Wednesday, January 21, 2009

BN PASCA PRK KUALA TERENGGANU: PERLU PENJENAMAAN SEMULA ATAU DIBUBARKAN?


Dalam PRU12 sembilan bulan lalu, BN hilang empat kerajaan negeri, gagal tawan semula Kelantan, memenangi jumlah kerusi Parlimen yang kian menguncup dan undi majoriti calon-calonnya yang menang juga merosot secara ketara. Dalam tempoh pacsa PRU12, BN kehilangan dua lagi kerusi parlimennya menerusi PRK. Satu di Permatang Pauh. Satu lagi di Kuala Terengganu.

Lantas, apakah yang perlu BN lakukan? Berdiam diri dan terus dihanyutkan gelombang politk yang kian mencabar? Perlu re-branding? Wajar bubarkan BN secara rasmi dan gantikannya dengan pakatan yang baru? Atau biarkan sahaja BN mati beragan tanpa kuburan dan tanpa nisan?

Ini jawapan kepada pertantaan di atas: Kata Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, “budaya dan imej UMNO” perlu dirobah supaya tonggak utama BN ini “disenangi oleh rakyat.” Kenyataan Najib seterusnya, baca di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, “UMNO perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.” Pandangan Muhyiddin selanjutnya, baca di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Dan, ini adalah intisari pendapat serta cadangan sahabat-sahabat saya yang dikirimkan ke blog ini: BN perlu perbaharui gaya dan strategi kempennya yang sudah lapok, jangan “buta hati,” jangan “bodoh sombong,” jangan sekali-kali pinggirkan warga muda. Kalau tidak boleh merobah gaya dan strategi yang diperlukan, dan kalau terus keras kepala dan berlagak bodoh sombong dengan hati yang buta, bubarkan BN dan buat pakatan baru menjelang PRU13. Ini kerana BN adalah liabiliti kepada UMNO.

Komen saya sendiri: cadangan Najib betul, pandangan Muhyiddin betul, pandangan sahabat-sahabat blog ini juga betul. Sebabnya, saya juga seperti blogger Datuk A Kadir Jasin – kita perlu berpijak kepada realiti di bumi yang nyata. Fikir-fikirkanlah!

31 comments:

Abdul Rahman Hashim said...

Saya bersetuju dengan pandangan yang dipaparkan oleh saudara itu. Sememangnya UMNO hari ini dilihat semacam sudah tidak bermaya lagi, kapalnya hampir karam angkara pemimpinnya yang tidak fokus kepada perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Mereka ini penggila kuasa yang hanya mementingkan kedudukan sehingga mencemarkan imej UMNO sebagai parti perasuah terbesar di negara ini.
UMNO perlu dirombak, dibaik pulih malah pemimpin-pemimpinnya yang usang haruslah pandai mencari lorong keluar untuk memberi laluan pula kepada pemuka-pemuka baru. Tun Musa Hitam pernah menyebutkan bahawa UMNO merupakan parti yang sudah tua, yang memerlukan sinergi baru untuk masa depan yang lebih gemilang kepada orang Melayu di negara ini.
Sila ikuti komen saya yang selanjutnya mengenai sebab muasabab kekalahan BN di PRK P036 Kuala Terengganu di dalam blog maya www.locengwangsa.blogspot.com.

shahbandarmalakat said...

Datuk , Di saat ini saya tak dapat fikir orang lain boleh menyelamtkan UMNO /BN..hanya Tengku Razaleigh yang mempunyai caliber seorang pemimpin yang tak ada rekod kotor,malah di sebaliknya yang dynamis telah banyak berjasa kepada Negara cuma musuh musuhnya saja yang menutup jasa jasanya beliau dari pengumuman ramai( Contoh Perayaan ulang tahun PNB yang ke 25 tahun yang lalu nama TR tidak disebut langsung...Mereka ini sungguh zalim) .kita kena ingat siapa akitek Pembangunan Negara zaman Tun Abd Razak kalau bukan TR? Petronas/PERNAS/PMB/Bank National dll lain lagi...Untuk menegapkan UMNO agar tidak bergantung pad sumber kewangan dari parti parti lain seperti MCA, Beliau telah menubuhkan Fleet Group dengan modal satu juta yang dikeluarkan sendiri (atas arahan Tun Abd Razak) ..Malah Bangunan UMNO yang ada ini pun didirikan diatas tanah beliau..,siapa kalangan orang UMNO yang boleh lakukan macam TR?
Jadi tak perlu Re branding..hanya beberapa pimdahan dalam perlembagaan UMNO tu nak di ubah sikit supaya sama jadi macam UMNO asal...

Unknown said...

Tun Razak juga pernah melakukan penjenamaan semula parti, asalnya dari Parti Perikatan bersimbolkan kapal layar ditukar menjadi Barisan Nasional bersimbolkan Dacing. Dan BN menang besar selepas itu.
Mungkin Najib boleh mengambil pelajaran dari sejarah ini.

hlekir said...

Komen Ali Rustam terhadap kekalahan BN di KT (Berita Harian), `Pembangkang mengamalkan taktik kotor dengan berkumpul beramai2 di pusat mengundi dan ini menyebabkan pengundi takut untuk datang mengundi'.

Komen saya, betapa rendahnya IQ seorang calon pemimpin UMNO.

mn said...

Datuk,

1. Tak perlu bubarkan parti tetapi KAMBUS mereka-mereka yang tidak ikhlas dan tidak mampu bekerja untuk parti.

2. Umno perlu kenal pasti siapakah pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya 'Retorik kosong, hipokrit dan boleh bekerja'?

3. Sebagai bukti, cuba lihat fakta yang saya turunkan di bawah ini.

ANALISA KEPUTUSAN PRK KT(P36)

1) Peti Undi Kg Nibong, bapa angkat – Mukhriz. Keputusan [BN – 751] [PAS - 1,010]

2) Peti Undi Kenanga, bapa angkat Khir Toyo. Keputusan [BN – 907] [PAS – 1,035]. Dalam PRU-12 yang lepas BN menang.

3) Peti Undi Chendering, bapa angkat Khairy. Keputusan [BN – 827] [ PAS – 625]

Berdasarkan fakta di atas, kita ingin mengetahui…

a. Siapa sebenarnya ‘Retorik Kosong’?

b. Siapa sebenarnya yang ‘Hanya Hipokrit’?

c. Siapa sebenarnya yang ‘Boleh Bekerja’?

4. Jangan kita terpengaruh dan terikut-ikut dengan kenyataan oleh Dr. Belit tuu?

5. Tahukah siapa Dr. Belit? Bukan Dr. Khir tapi yang usia dah 83 tahun tu.

usabukata said...

dato ron,

kenapa masih tak habis-habis dengan retorik sahaja.
jangan cakap saja, buat dan ambil tindakan. dari bulan mac tahun lepas sampai sekarang asyik cakap saja.
orang dah semakin muak.

dato ron,

kenapa tiada siapa yang mengulas serta membincangkan ucapan raja nazrin baru-baru ini secara serius? tak berani ke? bukankan itu fakta sejarah?

dato ron,

usaha bukan kata
deeds not words

usabukata

Unknown said...

BN/UMNO kena berubah.reform.tak boleh lagi nak kekal dengan cara lama.rakyat sekarang dah makin lama makin cerdik dan matang dalam menilai situasi politik.Kalau BN/UMNO terus dengan cara nak tunjuk lagak dan ada kuasa maka percayalah yang BN/UMNO takkan ada peluang lagi untuk menang selepas ini dalam pilihanraya.

Badr said...

Salam Takzim Dato' Ron dan sahabat semua,

Alangkah molek sekiranya konklusi Dato' bahawa "pandangan DS Najib betul, pandangan TS Muhyiddin betul dan pendapat semua sahabat yang membuat komentar dalam blog ini juga betul" dikongsi bersama dan merupakan pendirian semua pemimpin UMNO dipelbagai peringkat. Kalaulah semua pemimpin UMNO boleh berlapang dada dan menerima pendapat dan kritik yang disampaikan oleh "rakyat", maka kita bolehlah berharap satu anjakan positif kearah pembinaan siasah negara yang lebih mantap dan "bertamaddun" akan berlaku.

Saya hairan bagaimana misalnya DS Najib yang selalu mengutarakan theori Melayu Glokal dan theori Blue Ocean Strategy (BOS)boleh terlupa untuk aplikasikan approach itu dalam politik UMNO. Kalau kita amati, kedua-dua konsep tersebut terutama BOS, menggariskan pelbagai strategi dan tatatindak strategik yang perlu diambil oleh seseorang atau sesebuah organisasi untuk bukan sahaja kekal relevan dalam dunia yang semakin mencabar dan penuh dengan persaingan sengit, malah untuk menempatkan diri atau organisasi kita disatu tahap yang berbeza dari pesaing kita. Malangnya, dalam hal politik UMNO, DS Najib dan lain-lain pemimpin UMNO tidak langsung mengamalkan pendekatan sebegitu. Masanya sudah tiba untuk pemimpin-pemimpin besar dalam UMNO "walk the talk".

Salah satu langkah yang patut diambil oleh UMNO untuk mengembalikan kekuatan politik mereka ialah dengan merubah secara total struktur organisasi dan kaedah pemilihan para pemimpin disemua peringkat. Saranan-saranan yang pernah diutarakan oleh Ku Li, DS Rais Yatim dan ramai lagi pemimpin UMNO berkaitan kaedah pemilihan pemimpin UMNO secara pengundian terus oleh ahli-ahli misalnya boleh dijadikan asas pertimbangan. UMNO perlu menubuhkan satu pasukan pakar yang terdiri daripada bekas-bekas pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan TIADA kepentingan peribadi untuk menggarap satu plan reformasi total UMNO meliputi aspek undang-undang tubuh, struktur dan kaedah pemilihan kepimpinan.

APapun langkah yang akan diambil, yang paling utama ialah "mengembalikan" UMNO kepada ahli-ahli dan orang Melayu, bukan dikongkong dan dijadikan hak eksklusif sesetengah puak, kabilah dan keluarga terpilih dalam masyarakat Melayu. JANGAN jadikan jawatan-jawatan penting dalam UMNO seolah-olah harta milik golongan tertentu sehingga boleh diparaidkan sesama mereka seperti sekarang!

Pendapat saya mungkin dhaif dan naive serta tidak mewakili suara ahli-ahli UMNO. Tetapi pemimpin UMNO perlu ingat, nasib dan hayat politik mereka bukan ditentukan oleh 3 juta ahli UMNO sahaja, malah sebaliknya oleh lebih dari 13juta pengundi. Oleh itu, selain dari mendengar pendapat dan kehendak ahli-ahli UMNO, pemimpin UMNO wajib juga mendengar dan menilai pandangan dan rintihan rakyat yang bukan ahli UMNO.

Maaf, bukan maksud saya untuk mengajar itik berenang, jauh sekali dari bermaksud mengajar Dato' Ron berpolitik.

Salam.

bungaraya said...

Untuk rekod, saya sama sekali tidak bersetuju dengan PEMBUBARAN UMNO. Saya percaya bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Think-think comitteenya berkemampuan untuk menyelesaikan masalah kronik yang melanda UMNO masa kini.
Inilah akibat dari "pergeseran" Tun Mahathir VS Anwar suatu ketika dulu. Pada masa itu kita sepatutnya sedar bahawa Anwar juga adalah idola kepada sebahagian besar masyarakat melayu.
Sekarang tidak ada pemimpin yang boleh dijadikan idola lagi kerana kebanyakkannya hanya spt "mengangguk" sahaja tanpa "vokal" dalam sebarang keputusan negara. Walhal rakyat biasa sangat mimpikan pemimpin sebegitu. Kurangnya ketegasan dalam menyuarakan sesuatu prinsip atas alasan untuk menjaga dari berlakunya konflik didalam parti. Sekarang apa dah jadi? Bukannya menghindarkan konflik malah konflik berlaku juga diluar parti.

imah said...

Salam Dato'

Umno/BN ibaratkan seorang pekerja yang bekerja terlalu lama tanpa rehat secukupnya.

Pekerja itu menganggap dirinya pekerja yang baik kerana terus bekerja tanpa cuti sepanjang tahun. Tetapi dia tidak terfikir dengan bekerja terus menerus tanpa henti sebenarnya kualiti kerja terjejas kerana kepenatan, tahap kesihatan yang rendah dan tenaga yang semakin berkurangan.

Dengan sebab itu, untuk mengembalikan kecergasan fizikal dan minda, setiap pekerja diperuntukkan sejumlah hari untuk bercuti. Terbukti dengan mengambil cuti, pekerja akan kembali cergas seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti.

Begitu juga Umno/BN. Terlalu lama memerintah. Sudah tidak tahu lagi mana yang rakyat mahu dan mana yang rakyat benci. Semua main taram jer. Hasilnya semua keputusan yang Umno/BN/kerajaan buat sudah tidak relevan lagi dengan keperluan semasa rakyat.

Bagi menyegarkan kembali Umno/BN, langkah sebaik-baiknya ialah merehatkan Umno/BN daripada memerintah untuk tempuh dua penggal. Selepas itu Umno dengan ahli yang baru, pemimpin yang baru bolehlah bangkit semula.

Semasa tempuh berehat ini pastilah semua jenis dedalu, ulat taik dan semua parasit yang ada dalam Umno akan meninggalkannya. Yang betul-betul ada dalam Umno dalam tempuh 10 tahun berehat ini pastinya yang tulin berjuang untuk parti.

Berikan sepuluh tahun Umno jadi pembangkang. Selepas itu Umno akan segar kembali.

tok iskandar said...

Bukti UMNO semakin pupus dan akan dimasukkan ke dalam muzium.politik ugutan dan penderaan sudah basi.Nak tukarkan kakitangan awam 24 jam kerana menyokong pembangkang,nescaya akan bercambahlah cawangan baru PAS atau PKR di sana.
UMNO masih belum serik dan suka menyusahkan rakyat kerana kebanyakan kakitangan awam yan ditukarkan itu adalah berkaliber dan disukai ramai termasuklah ADUN Ladang,Tengku datuk Hassan yang juga merupakan bekas pegawai kewangan negeri Terengganu dan bakal SUK Terengganu yang diminta Idris Jusoh meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam.
Bukti betapa jahatnya UMNO.Minyak dunia dah turun tetapi kerajaan BN tak mahu turunkan lagi harga minyak.
Tok Uban Shahrir pula umumkan harga gula akan dinaikkan.Ramai yang tidak tahu bapa mertua shahrir samad ialah robert kuok yang merupakan orang terkaya di Malaysia dan menguasai pasaran gula di Malaysia selain memiliki rangkaian hotel Shangri La

Anonymous said...

Saya berada diKT mulai 15/1 hingga17/1,kesimpulan yang dapat saya buat Pemimpin UMNO masih tidak mahu berubah.Masih suka menunjuk nunjuk dengan kereta mewah Merz,Harrier,Mpv,Bmw yang kebanyakanya bercermin gelap.Meletak kereta di depan Hotel mewah tak kira atas divider atau tempat larangan,berlagak macam bumi ini harta bapak mereka.

Apabila bergerak mesti berkonvoi atau ada escort,cukup memalukan !

Rakyat cukup meluat dengan gelagat Pemimpin UMNO,PERCAYALAH RAKYAT AKAN TERUS MENGHUKUM TIBA PRU 13 NANTI.

Seladang said...

Dato Ron yang dihormati.

Tanam buluh benih Kembayat,
Tanam merata sepanjang hayat;
Najib nak suruh mesra rakyat,
Mereka kikis harta dan hak rakyat.

Padi sawah padi bukit,
Padi dikisar ditumbuk lesung;
Pemimpin bawah makan sedikit,
Pemimpin besar melonggok bergunung.

Dari Tampin ke Tasik Chini,
Orang tua diserang tabuan;
Di kiri pemimpin di kanan bini,
Dua-dua menyapu habuan.

Berakit-rakit di Lubok Kawah,
Di Mengkasar batuk terbersen;
Jika sedikit dipanggil rasuah,
Jika besar dipanggil komisyen ?

http://tokperan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU said...

KERJA SAMA BN SUDAH TIDAK ERAT - KEPURA-PURAAN PEMIMPIN BN TERUTAMANYA UMNO BAHAWA ADA PERPADUAN SESAMA MEREKA SUDAH DAPAT DIKESAN RAKYAT - MEREKA PENTINGKAN KRONI MEREKA DARI AHLI-AHLI PARTI - UCAPAN SELAMAT TINGGAL MULA BERPUTIK DAN BERBUNGA. ADAKAH NAJIB MAMPU MENGHARUNG INI SEMUA ?

akal ask said...

datok,
seandainya hanya baju sahaja yang berganti akibat hitam dek daki,namun badan dibiarkan penuh kurap tak juga elok.

seandainya mengharapkan pohon merimbun tapi akarnya dicangkul tak juga merimbun,makin layu adanya,

seandainya mengharapkan undi tapi perasaan rakyat tak diambil kira,percayalah sekali dua boleh tapi bila dah banyak kali,ingatlah..........
bumi berputar,hukum alam juga berubah,cuma hukum tuhan yang kekal,itu pun ada yang memperlekehkan.

kalau nak tau rakyat trg sebenarnya amat sensitive dengan isu agama,walaupun cuba dipesongkangkan oleh mb lama hadari,tapi lihatlah natijahnya,bilamana komen2 najib mengenai isu hudud walaupun 10 tahun lepas,dan komen si khairi juaga isu hudud dimainkan oleh pihak pas... akhirnya terkubur jua harapan mempertahankan parlimen kt.

dan percayalah dengan keluarnya statment2 yang bukan2 dari pemimpin akan bertambah malaplah harapan umno untuk menguasai parliman di pru 13 nanti. apa nak buat konon bagus,cam bakal naib presdan tu punya komen dalam sinar harian.

ChengHo said...

datuk Ron,

bottom line nya Umno telah membudayakan imej Don Corleone dan filem2 gangster dari Hong Kong dgn berjalan satu gerombolan bercermin mata hitam menghadapi Rakyat
Imej George Bush juga di bawa ' are you with me or not' kalau tidak pembangunan tidak ada
Kemana hilangnya imej mesra Rakyat
anak anak muda bolih relate kpd pemimpin dan rasa sayang kepada pemimpin sudah beransur hilang...
Dato Najib misti mempamirkan barisan kepimpinan nya yg bersih dan mempunyai idea yg besar
Mahu tidak mahu ukuran bench mark hari ini adalah OBAMA..
Obama ada mengatakan ' i believe in a leader who has a strong moral and good idea '
Malaysia memerlukan kepimpinan yg bersih dan mempunyai idea yg besar dan baik
tidak cukup hanya bersih TETAPI tidak mempunyai idea yg besar dan baik...

Anonymous said...

Kenapa BN tidak ambil iktibar dari kekalahan Pematang Pauh yang lalu.. Salah satu daripadanya ialah kempen yang keterlaluan melalui TV3, Saya sendiri walaupun ahli BN, amat MELUAT sekali atas kempen TV3 terutama sekali dalan Blutin Utama. Rakan-rakan sekerja juga rupa-rupanya begitu. Saya beranggapan sekiranya PR berjaya memerintah (dlm angan-angan lagi) sudah pasti TV3 lah yang paling awal dicantas. Fikir-fikirkanlah!!

Waris Melayu said...

Kekalahan UMNO di Kuala Terengganu Kerana Melayu Rasa Terpinggir.

Lawati blog: www.warisanmelayu7.blogspot.com untuk pembacaan lanjut.

mad said...

ironinya ku li yg berpijak di bumi nyata dipinggirkan dalam pencalonan parti beberapa bulan lalu. yg kuat rasuah akan mendapat pencalonan, semakin bayak wang dihulur semakin banyaklah mendapat undi. baru2 ini yg didakwa rasuah dalam parti hanyalah ikan2 kecil sahaja, manakala jerung besar masih gah dan bodoh sombong. di situ kita sudah nampak bahawa umno sedang menuju kehancuran.

mad said...

ali rustam memang sudah lama dikenal rendah iq nya. tak hairan dia mengeluarkan kenyataan begitu. inilah salah satu contoh pemimpin yg lahir hasil dari rasuah.

Pak Brahim said...

Assalamualaikum Datuk,

Pandangan Sdr. shahbandarmalakat berhubung peranan YM Tengku Razaliegh Hamzah elok kita renung bersama. Perlu juga kita akui bermulanya krisis dalaman UMNO berpunca dari pemecatan, konspirasi fitnah dan dendam kesumat terhadap DSAI. Justeru natijah dari kemelut tersebut membawa kepada perpecahan dan krisis keyakinan kepada KERAJAAN UMNO/BN.

Saya turut bersetuju supaya usaha untuk menyatukan, mereda dan menyelamatkan krisis keyakinan terhadap kepimpinan, politik, ekonomi, badan kehakiman, keselamatan dan sebagainya demi kebaikan bersama hendaklah dilakukan dengan segera dan oleh pemimpin-pemimpin yang terbukti komited dan diterima rakyat.

Apa yang saya nampak adalah YM Tengku Razalieh memainkan peranan dari dalam UMNO/BN dan DSAI berusaha membuka laluan melalui PR.

Insyaallah, saya berkeyakinan mereka dapat menjuruskan penyatuan yang ikhlas berasaskan kepentingan kedaulatan RAKYAT dan NEGARA.

Marilah kita berdoa semoga NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA DAN UNIK INI DILINDUNGI ALLAH DARI KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN SEBALIKNYA ALLAH KURNIAKAN NEGARA MALAYSIA YANG MAJU, AMAN DAMAI DISAMPING RAKYATNYA YANG BERAGAMA BERILMU DAN BERTAQWA.

AhmadRazinHjYob said...

Salam Datuk,

Pembubaran BN tidak akan menjejaskan UMNO, cuma yang rasa terjejas ialah pemimpin pemimpin UMNO yang merasakan mereka layak mewakili umat Melayu. Tetapi sikap dan perlakuan mereka kebanyakkanya telah memusnahkan UMNO. Satu masa lalu, UMNO pernah di bubarkan, dan kita lihat dengan serta merta ia dipulihkan dan berlakulah proses penyaringan. Yang di anggap tidak sehaluan di ketepikan dan bertindak menubuhkan Semangat 46 tetapi akhirnya bersatu kembali di bawah payung UMNO. Begitu juga konsep pembubaran Barisan Nasional, ia sebagai proses saringan ahli samada mereka benar benar ikhlas , kuat ataupun hanya sekadar menumpang teduh tanpa berbuat apa apa seolah olah hanya menumpang jenama yang popular ini.Masa inilah masa yang paling sesuai untuk membubarkan BN, saat dan ketika dimana BN di anggap lemah dan boleh dikalahkan dengan mudah oleh pembangkang dalam sebarang pilihanraya yang mendatang. Ini bukanlah konsep 'trial and error'. Ini adalah realiti yang sedang berlaku dalam politik Malaysia. Kita boleh memberi rakyat pilihan samada mereka suka konsep perpaduan berbilang bangsa melalui parti masing masing ataupun konsep sendirian di mana penggabungan hanya akan berlaku selepas sesuatu pilihanraya umum berlangsung. UMNO boleh kembali kepada sifat asal usulnya dan bernaung dengan kuat di bawah kedaulatan Islam dan Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu. Sebenarnya UMNO masih kuat dan mampu berdayung membelah ombak dan gelora walau di mana mana lautan politik di Malaysia ini jika UMNO masih berteraskan kepada Agama Islam dan mempertahankan Kedaulatan Raja Raja Melayu.

Shade said...

3 sumber pengaruh yang sedang dan akan ditinggalkan oleh orang melayu:-

1.RTM
2.Utusan Malaysia
3.UMNO

hlekir said...

Dato' & lain2,

Satu lagi kebodohan pemimpin UMNO, arahan dari Dato' Seri Zahid Hamidi supaya ketua2 jabatan Persekutuan tidak menghadiri jemputan mesyuarat kerajaan negeri Perak.
Jelas tidak selari dengan DS Najib yang mahukan lebih mesra rakyat.

Hello somebody out there, please advise him laaa !!!

rosli said...

Jika saya jadi PM, langkah pertama adalah cari punca masalah. Saya harus tahu membezakan antara jadi ketua kepada satu kumpulan politik atau ketua kerajaan kepada seluruh rakyat. Pemimpin hebat mendapat sokongan ahli masyarakat yang jauh lebih besar daripada ahli parti politik. Tapi bagaimanakah caranya…?

Bagi rakyat, mereka hanya mahukan keselesaan dan kesempurnaan di dalam menjalani kehidupan. Tahukah sahabat-sahabatku bahawa Tun Razak dan Tun Dr. Ismail mendapat sokongan dan kepercayaan daripada semua masyarakat termasuklah ahli PAS totok, UMNO totok dsbnya kecuali bangsa asing.

Bagaimana dan apakah yang dilakukan oleh kedua nama terkemuka ini?

Sahabatku,
Sebenarnya, saya tidak berminat dan tidak mahu mengambil tahu senario politik sehinggalah PRU12 baru-baru ni. Kenaikan harga minyak secara mendadak ditambah lagi dengan lonjakan harga barangan keperluan membuatkan hati saya tertarik dengan senario politik semasa. Ditokok-tambah dengan rungutan, cemuhan daripada rakan membuatkan jiwa saya mula mendendami pemerintah dan berazam menukar kerajaan. Cari kerajaan yang lebih baik. Rupa2nya ramai di kalangan ahli masyarakat yang mendendami kerajaan termasuklah kaum Melayu, India dan Cina.

Disebabkan perkara ini saya dapat menerbitkan sebuah buku bertajuk Mat Jenin Jadi PM?

Inilah punca masalahnya…
Apabila rakyat mula mendendami kerajaan, maka setiap tindakan dan perancangan yang akan dan telah dilakukan sering dicurigai. Walaupun kerajaan ikhlas di dalam sesuatu perkara termasuklah membuat kebajikan sekalipun, namun ianya tetap dipandang negatif.
Berbalik pada topik penjenamaan semula atau bubar parti … Adakah ini adalah cara paling sesuai dilakukan pada waktu ini ditambah pergolakan politik dalaman yang semakin hampir menuju kehancuran?

Mungkinkah sudah digariskan bahawa memegang jawatan penting di dalam parti menjanjikan kehidupan yang bahagia. Lihat sahaja perebutan jawatan yang melibatkan pelbagai rasuah yang diperdendangkan oleh media massa, seolah-olah ini adalah keutamaan.

Bagi saya, zaman menggula-gulakan rakyat sudah berlalu. Kini adalah zaman melakukan yang terbaik untuk kesempurnaan seluruh rakyat. Saya lebih suka kerajaan yang telah insaf berbanding kerajaan baru yang bakal melahirkan kroni baru.

Jika saya dalam situasi ini, ada 2 pilihan yang akan saya lakukan sebelum kerajaan bertukar tangan:
1.Usahakan ke arah kesejahteraan rakyat keseluruhan dengan cara memartabatkan undang-undang negara seperti beri kuasa sepenuhnya kepada BPR, SPR, Polis, Media dan sebagainya. ATAU

2.Memaksimumkan kekayaan untuk diri-sendiri, kroni dan sebagainya.

Wassalam.
matjenin-jadi-pm.blogspot.com

tok iskandar said...

Tok nak cadangkan SPRM siasat rasuah politik yang didakwa melibatkan wan amizan di Jerantut dan pencalonan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda oleh UMNO Bahagian Kuala Krau

Selepas PRK di Kuala Krau,bermula pertempuran baru di antara kem Najib dengan kem Khairi.Orang kuat Khairi,Norza Zakaria menjadi mangsa terbaru apabila didakwa terlibat dengan rasuah politik di Temerloh.

Temerloh menjadi sasaran orang najib kerana ramai penyokong khairi di sini termasuklah Timbalan Ketua Bahagian Temerloh,Saifudin Abdullah.

Orang Najib dapat mengesan Norza akan dilantik ke jawatan kabinet jika berlaku rombakan kabinet tidak berapa lama lagi.

Apa tindakan Khairi belum siapa yang dapat meneka kerana Najib yang mendapat nasihat tun Dr Mahathir kini mula bertindak memancung orang Khairi kerana merasakan akan dilantik jadi PM Mac depan.

Kenyataan terbaru Najib mereka yang didakwa terlibat dengan rasuah politik tidak boleh bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.

Jika orang Khairi diperlakukan sebegini teruk,Khairi tentu dapat menjangkakan tindakan terhadapnya jika mendiamkan diri

tok iskandar said...

Berakhir PRK Kuala terengganu dan PAS berjaya merampas parlimen kuala terengganu dan membuka laluan Pakatan rakyat ke Kota Bharu dan Kuantan yang telah dikuasai sebelum ini.

Kini berlaku pertelingkahan di antara pengikut khairi dengan kem Najib kerana mendakwa mereka tidak berkempen bersungguh-sungguh.Di pihak Najib pula menyalahkan faktor calon,wan farid sebagai punca kekalahan.

wan farid adalah rakan sekutu khairi.ramai pengikut khairi mendakwa kem najib telah mensabotaj wan farid sehingga kalah teruk.

sabotaj kedua yang dilakukan oleh kem Najib ialah mengheret seorang lagi rakan karib khairi iaitu Norza zakaria di atas pertuduhan rasuah politik ke SPRM.Kes berprofail tinggi ini telah diulas oleh najib,"mereka yang telah didakwa oleh SPRM tidak boleh bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan.Norza cuba melobi jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Kejutan kedua kepada Khairi apabila kem najib di dalam UMNO Bahagian Jerantut,Kuala Krau dan temerloh cuba menyingkirkan pengikut khairi.

saifuddin abdullah yang dulu merupakan rakan karib khairi dikatakan telah beralih arah apabila semakin mendekati kem najib.beliau adalah timbalan ketua umno bahagian temerloh.

menjelang pemilihan UMNO Mac depan telah menyaksikan Kem najib yang diperkuatkan oleh mentornya tun dr mahathir telah mula bertindak memancung orang-orang kanan khairi.

Norza menjadi mangsa kerana kem najib kerana mereka telah menghidu beliau akan dilantik ke jawatan menteri atau timbalan menteri menjelang rombakan kabinet

kem najib semakin angkuh kerana merasakan najib akan menjadi PM Mac depan.

Apakah tindakan khairi?membiarkan dirinya menjadi mangsa politik kem najib atau bertindak melawan dengan strategi politik yang licik dengan bantuan Pak Lah.

Ramai penganalisa politik berpendapat,Pak Lah tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada najib Mac depan atas faktor politik dan ekonomi negara yang tidak stabil

LadyInAyu said...

The post election comments by BN leaders abounds but all are of the same tones.

That reflects a response in denial more than anything. That respond would make more sense had the campaign for the election was on a much sober mode and without any indication of desperation to win the election may it be on the issues raised, promises made, bounties handed, machineries mobilised, the big guns deployed, the collaboration of most media etc.

For as long as BN continues to live in the state of denial, support for BN will not improve but rather will shrink. The message is very clear indeed…..people want change. Not any change neither strictly change of government per se. Both the opposition (should know since they are the ones who echoed this call) and BN (should know by now and stop living in denial) know the changes that the people are expecting. BN and PAS have their own core supporters. The non aligns are the king makers. Here,the king makers vote to reject BN support the call for change.

Should there be any further loss in future by-election, that will be very detrimental. On the other hand, should this be followed by defections…regardless of the numbers, that could be fatal.
This result hopefully makes UMNO realised that attributing just a single factor for loosing should be ruled out. If the PM was largely and almost sole blamed on the March election result and consequently pushed out to relinquish the presidency and premier seats and that he practically now is not in control, it will be interesting to see who and what will be the scapegoat and whether BN attitude remains. As usual, the blame goes to others.

By the way, would anyone predict or believe that the outcome would be in favour of BN or even fare better for BN had the campaign be spearheaded by leaders that have impeccable clean image and UMNO is free from money politic?

What do we think of the people's feeling seeing what they see this far and knowing without doubt that UMNO is deeply entrenched in money politic?

Wouldn't they be thinking that this money politic in UMNO that can't be denied is only the tip of the iceberg of the real corruption nationwide?

Don't we think that a lot of people particularly the non aligns dread thinking about that!!!!!

Next, just be a devil advocate....could that be the beginning of the domino fall???

tok iskandar said...

Pertempuran di antara team Khairi dengan kem najib bermula di Pahang dengan menjadikan Norza sebagai sasaran terbaru.

sebelum ini seorang lagi orang kanan khairi telah dicantas oleh kem najib setelah tewas di PRK Kuala Terengganu dan kehilangan jawatan senator serta timbalan menteri dalam negeri.

Kem Najib yang mempunyai kekuatan di UMNO Bahagian Jerantut,Temerloh dan Kuala Krau cuba menyingkirkan pengikut-pengikut Khairi di Pahang.Penyokong Khairi diberi katadua sama ada berpihak kepada Najib atau bersedia untuk dipancung.

Orang kanan Khairi iaitu Ismail Sabri yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan Saifudin Abdullah yang merupakan timbalan Menteri Pembangunan Usahawan sedikit demi sedikit cuba menjarakkan diri daripada Khairi.

Ismail Sabri adalah ketua UMNO Bahagian Bera dan saifuddin Abdullah pula timbalan ketua umno bahagian Temerloh.

Seorang demi seorang penyokong serta hulubalang khairi dicantas oleh kem najib.Kini Wan farid dan Norza menjadi mangsa.

kekuatan najib bukan sahaja berpusat di UMNO Bahagian tetapi juga di kementerian pelajaran yang diketuai oleh sepupunya datuk seri hishamuddin.

Pegawai khas hishamudin adalah datuk azmi yang merupakan bekas pengarah jabatan pelajaran negeri Pahang.Di Pejabat Pelajaran Daerah temerloh pula,PPDnya haji nadzri,encik ahmad sanusi(abang kepada ismail said iaitu ahli parlimen Kuala Krau,ustaz Ishak yang merupakan penyelia agama Islam PPD Temerloh telah disoalsiasat SPRM berhubung rasuah politik Norza serta encik Laily(bahagian pertukaran).

ramai cikgu-cikgu yang cenderung kepada pembangkang akan dianiaya mereka serta ditukarkan ke pedalaman dalam tempoh 24 jam.

Dijangkakan Khairi tidak akan mendiamkan diri membiarkan dirinya pula menjadi mangsa percaturan politik kem najib yang mendapat khidmat nasihat tun dr Mahathir.

siapa yang mencantas dan siapa pula akan dicantas,sama-samalah kita tunggu dan lihat.SPRM jangan lupa siasat dakwaan yang mengatakan perwakilan umno bahagian kuala krau menerima RM200-RM300 seorang jika mengundi khir toyo sebagai calon ketua pemuda.

Shade said...

Anda pikir UMNO akan berubah? Sekali-kali tidak..kerana kejayaan UMNO semenjak 51 tahun merdeka ialah menjadikan bangsa melayu sebagai bangsa PENERIMA RASUAH. PM, TPM dan Jemaah Menteri tahu bahawa UMNO akan punah cuma kita saja yang terhegeh-hegeh nak menyelamatkannya. Itulah sebabnya cubaan untuk menswastakan IJN, cadangan Labu Airport dan akan diikuti nanti satu demi satu pula adalah merupakan aktiviti menyamun sebelum UMNO punah. Terdapat 3 sifat munafik pemimpin2 UMNO dari Perlis samai keSabah yang akan menghancurkan UMNO ialah:-

1. Suka berniaga tapi tak suka keluar modal.
2. Suka berhutang tapi suruh orang lain bayar.
3. Suka berkongsi tapi bila dapat makan sorang.

Oleh itu saya syorkan sebelum terlambat supaya pemimpin2 UMNO terus menyamun sebelum UMNO punah.

abunawas said...

Good reading material(from M. Bakri Musa at www.bakrimusa.com);


UMNO’s Reform Must Begin With Najib Razak

It is not enough for Najib Razak and other UMNO leaders to lament the loss of their party’s “wow” factor, or for them to endlessly exhort the party faithful to “re-invent” or “re-brand” their organization. Reform is like sex; merely talking about it is not enough, for without the necessary accompanying actions it will only increase your frustration.

To regain voters’ confidence, the change in UMNO must begin with its top leaders, specifically Najib. He has to demonstrate it through his actions; anything less and he risks frustrating voters and replicating the electoral disasters of Permatang Pauh and Kuala Trengganu nationally.

First and foremost Najib must legitimize his rise to the party’s top position. Being “promoted” by Abdullah Badawi is no endorsement, being that he is a discredited leader. Likewise, being nominated unopposed is no ratification either, especially when the process is hopelessly riddled with “money politics,” otherwise known as corruption.

Second, Najib must display a sense of enlightened leadership. For example, expending his precious time and political capital by intensively campaigning in a by-election that in his own words “would not alter the nation’s political landscape” was neither necessary nor prudent. With the nation facing many critical crises, he should focus on more substantive matters.

Last, Najib must demonstrate that he has the personal qualities and moral integrity to lead the nation. Merely denying that he had nothing to do with Saiful Bukhari, that college dropout who alleged that he had been sodomized by the opposition leader, or that Najib knew nothing of the brutal murder of that Mongolian model Altantuya and the attendant involvement of his hitherto closest advisor Razak Baginda, is not enough. The public deserves better; we demand a more thorough accounting.

Until then, any utterance by Najib Razak about reforming UMNO will ring hollow; do not frustrate voters by unnecessarily raising their expectations. That is dangerous.

Legitimizing Najib’s Leadership

Najib’s only claim to his party’s leadership is that he is currently unopposed for that position. Where the process is open and transparent, being unopposed signifies unanimous approval. That is certainly any leader’s dream and rightful claim of legitimacy.

UMNO’s nominating process however, is deeply flawed, apart from being corrupt. The “unanimous” choice of Najib is anything but. The process is hollow and meaningless. With “money politics” rampant, Najib’s nomination “victory” is irredeemably tainted.

The current nominating process is designed specifically to discourage or more correctly, prevent challengers. It is not a genuine contest. Requiring candidates be nominated by at least 30 percent of the party’s 191 divisions effectively means that at most there can only be three nominees. That is an unnecessary barrier, meant not to get the best talent but to protect the incumbent.

This requirement was put in place only 20 years ago, following the bitter and divisive Mahathir-Tengku Razaleigh rivalry. Before that, and for the first 40 years of UMNO’s existence, its leaders including Bapak Merdeka Tunku Abdul Rahman and the much-revered Tun Razak (Najib’s father) were routinely challenged at the party’s leadership convention.

The party can do without this burdensome nomination “quota rule” as well the equally damaging no-challenge “tradition” for its two top positions. The party’s Supreme Council however, could override both. While many of its senior members are in favor of dumping this onerous rule, Najib remains “neutral.” That is not the mark of someone confident of his leadership ability.

If Najib were to introduce a motion at the next Supreme Council meeting to remove this “quota rule,” that would greatly enhance his legitimacy even if the Council were to vote against it. If the Council were to vote for it, then the party would benefit by opening up the process and the delegates getting to preview many more potential candidates.

Such an open process would also effectively blunt the current corrosive influence of “money politics” as there would be no need to bribe divisional leaders in order to secure your nomination. And at the party’s elections, with over 2,000 delegates, it would be difficult if not impossible to bribe them all. You could influence them only with your ideas and talent, as it should be.

Removing the quota would of course invite challengers to Najib. Tengku Razaleigh would definitely be one; there may be others. There would also be additional candidates for all the other positions.

If Najib were to survive a challenge from Tengku Razaleigh for example, Najib’s stature and legitimacy would be greatly enhanced. That would effectively shut up his many critics.

Of course Najib could lose, and with that, his political career. That may explain his reluctance to tamper with the current quota rules which work in his favor. While such a maneuver would secure his immediate political survival, he would critically jeopardize his party’s chance in the next national elections. Presently many, and not just those outside of UMNO and Barisan, question his ability and legitimacy. Najib would be sacrificing his party’s future just to ensure his short-term political survival.

Articulating His Vision

Even if Najib were to prevail in an open contest, he still needs to articulate his vision for the future of our nation. He has to convince us that he has “the right stuff.” He has to give us his personal manifesto, as it were. And he has to do that now before his party’s convention in March, for at that time he would be more concerned with rallying his troops.

The prevailing perception is that Najib owes his current position merely by being the son of a famous father. To non-Malays specifically, Najib has yet to erase the ugly image of the keris-taunting antics of his UMNO Youth’s days. Additionally his career, while long, is very narrow; he spent his entire adult life in government, getting his paycheck from taxpayers.

Like his immediate predecessor Abdullah Badawi, there is nothing substantial to Najib’s career in politics despite his overflowing resume. His tenure as Defense Minister was marked by the collapse of the Pularek Naval Base just before its official opening, the gross breach of security by the Al Muanah gang at the Grik Army base in Perak, and the now evolving scandal with the French submarine purchase. As for his legacy as Education Minister, good luck in discerning that.

Now as Finance Minister, he remains disturbingly quiet; he has nothing to offer on how to solve the grave economic challenges facing us except to issue bland, meaningless reassurances.

In contrast, Tengku Razaleigh bravely outlined his views of the current economic crisis and his bold strategies to deal with it. Compared to the towering leadership of the Tengku, Najib looks like a novice Boy Scout troop leader constantly looking to his manual on how to lead.

Demonstrating His Integrity

Lastly, Najib must clarify the many sordid allegations and rumors implicating him. Bland denials alone are not enough.

The most damaging, and which requires the most detailed explanation, is his role in (if any) or knowledge of the murder of the Mongolian model and the involvement of his confidant Razak Baginda. That Razak Baginda was acquitted does not clear the matter.

The accusations leveled at Najib are too specific and detailed (including specific SMS texts and cell phone numbers) that they demand a more complete explanation from him. Hiding behind client-attorney privilege as Najib did in trying to dismiss the many SMS between him and Shafie Abdullah, the attorney who was at the time representing Razak Baginda, is inappropriate. For one, Najib was not Shafie’s client, then or now. Indeed at that time Shafie was representing Razak Baginda, until he (Razak) dismissed Shafie. For another, such a “cover” would not sell in the court of public opinion.

Those details of the Altantuya murder, as well as the sordid mess of the Saiful Bukhari sodomy allegation, will eventually be revealed bit by bit in their respective criminal trials. A full disclosure now by Najib would help preempt the inevitable excruciating and embarrassing details.

Najib Razak may become the leader of UMNO and thus Malaysia’s next Prime Minister come this March without bothering to address these three issues. However, the next General Elections will be less than 48 months away after he becomes Prime Minister. If not addressed frontally and openly now, these questions about his ability, integrity and legitimacy would only get worse. Yes, Najib may get his wish, but he could also end up being the nation’s shortest-serving leader, for come the next national election, Najib and UMNO will be buried.

That would be quite a legacy for the son of a great patriot. Perversely then, Najib’s political demise would of necessity trigger and be instrumental in UMNO’s reform. By that time it may be too late to alter UMNO’s fate, but at least you would have fun knowing that you are doing something productive.

This entry was posted on Sunday, January 25th, 2009 at 5:00 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.