Friday, January 02, 2009

MESEJ KEPADA TEAM KEPIMPINAN NEGARA SEMPENA MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN MASEHI 2009

Ruhanie Ahmad

Tahun Hijrah 1430 tiba empat hari yang lalu. Kini, Januari 2009 pula turut menemui kita. Tahun 2008 sudah meninggalkan kita dengan pelbagai kisah dan peristiwa - majoritinya mengenai siasah dan kepimpinannya. Sesetengah daripada kisah dan peristiwa ini pastinya akan tercatat sebagai legasi durjasa (bukan durjana) warisan bangsa.

Berdasarkan senario global, tahun Hijrah 1430 dan tahun Masehi 2009, pasti akan mencabar komitmen, kewibawaan serta kebijaksanaan kita dalam menagani pelbagai masalah sosio-politik dan ekonomi yang akan menghambat kehidupan serta kesejahteraan rakyat jelata.

Maka, di sinilah kita akan saksikan betapa rentak dan gaya perjuangan kepimpinan Malaysia – khususnya team kepimpinan yang akan diketengahkan mulai akhir Mac 2009 – dalam merangka strategi, dasar, program serta tindakan mereka demi rakyat jelata.

Satu perkara yang amat dituntut di sini ialah: barisan kepimpinan Malaysia yang baru kelak perlu mewujud serta mengaktifkan semula Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang pernah dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kegawatan ekonomi regional mulai 1998.

Pada ketika itu, MTEN yang merangkumkan keahliannya daripada seluruh bidang kehidupan, dijaga khas oleh seorang menteri. Perdana Menteri ketika itu pula bermesyuarat bersama MTEN pada setiap minggu. Dalam mesyuarat itu dipantau seluruh kemungkinan yang boleh menjejaskan ekonomi negara dan mengancam kesejahteraan rakyat jelata. Dalam mesyuarat itu juga dimunculkan pelbagai gagasan untuk diserahkan kepada Jemaah Menteri menghalusinya. Kemudiannya, gagasan yang sudah dirincikan ini pun dijadikan dasar serta program perjuangan yang komprehensif serta selaras dengan keadaan negara yang dilanda krisis ekonomi.

Antara gagasan itu termasuklah dasar memastikan kerajaan berbelanja dalam sektor-sektor tertentu untuk mendorong spending atau perbelanjaan di kalangan seluruh lapisan rakyat jelata. Satu lagi gagasannya adalah mewujudkan pelbagai bentuk jaringan keselamatan social atau social safety net untuk memastikan rakyat jelata tidak ditimpa hidup yang sengsara.

Oleh itu, pedulikanlah dengan dakwaan kononnya kepimpinan akan datang ini akan mendewa-dewakan mahathirisme. Sebaliknya, jika legasi Mahathir dalam menangani serta memulihkan ekonomi negara menerusi MTEN terbukti berkesan, dosakah kalau model MTEN itu dihidupkan semula, walaupun menerusi cara, gaya, fokus serta emfasis yang agak berbeza.

Langkah seperti ini penting kerana krisis ekonomi mutakhir adalah global, sementara krisis ekonomi di era Mahathir adalah regional puncanya. Lantaran itu, jika sesuatu krisis ekonomi yang regional pun memerlukan suatu wadah perjuangan seperti MTEN, tidakkah krisis ekonomi yang global bentuknya ini memerlukan suatu lagi wadah perjuangan yang lebih gagah daripada MTEN? Dan, berdosakah jika wadah yang lebih gagah ini meminjam sebahagian daripada semangat, roh dan jiwa perjuangan yang wujud dalam MTEN?

Suara saya ini hanya sekadar suara rakyat biasa. Tetapi, suara ini juga telah saya kutip dan petik daripada pelbagai pendapat rakyat jelata yang sempat saya temui, merentasi batas-batas status ekonomi, politik, kaum dan jajaran kesetiaan mereka kepada kepimpinan negara.

Rata-rata suara mereka mahukan pemerintah memberikan tumpuan khusus, serius, konsisten dan komprehensif kepada pelbagai usaha dan perjuangan membela rakyat jelata dan mengukuhkan ekonomi negara di era krisis ekonomi global yang belum diketahui bila penghujungnya.

Selaras dengan tuntutan seperti ini, amat wajar sekali jika agenda politik kepartian – intra dan inter – menjadi agenda terakhir dalam perjuangan seluruh kepimpinan negara mulai tahun ini.

Sekali lagi, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan tahun masehi 2009. Jangan kita lupa, bahawa kita sebagai rakyat jelata juga dituntut meyumbangkan peranan dalam perjuangan yang khusus demi kesejahteraan kita bersama.

11 comments:

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Alhamdulillah - right on cue.

Anonymous said...

salam dato ron..you are totally right..salam maal hijrah dato...

http://writtenbyhim.wordpress.com/

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Harapan yang begitu tinggi terletak dibahu barisan kepimpinan selepas Mac tahun ini. Di dalam menghadapi kegawatan ekonomi global yang mungkin memuncak pada tahun ini, apakah kepimpinan yang bakal dipilih pada PAU 2009 mampu menanggani permasalahan ini.

shahbandarmalakat said...

Selamat tahun baru (2009).
Sebelum fajar menyingsing kita telah di ingatkan oleh Yahudi Israel bahawa mereka lah bangsa yang paling berkuasa di dunia hari ini dengan pengeboman bumi Gaza...
Kita orang Islam dan dalam masa yang sama Yahudi telah mengingatkan kita terdapat kepimpinan orang Islam yang tak peka...
Bila sampai Tahun baru mereka sama menjerit terlolong..tak sedar diri...
Kepimpinan sebenarnya ialah kepempinan yang penuh Taqwa yang mencontohi Rasulullah dan Sahabat ...Hari ini terkorban seorang pemimpin Hamas yang berani Prof Nizar Rayan..dia tak beranjak dari rumahnya dan terkorban bersama 12 orang anaknya..

Cucu Tok Selampit said...

Assalamualikum Dato',

Selamat tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Wassalam.

Cucu Tok Selampit.

bungaraya said...

Saya sangat berkeinginan melihat agar barisan kepimpinan negara menjiwai sikap integriti yang tinggi. Dan bersikap ikhlas dan amanah dalam membuat kritikan kepada dasar dan pelaksanaan yang telah kerajaan buat. Berada ditahap kualiti kepimpinan yang berkualiti. Saya sedih dengan cara Ahli Parlimen kita berbahas di Parlimen. Lebih menunjukkan kebaculan kekurangan kebijaksanaan dan sangat dangkal ilmu pengetahuan. Padahal ramai kalangan mereka yang sarjana dalam bidang undang-undang dan lain-lain bidang keilmuan.

Rakyat keseluruhannya fikir-fikirkan tentang Perpaduan dikalangan kita. Khususnya diKalangan Bumiputera. Gerakan penghapusan identiti islam didunia semakin bersemarak bermula dari negara Palestine. Jika kita asyik melihat keburukan sesama kita dan bergeseran kerana nya, tidak mustahil Malaysia, Islam hanya tinggal nama.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Saya bersetuju dengan Dato' bahawa keadaan ekonomi dunia sekarang dah agak runcing.Jadi soal mengagong2kan era TDM tidak timbul.Kepimpinan sekarang samada di bawah Pak Lah ke atau DS Najib, mereka tidak lagi boleh ego untuk menerima formula yang pernah diperkenalkan oleh TDM semasa krisis ekonomi dulu pada tahun 1998 dengan menghidupkan MTEN.

2. Dulu rakyat sedar tentang wujudnya MTEN serta tahu tentang ada usaha2 yang sedang dilakukan oleh MTEN dalam menghadapi krisis ekonomi itu.Tindakan2 yang dirumuskan oleh MTEN nampak kejayaannya.Rakyat begitu yakin sekali bahawa krisis itu lambat laung akan dapat diatasi dengan jayanya hasil tindakan MTEN yang di Pengerusi oleh TDM.Sejarah membuktikannya.

3. Kalau kita membaca buku oleh Datuk Mahani Zainal Abidin bertajuk "Rewriting The Rules-The Malaysian Crisis Management Model" kita tentu akan menghargai peranan oleh pasukan MTEN ini.Antara lain beliau menceritakan bahawa dalam tempoh 2 bulan sahaja mereka telah mengadakan sebanyak 250 mesyuarat iaitu anggaran 4 mesyuarat sehari.Itu menunjukan betapa seriusnya pasukan MTEN ketika itu.

4. Tapi sekarang ini Majlis Ekonomi yang ditubuhkan oleh Pak Lah tidak berapa lama dulu nampaknya gah dengan nama sahaja.Tiada tindakan yang berkesan.Yang sering kita lihat hanyalah muka Datuk Shahril yang membuat berbagai kenyataan yang mengelirukan serta tidak menyakinkan rakyat.Pelan ransangan yang diperkenalkan oleh DS Najib pun agak samar2 serta tidak memberi fokus yang khusus.

5. Oleh itu kita tidak nampak apa ruginya jika Kerajaan menghidupkan semula formula MTEN dalam menghadapi krisis ekonomi sekarang.Cuma yang kita nampak ialah tindakan Kerajaan sekarang telah merumitkan lagi rakyat.Jadi saya menyokong cadangan Dato' yang menyeru Kerjaan supaya mengujudkan semula makanisme MTEN demi menyelamatkan negara.

imah said...

Salam sejahtera,

Saya suka menambah sedikit apa yang telah diutarakan oleh Dato. Semasa krisis ekonomi dekad 1990han dahulu hanya melibatkan wilayah Asean dan termasuklah Korea Selatan juga. Ekonomi negara-negara rantau eropah, amerika, timur tengah dan wilayah lain tidak terjejas.

Dan yang penting ketika itu bahan ekspot utama negara ia-itu petrolium dan minyak sawit amat stabil harganya dapat membantu mengimbangkan pendapatan negara yang terjejas disektor pembuatan.

Pada masa itu masyarakat luar bandar yang bersandarkan pendapatan mereka kepada hasil sawit dan getah tidaklah terjejas pendapatan mereka bahkan mereka dapat membantu pusingan modal dalam negara dengan harga sawit dan getah yang setabil.

Amat berbeza dengan kegawatan hari ini. Harga petrolium turun menjunam. Diikuti harga komoditi teras yang lain ia-itu minyak sawit dan getah yang jatuh diparas yang amat rendah. Ekspot bahan pembuatan lain juga akan turut terjejas. Ini bermakna pendapatan segolongan besar rakyat Malaysia telah merosot, kecuali kakitangan kerajaan yang tidak terjejas.

Dengan itu seperti saranan Dato, tanpa mengira apa jenamanya, badan bertindak seperti MTEN wajiblah segera ditubuhkan.

Jika dalam krisis dekad 90han dahulu kita ada sawit, getah dan petrolium yang dapat membantu, tetapi pada kali ini amat mencemaskan kerana bahan-bahan ini awal-awal lagi telah jatuh merudum harganya.

Kerajaan tidak boleh menunggu keadaan telah parah baru nak bertindak.

tok iskandar said...

buka laman web ini www.calvary.org.my

gereja terbesar di asia akan dibina di bukit jalil,kuala lumpur.ini bawah bidangkuasa DBKL dan menteri wilayah persekutuan,zulhasnan rafiq.umno kena jawab apakah mereka telah luluskan pembinaan gereja 6 tingkat ini.jika benar,amatlah mengecewakan kerana umno selama ini dakwa pembela islam.


tok iskandar Says:

umno totok yang bodoh boleh baca kat sini

The Calvary Convention Centre

The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.

The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.

tok iskandar said...

apa penjelasan umno yang kononnya pembela islam tentang gereja yang akan dibina di bukit jalil ni?terbesar di asia pulak tu.kompleks 6 tingkat.kalau korang semua nak tahu kat mana jika lalu kat area bukit jalil ada tertulis hope(harapan).di situlah akan dibina gereja tersebut.apa penjelasan UMNO kerana DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan bukit jalil.
boleh layari http://www.calvary.org.my

ChengHo said...

Letakkan pemimpin yg berkualiti walaupun sebengis Tun Ismail ditempat yg sesuai Kita terlalu mengamalkan populist dgn tidak menitik beratkan meritokrasi didlm memilih pemimpin.