Esok hari pembuangan undi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi PRK tersebut. Tetapi, katanya, BN “perlu bekerja bersungguh-sungguh.”
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384002
Tetapi, apakah ramalan Abdullah ini akan jadi kenyataan? Adakah strategi BN “meningkatkan serangan politik secara besar-besaran terhadap PAS” di saat-saat terakhir akan membuahkan kemenangan?
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=383977
Sebagaimana saya tegaskan dalam posting 12 Januari 2008, bagaimanakah undi warga pendidik dalam Parlimen Kuala Terengganu? Dan, adakah undi Cina memang betul-betul jadi penentu kepada kemenangan BN atau PR dalam PRK berkenaan?
Maklumat tidak rasmi yang saya terima daripada seorang kerabat perisikan petang tadi meramalkan peluang BN untuk memang adalah agak sukar. Tetapi, seorang pemimpin PAS yang saya temui dua hari lalu pula mengatakan, peluang PR memenangi PRK Kuala Terengganu hanya 51 peratus. Kata lagi, peratusan ini “mampu dirobah oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak” yang siang dan malam berhempas pula menentukan kemenangan BN dalam PRK berkenaan.
Jadi, adakah ramalan warga perisikan mengenai BN seperti di atas benar? Adakah ramalan pemimpin PAS yang saya temui dua hari lalu juga betul? Siapakah yang akan memang dan siapakah pula yang akan kecundang? Saya sangat berharap BN akan menang. Tetapi, kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya, kepada Allah kita berserah! – Ruhanie Ahmad
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384002
Tetapi, apakah ramalan Abdullah ini akan jadi kenyataan? Adakah strategi BN “meningkatkan serangan politik secara besar-besaran terhadap PAS” di saat-saat terakhir akan membuahkan kemenangan?
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=383977
Sebagaimana saya tegaskan dalam posting 12 Januari 2008, bagaimanakah undi warga pendidik dalam Parlimen Kuala Terengganu? Dan, adakah undi Cina memang betul-betul jadi penentu kepada kemenangan BN atau PR dalam PRK berkenaan?
Maklumat tidak rasmi yang saya terima daripada seorang kerabat perisikan petang tadi meramalkan peluang BN untuk memang adalah agak sukar. Tetapi, seorang pemimpin PAS yang saya temui dua hari lalu pula mengatakan, peluang PR memenangi PRK Kuala Terengganu hanya 51 peratus. Kata lagi, peratusan ini “mampu dirobah oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak” yang siang dan malam berhempas pula menentukan kemenangan BN dalam PRK berkenaan.
Jadi, adakah ramalan warga perisikan mengenai BN seperti di atas benar? Adakah ramalan pemimpin PAS yang saya temui dua hari lalu juga betul? Siapakah yang akan memang dan siapakah pula yang akan kecundang? Saya sangat berharap BN akan menang. Tetapi, kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya, kepada Allah kita berserah! – Ruhanie Ahmad
14 comments:
My call to KT voters:
http://www.youtube.com/watch?v=ijkKuSHOHDo
http://www.merdekablog.com
rakyat kuala terengganu bijak memilih wakil mereka, saya pasti mereka akan mengundi wakil yg benar2 telus dan berintegriti seperti mana mereka memilih arwah dari bn dahulu, tapi kini org yg berperibadi lebih kurang sama dgn arwah berada di pihak yg sebelah pula, maka saya jangkakan, dan dengan rasa lega bahawa pas akan menang besar esok. terima kasih datuk
BN ada peluang untuk menang.begitu juga dengan PAS.ini kerana kedua-dua calon boleh dikatakan sama taraf dan tiada yang terlalu menonjol.
kalau dilihat dalam blog2 milik penyokong PR,macam-macam khabar angin yang diuatarakan tentang BN.salah satu daripadanya ialah jika sesiapa yang memangkah BN boleh mendapat sehingga rm1000!.tak tahulah jika ia benar atau tidak tapi agak tak masuk akal juga kerana dalam blog tersebut memberitahu perlu tangkap gambar kertas undi sebagai bukti memangkah BN.setahu saya pasti ada orang yang akan monitor keadaan dalam bilik undi itu.takkan lah boleh senang-senang tangkap gambar.
BN kena berusaha sedaya upaya agar KT boleh kekal milik BN.
Salam Datuk,
Sekadar ramalan dan telahan saya....BN menang...Insya Allah !
pukul 12 malam 15 Januari 2009 umno mandapat sokongan 30 peratus manakala PAS mendapat 38 peratus.
Ini yang membuat pihak Umno jadi serba salah sehingga sanggup ugut para guru dalam satu majlis disekolah menengah Shaekh Malik.
ugutan itu berbunyi: kalau tidak undi BN akan dikenakan tindakan tukar.
Sesiapa (guru) yang tidak undi BN akan ditukar ke mana mana sahaja.
Ugutan ini semata -mata untuk menakut nakutkan para guru diseluruh parlimen Kuala Terengganu.
Satu kajian dibuat bahawa undi penentu kali ini adalah undi para guru bukan lagi undi pos dan undi china.
Undi china peratusnya sudah jatuh merundum walaupun dapat wang sebanyak RM6.1 juta.
Jadi undi penentu piliharaya kecil esok adalah undi dari para guru yang dikatakan sejumlah 5,000 orang termasuk guru pencen.
oleh itu bulan akan mengambang semula di Kuala Terengganu telah malap pada pilihanraya umum ke 12.
abdullah ngah
Ungkapan terakhir 'kepada Allah kita berserah' amat bererti bagi kita semua orang Islam. Andai kata benar semua pihak benar-benar berserah kepada Allah akan keputusan PRK ini, kita juga berharap semua pihak juga telah benar-benar bersandar kepada Allah dalam segala aspek PRK itu sendiri. Maknanya cara berkempen termasuk apa jua yang digunakan sebagai alat seperti jentera kempen, media, sumber kewangan dll, project dan sumbangan yang ditaburkan dan dijanjikan, seterus pengundian itu sendiri samada dari segi kesahihan para pengundi yang berdaftar, kesahihan pengundi yang hadir mengundi, undi pos dan apa-apa jua yang berkaitan mempunya hubung kait dengan keputusan perlu cocok untuk kita layak untuk kita berkata kita bersandar/berserah kepada Allah.
Rakyat kini berada dalam satu era dimana terlalu banyak benda adalah mencurigakan dan mengecewakan. Macam menonton wrestling tag team yang sering kita lihat. Acapkali kita lihat keputusan tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Apa pun keputusannya, orang yang sebenar-benarnya berjuang pada jalan Allah pada hakikatnya tidak pernah kalah kerna ganjaran sebenar adalah apa yang diterima oleh Allah pada hakikatnya. Samada kita dalam keadaan kuat atau lemah, tidak pernah terlepas tuntutan untuk berjuang menurut nilai yang mulia di sisi Allah.
Apa jua yang kita lakukan semuanya ada hubung kait dengan dengan iman dan akidah serta tiada satu pun yang terlepas dari hisab Allah.
Kita berharap semua pihak jujur dan para pengundi bijak membuat pilihan.
Secara logiknya, andaikata tiada apa-apa kekangan, tekanan atau kepentingan tertentu, pemilihan adalah menjadi lebih mudah kepada pengundi apabila kepincangan mana-mana pihak menjadi jelas kelihatan dari perlakuan mereka selama ini. Wallahu a'-lam
Keputusan telah pun diketahui
Kepada siapa agaknya nak dituding jari?
UMNO - Oh UMNO!
(dah pi sana dah - p mana? pi 6-9)
Posto! Posto!
BN kalah!
BN kalah!!
BN kalah!!!
Hidup PAS!
Hidup PAS!!
Hidup PAS!!!
Saya tidak percaya isunya
bukan pasal uang beruang
peribadi cocok tidak sombongnya
kita hanya gagal memaparkan
calun yang mesra rakyat
di senangi rakyat
di hormati rakyat
di yakini rakyat
itulah ceritanya si-farid
itulah ceritanya abdullah
itulah ceritanya najib
itulah ceritanya muhyiddin
itulah ceritanya
hishammuddin mukhriz dan khairy
itulah ceritanya orang ganu kite!
Piiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!
Datuk Ron, seperti yang dijangka sebelum ini BN telah memilih calon yang tidak dapat mempertahankan kedudukan BN di Trengganu. Saya sendiri telah diberitahu sebelum ini.
Jelas bahawa BN terus merusut dan tidak ada strategi untuk memantapkan kedudukan. Tak tahu lah PRU akan datang.
Sdr Ruhanie Ahmad,
The Politics of A Political Animal
(cerita dua darjat)
Don't Blame Najib For BN Defeat, Says Mahathir
KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad said Datuk Seri Najib Tun Razak should not be blamed for the Barisan Nasional (BN) defeat in the Kuala Terengganu by-election.
"Some voters did not support BN because they do not like the candidate," he said when asked to comment on polls where Mohd Abdul Wahid Endut from Pas beat BN's Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh by 2,631 votes yesterday.
Speaking to reporters after launching the Save Palestinians Campaign organised by the Coalition of Malaysian NGOs at the Bangsar Sports Complex here today, Dr Mahathir said the voters had to choose between the BN candidate and Pas' and they finally picked the Pas candidate.
"They also do not like Pas but they were forced to choose," he said.
Najib who is BN deputy chairman led the coalition's election machinery.
-- BERNAMA
Boot licking and boot legging are two different things, det. You still think that any PM worth his salt will listen to you?
Tahniah PAS menang, Takziah UMNO kalah. kerana Allah kita berjuang kepada Allah kita berserah.
Jika dilihat dalam konteks pilihanraya kecil, UMNO(BN) kalah adalah berdasarkan beberapa faktor kecil seperti faktor strategi dan faktor calon. Di dalam pilihanraya ini tiada isu nasional yang timbul kecuali isu yang telah pun dimainkan di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas. Faktor calon paling mempengaruhi pengundi di mana calon BN Wan Farid dikata tidak mesra rakyat. Salah percaturan strategi memilih calon ini mungkin boleh diulas oleh Pengarah pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (BN) apabila post mortem nanti.
More on ataspagar.com
Sahabat-sahabat sekalian. Pandangan anda amat dihargai. Pandangan saya pula tercatat dalam posting terbaru.
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Lagu lama masih berkumandang di BN,saya kira BN khasnya UMNO perlu sedar pehak PR mempunyai cara dan kaedah yang sama dengan UMNO tetapi saya melihat perbezaan cara berkerja.Pekerja PAS akan berkerja tanpa mengira masa,tenaga dan tanpa upah.Sebalik di pehak BN kerana mereka sudah terbiasa manja dengan pemimpin,tak boleh silap sedikit akan merajuk,boikot dan akhirnya berubah arah.
Dalam beberapa pilihanraya sejak dahulu lagi perkara ini sememangnya berlaku dan para pemimpin kalau pun tahu mereka tak berani menegur pada masa itu.Dan kebanyakan nya pemimpin tak mahu ambil tahu.
Selagi Pemimpin punyai ego yang tinggi tanpa memperduli secara serius kehendak akar umbi yang disorok oleh pemimpin pertengahan(pengampu) sukar BN bertahan.
Post a Comment