Sewaktu kita hangat berpolemik supaya calon-calon Timbalan Presiden UMNO berkompromi untuk elakkan pertandingan pada Mac 2009 ini, muncul pula desas-desus mengenai pemimpin besar UMNO dan janji peralihan kuasanya. Desas-desus ini menyebabkan sesetengah komuniti politik di Kuala Lumpur kini dibelenggu persoalan sama ada benar peralihan kuasa akan berlaku dalam UMNO dan pemerintahan Malaysia pada Mac 2009.
Persoalan ini disuarakan oleh banyak pihak - warga siasah, media elektronik dan media cetak, professional, penganalisis dan sesetengah ahli akademik. Persoalan ini juga mengingatkan saya kepada tempoh waktu sesudah Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan persaraannya pada pertengahan 2003. Ketika itu memang wujud kalangan tertentu - warga politik, warga birokrat, warga korporat dan rakyat jelata - mahukan Mahathir terus berkuasa atas alasan dan sebab yang munasabah demi kepentingan nasional.
Antara sebab-sebabnya - satu: mereka mengharapkan Mahathir bersara sesudah tamat tempoh Malaysia jadi pengerusi NAM dan OIC; dua: mereka mengharapkan Mahathir membereskan dulu seluruh isu tertunggak Malaysia-Singapura; ketiga: golongan skeptik dikatakan agak kurang yakin terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Mahathir tetap berpegang teguh kepada kata-katanya. Sebab itulah Abdullah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003.
Oleh itu, saya pasti desas-desus mengenai pemimpin besar dan janji peralihan kuasanya mutakhir ini adalah sesuatu yang mungkin sama rasionalnya seperti di era akhir kepimpinan Mahathir. Tetapi, oleh kerana desas-desus ini terlalu rancak dan hangat, ia menyebabkan siasah Malaysia hari ini penuh dengan anxieties dan uncertainties - penuh dengan kebimbangan dan keterumbang-ambingan. Keadaan seperti ini mungkin berasaskan imaginasi semata-mata. Tetapi ianya tidak sihat. Tidak perlukah sesiapa menjelaskan keadaan sebenar-benarnya? - Ruhanie Ahmad
Persoalan ini disuarakan oleh banyak pihak - warga siasah, media elektronik dan media cetak, professional, penganalisis dan sesetengah ahli akademik. Persoalan ini juga mengingatkan saya kepada tempoh waktu sesudah Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan persaraannya pada pertengahan 2003. Ketika itu memang wujud kalangan tertentu - warga politik, warga birokrat, warga korporat dan rakyat jelata - mahukan Mahathir terus berkuasa atas alasan dan sebab yang munasabah demi kepentingan nasional.
Antara sebab-sebabnya - satu: mereka mengharapkan Mahathir bersara sesudah tamat tempoh Malaysia jadi pengerusi NAM dan OIC; dua: mereka mengharapkan Mahathir membereskan dulu seluruh isu tertunggak Malaysia-Singapura; ketiga: golongan skeptik dikatakan agak kurang yakin terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Mahathir tetap berpegang teguh kepada kata-katanya. Sebab itulah Abdullah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003.
Oleh itu, saya pasti desas-desus mengenai pemimpin besar dan janji peralihan kuasanya mutakhir ini adalah sesuatu yang mungkin sama rasionalnya seperti di era akhir kepimpinan Mahathir. Tetapi, oleh kerana desas-desus ini terlalu rancak dan hangat, ia menyebabkan siasah Malaysia hari ini penuh dengan anxieties dan uncertainties - penuh dengan kebimbangan dan keterumbang-ambingan. Keadaan seperti ini mungkin berasaskan imaginasi semata-mata. Tetapi ianya tidak sihat. Tidak perlukah sesiapa menjelaskan keadaan sebenar-benarnya? - Ruhanie Ahmad
24 comments:
Adakah alasan untuk Abdullah tidak jadi berundur? Saya rasa tidak ada.
Saya tidak fikir Abdullah akan berani mungkir janji.
Dato, no need to talk in the blog, you are not deterministic. Its obvious, UMNO will go down to grave whatever party elections that will go, nothing will prevail. Look at UMNO, even the UMNO Chief want still to fight , what power of power does she want? This is stupid, and make young people sick of it. As usual you will not post out this comment as i said the truth. Your blogs are always neutral and it make me feel sick to read it. Come on Dato, for me you are the same like other UMNO leaders.
AS'KUM DATO'
1. Sebenarnya ramai rakyat kurang yakin tentang akan berlaku perubahan pada pucuk kepiminan negara pada Mac 2009 ini.Ia "mungkin" akan berlaku terhadap kepimpinan Umno kerana DS Najib dah menang tanpa tanding jawatan Presiden dan Pak Lah pula tidak mempertahan jawatan Presiden.
2. Namun dari segi setail dan corak pemimpinan peringkat MT pula, kita agak ragu akan berlaku perubahan mengikut acuan DS Najib. Ini kerana kalau kita lihat barisan calon peringkat tertinggi, jawatan Timbalan Presiden,Naib2 Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda semacam ada usaha untuk mempastikan ia akan dikawal oleh orang2 Pak Lah dan orang DS Najib bakal kecundang.
3. Dari cakap2 Kedai Kopi, DS Najib walaupun akan jadi Presiden Umno tapi ia belum tentu akan jadi PM.Di spekulasikan juga di Kedai Kopi bahawa jika ditakdirkan DS Najib tidak kesampaian menjadi PM (atas sebab2 tertentu) maka orang nombor 2 (Timb. Presiden) Umno (orang Pak Lah) yang bukan dari kalangan Ahli Parlimen juga tidak layak jadi PM.Oleh itu "mahu tidak mahu" Pak Lah terpaksa "menyelamat" kedudukan dan terus memegang jawatan PM sehingga tahun 2012.
4. Ini semua spekulasi Kedai Kopi sahaja.Realitinya kita berharap ia tidak benar.Kita berdoa biarlah sebaik sahaja selesai PAU maka pucuk kepimpinan parti dan negara akan bertukar tangan dari Pak Lah kepada DS Najib. Semoga senario dan landskap politik negara akan bertukar menjadi lebih baik lagi selepas Mac 2009 ini.
Black sparrow team... nice nick. You know what it means or not?
Its okay for you to rebut dato' or give your point of view, if you have one.
First of all, who is the "UMNO chief want still to fight." Wow, big words. Baru belajar cakap ke?
I learnt something from you today. Like, UMNO chief is a "she."
And Dato's blog here was always "neutral" and it made you sick? Huh? I am still trying to understand this one.
BTW, you are so "deterministic." I am still trying to figure out the meaning of that one too.
BTW Dato', eventhough it is just a rumour, lotsa people are getting sleepless night already. We had 6 years of nightmare and please, please, please... dont tell me we have to go through another 3.
Dato,
First time I met u di Klab Sultan Sulaiman baru baru ni.Saya rasa UMNO kena berubah secara total kalau mahu terus relevant dan diterima raayat. Kalau tidak Dato saya rasa tinggal hari ini dalam sejarah aje.Orang Melayu sekarang bukan macam generasi Ibu bapa kita dulu main telan aje, main pangkah aje, tunggul kayu pun menang.Sekarang masa dah berubah kalau UMNO kekal sifat hasat dengki,tidak amanah,perasuah,hasad dengki macam yang ditunjuk oleh anak jawa Toyo tu ehm saya rasa tak lama le UMNO ni.Saya sendiri pun tak minat dengan parti Melayu yang tak sedar diri nak mampus dan masih mengekalkan perangai buruk,tak mau tegur ketua atau pemimpin,penakut,cium tangan busuk dan macam macam lagi yang buruk.Dengan itu saya doakan UMNO ni cepat le berubah atau kalau tak mau berubah UMNO ni bubar ajelah biar "Melayu terus hidup"
Salam Dato Ron,
Yakin lah tidak terjadi punyia kerana pemimpin amat jaga prisip dan kewibawaan nya. Itu hanya suara nakal nak usik -usik. Percaya lah " manusia dipegang pada janjinya dan kerbau dipegang pada talinya"
TK
datuk,
kalau Dollah tak undur , berarti imam hadari ini akan ditanam hidup2oleh orang Najib.
Undi tidak percaya terhadapbeliau akan di usulkan di parlimen, jadi siapa malu? Pak Lah pasti berundur kalau tak kena by pass di IJN.
Bila sampai perhimpunan Agung nanti Tentu Najib di Umumkan sebagai President UMNO yang menang tanpa bertanding...sudah tentu peralihan kuasa berlaku dalam UMNO..dan Pak Lah akan dengan sendirinya tidak memegang Jawatan apa apa..Lain lah masa Mahathir dulu..waktu itu mahathir masih pegang President party dan Pak Lah hanya timbalan...Mahathir letah jawatan baru lah Otomatik Pak lah jadi Pemangku President...
Tak tahu lah macam mana Paklah nak kekal sebagai PM setelah terkeluar dari jadi President UMNO nanti...atas dasar PM tak boleh di pecat melainkan atas vote of no confident dalam parliament..(Dalam perlembagaan DYMM Agung tiada kuasa untuk memecat PM, DYMM Agung hanya berkuasa melantik saja? Macam ini akan jadi kerisis Perlembagaan?Macam itu betul lah desas desus Paklah kekal jadi PM, Najib jadi President UMNO menguruskan parti dan paklah terus mentakbir negara ?
Banyak juga saya mendengar cerita seperti ini.Tetapi gerak hati saya Pak Lah akan serahkan kuasa kepada Najib penghujung March ini.
Tetapi yang molek Pak Lah letakan Ahli Parlemen Kepala Batas.Biarkan diadakan Pilihan Raya Kecil sekali lagi,Kalau dulu di Lubuk Anwar Kali ini biar diLubuk Pak Lah Pula baru kita dapat tahu UMNO maseh diperlukan oleh Rakyat
Salam Datuk,
Memang ada desas-desus mengatakan peralihan kuasa tidak akan berlaku pada Mac 2009.
Saya yakin pelan ini akan berjalan lancar dan sudah menjadi tradisi UMNO peralihan kuasa berjalan dengan tertib dan teratur.
Sejak zaman Tunku ke Tun Razak, Tun Hussein ke Tun Mahathir dan Tun Mahathir ke Pak Lah semuanya berjalan dengan baik.
Adakah Pak Lah ingin memecahkan tradisi ini?
Saya rasa cerita-cerita hangat di pasaran ini adalah untuk memeriahkan lagi cerita-cerita politik kedai kopi dan ianya mungkin di jaja oleh penyokong-penyokong Hadi Awang yang memang berkenan dan gumbira apabila Pak Lah terus menjadi PM.
Sahabat-sahabat sekalian, jutaan terima kasih.
Pertama sekali, biarkan black sparrow team (dengan Inggerisnya yang tunggang langgang) yakin yang saya ni "stupid." Tak apa. Tapi jika dia tak "stupid" macam saya, tentu dia faham yang saya hanya laporkan realliti di luar sana, bukan realiti di Aras 4 atau di Sri Perdana. Realiti di kedua-dua tempat ni dah lama di awang-awangan.
Seterusnya, saya juga yakin PM akan bersara. Tapi, desas-desus macam saya ceritakan tak sihat kepada ekonomi yang memang sedang tenat. Harap-harap team si pipit hitam tak akan cap saya bangang bila saya kata macam ni.
Bayangkanlah sejak Mac 2008 hingga hari ini Malaysia sentiasa digerhanai siasah yang terumbang-ambing. Kesejahteraan rakyat entah ke mana - terutama sekali bila harga minyak naik, kos harga barang pun naik melambung, bila harga minyak turun, harga barangan masih tetap naik mencodak! Don't you think that this is the outcome of a very stupid management strategy of our government, black sparrow team?
Akhir kata, desas-desus yang saya paparkan di sini sebenarnya serius. Memang kita tak dapat nak rasionalkan ikut kewarasan pemikiran kita. Tapi, cuba tafsirkan bila salah seorang bijak pandai di Aras 4 pernah berkata dengan angkuhnya "what make you so sure that we are leaving this place?" - "apa yang buat anda yakin sangat yang kita akan tinggalkan tempat ini?"
Fikirkanlah dan sama-samalah kita berdoa semoga Allah akan menyelamatkan negara ini dari bencana kedolak-dalikan kata!
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Kalau Abdullah gagah, tidak salah benarkan malah sokong beliau terpacak di sana.
Malang sekali senario kini sangat berbeza dari yang kita pernah lalui.
Kini, tikus dah berani tebuk tudung saji di BOTA dan hilang seekor ikan goreng. Mungkin kuku kucing dah tumpul, mata sudah kelabu dan dengusan tidak lagi menggerunkan. Atau kucing masih lena tidak sedar apa-apa?
Terima kasih Dato kerana Dato telah menegur saya (black sparrow team). Saya ingin meminta maaf jika kata kata saya keterlaluan namun ia adalah hasil dari luahan hati saya terhadap pemimpin yang ada sekarang.
Saya lihat kewibawaan parti sudah tidak ada dan saya jemu dengan pemimpin umno yang sering tidak mahu mengaku akan kesilapan sendiri. Saya lihat penulisan dato pun tidak mahu menegur kepimpinan parti. Peranan Dato boleh pergi jauh namun Dato hanya bersikap mengambil berita dari luar.
Saya tidak kisah dato nak kata penulisan bahasa inggeris saya tunggang langgang sebab saya nak tunjukkan Dato boleh bagi teguran jika ada salah. Tetapi adakah Dato pernah memberi teguran sedemikian kepada pemimpin?
Saya tahu Dato memang mempunyai jati diri yang tinggi namun ia tidak mencukupi bagi kalangan orang muda. Orang muda inginkan kepimpinan yang dinamik dan mempunyai pemikiran yang menyeluruh.
Dato berfikir dari kalangan veteran tetapi adakah Dato berfikir seperti kalangan belia? Kalangan belia melihat segala keputusan oleh pimpinan UMNO amatlah lemah dan tidak menunjukkan kredibiliti tinggi.
Saya bagi contoh yang paling jelas dalam akhbar. Bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh mengatakan peralihan kuasa pada bulan Mac adalah untuk memastikan kewibawaan pemimpin? Yang manakah lebih penting kewibawaan pemimpin atau kewibawaan parti.?
Tetapi tidak ada siapa pun boleh menegur pemimpin. Mungkin ini perkara kecil bagi Dato tetapi persepi kalangan belia amatlah buruk.
Yang paling jelas sekali, parti UMNO tidak pernah menyalahkan diri sendiri ketika ia kalah pada pilihanraya lepas. This is really negative. Padahal kita sentiasa diajar untuk membetulkan kesilapan diri sendiri sebelum membetulkan orang lain.
Saya minta maaf kepada Dato jika sebelum ini komentar saya agak keterlaluan tetapi saya hanya boleh memberi komentar dan kalau boleh saya nak komentar ini dibaca oleh orang UMNO sendiri.
Apabila teguran dibuat oleh orang muda, kritikan selalu tidak dipedulikan dan inilah yang terjadi pada UMNO. Kasihan. Dato buatlah sesuatu sebagai orang yang berpengalaman. Saya tanpa segan silu berani mengatakan pada semua pemimpin walaupun di khalayak ramai kerana saya yakin apa yang saya katakan adalah benar.
Tetapi peluang sebegini jarang dapat kita dengar? Mengapa orang muda tidak diberikan peluang.....Sekian.
Assalamaualaikum Dato' Ron,
Baru-baru ini saya balik kampung Pongsu Seribu, Kepala Batas buat urusan pasal tanah. Sembang-sembang kedai kopi, mengesahkan bahawa Pak Lah tetap akan berhenti menurut orang-orang UMNO disitu. Puas sudah mereka pujuk, Pak Lah kata 'cukup' lah. Dia tak mahu pening pening kepala (cakap orang-orang kampung). Harap-harap betul lah apa yang saya dengar. Tak payah lah kita buat spekulasi dan andaian yang bukan-bukan. Untuk pengetahuan Dato' dan rakan-rakan, dalam PRU 12 sudah mejoriti Pak Lah pun dah merosot. Jadi sebagai seorang pemimpin yang sentiasa 'cool' saya percaya Pak Lah tetap akan mengotakankan janjinya. Jangan risau.
Masalahnya, orang Kepala Batas tak berapa yakin dengan Najib! Tiada pilihan.
Apa pun secara peribadi saya kata, dalam politik macam-macam boleh jadi. Macam-macam ada.
Salam..
Pulihkan UMNO :-)
The Black Sparrow Team dan sahabat-sahabat budiman. Jutaan terima kasih.
Seperti saya katakan, saya tak ambil hati terhadap apa jua teguran terhadap saya dalam blog ni. Saya juga amat kagum kerana black sparrow team sudi memperbaiki kesilapan pendekatannya semalam.
Dalam hal teguran saya terhadap pemimpin, rasanya saya antara orang yang kritikal terhadap mereka di saming TDM dan pembangkang. Saya berhak kata begini kerana saya anak UMNO dan orang UMNO. Tapi UMNO yang saya lihat hari ni dah jauh menyimpang.
Oleh itu, kalau ada generasi muda yang tak puas terhadap teguran saya, terima kasih dan saya cuba baikki teguran ini dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, saya yang dididik di bidang kewartawanan pastinya sentiasa memelihara etika dan akauntabiliti saya dalam penulisan. Saya banyak maklumat tapi jika maklumat itu tidak boleh dipastikan, saya tak akan tulis walaupun sensasi.
Baiklah. Saya ucapkan syabas kepada black sparrow kerana mahukan saya lebih kritikal terhadap kepimpinan.
Salam takzim- Ruhanie Ahmad
Salam tuan,
Saya ingin mengusulkan bahwa pemilihan tersebut ditentukan secara langsung oleh ahli-ahli.Pemilihan bermula di peringkat cawangan di mana semua undi ahli cawangan yang layak menghadiri mesyuarat dikira. Undi-undi tersebut kemudian dicampur dengan semua undi cawangan-cawangan di seluruh negara.Calun- yang mendapat undi tertinggi di peringkat jawatan tertinggi atau calun-calun mendapat undi terbanyak di peringkat MKT dikitra menang. Ini memungkinkan rasuah RM dihapuskan. Rasionalnya ialah:
1. Tiada pengkhianat terhadap keputusan cawangan oleh wakil-wakil yang ke PAU kerana pengundian secara langsung.
2. Tiada rasuah kerana mana mungkin seseorang itu ada banyak duit untuk merasuah satu cawangan dan seluruh cawangan UMNO.
3. Menjadikan setiap ahli itu bernilai di mata calun dan parti serta bukannya hanya 10 orang wakil bahagian.
Senarai ahli adalah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO. Walau bagaimanapun, mesti dipastikan bahawa tiada pengundi hantu dan cawangan hantu. tetapi jika ada juga masalah hantu-hantu itu, orang pertama yang mesti disiasat ialah SU Agung dan ibu pejabat kerana mereka yang mengeluarkan senarai berkenaan.
Masalah mengira undi? Gunaka sahaja kertas undi seperti kertas jawapan beraneka OMR UPSR atau PMR atau SPM dan mesin OMR itu.
sekarang sudah terlalu lewat utk memberi teguran kepada pemimpin umno. ia sepatutnya telah dibuat bertahun dahulu. majoriti rakyat sudah menolak umno, buktinya pru 12 lalu dan 2 prk lepas. sekarang umno sudah jadi bahan lawak dalam blog, maaf datuk.
Dato,
Kita minta umno buat perubahan drastik utk memenangi kembali hati rakyat salepas di malukan oleh pembangkang dalam PRU 12.. tapi pemimpin besar kita sehingga kita di lihat tak buat apa-apa pun hanya cakap jer bergegar-gegar nak berubah... Persoalan kita, betulkah pemimpin kita sedar dan tahu bahawa mereka telah di tolak rakyat... Saya bimbang mentaliti mereka kata, takpa,takpa, bisa diurus..... kalau tahu mengapa tidak buat sesuatu yang menyakinkan rakyat. Kita tak perlulah mencanangkan kemungkaran PR pada umat melayu sebab orang tak percaya selagi kita sendiri tak berubah...
Adakah pemimpin sedar bahawa apa yang kerajaan buat adalah mencerminkan UMNO.... Kenaikan harga barangan yang tak terkawal, polisi kerajaan yang tidak telus, pembaziran projek, masalah politik wang dalam pemilehan parti dan lain-lain isu yang di lihat oleh rakyat sebagai tiada kesungguhan kerajaan dalam menanganinya. Tambahan pula bara-bara ini di tiup dengan baik oleh pembangkang.... Rakyat semangkin bijak dan matang tambahan pula info terlalu mudah dan cepat di perolehi......
Cuba tengok berapa kerat para profesional yang tiada berkepentingan menyokong kita?... Pandangan dan pengalaman saya kurang dari 25%, dan yang lainnya kemana.. Kita akan nafi, nafi dan terus nafi bahawa angka ini tidak betul, tapi cubalah siasat.... Camno ini boleh berlaku dan sampai bila fenomena ini akan berlaku atau sehingga umno dipandang jijik oleh rakyat..... Kenyataan itu amat pahit untuk di telan apatah lagi untuk kita berubah yang dilihat akan merugikan diri sendiri.. kita hanya minta orang lain berubah tapi bukan diri kita kerana kita lupa ajaran Islam suruh kita berubah dan berhijrah supaya HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI....
As'kum Dato'
1. Saya tertarik dengan cadangan Y.B Dato' Idris Jusoh dan Bahangian Besut yang meminta calon2 tertinggi MT,khususnya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno supaya berkompromi.
2. Tapi amat mendukacitakan bahawa dua calon Timbalan iaitu Ali Rostam dan Mt Taib menolak bulat2 cadangan itu.Kedua mereka ini amat jelas memang kemarok jawatan itu tanpa mengambil kira apa yang akan berlaku kepada Umno selepas ini.Atau mereka ini merupakan orang suruhan pihak tertentu supaya mempastikan jawatan itu disandang oleh salah seorang dari mereka.Mereka tahu kalau dibuat kompromi kedua-dua mereka akan tercicir kerana tidak layak.Itulah pemimpin yang hanya pentingkan agenda sendiri dan tidak sayang kepada Umno.
3. Hanya TS Mahyidin dan DS Hisham sahaja yang memberi pandangan yang berhemah yang mana mereka menyerah kepada ahli2 Umno membuat penentuannya.Sebenarnya pemilihan secara berkompromi dan bermesyuarah ini bukanlah satu cara yang tidak berdemokratik.Malahan dari segi sejarah Islam pun pernah dibuat secara bermesyuarah untuk memilih Khalifah selepas wafatnya Nabi Mohamad S.AW. Saidina Abu Bakar, Saidiana Omar, Saidina Osman dan Saidina Ali dipilih secara bermesyuarah.Sejarah Umno juga pernah berlaku pemilihan secara bermesyuarah untuk meminta YTM Tunku menerajui Umno selepas Dato Onn letak jawatan.
4. Apatah lagi dalam keadaan Umno yang tidak begitu stabil sekarang,adalah lebih baik pemilihan jawatan tertinggi, khususnya jawatan Timbalan, dibuat secara bermesyuarah.Ia boleh dibuat samada secara perbincangan dikalangan ketiga-tiga calon itu untuk memilih salah seorang dari mereka mengisi jawatan itu.Atau pun satu cara lagi ialah meminta perwakilan tidak membuat pilihan mereka bagi jawatan Timbalan Presiden semasa PAU bulan Mac ini.Sebaliknya diserahkan kepada kebijaksanaan DS Najib selaku Presiden membuat pilihan bagi pergandingan beliau nanti selepas menerajui Umno bagi memangku jawatan itu.Cara berhemah ini bukan sahaja akan disokong dan dihormati oleh ahli Umno,tapi juga akan disanjungi oleh parti komponan BN dan parti lawan.Ia membuktikan bahawa Umno masih kukuh dan bersatu padu serta ahli2nya masih sayangkan parti.
Semua ahli UMNO perlu lebih bimbang akan kesinambungan kecemerlangan UMNO.
Ianya hanya lebih terjamin andaikata ahli UMNO memilih pemimpin yang baik.
Dalam keadaan "perception" rakyat terhadap UMNO dan perception rakyat terutamanya yang tidak berparti (setiap parti ada hard core supporters dan yang tak berparti ni yang akan jadi king maker)terhadap pemimpin UMNO, jika UMNO diterajui oleh orang yang tidak diyakini oleh king makers, maka kebarangkalian adalah amat besar BN akan kecundang dalam PRU akan datang.
Semua parti politik mesti sedar bahawa orang-orang yang tak berparti ni sangat mampu berfikir, mampu memerhati, mampu menilai termasuk sejarah individu yang ingin menjadi pemimpin dan sentiasa inginkan negara dipimpin oleh pemimpin yang baik,....bermoral tinggi, berilmu, tabah, bijaksana dan sebagainya termasuk sejarah hidupnyanya yang menjadi fakta yang tak dapat dirobah lagi.
Ahli UMNO perlu sayang UMNO dan bukan pemimpin UMNO.
Rasanya tak perlu kita tercari-cari penjenamaan semula, reform atau apa pun untuk kembali kuat. Ramai amat meyakini yang perlu berlaku pada UMNO adalah kembali kepada asal. Pemimpin-pemimpin khususnya perlu lihat dan buat perbandingan diri mereka dengan pemimpin UMNO dahulu. Kalau image mereka sepadan dengan pemimpin dulu, i'Allah UMNO has no problem. Untuk ini pilihan sebenar akar umbi amat penting kerana besar kemungkina pilihan G7 adalah amat berbeza dari pilihan sekelian ahli.
Akar umbi tidak bermasaalah rasanya dan sebenarnya mereka juga tidak berperanan dalam mencalarkan image UMNO sehingga pengundi lari(kecuali kalau kita kata mereka bersalah kerana tidak menuntut hak mereka menentukan pilihan sebenar mereka setelah sekian lama melihat mandat yang diberi kepada G7 sudah dijadikan barangan rasuah). Akar umbi tidak perlu berubah, teruskan sokongan jika pemimpin masih sejati. Yang perlu berubah adalah pemimpin supaya king makers (yang kebanyakannya adalah kaki-tangan kerajaan, golongan profesyional dan berpendidikan) berpihak pada UMNO.
Peralihan kuasa ini mempunya kesan yang amat besar kepada PRU akan datang. Tunggu dan lihat
Ketika rakyat semakin muak dan mula menolak kerajaan UMNO-BN,heboh se Malaya 2 exco PKR nak join UMNO.
Najib.....jika benar sekalipun 2 Exco PKR join UMNO,rakyat dah boleh baca betapa desperatenya kedua-dua Exco ini mempertahankan kerusi masing-masing.Berbakti kepada negara dan bangsa tidak terlintas dalam benak mereka yang kian bercelaru dengan tawaran rasuah juta-juta dan juga persetujuan najib buang kes rasuah mereka.Siapa nak masuk penjara weh...
Khabarnya mereka berdua kini berada di Pekan.Tengah berunding dengan Najib.Pak Lah pun dah umumkan beberapa ADUN Perak akan melompat menyertai BN.Kemudian Tok dengar khabar angin bertiup kencang seorang ADUN PKR di Kedahpun nak melompat parti.Ini mungkin lebih kepada strategi BN untuk mengelirukan Pakatan Rakyat.Apapun langkah berjaga-jaga kena diambil agar spekulasi tidak menjadi realiti.
Semakin suspen senario politik yang berlaku di Perak.Adegan aksi lompat-melompat kedua-dua belah pihak,Pakatan rakyat dan BN menjadikan kerusi Dewa Undangan Negeri masing-masing menjadi pertaruhan.
Belum reda berita Nasaruddin,ADUN Bota menyertai Pakatan Rakyat,timbul pula spekulasi 2 Exco PKR melompat parti.
Khabarnya,mereka berdua telah diculik dan kini berada di Pekan untuk berurusniaga dengan Najib.
Tok taklah mengiakan atau menidakkan perkara ini.Cuma Tok nak mengulas implikasinya jika spekulasi itu menjadi realiti.
Sebelum itu,tok nak cadangkan agar satu solat hajat diadakan di Stadium Negeri Perak dan seluruh negara memohon kepada Ilahi agar dipertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Tok ada dengar berita jika benar 2 exco PKR ini menyertai BN,pilihanraya kecil akan diadakan di kedua-dua dewan undangan negeri tersebut.Harapan UMNO untuk menang amat tipis memandangkan senario politik negara ketika ini lebih memihak Pakatan Rakyat.
Sejauh manakah kebenaran kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri itu otomatik kosong jika kedua-dua Exco PKR mengumumkan lompat parti tidak dapat dipastikan.
Kehadiran kedua-dua exco itu ke Pekan lebih kepada membincangkan strategi BN untuk menguasai Perak dengan menjadikan mereka sebagai kuda trojan.
Lebih mudah kedua-dua exco ini menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai UMNO beberapa bulan kemudian.Kemarahan rakyat terhadap merekapun ketika itupun kian reda.
Dari sudut positif,jika benar kedua-dua exco ini melompat parti,tiada lagi halangan wakil rakyat BN menyertai Pakatan Rakyat.Pak Lah dan Najib tidak boleh berbuat apa-apa menghalang mereka.
Elok juga cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dipertimbangkan kerana jika kedua-dua exco ini menyertai BN,perbezaan kerusi hanyalah satu dan ini akan menyukarkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mentadbir negeri itu.Janganlah disamakan situasi di kelantan walaupun kerajaan PAS di sana pernah memerintah di sana selama sepenggal berbekalkan kelebihan satu kerusi dewan undangan negeri.
Jika Pakatan Rakyat dapat mencuri beberapa orang ADUN BN,kehilangan 2Exco PKR itu tidak akan menjadi masalah besar dan merugikan.sebaliknya,lebih menguntungkan kerana barua-barua sebegini tidak layak disimpan dan akan menjadi satu liabaliti kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Jika DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh negeri Perak,peluang Pakatan Rakyat untuk menang besar dan merampas lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki BN lebih cerah dengan mengambilkira mood rakyat ketika ini.Kebencian mereka terhadap parti yang luput tarikh seperti UMNO semakin berkobar-kobar kerana tindakan keji UMNO menculik kedua-dua exco PKR ini untuk kepentingan politiknya.apabila kemarahan dan kebencian ini dizahirkan dalam kertas undi,nescaya BN akan kalah teruk.
Sudahlah berabih duit berbilion-bilion ringgit,masa depan Najib sebagai PM juga akan menjadi pertaruhan.
Di sini Tok hendak menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menolak politik kotor yang diamalkan oleh kerajaan pusat UMNO-BN.
Najib tak layak menjadi PM kita.Kes Altantuya,sumpah bohong Bala,pengakuan liwat saiful bukhari,penculikan kedua exco PKR memperlihatkan kepada kita semua wajah sebenar Najib yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memerintah negara.
Apakah ini yang kita mahukan?Kepada kedua-dua Exco itu masih belum terlambat untuk mengubah pendirian dan kembali kepada Pakatan Rakyat.Jika sudah terlambat,keluarga sendiri turut berdepan cemuhan dan bakal dipulaukan rakyat dan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan walhal korang sendiri sudah tahu rakyat sudah benci dengan parti yang luput tarikh seperti UMNO.
Pada pandangan saya kemelut politik UMNO tak akan berakhir sekalipun Pak lah berundur dan DS Nagib menjadi PM selepas Mac ini. Pergolakan dalaman dan ditambah lagi dengan kehakisan keyakinan rakyat terhadap UMNO merupakan satu tugas berat menanti DS Nagib.
Puak-puak yang kalah dalam pertandingan merebut kepimpinan UMNO pastinya tak akan berdiam diri segala dalil akan dicari, diparahkan lagi degan adu dan domba asal tercapai hasrat di hati. Bila perckaran terus menjadi rakyat melihat bukan lagi dengan mata tetapi dengan hati.Apa akan terjadi sama-samlah kita lihat pilihanraya umum sekali lagi.Masanya terlalu singkat bagi DS Nagib untuk memulihkan kembali imeg UMNO yang tercalar dan berduri. Dapatkah DS Nagib menyatukan dan memulihkan kembali keyakinan yang telah hilang? Akan sama-sama kita lihat nanti.Mampukah DS Nagib mencabut duri-duri tersebut.Dicabut sakit, tak cabut lagi sakit sedangkan waktu hanya ada sedikit.
Dato'
Alternatif yang terbaik untuk menangani keadaan politik negara yang tidak stabil ini ialah menjalankan sistem pemerintahan dua parti. Berkongsi kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat. PM daripada BN dan TPM daripada PR. Perbahasan sebarang isu dalam parlimen hendaklah dibahas dan pendapat secara akademik dan professional, bukan mengikut kehendak parti.
Post a Comment