS memang jumlahnya seperti itu sahaja. Kenapa undi UMNO berkurangan? itulah persoalannya. Yang membawa makna UMNO yang kurang bijaksana dan pengurusan Pilihanraya kecil itu.
Salam takzim Datuk Ron,
Saya tidak begitu arif mengenai politik. Bagaimanapun, saya tertarik dengan komentar rakan-rakan saya yang boleh dikategori sebagai "jagoan kampong" dalam politik Malaysia. Komentar mereka cukup mudah. UMNO (BN) kalah kerana masih mengamalkan style dan strategi politik lapok i.e bila tiba pilihanraya, taburkan janji projek, pembangunan, luluskan itu ini, bagi bantuan/habuan, bagi duit poket (upah memangkah kertas undi - bukan rasuah!!) dan selainnya bangkitkan isu kaum dan takut-takutkan orang ramai, dan last sekali caci-maki serta perlekeh pemimpin-pemimpin parti lawan. Itulah style dan strategi UMNO "dulu, kini dan selamanya".
Komentar rakan saya lagi, dunia politik Malaysia dah jauh berubah dan style serta taktik seperti itu sudah obsolete. Macam mana UMNO boleh tidak sedar mengenai perubahan-perubahan yang berlaku? Macamana UMNO boleh tidak nampak "signals" yang ditunjukkan oleh rakyat sejak sekian lama, khasnya dalam PRU yang lepas? Dan kesimpulan rakan saya juga mudah - ada dua kemungkinan kenapa pemimpin UMNO terus-terusan dengan style dan strategi lapoknya, iaitu: 1. Pemimpin UMNO "buta huruf" sehingga tidak mampu membaca pemikiran rakyat; atau 2. Pemimpin UMNO memang jenis bodoh sombong!. Period.
Itu bukan kata saya, tapi komentar rakan-rakan saya. Apa pendapat Dato' Ron?
Saudara,
Mari lah kita sama-sama memboikot Air Asia kerana sikapnya yang begitu tamak dan asyik mengejar keuntungan. Langsung tiday ada sikap memberi. Saya telah menggunakan logo "I'm not flying Air Asia" di blog saya: http://simedarbywatch.blogspot.com
Saya harap saudara juga boleh meggunakan logo tersebut dalam blogsite saudara.
Dato Ron yang dihurmati.
MUSIM BERBUNGA INDAH TELAH BERLALU!
Selepas jenuh berkempen apa nak buat kalau tewas juga.
Cuma yang kita bimbang, akan ada yang ulang semula perarakan jalanan. Dengan pembuangan pekerja 45,000 tentu ada yang akan tampil dengan aksi hero.
Pembangkang belum tentu mahu duduk bincang-bincang redakan keadaan. Ingat apa Anwar buat waktu gawat lewat 90'an?
Salam Dato'
Kempen BN terutma UMNo masih seperti dahulu lagi. Gemar bergerak dalam kumpulan yang besar sambil menayangkan pelbagai kemewahan yang ada. Tiada kesinambungan dalam mempertingkatkan kemudahan serta bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kata orang, baik ada makna. Kadang kala, penduduk tempatan rasa rimas serta risau bila rumah atau kampung diserbu beramai2. Golongan muda seakan2 dipinggirkan. Tiada aktiviti2 belia yang berterusan dilakukan. Hanya muncul ketika ada pilihanraya. Sepatutnya, golongan inilah yang perlu juga diberi perhatian
Datok Kudakepang,
Pada ayat2 terakhir tulisan Datuk memang cantek untuk saya ulas kerana ada sentohan dihati situ."PR jangan asyek nak bermimpi bahawa yang anda boleh berkuasa tak lama lagi" memang cantek ayat Datok.
Pada BN/Umno atau termasuk Datok kudakepang anggaplah kehilangan kuasa dalam 4negeri+1 hanya dalam mimpi,tapi kenyataannya.....
Ooohh...Sangat sukar untuk menerima kenyataan kerana hati telah terlalu angkoh,hormatilah keputusan raayat. Sedangkan rakyaat lah yang berkuasa memileh siapa yang di perlukannya untuk menerajui pemerentahan dan Allah menentukan segala2nya.
dari Jorakelokai.
dato' rakyat kini dahagakan perubahan terutama golongan muda..sy juga melihat bagaimana kesungguhan barisan pemuda pemudi bertekad membantu kemenangan PAS walaupun tanpa sebarang ganjaran..
Budaya Fitnah punca utama BN Kalah di KT.
Pelbagai pihak membuat kenyataan dan andaian sebab utama BN kalah di Kuala Terengganu. Ada yang menyatakan kerana Calon dan ada yang menyatakan kempen cara lama dan sebagainya. Sudah pasti ramai yang akan membuat post-mortem dan analisis mencari punca kekalahan tersebut.
-
Yang sebenarnya, punca ataupun sebab utama BN kalah di KT adalah disebabkan oleh BUDAYA FITNAH. BN telah menjadi mangsa fitnah. Fitnah-fitnah ini dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap BN...
baca selanjutnya di suararakyatselangor.blogspot.com
Salam,
UMNO boleh menjadi kuat seandainya Barisan Nasional di bubarkan dlm pilihanraya yang akan datang. UMNO perlu menyelamatkan diri sendiri sebelum menyelamatkan bahtera Barisan Nasional yang kadang kadang 'di tebuk' oleh ahli gabungannya sendiri. UMNO boleh berdiri diatas kaki sendiri dan ini juga akan membuatkan orang Melayu sedar dan insaf kembali. Adakah pemimpin pemimpin UMNO berani untuk membubarkan Barisan Nasional?
Salam,
Barisan Nasional adalah liabiliti kepada UMNO. Ia perlu di bubarkan dan Melayu perlu berdiri sendiri. Inilah jalan ke arah mengembalikan maruah umat Melayu.
Datuk,
Lazarus tak boleh bangkit untuk kali kedua.
Saya kagumi semangat Datuk, tetapi orang Melayu harus berubah dan berjaya dengan mencari platform yang lebih terbuka.
Watak Melayu seperti Datuk akan amat dihargai dan disanjungi oleh semua warga Malaysia jika Datuk perjuangkan diatas platform yang baru.
Percayalah, UMNO dan BN telah sampai dikemuncak 20,30 tahun dulu.Sekarang ialah zamannya menuruni bukit. Itu lumrah alam Datuk.Tiada apa yang kekal didunia ini.
Saya percaya ramai bersetuju dengan idea-idea Datuk, tetapi ramai yang ingin melihat lokomotif Datuk di landasan yang baru.
TQ
Pandangan pengundi Kuala Trengganu dalam memilih wakil Parlimen mereka adalah dapat diringkas seperti berikut:
1. WAF dikatakan telah lulus cemerlang temuduga dengan Pak Lah sebab itu dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri.
2. WAF dikatakan gagal melayakkan diri dalam pemilihan oleh rakyat sebagai wakil mereka ke parlimen kerana tidak cukup rapat mendampingi pengundi di Kuala Trengganu untuk bertindak sebagai wakil mereka.
3. WAF sudah berjawatan Timbalan Menteri dan telah cukup bagus sebagai wakil rakyat Trengganu dalam kabinet kerajaan Malaysia tetapi meletakkan jawatan. Apa yang sebenarnya WAF kejarkan.
4. WAF sudah dilantik kembali sebagai senator mewakili rakyat Trengganu ke dewan Rakyat setelah beberapa hari dilantik sebagai senator kemudian meletak jawatan untuk bertanding di Kuala Trengganu. Apa yang dikejarkan. Apa amanah sebagai senator tidak cukup besar untuk WAF berjuang untuk Trengganu di Dewan Rakyat.
5. WAF sudah berjawatan tetapi sanggup meninggalkan amanah yang telah diberikan kerana mengejar kekuasaan. Kekuasaan memilih terletak ditangan rakyat. Rakyat telah membuat pilihan.
6. Secara tidak langsung WAF menunjukkan sifat membolot segala yang ada walaupun sudah berjawatan dalam kabinet (walaupun perlu dilantik sebagai senator dahulu) peluang yang wujud untuk pemimpin UMNO lain di Kuala Trengganu juga mahu dibolot oleh WAF.
7. Sepatutnya WAF menwujudkan peluang pekerjaan kepada pemimpin UMNO lain di Kuala Trengganu dengan mengekalkan jawatan beliau dan memberikan peluang kepada pemimpin UMNO lain di Kuala Trengganu.
8. Yang mengalahkan WAF bukannya penyokong Pas tetapi ahli UMNO sendiri yang tidak menyokong WAF sepenuhnya.
9. Tumpuan masa berkempen seharusnya diberikan kepada ahli UMNO sendiri dan pengundi atas pagar (yang mengundi mengikut analisa mereka sendiri)bukanya penyokong Pas.
10. PM telah meletakkan WAF sebagai calon dengan menggunakan kriteria yang sama seperti PRU12 yang lalu yang telah terbukti gagal untuk meyakinkan rakyat semasa membuat keputusan undian mereka.
11. UMNO hendaklah bebas dari mentaliti meletakkan calon berdasarkan kepada "puak". Pilihlah calon yang disukai masyarakat UMNO setempat dan juga masyarakat setempat.
12.Badan khas yang bebas daripada kepentingan mana mana pemimpin hendaklah ditubuhkan untuk memilih calon yang sebenarnya UMNO untuk dicadangkan kepada PM untuk pertimbangan sebagai bakal calon yang benar benar layak sebagai wakil rakyat.
Dato'
Ditakdirkan DS Mohd Najib Tun Razak sebagai calun PRK P036 ini dan bukan Wan Farid,saya percaya BN akan kecundang dengan majoriti yang lebih banyak lagi.
Pada pendapat saya,ulasan yang paling terbaik adalah daripada Dato' Abd Kadir Jasin dalam Astro Awani yang berpijak kepada bumi yang nyata.
sdra badr
Betullah kata kawan sdra. UMNO memang buta, tak nampak perubahan yang diinginkan rakyat. Perkara ini bukan macam duit, senang nampak.
Duit ni, kalau ada depan mata, 10 ribu ke, 100 ribu ke, kita nampak jelas dan memang tau beza antara 10 ribu dengan 100 ribu.
Mood rakyat mana nampak dengan mata macam nampak duit. Mood dan kehendak rakyat ni kena nilai pakai akal.
bat8
kepada yg memberi berbagai alasan punca kekalahan wan farid, disini saya nak tambahkan satu lagi -
- wan farid kelihatan terlalu gemuk, lain kali kalau nak bertanding kenalah slimkan badan sikit. nampak sangat sudah terlalu kenyang makan duit rakyat
Salam Datuk,
UMNO & BN ni dah jadi sarkis. Ahli sarkis tak layak memimpin negara.
Kalau berani cubalah dalam PRK atau PRU yang akan datang, jangan keluarkan wang satu sen pun dari kantung UMNO/BN. Semua bayar pakai duit poket sendiri atau bayar pakai air liur je macam orang PAS. Kita tengok berapa kerat je manusia yang sanggup tinggal dalam perahu UMNO/BN.
Najib pun 2x5 macam Abdullah asyik nak tabur duit sana-sini sambil berselindung di sebalik nama 'pembangunan'. Tolonglah Tok Najib, kalau nak jadi PM janganlah buat kerja bodoh begitu.
Datuk Ron, saya malu le... kenapa pemimpin atasan UMNO ni kelihatan terlalu bodoh...?
Assalamualaikum saudara kudakepang,
Aku ni peminat kuda kepang dan barongan....Pada pandangan akulah saudara nampak seperti seorang umno yg mahu mereformasikan umno tapi saudara kudakepang ni masih dalam 'kekaburan pandangan'. Masih tetap memandang rendah kepada kekuatan PR.Masih menganggap PR sebagai pembangkang tegar,sedangkan umno juga adalah pembangkang tegar di 5 buah negeri..(+) Wilayah persekutuan..
(-)Sarawak (umno tiada di sini)...
Tabiat buruk saudara kuda kepang ni diikuti pula oleh sohabat sudara hari ini.. Zahid Hamidi menteri di JPM yang jaga agama membuat ugutan dan deraan kepada rakyat Perak (negeri dia sendiri)sempena kekalahan umno di KT...sama macam ali rostam haramkan pegawai melaka lawat Kelantan..selama 18 tahun.. (baru-baru ni jer dihalalkan)..Jadi apalah yg saudara kudakepang harapkan untuk umno ni berubah??..dulu kini dan selamanya orang umno takkan berubah...percayalah cakap aku ni !
Wassalam..
Masih nak mencari punca lagi?
Tak cukupkah apa yang ditunjukkan dalam PRU 12?
Tak cukupkah apa yang nampak di PRK Permatang Pauh?
Masih nak mencari punca lagi?
Masih nak mencari punca lagi?
Bosan! Benci! Mual! Meluat! Inilah punca-puncanya..
Post a Comment