Seramai 80,229 pengundi akan menentukan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen di Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) “ada peluang menang tetapi kita mesti kerja lebih keras sampailah pada hari pembuangan undi.”
Antara pesanan Najib kepada para pengundi seperti yang dilaporkan oleh Mingguan Malaysia adalah:
Satu: Jentera BN perlu kerja dengan lebih keras, “usaha yang lebih gigih perlu dilakukan.”
Dua: Para pengundi Cina jangan “terpengaruh dengan gula-gula parti politik luar yang hanya datang menunjukkan muka di musim kempen pilihan raya ini.”
Mingguan Malaysia juga memberikan gambaran bahawa soal “bagaimana masyarakat Cina mengundi” dalam PRK berkenaan adalah “soalan yang membingungkan” banyak pihak - pemerhati politik, penganalisis politik, BN dan juga Pakatan Raykat (PR).
Mereka dikatakan kebingungan kerana “undi majoriti Melayu” dijangka terbahagi sama rata. Dalam Parlimen Kuala Terengganu terdapat 80,229 pengundi berdaftar - 70,834 Melayu, 8,735 Cina dan bakinya daripada lain-lain kaum.
Lantaran itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan selaku bekas Setiausaha MCA, meminta para pengundi Cina “memberi sokongan padu” kepada BN “yang mengamalkan dasar sederhana dalam pemerintahan.”
Bagaimanapun, ada pemerhati dan penganalisis politik mengatakan, penentu kepada mana-mana calon dalam PRK Kuala Terengganu bukannya undi kaum Cina. Sebaliknya, kemenangan BN atau PR dalam PRK ini ditentukan oleh undi warga pendidikan.
Ramalannya demikian kerana sehingga hari ini adalah dipercayai bahawa sebilangan warga pendidikan dalam Parlimen Kuala Terengganu dikatakan “tersinggung hati” atas beberapa sebab yang tidak perlu dihuraikan di sini.
Masalah ini amat real dan turut disedari oleh pihak BN. Khairy Jamaluddin sendiri pun dikatakan turut campur tangan untuk menanganinya.
Sementara itu, keretakan dalam PR - antara PAS dengan DAP dan DAP dengan PKR - turut menggerhanai PRK ini.
Jadi, apakah harapan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku calon BN yang telah merayu untuk diberikan “ruang dan peluang” untuk berkhidmat? Apa pula nasib Mohd Abdul Wahid Endut selaku calon PAS yang mewakili PR? Dan, berapa banyakkah undi yang akan dikutip oleh calon bebas, Azharudin Mamat?
Begitulah keadaannya PRK Parlimen Kuala Terengganu setakat hari ini. Hanya Allah SWT sahaja yang memuktamadkan segala-galanya! – Ruhanie Ahmad
Antara pesanan Najib kepada para pengundi seperti yang dilaporkan oleh Mingguan Malaysia adalah:
Satu: Jentera BN perlu kerja dengan lebih keras, “usaha yang lebih gigih perlu dilakukan.”
Dua: Para pengundi Cina jangan “terpengaruh dengan gula-gula parti politik luar yang hanya datang menunjukkan muka di musim kempen pilihan raya ini.”
Mingguan Malaysia juga memberikan gambaran bahawa soal “bagaimana masyarakat Cina mengundi” dalam PRK berkenaan adalah “soalan yang membingungkan” banyak pihak - pemerhati politik, penganalisis politik, BN dan juga Pakatan Raykat (PR).
Mereka dikatakan kebingungan kerana “undi majoriti Melayu” dijangka terbahagi sama rata. Dalam Parlimen Kuala Terengganu terdapat 80,229 pengundi berdaftar - 70,834 Melayu, 8,735 Cina dan bakinya daripada lain-lain kaum.
Lantaran itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan selaku bekas Setiausaha MCA, meminta para pengundi Cina “memberi sokongan padu” kepada BN “yang mengamalkan dasar sederhana dalam pemerintahan.”
Bagaimanapun, ada pemerhati dan penganalisis politik mengatakan, penentu kepada mana-mana calon dalam PRK Kuala Terengganu bukannya undi kaum Cina. Sebaliknya, kemenangan BN atau PR dalam PRK ini ditentukan oleh undi warga pendidikan.
Ramalannya demikian kerana sehingga hari ini adalah dipercayai bahawa sebilangan warga pendidikan dalam Parlimen Kuala Terengganu dikatakan “tersinggung hati” atas beberapa sebab yang tidak perlu dihuraikan di sini.
Masalah ini amat real dan turut disedari oleh pihak BN. Khairy Jamaluddin sendiri pun dikatakan turut campur tangan untuk menanganinya.
Sementara itu, keretakan dalam PR - antara PAS dengan DAP dan DAP dengan PKR - turut menggerhanai PRK ini.
Jadi, apakah harapan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku calon BN yang telah merayu untuk diberikan “ruang dan peluang” untuk berkhidmat? Apa pula nasib Mohd Abdul Wahid Endut selaku calon PAS yang mewakili PR? Dan, berapa banyakkah undi yang akan dikutip oleh calon bebas, Azharudin Mamat?
Begitulah keadaannya PRK Parlimen Kuala Terengganu setakat hari ini. Hanya Allah SWT sahaja yang memuktamadkan segala-galanya! – Ruhanie Ahmad
17 comments:
akm.dato
PRK K.Terengganu apa yang pengundi Melayu dapat selaku pengundi mejority di situ.
Apa yang saya perhatikan pengundi cina yang di beri keutamaan yg dikatakan pengundi penentu.
Oleh itu BN dan Pas berusaha untuk memenanggi hati pengundi cina.
Banyak peruntukan yang BN bagi utk pengundi cina di dun bandar antara nya 6.1 juta utk dewan cina yang di umumkan oleh MB mat said,dan hishamuddin ada mengumumkan lebih kurang 2.3 juta kalau tak silap untuk sek.cina.Inilah politik jaga hati yang saya lihat bermain di terengganu khas nya dan Malaysia am nya selepas peristiwa Titanic mac 2008.
Kalau kita lihat di AS,kaum yahudi yang mendapat pembelaan dari pada pemerintah kerana undi mereka adalah 'undi penentu'merekalah yg menguasai ekonomi AS.
Adakah di malaysia akan berlaku seperti di AS,dimana cina sebagai penguasa ekonomi dan menjadi bangsa yang menjadi pengundi penentu.
Kepada pengundi Terengganu Tepuk Dada tanya Iman.
Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai.
Datuk,
1. Disamping itu juga kita perlu tahu siapakah dikalangan pemimpin kita yang telah "bekerja keras"...membantu untuk memburuk-burukkan calon BN di Kuala Terengganu?
2. UMNO perlu mengucapkan terima kasih kepada 'Dr. Belit' kerana telah memburuk-burukkan calon BN iaitu Datuk Wan Farid.
3. Jika UMNO/BN kalah di K.Trg, ia bukanlah kerana kekuatan parti lawan tetapi kerana sifat 'busuk hati dan dengki' sesama pemimpin UMNO.
tok,
tak datang KT ke? i dah seminggu di sini.
better come, then you will get a clearer picture of the election scenario.
regards
Ingatan kepada BN dan jentera parti,jangan terlalu mengharap kepada warga pendidik, kerana rata-rata warga pendidik sekarang ini adalah dikalangan penyokong pembangkang,, inilah dia warga yang tak sedar dek untung....
Salam Datuk,
Saya berpandangan bahawa sentimen pengundi telah berubah dan melihatkan BN ada peluang menang. Ini berdasarkan melihat latarbelakang "mood" pengundi orang-orang Terengganu yang berubah-ubah mengikut apa yang dipasarkan ketika berkempen. Itu sebabnya isu hudud muncul dari kedua-dua pihak memandangkan undi warga Melayulah yang sebenarnya menjadi penentu. Maksud saya ialah, hati pengundi Islam/Melayu harus dijaga walaupun terdapat undi bukan Melayu. Kita mesti ingat bahawa undi bukan Melayu hanya melengkapkan bukan menentukan. Undi Melayu adalah penentu kemenangan. Hanya dengan undi Melayu lah kemenangan akan menjadi realiti. Satu lagi faktor yang penting selain calon ialah para penceramah dan jentera kempen. Mereka yang sudah mempunyai rekod buruk dan dibenci rakyat tak payahlah sibuk-sibuk berceramah. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai !
a'kum Dato' Ruhanie Ahmad, apa khabar? Semoga sihat walafiat di samping keluarga tercinta.
Selamat menyambut tahun Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009.
Saya menjangkakan akan ada persaingan sengit antara BN dan PAS.
Sentimen menunjukkan bahawa orang UMNO sendiri akan melakukan undi rosak atau mengundi parti lawan kerana tidak suka dengan Wan Farid yang begitu banyak kontroversi dan kaitannya dengan Khairy Jamaluddin.
Saya menjangkakan bahawa PAS akan menang tipis dalam 2000-3000 undi sekiranya sentimen ketidakpuasan hati ini berterusan.
Sahabat-sahabat yang dihormati.
Jutaan terima kasih. Saya tidak berpeluang ke KT sebab sekarang ni saya masuk sekolah balik di UKM. Satu minggu saya masuk kampus 6 jam. Saya bercadang mendalami minat saya di bidang international relations dan geopolitik.
Bagaimanapun, saya juga mengharapkan BN berjaya di KT. Ini kerana PRK ini crucial kepada kita semua.
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Apa pun, muga-muga pilihan rakyat akhirnya akan dihormati. Jangan sampai jadi macam yang kita lihat....apabila rakyat memilih Hamas....pelbagai pihak tak mahu akur dan ada saham meruntuhkan mereka walaupun pada zahirnya Yahudi yang betul-betul ganas.
Mudah-mudahan apa jua yang dijanjikan untuk rakyat oleh kedu-dua pihak akan terus ditunaikan tak kira siapa jua yang menang.
Kalau ditaqdirkan kalah lalu tarik 'hand break' atau yang seumpamanya, maka macam ada mirip kisah yang melanda Hamas. I'Allah tidak sebegitu kerana kedua-dua pihak macam diteraju oleh orang yang beriman
Ybhg Datuk,
Quote. Ini kerana PRK ini crucial kepada kita semua. Unquote
Itu petikan dari Datuk. Crucial untuk kita semua tu untuk UMNO ke untok negara?
Salam,
Selepas kajian serba sedikit, scenario politik semasa, serta perbandingan dgn piliharaya lepas, pada pendapat saya, PAS akan memenangi piliharaya kecil ini dengan majoriti 3000-4000..
Usaha kita yang paling utama ialah memperbaiki kerosakan yang ada dalam UMNO. Tetapi sebelum itu BN mesti diberikan kemenangan terlebih dahulu di Kuala Trengganu. Selepas kemenangan BN itu kelak, kita kembali memberikan tumpuan kepada usaha memperbaiki UMNO semula. Sekarang ini usaha semua pihak telah menunjukkan sedikit kemajuan dimana masalah rasuah telah banyak berkurangan. Suruhanjaya Pilihanraya juga menampakkan improvement yang nyata terutama dalam menguruskan Pengundi Pos. Pak Najib menunjukkan sikap dan pendekatan yang bertambah matang sebagai bakal PM.
Jika kemajuan kearah integriti mulia ini bertambah okey, semua rakyat senang dan puas hati, insyallah akan merupakan satu perkara yang "bodoh" jika kita masih sibuk dengan memburukkan perkara yang baik itu.
Adalah amat sukar membuat penilaian dan pandangan yang bebas dan saksama apabila kita datang dari satu kumpulan atau menjadi ahli satu kumpulan tidak kira samada UMNO mahupun PAS.
Kecenderungan memihak kepada kepentingan kelompok diri amat tinggi apatah lagi kalau dianya tergolong dari orang yang kuat mempelopori kelompoknya kecuali orang2 yang sangat jujur, tinggi imannya, terserlah amal dan perilakunya. Ini kerana nilai iman bagi seseorang yang bener-benar beriman itu melangkawi segala kepentingan.
Kalau kita benar-benar inginkan rakyat membuat pilihan yang waras untuk kepentingan negara dan setiap warga negara, maka logiknya mereka perlu mempunyai asas untuk menilai dan telah berpeluang untuk menilai pencapaian, kegagalan, penurunan prestasi pihak2 dan individu-individu yang terbabit.
Warga pendidik sewajarnya amat berkeupayaan untuk membuat penilaian dan membuat pilihan dengan bebas kecuali terkekang atas sebab2 yang dia lebih mengetahui.
Namun demikian, terkadang ianya buat satu kecenderungan atau keyakinan kepada satu pihak tetapi lebih merupakan penolakan kepada satu pihak akibat dari prestasi dan perilaku kelompok secara kolektif dan juga secara individu.
Andai kata yang tersebut di atas ada kebenarannya maka pihak yang terbabit perlu akur dan perbaiki dan sentiasa bekerja keras bukan sahaja di ambang pilihan raya.
TDM menyatakan itu adalah di antara faktor kekalahan di Permatang Pauh.
Kebtulan pula PRK ini bertindih dengan kempen pemilihan UMNO, ia lebih mudah diexploitasikan PAS akan gambaran negative polik wang dalam UMNO yang telah jadi pengetahuan umum dan menjadi kesangsian yang amat munasabah kepada pengundi khususnya warga pendidik bahawa ia tidak berlaku diperingkat lain.
Askum Dato',
1. Memang ada kebenaranya warga pendidik boleh memain peranan penting dalam menentukan kemenangan PRL K.Trenganu. Tapi yang pelik juga ialah tindakan GMP yang akan mengadakan pidato bagi menentang PPSMI. Yang lebih mengecewakan ialah badan itu diketuai oleh Dato Hasan, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa serta dianggotai oleh beberapa ahli bahasa.
2. Bagi saya mereka ini penting kedudukan sendiri.Mereka bertindak seolah-olah PPSMI itu akan menceroboh kedudukan Bahasa Melayu di negara kita.Cetek juga fikiran ahli2 bahasa ini.Kita cakap soal bahasa ilmu yang harus ditekankan kepada pelajar kita demi untuk menyiapkan diri menghadapi limpahan ilmu setiap hari yang kebanyakan istilahnya adalah dalam bahasa Inggeris.Kerajaan tidak bercadang menghapuskan mata pelajaran Bahasa Melayu.
3. Kita lihat kebanyak mereka yang menentang mata pelajaran Matametik dan Sains dalam bahasa Inggeris itu adalah terdiri daripada golongan dewasa.Mereka harus sedar bahawa apa yang dibuat oleh Kerajaan adalah demi untuk masa depan anak kita.Kita perlu berusaha jadi bangsa kita yang mampu mencipta benda baru dalam bidang teknologi dan bukan terus menjadi bangsa penguna.Kesianlah pada anak2 kita.Janganlah pentingkan diri kerana takut bahasa Melayu lenyap hingga sanggup mengagalkan usaha murni Kerajaan itu.
4. Insyallah Bahasa Melayu akan menjadi bahasa ilmu antarabangsa satu hari nanti jika kita bersabar dan terus menyokong usaha Kerajaan dalam menjayakan proram PPSMI ini.
Datuk,
saya berpendapat PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi hati rakyat.
Banyak isu yang ditimbulkan oleh BN/ UMNO iaitu perpecahan dalam PAS, antara parti - parti Pakatan Rakyat dan isu hudud berjaya ditangani dengan cekap oleh jentera Pakatan Rakyat.
Isu yang ditimbulkan wujudnya kumpulan Edorgan dalam PAS, perbalahan antara PAS dan DAP TERBUKTI hanya satu tohmahan semata - mata.
Buktinya pemimpin- pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat bersatu hati turun bersama- sama kepimpinan dan calon PAS menjalankan kempen.Tidak terkecuali Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sendiri.
Malah team- team yang dikatakan sebagai golongan edorgan mahupun golongan ulama dalam PAS sama - sama turun membantu kemenangan calon PAS. Kita boleh lihat bagaimana akrabnya Husam Musa dan Hadi Awang.
Malah apa yang lebih menarik rekod cemerlang calon PAS di DUN Wakaf Mempelam yang juga salah satu DUN dalam Kuala Terengganu memberi 1001 kelebihan kepada calon PAS tersebut. Kita boleh lihat bagaimana sederhananya calon PAS dalam kehidupannya berbeza dengan calon UMNO yang mempunyai kehidupan mewah. Rakyat secara majoriti berpendapat calon PAS lebih mudah didekati berbanding calon BN yang mungkin dianggap oleh segolongan pengundi sebagai golongan elit yang sukar didekati.
Keterbukaan calon AKIM dan adik ipar bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu menyokong calon PAS menambahkan satu lagi kelebihan buat calon PAS.
Permasalahan dalaman UMNO termasuklah perpecahan, rasuah atau politik wang , kegagalan menunaikan janji PRU 11 pada 2004, kegagalan membentangkan akta AUKU yang lebih baik, akta suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dan Pencegahan Rasuah sebagaimana diingini rakyat marhaen, akan digunakan dan terus digunakan sebagai bahan kempen menjatuhkan UMNO dan memenangkan calon PAS. Ini belum dikira isu royalti yang belum diselesaikan samada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat yang kedua- duanya dikuasai BN.
Kegagalan Wan Farid sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dalam menyelesaikan kes jenayah dan isu- isu berkaitan ISA akan memberi satu kelebihan lagi kepada calon PAS dan jentera kempen Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian Dato,
saya berpendapat bahawa calon PAS akan memenangi pilihanraya kecil ini. Ini kita boleh lihat melalui sambutan yang diperlihatkan rakyat pada hari penamaan calon dan ketika ceramah - ceramah diadakan dimana dibanjiri dengan puluhan ribu manusia.
Cuma samada calon PAS akan menang dengan majoriti yang kecil atau besar, itu sahaja yang saya tidak pasti. Sentimen 8 March masih berterusan walaupun Anwar gagal membentuk kerajaan pusat pada 16 september
salam blogger,
Mahasiswa Malaysia
www.mahasiswamalaysia.blogspot.com
Salam, Dato'.
Dalam sebuah tulisan yang saya baca, tentang bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) dikecam, dan aksi teror PKM adalah fakta yang memang tidak boleh dinafikan.
Pun begitu, saya tidak fikir bahawa hujah itu boleh dijadikan asap untuk mengaburi dan memesong pandangan untuk menimbulkan kebencian berpanjangan kepada kaum manapun.
Arakian, saya lebih tertarik mengenai fakta yang popular di Batu Pahat, juga di Parit Kuda mengenai gelombolan "pendekar Selempang Merah" yang sering disebut dipimpinan oleh Kiayai Salleh. Saya juga pernah yakin begitu sepertimana anak kampung lainnya.
Namun, dengan rendah hati, saya masih meneliti kebenaran itu apabila sampai cerita yang lain daripada cerita biasa di Pasar Parit Sulong dan orang-orang tua yang saya temui. Nama yang bakal saya sebut ialah "Cek Jam": di atas satu persoalan tentang cara kematian beliau... dengan kisah sedih yang tersorok di kalangan orang Melayu atas siri pemberian (baca:rampasan!) tanah; dan pemesongan fakta tentang sejarah perjuangan Melayu, termasuk Mat Indera -- yang saya yakin dimanipulasi untuk kepentingan segelintir pemimpin dan parti politik.
Moga Tuhan membuka kebenaran ini, amin.
Salam saya kepada Datin dan seisi keluarga Dato'.
Wassallam.
Hasmi Hashim,
Semerah, Batu Pahat.
Bang,
Kalau betul PRK KT ini crucial buat BN, kenapa tak pilih betul betul calun supaya tidak banyak dipertikai.
Nampkanya DS Najib selaku Pengarah PR ini terpaksa start from A to Z to guide the calun!!
Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.
Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".
Post a Comment