Tuesday, January 27, 2009

PAKEJ RANGSANGAN KE-2: NAJIB PERLUKAN PENDAPAT RAKYAT

Kerajaan bercadang umumkan pakej rangsangan ekonomi kedua tidak lama lagi untuk bantera krisis global yang sedang melanda negara. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, minta rakyat jelata berikan pandangan dan cadangan mengenainya. Beliau minta kita kirimkan komen ke blog www.1malaysia.com.my. – Ruhanie Ahmad

http://puteramalaysia.blogspot.com/2009/01/pakej-rangsangan-ke-2-najib-perlukan.html

10 comments:

Unknown said...

Eh?
Nak Komen rakyat bagaimana nak belanja duit berbillion?

Tak ada kah bijak pandai tentang ekonomi dalam negara ni?
Atau cuma nak meraih populariti?
Ini bukan masa nya nak meraih populariti. Dalam krisis ekonomi time is of the essence.

Tengok macam mana Obama Bergerak!!
Diatak suruh rakyat Amerika hantar idea ke-blognya!!

Seladang said...

Dato Ron yang dihormati.

Mahu raih pendapat rakyat ke atau mahu raih harta rakyat?

imah said...

Salam Dato' Ron.

Kenapalah semakin terserlah kebodohan Najib ni. Dia dah lupakah atau dia tak ambil apa-apa peranan langsung semasa krisis kewangan 1997 yang lalu?

Kenapa nak tanya rakyat?

Sampai hari ini kita tak tahu samada kerajaan ada tubuhkan task force untuk merangka apa yang perlu dibuat dalam projek rangsangan ekononomi Najib ni....

Tahu-tahu dia umumkan dah agihkan 5 bilion kemudian nak tambah 2 bilion lagi. Kepada siapa dan bagaimana bentuk projek ransangan ekonomi ini?

Kalau diera 1997 dahulu kita nampak apa yang kerajaan buat. Sekurang-kurangnya pagar sekolah yang nampak uzur diperbaiki. Klinik bidan diceruk-ceruk kampung pun dibaikpulih. Bangunan sekolah ditambah atau dibuat baru. Kuaters guru yang lebih selesa seperti kondominium dibena. Projek itu berjalan diseluruh negara, bukan dikawasan pilihanraya kecil.

Dengan taburan projek yang menyeluruh disegenap pelusuk tanah air, ianya memberi manafaat kepada kontraktor daripada Kelas A hingga Kelas F dan tempiasnya sampai kepada pengilang, pengedar, peruncit hingga kepada segenap lapisan masyarakat diseluruh tanah air.

Tidak ada pula kerajaan pada masa itu bertanya pendapat rakyat apa yang rakyat mahu kerana kerajaan pada masa itu tahu apa yang perlu dibuat untuk memulihkan ekonomi.

Tindakan Najib bertanya pendapat rakyat menonjolkan kerajaan sekarang sudah tenggelam punca, tidak tahu berfikir, sudah muflis idea serta gagal merencanakan apa yang perlu dibuat untuk mengatasi kemelesetan ekonomi sekarang ini.

Sehingga hari ini, tidak nampak apa-apa projek pun yang boleh diklasifikasi sebagai pakej ransangan ekonomi. Hanya war-war sahaja yang lebih.

Yang kedengaran ialah projek menjual IJN dan LCCT Labu. Ini sahaja yang Najib dan anggota kabinet nampak.

mohd ali ismail said...

Dulu Njib kata Malaysia tidak akan dilanda krisis ekonomi.Belum lagi ayer lior kering,macamana pula sekarang dah pulak kena rangsang memulihkan nya kalau belum kena krisis ekonomi lagi.Siapa nak ditipu.Orang kampung pun dah tau!

ChengHo said...

Masalah Malaysia adalah ENFORCEMENT dan IMPLEMENTATION....
Najib harus menggunakan pendekatan Tok Mat buat ROADSHOW untuk mempastikan Rakyat bersama sama beliau
Pendekatan IKS perlu dibuat bukan nya pendekatan PakLah guna GLC
GLC saperti TNB dan Telekom walaupun business nya monopoli tetapi masih rugi besar ,Najib misti memberhentikan mereka CEO dan Lembaga Pengarah untuk menunjukkan pentadbiran Najib adalah serius ,pragmatik dan means business....

dizzy boy said...

Rakyat dah mula n makin jelak dgn peranan Najib.Dah berbillion2 paid-up.Nak tambah lagi?????untuk kroninya mungkin....Pd bulan March nanti ops warta akan dimulakan untuk mengutip hasil dari rakyat bagi menampung keperluan negara.Itulah namanya Pakej Rangsangan..

dan kajang said...

As'kum Dato'

1. Bunyinya cantik"..perlukan pendapat rakyat", tapi itu bahasa politik.Nak ambil hati rakyat.Kan majoriti rakyat pernah cadangkan supaya di reactivate MTEN jika Kerajaan benar2 mahu menangani kegawatan ekonomi ini. Kenapa tidak ambil cadangan majoriti rakyat itu yang telah akui bahawa MTEN dulu telah berjaya menangani masalah kegawatan tahun 1997 dulu.

2. Pelek juga saranan DS Najib itu.Duit kononnya dah tersedia tapi tidak tahu nak apa.Minta pandangan rakyat pula.Oleh itu tak payah dapat pandangan rakyat.Nanti kalau gagal mengatasi masaalah, rakyat pula dipersalahkan.

3. Jadi sebagai rakyat,saya mencadangkan kepada DS Najib supaya diwujud semula makanisme MTEN.Entah2 hasil pandangan cerdik pandai ahli MTEN,ransangan ke2 itu mungkin tidak perlu.Mungkin adalah cadangan lain yang lebih pragmatik.

hlekir said...

orang utara kata pulut je (senang je)... HARAMKAN TERUS PROJEK RUNDINGAN TERUS, TANPA SYARAT, WALAU ADA SOKONGAN DARI PM, TPM, MENTERI2....nescaya, ramai la rakyat yang akan menikmati hasil kekayaan negara

doelmajalin said...

Dato'Ron yang dihormati,

Aktifkan saja MTEN seperti yang pernah dilaksanakan 10 tahun dahulu.

CINTA suci abadi said...

Datuk, Ransangan yang di maksudkan Najib tu tu berbentuk macam Viagra tu ke?
Kalau kerajaan ada banyak duit nak di salur balik dalam pasaran agihkan saja kepada orang kampung yang miskin..berapa banyak yang ada 7 billion? agihkan kepada rakyat nescaya dalam sekelip mata mereka akan berbelanja untuk keperluan mereka dan akan 'jump start' balik ekonomi yang lembab...kalau bagi untuk buat projek kerajaan jalan/bangunan nanti yg untung adalah pekerja asing kerana asal saja melibatkan pembinaan/construction mereka lah barisan pertama mendapatkannya faedahnya dan sudah tentu duit tu di hantar keluar negara..dan kalau target ransangan kearah bahagian construction, industry yang akan begerak/hidup tentulah yang terlibat dalam construction macam kilang cement/batu bata/tiles/pipes...dan separuhnya bahanan ini melibatkan barangan yang di import...tapi kalau duit tu bagi orang kampung mereka akan belanja terus kepada yang melibatkan barangan berasaskan industry yang basic seperti pakaian pertanian dan makanan ...consumer goods bukan industrial goods...cepat lah pusingan nya...