Sunday, January 25, 2009

INILAH LEGASI TDM YANG AMAT DIBANGGAKAN!

Bila Datuk Shahrir Samad berkata di Sipitang, Sabah: AS dan Eropah “kini mencontohi Malaysia dalam menghadapi kegawatan ekonomi dengan tidak lagi mengamalkan sistem pasaran bebas,” sebenarnya beliau mengiktiraf legasi Tun Dr Mahathir Mohamad kerana inilah satu daripada legasi Mahathir yang menerima pengiktirafan internasional mutakhir ini. Anehnya, kenapakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berasa berat hati untuk wujudkan task force menangani kegawatan ekonomi semasa menerusi sistem Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang juga merupakan legasi Mahathir? – Ruhanie Ahmad

http://puteramalaysia.blogspot.com/2009/01/inilah-legasi-tdm-yang-amat-dibanggakan.html

18 comments:

shahbandarmalakat said...

Cakap pasal ekonomi saya tahu ini saja. Yang utama sekali kita jangan mengamal deficit budget kerana ini mengundang hutang dan sudah tentu melibat riba(sistem Yahudi)...dan sudah tentu Tuhan murka dan sudah tentu akibatnya buruk bagi negara...lihat saja USA...terlalu lama dengan deficit budget...hutang trillion dan fikirkan lah dengan siapa America terhutang sebenarnya..dengan rakyat sendiri ? atau negara Arab...?
Kita kena pastikan export dan import seimbang ..ya kalau boleh biar export melebihi import..tapi ini pun tak bagus kerana nanti ada negara yang marah pada kita...Galakan perbelanjaan oleh penguna dalam negeri tapi Yang mustahak kurang kan aliran Ringgit keluar negara...Pastikan kurang bergantung kepada pekerja luar dalam urusan harian kita dan check pengaliran Ringgit ke luar negara oleh orang kaya kaya...( Dengar cerita masing masing ada swiss akaun) Bila ada perbelanjaan dalam negara sudah tentu ada Pengeluaran dan akan ada pertumbuhan yang di harapkan...
Kita keluarkan benda yang kita mahir dan bagus dengan nya seperti Kelapa sawit getah yang ada demand di luar negara...dan import yang murah ( contoh mana mana barang kalau di buat kat Malaysia mahal dan quality kurang elok ,elok lah di import)...Kita tak mahir buat kereta dan mahal pula kosnya dan ini melibatkan pengimportan raw materials yang sudah tentu mahal pula...tak perlu buat di Malaysia. kenapa tak import yang kereta murah untuk kita pakai( jangan lah import kereta yang mahal)
Kalau dapat buat macam di atas pun sudah cukup tak payah Fikir nak Mahathirism ke...
apatah cuba Razaleigh..ism pula ..tak cuba tak tahu hehehe

Unknown said...

Shahrir Samad kalau mati hidup balik pun tak akan memberi any credit to TDM

Orang yang sewaktu dengan dia seperti Tun Musa etc akan sentiasa bercakap tak serupa bikin.

Masalahnya zaman untuk membuktikan kecemerlangan kepada golongan ini telah diberikan oleh Allah swt; malangnya diketuai Abdullah, mereka telah menghancurkan negara ini.

Tapi orang macam mereka ni kulit tebal tanpa maruah. Otak bebal tak tentu arah.

Mereka akan terus bercakap, seperti layaknya, sebagai orang sombong bodoh yang sentiasa mendabik dada.

Apa sebenarnya contribution mereka ini kepada negara???

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Inilah satu penyakit kepimpinan Umno sekarang dan juga merupakan punca hilangnya sokongan rakyat,khususnya pada Umno dan BN,kerana mereka terus menafikan peranan TDM.Selama lebih 20 tahun(iaitu sejak TDM menjadi TPM hinggalah bersara sebagai PM)rakyat dan dunia mengiktraf ketokohan dan kebijaksanaan beliau.Rakyat Malaysia sudah sinonim dengan nama TDM.Tapi tiba2 apabila Pak Lah ambil alih kepimpinan negara beliau cuba untuk hapuskan legasi TDM dengan secara mendadak.Bukan sahaja TDM akan berkecil hati,rakyat keseluruhannya pun akan sakit hati.

2. Pak Lah yang dulunya dianggap "Mr Clean" telah bertukar menjadi "Mr. Busuk Hati".Ini persepsi rakyat dan rakyat tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana perubahan persepsi ini adalah berpunca dari Pak Lah sendiri.Semua landasan pembangunan yang diletakkan oleh TDM telah cuba dipadam oleh Pak Lah.Yang lebih teruk lagi ialah sehingga kini,selepas lebih 5 tahun memimpin,belum ada satu pun yang boleh kita kaitkan dengan legasi Pak Lah.Yang banyak kita lihat ialah kemusnahan yang dilakukan dan yang paling ketara ialah kemusnahan pada Umno dan BN.

3. Turut mengiringi Pak Lah dalam usaha menghapuskan legasi TDM ialah para Menteri dan kepimpinan Umno sendiri.Sudahlah usaha pembangunan yang dilakukan untuk rakyat dan perpaduan untuk Umno tidak seberapa,tapi yang lebih menonjol hanyalah gambar2 Pak Lak dan dan Menteri2 serta pemimpin2 Umno.Kadang2 gambar wajar mereka (yang tidak berapa handsome itu) memenuhi hampir 50% dari poster atau banting yang digantung setiap penjuru negara.Mereka ini seolah2 cuba menyaingi populariti Mawi dan artis2 tempatan.Isteri2 para pemimpin pun turut menonjol bersama suami masing2.Rakyat sebenarnya dah meluat melihat muka mereka.

4. Oleh kerana tempoh kepimpinan Pak Lah pun akan berakhir Mac ini?? maka eloklah sebarang perubahan imej Umno dimulakan selepas Mac 2009.Ia harus bermula dengan "sentuhan" oleh para perwakilan di PAU.Mereka harus ambil iktibar dari kekalahan teruk BN dan Umno semasa PRU dan PRK yang lepas.Perwakilan harus pikul amanah rakyat dengan membuat pemilihan betul dan jujur terhadap calon2 yang bakal memain peranan untuk memulih imej Umno (bukannya pemimpin yang tidak bermaruah dan korap).Jika perwakilan tersalah pilih maka tidak siapa yang boleh disalahkan jika Umno selepas ini akan terkubur.

5. Bagi kepimpinan baru di bawah DS Najib pula, mereka hendaklah mengubah pendekatan dengan mengambil iktibar kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan Pak Lah.Mereka harus mengiktiraf balik legasi TDM.Kurangkan penonjolan diri (termasuklah isteri2 pemimpin) tapi tingkatkan hubungan peribadi dengan rakyat dan ahli.Tingkatkan projek2 pembangunan yang memberi manafaat kepada rakyat.

Insyallah Umno akan kembali kuat dan lebih relavan selepas Mac 2009.

mn said...

Datuk,

1. Seperti kata Obama, untuk menilai sesuatu, kita perlu melihat apa yang dibina dan bukan apa yang diruntuh.

2. Pada saya, Dr.M hanya 'membina' negara ini dengan hutang yang bertimbun. Kini tugas Pak Lah untuk menyelesaikan segala 'Hutang' itu.

3. Sebenarnya Pemimpin luar dan orang luar tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

sayadahbosan ULTRA said...

tetapi seperti biasa

MELAYU MUDAH LUPA

mudah lupa pada pemimpin yang telah banyak berjasa

mudah lupa untuk bersyukur

mudah lupa untuk berterima kasih

mudah lupa kepada Pencipta

mudah lupa bila dijolok duit dan betina

Hidup semata-mata untuk jadi raja rasuah

biar mampos bangsa aku asalkan aku kaya raya

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan komen "Dan Kajang" antaranya:
1. Poster dan Billboard wajah Pak Menteri. Perlukah mereka ini berlumba-lumba mempamerkan wajah mereka diserata pelusuk bandar? Cukup lah kalau Wajah PM seorang itupun pada tempat dan waktu-waktu serta majlis tertentu sahaja. Janganlah sampai program peringkat Daerah, Bahagian pun nak pasang poster dengan wajah PM. Berkenaan wajah Pak Menteri, saya berpendapat langsung tak perlu pun. Ini tidak, tengok sahaja di Ibu Negara Malaysia, Kuala Lumpur, wajah Ketua Bahagian, Pengerusi Perhubungan, Menteri Wilayah, berlumba-lumba! Sepatutnya imej Ibu Negara, biarlah bersifat Nasional. Tentang poster dan wajah ni, bukan sahaja KL, semua tempat pun sama, TIDAK PERLU!

2. Penonjolan ISTERI2, saya rasa pun perlu dikawal. Memanglah orang jemput, tapi kita pun patut tahu nak menolak dengan baik.Kadang kadang yang menjemput ni pun ada agenda tersendiri, nak masuk buku kata orang! Ini lah yang dikatakan sokong bawa rebah! Bila pula para ISTERI terpaksa hadir, bawa lah imej yang bersesuaian, jangan "over" dan tentang pakai tudung tu, apa salahnya dipraktikkan sewajarnya kalaupun tak nak pakai tudung labuh. Pendirian peribadi sudah tidak relevan apabila kita sudah berada di atas sana, rakyat tengok dan rakyat mengata. Jadi kalau Pak Menteri berkorban, para ISTERI juga kena lah ada pengorbanan, kalau tidak duduk je kat rumah jadi isteri suami, jangan jadi isteri Pak Menteri atau ISTERI PEMIMPIN!

Berita dari gunung said...

Apa Shahrir sudah selesaikan masalah penyertaan bumiputera dalam SJER? Tepi laman sendiri. Bawah kangkang sendiri.

AL GAZEL AVERROES said...

Salam Datuk

Saya sangat sedih dgn kewujudan penulis-penulis upahan spt sukj.Hujah-hujah penulis spt ini seakan-akan seorang yg desperate dgn melontar komen seolah-olah lain-lain blogger dan pembaca mempunyai pemikiran cetek spt beliau. Seluruh dunia tahu tentang usaha-usaha pentadbiran sekarang yang berhempas pulas untuk menghapuskan keseluruhan legasi TDM. Tetapi akhirnya mereka terpaksa menjilat kembali segala liur dan kahak yang mereka ludahkan kpd TDM itu.

tok iskandar said...

keputusan yang dibuat oleh YB Dun Bota sangat tepat dan kena pada masanya.UMNO sudah menghampiri zaman kepupusannya.

Di Pahang juga sedang bergolak dengan kes rasuah politik melibatkan tokoh profail tinggi yang merupakan rakan karib khairi jamaluddin iaitu Norza Zakaria.

Semalam Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishamudin selaku Ketua Pemuda UMNO terpaksa turun ke Temerloh untuk mententeramkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang menjadi buruan SPRM.Khabarnya lebih banyak tangkapan akan dibuat dan sasaran SPRM seterusnya ialah UMNO Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Ismail Said.

Khairi Jamaluddin pula dikatakan berang dengan permainan politik licik kem Najib yang menjatuhkan orang kanannya Norza Zakaria.

Terdapat ahli UMNO yang disoalsiasat oleh SPRM di Pejabata pelajaran daerah Temerloh dan di antaranya Ustaz Ishak(Penyelia Agama Islam Pejabat Pelajaran Daerah Temerluh)

UMNO Bahagian Kuala Krau,Jerantut dan temerloh telah bekerjasama menjatuhkan norza zakaria.

Encik Ahmad sanusi adalah pegawai senior di Pejabat pelajaran daerah Temerloh yang juga merupakan abang kepada Ismail Said(MP Kuala Krau).

PPD Temerloh,Tuan Haji Nadzri pula baru bertukar dari PPD Jerantut.Mainan politik UMNO di PPD Temerloh sudah lama dan ramai guru-guru yang pro pembangkang ditukarkan serta-merta ke kawasan pedalaman.

terdapat khabar angin mengatakan penyokong Khairi dari kalangan guru-guru juga akan ditukarkan.pegawai yang bertanggungjawab menukarkan guru-guru ialah encik Laily.

Pegawai khas kepada Hishamudin ialah Datuk Azmi yang merupakan bekas Pengarah Jabatan pelajaran Negeri Pahang.

seorang pegawai PPD Temerloh yang berasal dari rembau,mohd Ali baru beberapa bulan menjadi guru besar SK Jalan bahagia.sebelum beliau,Aminuddin adalah gurubesar SK Jalan Bahagia yang juga setiausaha umno bahagian temerloh ketika itu dan pernah menjadi setiausaha sulit saifuddin Abdullah(MP Temerloh dan timbalan menteri Pembangunan usahawan).

Ketika beliau menjadi gurubesar,uniform pengawas yang selama ini berwarna hijau telah ditukarkan kepada biru.Usia beliau menjadi setiausaha sulit saifuddin tidak lama dan sekarang menjadi Gurubesar SK Paya Pulai.

Betapa fanatik dan phobianya UMNO di temerloh terhadap kehadiran pembangkang.

Di pihak Khairi,sudah tentu dijangkakan tindakan balas yang akan mengemparkan kem Najib.Jika khairi hendak bertapak di Temerloh,beliau perlu menyingkirkan kem Najib yang bertapak kukuh di JPN Pahang dan PPD Temerloh serta UMNO Bahagian Temerloh.

slyderrose said...

TDM 22 tahun menerajui negara. Lama tu. Sudah pasti macam-macam dia buat. Kalau tidak tidak guna langsung lah TDM ini. Salah satunya ialah memperkenalkan Malaysia dengan konsep, terbesar, terpanjang, tertinggi dan entah apa lagi...semuanya menghabiskan duit rakyat. Dan tahap kemiskinan tidak nampak improvement sangat...akhirnya tewas juga dengan jiran di selatan Singapore.

Anonymous said...

salam datuk.

jawabnya senang saja. Sebab Dollah pemimpin paling bodoh.

Unknown said...

Tuan Kudakepang

1Tak dapat tidak umno kini dalam serba salah.Tak dapat tidak umno kini dalam keadaan tertekan. Tak dapat tidak umno kini dalam keadaan dilema. Tak dapat tidak umno kini hilang punca. Semuanya berpunca daripada tangan-tangan kotor dalam umno yang bermaharajalela sejak sekian lama.

2Saya melanjutkan lagi apa yg ditulis Tok Iskandar, untuk versi negeri Kelantan pula.
KALAU DI KELANTAN SEMUA GURU TAHU BAHAWA JPN KELANTAN TELAH DILANDA OLEH POLITIK DENGAN BEGITU HEBAT SEKALI. APA YG JELAS KEADAAN SANGAT KETARA BERMULA DENGAN NAIKNYA SEORANG PENGARAH PELAJARAN BERNAMA SAPEI. APA YG DIBUAT OLEH SI TUA ITU DILANJUTKAN LAGI OLEH PENGGANTINYA, NAMANYA SEMAIL. PADA ZAMAN INI BERLAKU PERKARA2 YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. MANA ADA PENGARAH PELAJARAN NEGERI BOLEH DISAMBUNG PERKHIDMATAN SELEPAS PENCEN WAJIB? INI BERLAKU KPD MEREKA BERDUA. DUIT MANA YG DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR GAJI MEREKA? PEMBACA FIKIRLAH SENDIRI.
BEKAS PENGARAH BERNAMA SEMAIL TU, NAIK PENGARAH DENGAN PANGKAT 48.KEMUDIAN MENGORAK LANGKAH KE 52-54-JUSA C, DALAM JANGKA MASA 3 TAHUN. FANTASTIK.

YG PASTINYA MEREKA BERDUA NAIK JADI PENGARAH DENGAN KUASA POLITIK. PADA MASA MEREKA BERDUA RAMAILAH TERLANTIK PENGETUA/PENOLONG KANAN/GURU KANAN POLITIK, BUKAN PENGETUA SEKOLAH ATAU PENOLONG KANAN SEKOLAH DAN SETERUSNYA. RAMAILAH YANG MUDA-MUDA NAIK PANGKAT DI SERATA NEGERI, MELANGKAH MEREKA YANG SENIOR-SENIOR. BETUL SENIORITI BUKAN MERITNYA TAPI YG MUDA TERLANTIK ITU BUKANNYA ORANG YG SEPATUTNYA. MEREKA NAIK DENGAN TANGAN-TANGAN POLITIK. PENGARAH DAN KETUA-KETUA SEKTORNYA MERESTUI APA YG TERJADI KERANA MEREKA PUN NAIK DENGAN CARA YG SAMA. KABINET BAYANGAN JPN KELANTAN HEBAT DIPERKATAKAN SETIAP KALI ADA PENGARAH/KETUA SEKTOR/PPD YANG BERPENCEN.

Apakah hasilnya?
MEREKA YG TERLANTIK ITU BUKAN AHLINYA, KALAU BEGITU MAKA TUNGGULAH KEHANCURANNYA. BETUL MAKSUD HADIS NABI JUNJUNGAN ITU. KALAU DULU KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM- UPSP/PMR/SPM/STPM NEGERI KELANTAN DISEGANI DI TANAH AIR, HARI INI HAL YG SEBALIKNYA BERLAKU, KEDUDUKAN PEPERIKSAAN NEGERI KELANTAN BERHEMPAS PULAS UNTUK BERSAING DENGAN SABAH DAN SARAWAK(SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MERENDAH-RENDAHKAN S&S). SUNGGUH MEMALUKAN. SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA KECELARUAN DALAM JPN KELANTAN- GARA-GARA MELANTIK MEREKA YG BUKAN SEBENARNTA DARI RANKING PENGARAH HINGGALAH PALING RENDAHNYA.

HARI INI SAYA BERANI KATA SELURUH ORGANISASI PENDIDIKAN DI KELANTAN DALAM KEADAAN TENAT. PENGARAH BARU PERLU MEMBUAT POST-MORTEMLAH UTK MEMBETULKANNYA.

Ringkaskan cerita
RAMAI GURU DI SINI TIDAK MEMIHAK KEPADA KERAJAAN. RAMAI YG TIDAK PUAS HATI DENGAN PERJALANAN URUSAN DI SINI- KENAIKAN PANGKAT SALAH SATU DARIPADANYA, MELIBATKAN GURU-GURU DI SATU NEGERI. GURU YG SENIOR DAN BERHAJAT UTK KEPANGKATAN TENTU TIDAK BOLEH MENERIMA APA YG TERJADI.

BILA HAMPIR DENGAN PILIHAN RAYA MAKA GURU-GURU DIBAWA PULA UNTUK "KURSUS" DAN "SEMINAR" YG HEBAT TAJUKNYA DAN BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN PULA KONONNYA... TAPI FAHAM-FAHAMLAH. APA ORANG-ORANG PARTI ITU INGAT GURU-GURU NI BODOH SANGATKAH? MEREKA LUPAKAH DULU DIA SENDIRI DIASUH DAN DIDIDIK OLEH GURU? KAEDAH BODOH INI MENJAUHKAN LAGI GURU DENGAN PARTI KERAJAAN.

Akhirnya
TUAN SAMPAIKAN KEPADA MESEJ SAYA KPD PAK MENTERI, PAK SRI PERHUBUNGAN KELANTAN, PAK PENGARAH JPN KELANTAN MESEJ SAYA, KIRANYA UMNO DAPAT BERUBAH UTK MENGEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT..TQ

ChengHo said...

Tahap intelligent dan wisdom tidak sama dibandingkan diantara PakLah dan Shahrir dgn Tun M tidak perlulah nak bincang kan
America sendiri mengiktiraf pemikiran dan wisdom luar kotak Tun M
Tok Najib perlu ambil Tun M sebagai Senior minister atau pun Penasihat kerajaan yg bertaraf menteri .

EMY AUTO SERVICES said...

SUSAH NAK CAKAP DENGAN PUAK NI....DEPA BUKAN FAHAM SANGAT

abunawas said...

1. Macam orang Islam sekarang bercerita tentang kehebatan kerajaan Islam masa lalu, macam tu le UMNO sekarang. Pemimpin Islam dulu dan umat Islam dulu kefahaman dan penghayatan Islam dalam hidup tak mungkin sama denagn sekarang (ada tapi tak banyak, rata-rata sukar dinafikan, nampak baik tapi Allah saja yang tahu, macam pepatah melayu, kokok berdedai ekor gelumang tahi), macam le juga pemimpin dan pengikut UMNO dulu tak sama dengan sekarang. Berdiri biar berpijak dibumi. Apa nak dibanggakan yang lalu kalau kini hampeh

2. Antara kehebatan yang perlu kita lihat adalah setelah UMNO meneraju selama 52 tahun (TDM 22 tahun) macam mana mungkin UMNO menghasilkan pemimpin pelapis yang berbentuk apa yang kita lihat sekarang??? Apakah budaya atau penyakit ini sebenarnya telah hidup lama (macam yang kuda-kepang tahu, macam tu le kebanyakan orang tahu)dan dilidungi/kaburi serta dinaungi selama ini??? Sukar sekali untuk mempercayai ianya berlaku tiba-tiba. Pemimpin UMNO (samada yang jadi kepala 22 tahun atau 5 tahun di peingkat nasional, atau entah berapa tahun di peringkat bahagian dan cawangan )gagal mendidik ahli dan pelapis dengan akhlak dan keperibadian murni. Masih adakah pemimpin UMNO masa kini yang tidak diragui kebersihan kekayaannya??? Kalaulah ini juga dapat disalahkan kepada pembangkang, pastinya ia di tuding kepada mereka seperti kekalahan PRK yang lalu....mungkin berbunyi "pemimpin UMNO kaya kerana orang PAS kaki rasuah dan tak pandai berniaga"

3. Kini kalau musim pilihanraya, calon-calon perlu tunjuk mesra, jangan tunjuk kete besar, gaya hidup mewah dll...ni semua suatu sikap yang pelik. Mengapa harus berpura-pura??? Kalau hasil titik peluh yang suci bersih apa salahnya, yang penting zakat dah beres, hak-hak manusia lain tak dicabul dan diabaikan, banyak sedekah dan amal jariah macam saudagar muslim zaman lalu yang memainkan peranan yang besar dalam menyibarkan Isla (bukan menakut-nakutkan orang tentang Islam)

4. Menjelang PAU ni politik wang jadi isu hangat kembali. Pencuri-pencuri ni akhirnya dia bertelagah sama sendiri dan natijahnya orang semua tahu mereka semua sama-sama pencuri. Sogokan bukan lagi sorok-sorok macamlah juga sogokan d PRK. Hanya orang yang terlalu jahil sahaja yang tidak dapat memahami atau orang yang berkepentingan sahaja yang buat-buat tak tahu.

Tiada siapa dapat menafikan penyakit rasuah yang serious dalam UMNO. Apa pula yang dapat meyakinkan bahawa mereka (UMNO) tidak mengamalkan rasuah semasa berkusa dan memerintah??? Ini amat menakutkan para pengundi yang berfikir.

5. Legasi sebenar yang akan ditinggalkan UMNO mungkin berupa kegagalan DEB mencapai 30%, jurang perkauman yang membesar, rasuah dan ketidak-telusan, kelahiran ali-baba, jutawan segera, keruntuhan moral....(bohsia, penagih, anak luar nikah yang semuanya kian meningkat khususnya dari kalangan melayu {ini pun mungkin salah PAS kalaulah boleh di tuding ke PAS}), masjid-masjid yang hambar dari syiar sebenarnya (tinggal solat dan kenduri saja...semata-mata ritual dan ceremony) dan banyak lagi semuanya atas nama mencapai pembangunan.

6. Sayang seribu kali sayang, rumah yang besar, kukuh dan tersergam yang diwarisi dihuni oleh pewaris yang pengotor, tak berwawasan, tak berkepribadian yang tinggi tetapi berlagak sombong dan masih ingin terus dipuji, disegani, dihormati semata-mata kerana datuk neneknya dulu orang hebat dan terbilang. Apalah di harap rumah itu akan menjadi bersih dan hebat semula dan sering menjadi tempat tumpuan musafir bertumpang teduh kalau ianya tetap di huni oleh pengotor serta rendah akhlak. Perlukah kita saudara-mara pewaris termasuk yang bau-bau bacang tolong cuci dan pastikan sipengotor dan rendah peribadi tidak menghuni disitu and bagaimana?

keris panjang said...

sukj,

aku tguk ko ni bijak sgt..cuba ko list out tguk apa hutang-hutang yg tinggal bertimbun tu..setau aku masa masa pemerintahan orang "yg tak ada hutang" ni lah kami hidup susah..jenayah meningkat, harga barang naik, perhubungan kaum meruncing dan berbagai lagi..jgn lah jd mcam simusa black dgn sahrir yg selalu ckp tak serupa bikin tu..(kata sukutahun pertama tahun ni harga barang2 turun..cuba senaraikan harga yg turun tu..setau aku barang makin naik lagi..goreng pisang pun dh 5 seringgit skg,tu belum benda-benda lain lg)..

add said...

sukj, yang kj buat hutang tu maksudnya kj reti manage dan tahu nak pusing duit macammana kan, kalau tak, tak kan kj boleh pinjam juta-juta nak buat beli saham itu dan ini beberapa tahun lepas, maksudnya kj reti nak roling kan,, ha masa tdm pun sama la, kita "membina" negara dengan hutangtetapi kita tahu nak bayar macam mana... macam juga saudara bina rumah beso bayar cash ke? kalau bayor cash tu tahniah le,,, yang pak lah dengan bos anda ni reti buat htang untuk kenyang kantung sendiri je...

budak-kom said...

Tun Dr Mahathit d kutuk d hina d negara sendiri lebih dari dia d sayangi dunia islam dan afrika...