Friday, January 16, 2009

RAZALEIGH LAYAK JADI PENASIHAT EKONOMI KERAJAAN MALAYSIA

http://puteramalaysia.blogspot.com

6 comments:

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Pembetulan: "Layak Jadi Perdana Menteri Malaysia"

Semut Api said...

Cancellation Of Crooked Bridge Cause Of JB City Centre To Be Deserted - MB



TANGKAK, Jan 16 (Bernama) -- The cancellation of the crooked bridge project to replace the Johor Causeway is the main cause of the Johor Baharu (JB) city centre to be deserted, thus adversely affecting the business of traders there.

Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman who said this, explained that when the planned bridge project was cancelled, the government had to build a road link from the causeway to the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex, also known as the Sultan Iskandar Building.

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

Pemimpin UMNO dan BN kena lihat dan jangan terlepas pandang negeri negeri yang masih berada di dalam naungannya. Berika perhatian secara serius dan jangan menghabiskan terlalu banyak masa memujuk dan melayan kehendak negeri negeri yang dikuasai pembangkang.... jika tidak arus ini akan menjadi semakin besar dan terus membesar..

shahbandarmalakat said...

Datuk banyak orang lupa bahawa TR lah akitek pembangunan Negara Malaysia di zaman Tu Abd Razak. Beliau di beri tanggung jawab oleh Tun untuk membentuk Petronas selepas Bank Bumi, dan kemudian PNB dan amanah saham national,dan lain lain agensi kerajaan seperti Pernas...Kepakaran beliau di iktiraf di luar negara , beliau Pernah menjadi Pengerusi bank Dunia dan lain Bank...Saya percaya Datuk sedia maklum ...sewajarnya lah TR di ambil sebagi Penasihat Ekonomi negara...Dat

zeme said...

Salam Datuk,

Saya tidak faham kenapa kita orang melayu suka menolak lagi menafikan golongan cerdik pandai untuk bersama-sama.

Pemikiran YBM Ku sememangnya dikagumi bukan sahaja dalam aspek global ekonomi malahan perencanaan dan perancangan yang kreatif menjangkau sebarangan bentuk langkah-langkah kemungkinan dalam pentadbiran pengurusan yang terurus.

Ekonomi dijadikan ibu landasan kekuatan bagi YBM Ku kepada keteguhan pentadbiran dan pengurusan yang ideal lagi terurus merangsang pelbagai aspek samada sosial, politik, budaya, pembangunan sahsiah dan ilmiah.

Saya berharap, YBM Ku diberikan peluang untuk turut serta dalam kabinet Malaysia merangsang pembangunan ekonomi negara setidak-tidaknya sebagai Menteri Kewangan meskipun sememangnya YBM Ku layak untuk memegang tampuk Perdana Menteri kerana pada masa kini Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang bergelar "Bapa Ekonomi Malaysia".

Wasalam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Ku Li ialah antara orang kepercayaan Allahyarham Tun Razak dan Allahyarham mengharapkan Ku Li akan menjadi PM selepas Allahyarham Tun Hussein. Beliau juga adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia 1976-1984. Namun dalam politik, segalanya mungkin.

Tun Hussein melantik Tun Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun Tun Mahathir hanya Naib Presiden UMNO ke 3 selepas Tun Ghaffar dan Ku Li.

Nasib malang Ku Li berterusan apabila Tun Mahathir melantik Tun Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri.Ku Li berasa kecewa kerana sering diketepikan. Tentu ada sebab mengapa Ku Li disisih oleh Tun Hussein dan Tun Mahathir.

Krisis UMNO bermula apabila Ku Li mencabar Tun Musa pada 1981 dan 1984 bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tun Mahathir secara terbuka menyokong Tun Musa. Ku Li gagal dalam pertandingan tersebut.

1988 Ku Li serta Team B melawan arus sekali lagi sehingga UMNO diharamkan dan Ku Li menubuhkan Semangat 46. Semangat 46 dan PAS telah bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan APU telah berjaya menawan Kelantan pada Pilihanraya umum 1990 dan sehingga ke hari ini Kelantan terus bersama PAS.

Walaupun telah kembali ke pangkuan UMNO dan Semangat 46 dibubarkan pada 1996, Ku Li terus mencabar Pak Lah bagi jawatan Presiden UMNO pada 2005 dan Najib bagi jawatan yang sama pada 2008 namun hanya bahagiannya sendiri Gua Musang sahaja yang mencalonkannya.

Berdasarkan rentetan sejarah ringkas ini Ku Li bukannya hendak menjadi Menteri Ekonomi dan Kewangan yang digossipkan. Memberi jawatan itu kepadanya ada satu penghinaan kepada Ku Li. Ku Li mahukan jawatan Perdana Menteri.

Ku Li sebenarnya telah mempunyai segala-galanya. Hanya KUASA sahaja yang selalu memberi nasib malang kepada dirinya. Ku Li sebenarnya dibayangi oleh ketokohan dan pengaruh Nik Aziz di Kelantan. Ku Li sendiri tidak disokong oleh UMNO Kelantan. Sokongan di 'kandang sendiri' pun tidak ada, bagaimana hendak mendapat sokongan daripada 'kandang-kandang yang lain'.

Ku Li sezaman dengan Tun Mahathir dan Tun Ghafar. Tun Ghafar telah pun meninggal dunia, sementara Tun Mahathir telah pun bersara. Nasihat paling baik untuk Ku Li adalah 'BERISTIREHAT' kerana zaman Ku Li telah pun berlalu.

Amir hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com