Thursday, January 29, 2009

CHENG HO: CALON-CALON TIMBALAN PRESIDEN UMNO PERLU SERTAI WACANA ILMU

Calon-calon Timbalan Presiden UMNO wajar diketemukan dalam satu wacana ilmu untuk mengartikulasikan pelbagai topik, termasuk soal perpaduan dan halatuju politik tanahair, halatuju ekonomi Malaysia dan kesan ekonomi dunia, impak kemusnahan alam sekitar, hubungan antarabangsa antara Malaysia dengan lain-lain warga dunia, dan persepsi salah terhadap Islam oleh Amerika Syarikat dan Eropah. Menerusi wacana sedemikian, calon-calon boleh diadili oleh para perwakilan UMNO dan rakyat jelata “mengikut sistem meritokrasi, bukannya pendekatan populist tanpa isi dan kekuatan.”

Demikian cadangan Cheng Ho, pengikut setia blog ini, mengenai saranan Datuk Seri Idris Jusoh supaya kesemua calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO berkompromi untuk mengelakkan pertandingan demi parti dan keperkasaannya di masa akan datang. Cheng Ho mencadangkan wacana itu dikendalikan dalam dwi-bahasa - Melayu dan Inggeris - oleh seorang moderator bebas. Apa yang tidak disebut olehnya ialah sama ada majlis wacana itu perlu disiarkan secara langsung oleh media elektronik Malaysia.

Sementara itu, ada pengikut setia blog ini mengatakan bahawa saranan Idris adalah baik. Dan, ada pula yang mengharapkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memberikan apa-apa komen mengenai kompromi ini.

Biarpun begitu, terdapat juga sahabat-sahabat yang mahukan pertandingan diteruskan. Contohnya, Amir Hamzah dari Batu Pahat berkata: “pertandingan bagi semua jawatan dalam UMNO mesti diteruskan” untuk hidupkan demokrasi tulen. Dan, “sebelum Mac 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Disiplin UMNO perlu bersihkan UMNO” daripada gejala politik wang “kerana rakyat hanya mahu melihat pemimpin-pemimpin yang bersih sahaja yang boleh masuk ke gelanggang.” Seterusnya, “perwakilan UMNO wajar menentu dan memilih pemimpin mengikut pengalaman, pemerhatian, fikiran dan pertimbangan yang paling munasabah, wajar, bersih dan bebas daripada penjajahan wang dan sogokan.”

Apa pendapat anda? Wajarkah cadangan Cheng Ho diadakan dalam tempoh terdekat ini? Adakah pendapat Amir juga perlu diambilkira oleh seluruh perwakilan UMNO? Fikir-fikirkanlah! – Ruhanie Ahmad

14 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Ilmu tidak cukup menjadi sandaran dalam memilih pemimpin terutama dalam politik kerana bertindak menggunakan ilmu dan bertindak menggunakan akal adalah dua perkara yang berbeza walaupun hampir sama.

Andaian sebiji buah, orang politik mesti pandai mengupas supaya ilmu (isi) tidak rosak berbanding dengan orang berilmu mereka akan mengambil isi tanpa memperdulikan cara mengupas.

Saranan supaya calon Timbalan Presiden berkompromi dan cadangan sayap puteri dan putera dibubarkan adalah gambaran kepanikan dalam UMNO yang sebenarnya masih tidak tahu di mana punca dan silapnya mereka makin lemah disusuli dengan keluarnya Nasarudin ke PKR.

Sesuatu itu tidak berlaku dengan sendiri, UMNO sudah mula menyusur jalan kejatuhannya apabila Tun keluar UMNO kerana Tun jarang sekali gagal dalam visi dan pandangannya terhadap sesuatu kemungkinan yang berlaku dan hari ini UMNO makin menjunam kerana saranan Tun supaya Dolah lepaskan jawatan serta merta tidak diperdulikan.

Najib bukan sahaja digambarkan tidak akan sempat membaiki UMNO selepas March tetapi kini sudah menampakkan UMNO akan rosak teruk menjelang March dan tidak dapat diperbaiki lagi, kalah jadi abu menang jadi arang.

Ada tangan dalaman yang sengaja merosakkan UMNO bersandarkan biar putih mata jangan putih hati kerana cita cita mereka kian jauh atas sedikit kesedaran akar umbi UMNO.

Sesuatu yang drastik, tidak di sangka sangka, bersifat patriotik dan berani perlu ada di dalam UMNO untuk melihat perubahan, jika semua isu di tangani secara mendatar dan menyusur maka ia akan terus menggelosor...

UMNO digambarkan dan di alihkan persepsi hancur dan dirosak oleh Najib warisan Mahathir. Bagi musuh itu adalah matlamat dan kemenangan mereka yang terpenting sebelum tirai UMNO dilabuhkan.

Anak Kuala said...

Saya rasa pada ketika ini semua orang patut lupakan matlamat peribadi. Semua orang sepatutnya membuat sesuatu utnuk menapaklan kekuatan dan perpaduan umno. Saya rasa jawatan timbalan president tidak perlu dipertandinkan. Biarlah Dato Najib dan Tan Sri Muhyidin menjadi pasangan untuk membetulkan kerosakan umno. Beri mereka sokongan yang tiak berbelah bagi. Saya menyatakan Timbalan presiden sesuai untuk Tan Sri Muhyidin kerana di kala beliau elihat kelemahan dan kerosakan umno, pemimpin-pemimpin lain seperti Mat Taib dan dato Ali masih sibuk mengipas bos. Takkala semua orang menghentam Tan Sri Muhyidin, Mat Taib dan Dato Ali turut tumpang sekaki. Kini setelah akar umbi bersuara untuk pembaharuan umno, mat taib dan dato ali muncul pula seolah-olah untuk menjadi wira. Cukuplah sekiranya mereka berdua ikhlas untuk umno sepatutnya mereka lah yang bersuara untuk pembaharuan umno senada dengan Tan sri muhyidin

fital said...

Assalammualaikum

Saya adalah insan biasa yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair lebih-lebih lagi berkaitan dengan UMNO kerana UMNO masih merupakan tulang belakang politik tanah air. UMNO juga merupakan tempat orang Melayu menaruh harapan agar agama, bangsa dan negara terbela.Pergolakan dan kepincangan kepimpinan UMNO sejak kebelakangan ini tidak dapat disorok dan dibendung lagi.Cerita-cerita luar kain dan dalam kain UMNO tak payah dijaja oleh orang luar tetapi ia dijaja oleh orang UMNO sendiri.Politik wang umpamanya merupakan satu barah yang telah merebak di semua saraf UMNO.Hanya terapi iman dan akidah yang kental sahaja dapat mengubatinya.Lantaran itu UMNO perlu dipimpin oleh mereka yang yang bukan sahaja bersih tetapi kelihatan bersih.Bersih hati dan minda mereka untuk menjadi pemimpin tulus dan telus bukannya pulus. Walaupun tempoh pemilihan semakin hampir tetapi belum terlambat untuk menyahut cadangan Cheng Ho tersebut.

Saranan Cheng Ho agar calon-calon Timbalan Prisiden UMNO tersebut diketemukan dalam satu wacana ilmu amat dialu-alukan kerana di situ nanti kita akan dapat melihat siapa calon yang benar-benar berketerampilan seperti yang dikehendaki oleh pencadang.Namun demikian fasihkah mereka itu berbahas dalam Bahasa Inggeris. Kalau bercakap Melayu pun macam tak lepas inikan pula berbahasa Inggeris.

Saya juga menyambut baik mengenai cadangan Amir Hamzah agar pertandingan bagi semua jawatan UMNO diteruskan. Tetapi perlu diingat sejak pertandingan dalaman tersebut diperkenalkan (kalau tak silap saya ia bermula era Tun Hussien Onn) telah menimbulkan kem yang membawa pepecahan dalam UMNO. Kewujudan Team A dan B telah mengundang pengharaman UMNO.Kini kem -kem tersebut wujud lagi bukan dua tetapi lebih. Masing-masing bersaing untuk mendapatkan penyokong yang akan mengundi mereka semasa pemilihan pada bulan Mac ini.Demi menjamin mereka menang pada pemilihan itu nanti maka segala strategi digunakan untuk menjatuhkan saingan mereka.Bukan sahaja strategi melalui media tronik tetapi strategi yang paling berkesan sekali adalah melalui wang. Maka wujud istilah "Politik Wang" bagi membeli pengundi.Kata orang ada wang semua jadi, kuasa dan pangkat boleh dibeli dengan wang.Soal harga dan marwah diri ditolak tepi asalkan pangkat dan kuasa dapat dimiliki.Amatlah malang sekali negara mendapat pemimpin seperti ini kerana mereka boleh dibeli dan ditarik hidung kesana kemari oleh musuh-musuh dalam dan luar negeri yang sentiasa menunggu hari untuk merampas bumi pertiwi. sejak zaman Tun Dr. Mahathir lagi telah terdengar isu politik wang. walaupun Tun pernah menangis mengelurkan air mata tapi nasihat Tun ibarat mencurah air di daun keladi.Persoalannya mengapa politik wang ini menjadi-jadi dan dikatakan terburuk sekali pada abad ini.Bukankah telah ramai yang dikenakan tindakan displin oleh Lembaga Displin UMNO hingga hilang jawatan dan digantung ahli. Tidakkah semua itu dah cukup menjadi pengajaran kepada setiap calon yang ingin bertanding.Apakah mereka yang terlibat dalam politik wang ini perlu diheret ke Mahkamah dan didakwa sebagai satu kesalahan jenayah? Mungkin hanya cara itu yang boleh memberi pengajaran kepada bakal-bakal calun supaya jangan mengamalkan politik wang.Tun Dr Mahathir hingga kini tak jemu-jemu membangkitkan isu politik wang namun tegoran dan nasihat Tun tersebut seolah-olah disambut hawar.

Sebagai kesimpulannya pertandingan di dalam UMNO tersebut perlu diteruskan tetapi biarlah telus dan tulus.Pemimpin adalah harapan bangsa, rosak pemimpin rosaklah bangsa.

Sekian, terimakasih.

Hakeem Zahardi said...

Dato Ron

Saya amat bersetuju dengan cadangan cheng ho. Tapi kita dah boleh agak jawapan dari 2 calon timbalan: Pak ali dan Mat taib - depa kata tak perlu dwi bahasa, malah wacana pun xperlu sebab depa dah lama dok sebut perkara-perkara tersebut.

bat8

Jiwa Merdeka said...

"Wacana Ilmu" tu rasanya hebat sangat bunyinya. Adakah calon Timbalan Presiden itu terdiri daripada orang-orang yang berilmu? Saya tak nampak pun.

Tapi kalau diadakan forum terbuka untuk memberi peluang kepada mereka memberikan pandangan dan visi mereka tentang pelbagai isu semasa, saya kira baik juga. Tapi adakah calon-calon itu bersetuju?

Sementera itu, saya seorang yang bersetuju bahawa kompromi sebenarnya tidak perlu, dan biarlah pertandingan terus diadakan.

UMNO PARTI PENJARA said...

Tolak pemimpin rasuah...
Yang cakap tak serupa bikin ;-)


































Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Dato',
Yang sebenarnya saya telah agak lama tak menulis di blog Dato'ni,saya rasa kali terakhir masa zaman2 Dato'Seri Anwar tengah kemaruk sangat nak berkuasa (lompat parti yang tak jadi tu)tanpa menghiraukan akibatnya pada negara kita.Saya jadi fed up dengan orang yg macam ni.Bagaimanapun pendapat saya tentang Chen Ho ni adalah(TOLONG BACA SAMPAI HABIS WALAUPUN AGAK PANJANG):
1.Wancana yang dicadangkan oleh Cheng Ho amat saya setuju.Sebab kita nak tahu halatuju ke mana nak di bawa UMNO ni oleh bakal-bakal Tim.President Umno ni.Berapa cerdik mereka ni,bukan hanya populis.Berapa setianya mereka ni pada perjuangan Umno ni,berapa patroitik nya mereka ni pada agama(alif),bangsa(ba) dan tanahair (ta) mereka.Jangan pilih pengecut,yang tau cuma "play safe" tanpa berani menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan.
2.Tentang kemungkinan campur tangan dari Pak Lah,saya rasa memang tak perlu sebab banyak kerosakan yang telah dibuat oleh beliau.Mintak maaf ni lah yang dikatakan pahit utk ditelan tetapi perlu disuarakan.
3.Saya memang penyokong Umno,mak dan ayah saya sangat terhutang budi kepada Umno walaupun kami semua hidup miskin tetapi berkat pemimpin Umno dahulu kesemua adik beradik saya melanjutkan pelajaran dengan biasiswa Umno,sesuatu yang orang muda hari ni perlu kenang dan hayati,jangan mudah lupa pada jasa orang lama.Maka pandangan saya tentang PR ni dia org baru,kurang pngalaman dan pemimpin masa zaman Pak Lah ada sedikit sebanyak menguris perasaan orang2 melayu,itu kita kena akui.Tidak mempertahankan maruah melayu,bangsa dan tanahair.Senang sangat mengikut telunjuk bangsa lain dan tak berani dengan sesetengah negara jiran kita.Maruah bangsa diinjak2 sedangkan pemimpin sibok mencari kekayaan dunia dan anak bini.Saya memang dah fed up.Kalau nak jadi politician jadi lah politician tulen kalau nak kekayaan jadilan businessman.PR ni ni tak kuat langsung tetapi Umno tu yang lemah disebabkan olehpemimpinnya.Demi bangsa melayu letaklah jawatan beramai2 wahai pemimpin melayu yg mengadai maruah melayu,berundur denga terhormat dan bermaruah.Jangan jadi dayus.Bagi peluang kepada pejuang bangsa yang ada integriti dan politician tulin melayu.Yang betul berjuang demi orang melayu.Pegi mampus dengan Malaysian malaysia gagasan DAP ke PKR ke yang boleh pegi mampus.Kalau kita lemah sangat kita bagi saja sokongan kita pada PAS sekurang-kurangnya demi agama kita di mana kita orang melayu cuma akan sedar di atas landasan yang sama iaitu "AGAMA".
4.Terakhir,saya tak malu untuk menyatakan rasa taksub saya pada Tun Mahatir(TDM).Alangkah bodohnya orang melayu yang berterusan mahukan TDM bersara dulu,kalau ada peluang pertukaran PM atau President antara negara,saya rasa Indonesia,Filipin dan Thailand adalah antara yang berebut-rebut mahukan TDM sebagai PM mereka diganti kan dengan PM/President mereka.Sedangkan rakyat Malaysia menolak TDM,semata-mata atas faktor lama memerintah.Memang bodoh orang kita ni.Salah satu faktor kekalahan memalukan BN kepada PR (hilang majoriti 2/3) adalah faktor TDM.Kalaulah Pak Lah mengalah dan berjabat tangan dengan TDM tanda selesai masalah antara kedua2 nya,saya rasa taklah teruk sangat Umno ni,hinggakan 2 Pilihraya Kecil yang baru-baru ni pun kalah.Ini memerlukan hati yang besar,semangat yang besar utk melakukannya.Derhaka seorang PM kepada seorang tua yang tak terhingga jasanya.Kasih dan jasa TDM pada Umno dan orang melayu susah saya nak huraikan,terasa sebak.Derhaka seorang PM dan orang2 muda di sekelilingnya.Derhaka kepada orang tua yg berjasa.Pegi lah mohon maaf demi bangsa orang melayu selagi masih kesempatan.Mungkin orang kata saya sentimenal tapi ini pandangan saya yang sayangkan bangsa kita MELAYU.
5.Lagi satu janganlah "over do it" orang akan nampk kita ni desperate,jaga rumahtangga kita bukan rumahtangga oran lain.Kira duit di poket kita jangan kira duit di poket orang.Maka pendapat saya jaga Umno baik2 jangan hirau sangat PR ni,lama2 dia orang fed up sendiri sebab tak de orang beri perhatian sangat pada dia orang.PR bukan kuat pun,itu maksud saya.(fikiran "out side the box").Jangan takut dengan bayang2 sendiri.Pemimpin yang bermaruah tapi rasuah berhentilah secara sukarela,dengan maruan tinggi demi bangsa melayu,kalau tidak Malaysia akan menjadi satu lagi Palestine di muka bumi ini.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Perwakilan UMNO pada PAU Mac 2009 nanti mesti memilih seorang timbalan presiden yang diterima rakyat bukannya warga UMNO sahaja. Ini penting bagi memastikan dalam PRU akan datang atau dalam PRK di mana-mana kawasan, UMNO masih dipandang releven dan mampu membawa orang Melayu kelandasan yang betul. Bagi saya para perwakilan adalah terdiri dari bijakpandai dari seluroh Bahagian UMNO mampu melaksanakan tugasan ini. Cuma buangkanlah yang keroh ambil yang jernih.

Setahu saya juga para perwakilan yang akan hadir dalam PAU Mac nanti cukup kenal calon-calon timbalan presiden, jadi mereka hendaklah terjemahkan dengan jujor dan berhemah atas kertas undi nanti bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka. Jika mereka salah membuat pertimbangan atau pertimbangan dipengaruhi unsur-unsur negatif, padahnya UMNO akan terima apabila ianya ditolak secara "total" oleh rakyat.

mohdnor senawi said...

Saya amat bersetuju dengan komen dari kluangman. Salah satu perkara drastik yang perlu dibuat untuk mengakhirkan kemelut ini ialah dengan balik semula keakar umbi untuk semua pemilihan jawatan tertinggi dalam parti. Biarkan semua ahli yang memilih siapa pemimpin yang mereka mahukan. Saya pasti politik wang pun akan terkubur dengan sendirinya. Kebanyakan pemimpin umno yang ada hari ini langsung tidak ikhlas dalam perjuangan mereka. Mulut saja cakap akar umbi. Tapi sekadar cakap sahajalah. Tak usahlah dikaburi mata rakyat.Rakyat nampak keadaan yang sebenar. Sebab itulah berlaku kejutan dalam pru12 yang lalu. Sekarang rakyat yang seperti saya sedang melihat tarian yang ditarikan oleh pemimpin umno semua. Ya perwakilan akan menentukan pemimpin umno bulan mac ini. Akan tetapi, Ingat dan insaflah sebelum terlambat bahawa rakyat akan mengadilinya pada pru13 yang akan datang.

Kama Irahsa said...

Datuk,

kalau calon tak main duit, TS Muhyiddin ada harapan menang..

kalau ada wacana dalam bahasa inggeris, TS Muhyiddin sohih menang..

DS Ali Rustam dengan TS Mat Taib English berterabur..

keh keh keh..

tok iskandar said...

Ramlang porigi,imam masjid wilayah persekutuan yang menjadi saksi pengakuan saiful mengaku diliwat telah dipecat JAKIM.Ramai yang terkejut dengan tuduhan mencemarkan perkhidmatan awam terhadap imam yang berasal dari Sabah ini.

Setakat ini sehebat mana kakitangan awam berkempen,mereka tidak akan dipecat biarpun mereka menyokong parti pembangkang.Paling terukpun mereka ditukarkan ke kawasan pedalaman dalam tempoh 24 jam.

Kes Ramlang berbeza kerana beliaulah antara faktor utama kemenangan Anwar di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas.

Apabila Anwar menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan seterusnya dilantik menjadi ketua pembangkang di parlimen,UMNO semakin sukar untuk bernafas dibuatnya.

Terbaru,isu ADUN Bota melompat dan menyertai PKR menghancurluluhkan semangat juang UMNO yang kian padam dengan kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Umum ke 12 Mac tahun lepas,disusuli dengan kekalahan kedua pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan kekalahan terbaru di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.Ketiga-tiga kekalahan ini telah disifatkan Kuli sebagai kemaluan ketiga UMNO dalam tempoh sepuluh bulan.

Belum sempat UMNO menarik nafas lega,kemasukan Nasharudin Hasim ADUN Bota ke dalam PKR sungguh memeranjatkan sehingga Tajol Rosli sampai tersasul mengumumkan beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.Khabar angin telah bertiup kencang Najib akan menggantikan Tajol bermula 2 Februari.

Bagi meredakan iklim suhu politik dalam UMNO yang terkena serangan Chikugunya,Zahid Hamidi selaku memanda Menteri yang menggepalai JAKIM bertindak menjadi hulubalang UMNO Perak dengan mengarahkan JAKIM memecat Ramlang Porigi.Zahid Hamidi memecat Ramlang Porigi di saat regim Yahudi menyerang pejuang Palestine di Gaza tanpa memberikan ruang kepada beliau untuk membela diri.

Ramai yang sudah hampir lupa suatu ketika dulu Zahid Hamidi adalah Ketua Pemuda UMNO yang pernah menjadi hulubalang Anwar.

Setelah menyertai kem Najib,Zahid lupa diri dan kedudukannya sebagai ahli parlimen Bagan Datok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
memberikannya peluang untuk menindas kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat.

Jika Ramlang kalah dan keputusan mahkamah menyebelahi kerajaan BN.Selepas ini lebih ramai kakitangan awam akan dipecat kerana menyokong pembangkang.Ini akan memburukkan lagi imej perkhidmatan awam dan memperlihatkan lagi penindasan yang dilakukan UMNO terhadap bangsanya sendiri kerana rata-rata kakitangan awam berbangsa Melayu.

Tok nak ulas sikit tentang larang berpolitik ini sering disalahgunakan oleh kerajaan untuk menindas kakitangan yang menyokong pembangkang sedangkan kakitangan awam yang menyokong UMNO dan ada jawatan di dalam UMNO tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Pahang sebagai contoh,Datuk Azmi suatu ketika dulu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan pada masa yang sama menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.
Aminuddin suatu ketika dulu Guru Besar SK Jalan Bahagia dan pada masa yang sama menjadi setiausaha UMNO Bahagian Temerloh.
Hassan Mat Amin,Guru Besar SK Teluk Sentang dan sekarang AJK UMNO Bahagian Kuala Krau.
Mazlan,Pegawai khas kepada YB Chua pula adalah seorang GPK di sebuah sekolah di Jengka.
Saifuddin Abdullah,ahli parlimen Temerloh dikatakan mempunyai setiausaha sulit seorang GPK dari sebuah sekolah kebangsaan di Seberang Temerloh.Sebelum ini,Aminuddin menjadi setiausaha sulit Saifuddin.
UMNO dari dulu,kini dan tidak mustahil untuk selamanya akan menindas Melayu yang tidak menyokongnya dan sudah sampai masanya untuk Melayu membuang UMNO dan menolaknya agar tiada lagi melayu yang akan teraniaya.
wakil-wakil rakyat UMNO yang kalah di dalam pemilihan ketua bahagian tentu sedar mereka semakin dipinggirkan oleh pimpinan parti yang lebih mengutamakan kroni dan sekumpulan elit.
Sudah lama UMNO dinaungi elit UMNO dan mereka jugalah yang memusnahkan parti itu.Jauh sekali untuk dibaikpulih,UMNO perlu dimusnahkan dan alternatif baru iaitu Pakatan Rakyat akan menjadi wadah politik bangsa Melayu ke arah harapan baru.

cekodokmasin said...

Salam Dato'
kalau hendak berkompromi, siapa yang akan mendahului? Pasti tiada yang mahu kerana melihat peluang politik terbuka luas apabila memagang jawatan. Jika hanya untuk mengelakkan rasuah, pasti ia akan belaku jua kerana tiada penawaran jika tiada permintaan. Jika mahu mengelakkan perpecahan, perpecahan pasti akan timbul jua kerana mereka mempunyai penyokong-penyokong keras (hardcore).

Ramli Mohd Yunus said...

tuan,

saya amat setuju..pemimpin mesti nilai dari segi ilmu, intergriti, kualiti kepimpinan, berani telus dan bercakap benar dan punyai rekod perkhidmatan yang baik..

kena fasih dengan ilmu yang boleh membantu peningkatan ekonomi negara..bahasa Inggeris kena baik..disiplin hidup yang penuh berhemah..bukan setakat berhemoi hemoi dengan penyokong semata mata...

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Lebih Putih Dari Putih
(ini kata iklan ahli parti politik)

Hari itu - sebelum prk P36 - banyak komen-komen termasuklah saya yang sangat-sangat yakin dengan kebolehan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden - bagai nak rak kutuk si Md Ali Md Rustam dan dan orang tua Selangor.

Lepas president obama masuk kerja, lain pula bunyi.

Mungkinkah kita terpukau dengan si-setengah masak ini dari hawai'i sebabkan terpesona dengan wacana ilmu yang dibentuk sekeliling beliau oleh pasukan yang berkempen untuk obama.

Sekarang setelah sekian lama dalam UMNO calun-calan ini masih tidak dikenali masyarakat kita?

Sebenarnya, kita yang lemah pemikiran ini kalau pun ada wacana ilmu saperti yang di cadangkan Sdr Cheng Ho diadakan, masih akan tertipu dengan calun-calun yang kalau di siasat dalam-dalam tak layak berada luar dari sistem penjara untuk penjenayah kita.

Ataupun pun ini semua realiti di disneyland?