Ekonomi negara suram dan semakin suram. Hari ini, Bernama melaporkan, Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini kepada 2.5 peratus berbanding unjurannya pada Oktober sebanyak 3.5 peratus.
Ini kerana “keadaan ekonomi makro tidak menentu yang berterusan serta permintaan pengguna yang menyederhana, merupakan antara faktor yang boleh menjejaskan prospeks pertumbuhan ekonomi domestik. Berikutan masalah semasa itu, ekonomi serantau yang lemah dijangkakan memberi impak ketara ke atas sektor luaran Malaysia, yang sejak bulan-bulan kebelakangan ini menunjukkan tanda-tanda kelesuan.”
Dengan itu, semoga prihatin dan mulai waspadalah para pemimpin kita semua. Kurangkan politik. Banyakkanlah usaha-usaha merancang, menggubal serta melaksanakan dasar, strategi serta tindakan anti-krisis yang komprehensif lagi berkesan demi manfaat rakyat jelata.
Dalam hal ini, wajar jika pemerintah segera tubuhkan badan petugas khas seperti MTEN. Komen Dan Kajang mengenainya yang dikirimkan ke blog ini adalah seperti berikut:
Kalau kita membaca buku Datuk Mahani Zainal Abidin bertajuk Rewriting The Rules - The Malaysian Crisis Management Model, kita tentu akan menghargai peranan pasukan MTEN. Antara lain, Mahani menceritakan bahawa dalam tempoh dua bulan sahaja (sewaktu kegawatan ekonomi 1998) MTEN mengadakan sebanyak 250 mesyuarat, iaitu pada anggaran empat mesyuarat sehari. Itu menunjukan betapa seriusnya pasukan MTEN ketika itu. Tapi, sekarang ini, Majlis Ekonomi yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, nampaknya gah dengan nama sahaja.Tiada tindakan berkesan. Pelan ransangan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pun agak samar-samar serta tidak memberi fokus yang khusus. Oleh itu, tidak nampak apa ruginya jika kerajaan hidupkan semula formula MTEN dalam menghadapi krisis ekonomi sekarang.
Soal hidup-mati pekebun kecil sawit dan getah pun jangan kita lupakan. Dalam hal ini, renungkanlah pandangan Imah yang juga dikongsikan menerusi blog ini seperti berikut:
Krisis ekonomi dekad 1990-an, hanya melibatkan wilayah Asean dan Korea Selatan. Ekonomi Eropah, Amerika, Timur Tengah dan wilayah lain tidak terjejas. Ketika itu, bahan eksport utama negara - petroleum dan minyak sawit - amat stabil harganya dan dapat membantu mengimbangkan pendapatan negara yang terjejas di sektor pembuatan. Pada masa itu, masyarakat luarbandar yang bersandarkan pendapatan kepada hasil sawit dan getah, tidaklah terjejas pendapatan mereka, bahkan mereka dapat membantu pusingan modal dalam negara dengan harga sawit dan getah yang setabil. Bezanya hari ini, harga petroleum menjunam, harga komoditi teras yang lain - minyak sawit dan getah - jatuh ke paras yang amat rendah. Eksport bahan pembuatan lain juga akan turut terjejas. Ini bermakna, pendapatan segolongan besar rakyat Malaysia telah merosot. Dengan itu, tanpa mengira apa jenamanya, badan bertindak seperti MTEN wajiblah segera ditubuhkan. Kerajaan tidak boleh menunggu keadaan telah parah baru nak bertindak.
Oleh itu, kerana Abdullah sudah berikrar bahawa “kerajaan berazam mengambil langkah-langkah berkesan untuk memelihara kekuatan ekonomi negara dan melindungi kepentingan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang mencabar” tahun ini, fikir-fikirkanlah dua pandangan mengenai MTEN seperti di atas.
Abdullah perlu fikirkan soal MTEN ini untuk buktikan kata-katanya sempena tahun baru tiga hari lalu bahawa beliau “yakin dan percaya bahawa dengan niat suci dan semangat gigih, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk kita daki dan tiada laut yang terlalu dalam untuk kita selami.”
Akhir sekali, kepada seluruh perwakilan UMNO yang akan menentukan barisan pucuk kepimpinan tertinggi parti Mac depan, hayatilah pertanyaan Anak Pantai Merdeka di bawah ini:
Harapan yang begitu tinggi terletak dibahu barisan kepimpinan selepas Mac tahun ini. Di dalam menghadapi kegawatan ekonomi global yang mungkin memuncak pada tahun ini, apakah kepimpinan yang bakal dipilih pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2009 mampu menangani permasalahan ini?
Soalan di atas pasti boleh dijawab oleh warga UMNO jika mereka sudi memenuhi harapan Cheng Ho supaya dipilih “pemimpin yang berkualiti, walaupun sebengis Tun Dr Ismail, di tempat yang sesuai. Kita terlalu mengamalkan sikap populist dengan tidak menitikberatkan meritokrasi dalam memilih pemimpin.” – Ruhanie Ahmad

14 comments:
you check background G7 yang ke perhimpunan tu nanti orang yang macam mana. 70% yang dari G7 tu semua haprak,tak tau apa bala yelow pasai ekonomi.you nak suruh depa buat keputusan? pilih? ada pi ada mai,atas bawah,kiri kanan laa, you orang lama dok buat macam tak tau pulak..!!
Saya setuju dengan saranan ini. Hidupkanlah MTEN, carilah jalan untuk mengatasi maslah global ini, jangan kita rakyat biasa di momo-momokan dengan harapan sahaja tanpa tindakan konkrit dan drastik.
Kepada ahli-ahli UMNO pilihlah pemimpin yang berkualiti yang dapat membawa negara kearah kecemerlangan anak cucu kita nanti. Jangan salah pilih pemimpin yang hanya popular di dada-dada akhbar dan televisyen sahaja. Pemimpin seumpama ini sengaja ditonjolkan oleh kroni-kroni. Jangan menyesal di kemudian hari kerana kita nak untung pada hari ini. Bak kata Ron pilihlah berdasarkan meritokrasi bukan populist
Rakyat juga perlu ambil peranan. Antara saranan saya, mula bergiat dalam bidang perniagaan. Ubah cara, ubah tindakan, terutamanya melayu. Jangan memandang kepada pekerjaan sahaja. Kita berniaga pula. Ekonomi melayu meningkat, kita pecah monopoli.
Datuk,
Apa kata Datuk..kalau jawatan menteri kewangan itu diberikan kepada professional yg benar-benar layak , yg ada background financial (macro & microeconomy). Harap setelah peralihan kuasa pada Mac 2009 nanti, jawatan itu akan diserahkan kepada someone yang bersih, cekap, amanah, pakar dalam bidang kewangan dari segenap sudut.
Nak hebat lagi, buat style open interview for malaysian with certain extensive qualifications and experiences. Barulah betul...camner Datuk?
Saudara Dollah, HMamatun, Rantong dan Teratak.
Pandangan anda amat dihargai. Pandangan Teratak amat baik. Saya pun setuju kalau dalam keadaan krisis ekonomi ni kita kecualikan post Menteri Kewangan daripada pplitikus, sekurang-kurangnya MOF2 dan perlantiannya berasaskan interbiu terbuka. Syabas!
Salam takzim. - Ruhanie Ahmad
Kegawatan ekonomi tidak mudah diurus oleh seorang Menteri Kewangan walaupun berlatarbelakang macro & microeconomy semata mata dan dalam hal ini mereka hanya layak menjadi penasihat sahaja.
Mencakupi Menteri Kewangan adalah seorang pemimpin politik yang hatinya bersih dan ikhlas dalam membina anakbangsa dan negaranya.
Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang boleh menangani ekonomi negara ialah Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang sentiasa bersih, cekap dan amanah sejak ia memegang jawatan tersebut kerana jika dia seorang 'perompak, penyamun bin penyangak' semasa ekonomi baik maka dia tidak mampu tiba tiba menjadi 'malaikat' ketika ekonomi gawat.
Apakah Malaysia memiliki Menteri Kewangan atau Perdana Menteri sebegitu.
Sdr Ruhanie Ahmad,
Apa ramalan Muhyiddin, Mukhriz, Khairi, dan Tun-tun Mahathir, Musa, Daim, Liong Sik?
Dato Ron yang dihurnmati:
Mari kita berbalas pantun, sila ke blog saya.
http://tokperan.blogspot.com
Musa Hitam ada peranan swastakan IJN dan kesetiaan Dato' kepadanya sebagai bekas boss masih terpahat kukuh.
Manis dibibir, di mulut lain di kata, di hati lain bicara.
Memang menggerunkan bila melihat unjuran yang dikeluarkan oleh MARC. Saya sokong saranan Datuk Ron kepada pemimpin politik samada parti pemerintah mahupun pembangkang. Berpadu tenaga dan fikiran untuk mengatasi masalah ini. Petikan dari buku Datuk Mahani itu mungkin perlu dicetak dalam kain pemidang (banner) besar dan di gantung di seluruh negara (atau di sepanjang jalan di Putrajaya) supaya orang yang dipertanggungjawabkan memikirkan permasalahan ini tidak lupa terhadap tugas mereka. Juga kepada Dollah & HMamatun, komen anda menzahirkan "kemeluatan" melampau rakyat terhadap golongan opportunist politik haprak yang hanya memikirkan tembolok sendiri. Saranan Rantong juga saya sokong. Anak melayu jangan hanya harap nak makan gaji sahaja. Cipta pekerjaan, bukan cari pekerjaan. Jika 10 orang anak melayu membuka 1 perniagaan setiap seorang, maka mereka telah mencipta sekurang-kurangnya 20 pekerjaan. Tetapi janganlah pula 20 pekerjaan itu diberikan kepada orang lain.
http://sudut-pandang-madey.blogspot.com/
Sdr Ruhanie Ahmad,
Lelong! Lelong! Lelong!
(obama hamas dan minyak urut cap unta)
05 Januari, 2009 22:53 PM
Pakar Ekonomi Gesa Satu Lagi Pakej Rangsangan
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu menyediakan satu lagi pakej rangsangan baharu dengan segera untuk mendapatkan nilai penuh bagi pelaburan tambahan kerajaan menerusi pelaksanaan dan pengurusan semua dasar sosio-ekonominya dengan berhemat dan telus, kata seorang pakar ekonomi, Isnin.
Tan Sri Ramon Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) berkata Malaysia perlu menjadi lebih proaktif dalam menghadapi prospek kegawatan ekonomi yang lebih besar.
"Kita harus mengelak daripada terlambat mengambil tindakan (jika tidak) tidak banyak yang kita boleh lakukan kerana kita akan kehilangan inisiatif berjaga-jaga untuk mengelak dan malahan membendung dengan berkesan kelembapan ekonomi," katanya sebagai memberi reaksi kepada angka imbangan pembayaran (BOP) terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.
Angka keseluruhan BOP pada suku ketiga 2008 itu menunjukkan perubahan drastik kepada defisit RM31 bilion daripada lebihan RM26 bilion yang dicatatkan pada suku kedua menakala Rizab Antarabangsa Bank Negara turun sebanyak RM31 bilion berbanding kenaikan RM26 bilion.
Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata minggu lepas beliau tidak menolak untuk menyediakan satu lagi pelan pakej rangsangan fiskal bagi negara sekiranya ekonomi semakin buruk pada 2009.
"Keutamaan saya adalah saya benar-benar mahu membantu rakyat daripada terpaksa mengharungi kesusahan sekiranya ekonomi sebenar menerima kesan," kata beliau dalam satu temu bual yang disiarkan dalam keluaran terbaharu akhbar mingguan perniagaan The Edge.
Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan RM7 bilion pada 4 Nov tahun lepas untuk membantu menangani kelembapan ekonomi global yang berpunca dari Barat.
Navaratnam juga berkata kemelesetan global boleh menjadi buruk kerana tiada petanda sekarang ini untuk menunjukkan sejauh mana dan setakat mana kemelesetan yang kini berlaku di AS dan ekonomi utama dunia, akan berlarutan.
Langkah menyelamat di AS masih belum menunjukkan sebarang kesan positif kepada prospek ekonominya manakala pakej rangsangan AS dan langkah-langkah dasar ekonomi Eropah dan Jepun nampaknya tidak mencukupi pada tahap ini, katanya.
Lagipun, sistem kewangan kawal atur AS yang lemah perlu dibentuk semula dengan segera sebelum keyakinan kembali semula dalam sistem kewangan antarabangsa bagi memastikan peningkatan pelaburan.
"Inilah sebab mengapa kita berharap Presiden AS yang baru dipilih Barack Obama memberikan rancangan penyusunan semula hal ehwal politik, sosial dan ekonomi AS yang baharu. Inilah sebabnya mengapa AS yang menjadi punca kepada krisis kewangan dan ekonomi dunia menerusi disiplin kewangan yang cuai harus muncul dengan pakej rangsangan baharu dan pembaharuan kewangan utama dengan segera," katanya.
-- BERNAMA
05 Januari, 2009 22:55 PM
Malaysia Dijangka Pulih Lebih Cepat Pada 2010
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Malaysia, negara yang amat bergantung kepada perdagangan, akan pulih lebih cepat apabila pertumbuhan global mula pulih pada 2010.
Pakar ekonomi Asia, Manu Bhaskaran dalam ceramah bertajuk "Krisis Global-Memacu Ketika Masa Sukar" berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang kepada enam peratus pada 2010 berbanding 5.3 peratus yang dianggarkan tahun lepas.
"Bagi 2009, saya menjangkakan KDNK dalam julat 2.5 hingga 3.5 peratus dan bagi 2010, anda akan menyaksikan peningkatan ketara, kerana seperti yang saya katakan negara seperti Malaysia, Singapura dan Hong Kong, kita meningkat mengikut pertumbuhan global.
"Semasa pertumbuhan global turun, kita akan menderita teruk, namun apabila pertumbuhan global pulih, kita akan pulih lebih cepat. Begitulah kes Malaysia," kata Bhaskaran, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Centennial Asia Advisors, Singapura.
Ditanya sama ada Malaysia memerlukan lebih banyak dasar bagi menghadapi pertumbuhan global paling buruk, beliau berkata: "Dari segi dasar monetari dan dasar fiskal, sudah banyak dilakukan, dan sata yakin banyak lagi akan diperkenalkan jika ekonomi global menjadi lebih teruk daripada yang dijangkakan.
"Dasar ada hadnya. Apabila perdagangan bergantung, dan permintaan luar susut, dasar boleh dilaksanakan bagi menangani kejatuhan, namun ia tidak boleh mengubahnya," katanya.
Bhaskaran berkata Malaysia sangat terdedah kepada ekonomi dunia, dan akibatnya ia akan dilanda pelbagai masalah global.
-- BERNAMA
Obama Tidak Akan Ubah Dasar Sokong Israel: Dr Mahathir
PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Bakal Presiden Amerika Barack Obama tidak akan mengubah pendirian Amerika Syarikat menyokong Israel walaupun rejim Zionis itu secara nyata telah bertindak kejam terhadap Palestin, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barrack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.
"Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan," katanya pada satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Isnin bagi mengulas kekejaman Israel menyerang Semenenajung Gaza sejak seminggu lepas hingga menyebabkan hampir 500 penduduk Palestin di situ terbunuh.
Czarist mengamalkan konsep penjajahan atau penaklukan dalam pemerintahan mereka, sama seperti konsep penaklukan yang diamalkan oleh rejim Israel terhadap Palestin ketika ini.
Mengulas mengenai tragedi di Palestin dan sokongan Amerika terhadap Israel, Dr Mahathir berkata seluruh dunia perlu bersatu menyatakan pendirian dan tentangan terhadap pendirian Amerika yang masih tidak mahu berganjak daripada terus menyokong Israel walaupun dikutuk oleh semua pihak.
Katanya walaupun kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa, namun rakyat boleh memainkan peranan dengan berkesan khususnya dalam memulaukan semua produk dan barangan Amerika.
"Orang ramai boleh dan mampu bertindak. Tak perlu minum Coca-Cola, dan, kalau kita perlu membeli senjata untuk pasukan keselamatan, kita boleh beli dari Rusia, tak perlu kita beli dari Amerika," katanya.
Dr Mahathir berkata tindakan memulau itu perlu dilakukan secara universal kerana ia tidak akan berkesan sekiranya hanya dilakukan oleh satu pihak sahaja.
"Kita harus berani. Jika semua rakyat Malaysia bersatu, perkara yang sedikit pun mampu memberi kesan yang besar," katanya.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Jenayahkan Perang Kuala Lumpur, bagaimanapun mengakui bahawa impak yang besar akan berlaku sekiranya urusan perniagaan dengan negara itu dihentikan.
"Ada harga yang perlu dibayar jika kita mahu melakukan sesuatu yang baik. Saya berpendapat, jika kita kurangkan penglibatan bersama Amerika mulai sekarang, lama-kelamaan kita akan biasa (tidak bergantung kepada mereka)" katanya.
Dr Mahathir berkata Israel harus dipersalahkan kerana menyerang Gaza manakala Amerika Syarikat dan Britain juga harus dipertanggungjawabkan kerana memberi sokongan padu terhadap rejim tersebut.
"Saya lihat Amerika sudah menerima tempias dari ini. Kedutaan-kedutaan mereka terpaksa dilindungi dengan tembok tinggi dan dawai berduri. Orang ramai membenci Amerika, tapi itu masalah mereka.
"Yang pentingnya sokongan terhadap Israel perlu dihentikan," katanya.
-- BERNAMA
apakah 'M10' boleh menangani cabaran itu?
SURAT TERBUKA TUN DR MAHATHIR : MENGAPA TIDAK KELUAR DARI SEORANG ULAMA ISLAM sudilah layari http://purehadharist.blogspot.com
Sahabat-sahabat budiman, jutaan terima kasih atas kiriman pendapat ke kk.
Sama-samalah kita berharap komen anda semua akan dibaca serta dijadikan bahan menggerakkan suatu bentu perjuangan yang lebih komprehensif dan berkesan di zaman krisis ekonomi mutakhir ini.
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Salam Dato'
Kalau tak silap semasa tanda-tanda awal kegawatan ekonomi pada penghujung tahun lepas kerajaan dah guna duit EPF sebanyak RM5 billion dengan menubuhkan ValueCap bagi merangsang pasaran saham walaupun ramai tidak bersetuju. Boleh Dato'/pembaca bagi sedikit penjelasan mengenai perkara ini. Atau wang itu pun telah hanyut bersama banjir di Pahang baru-baru ini?
Post a Comment