Sunday, January 25, 2009

KESELAMATAN MARITIM PASCA PERANG TERORISME GLOBAL: APAKAH IMPLIKASINYA KEPADA PERAIRAN MALAYSIA?

Ruhanie Ahmad

Era globalisasi mulai awal 1990-an dan era pasca Perang Terorisme Global (PTG) mulai Oktober 2001, menyebabkan keselamatan maritim menjadi isu intersional. Sebab itulah pelbagai kuasa Barat mutakhir ini memfokus kepada keselamatan pelabuhan, kapal, fasiliti maritim, dan perairan strategik sejagat supaya terhindar daripada sabotaj, subversion dan terorisme yang kononnya mungkin dilakukan oleh kelompok teroris Islam antarabangsa.

Hakikat ini wajar difikirkan secara serius. Ini kerana Malaysia mempunyai 4,675 kilometer pesisir pantai - 2,068 kilometer di Semenanjung Malaysia, 2,607 di Sarawak dan Sabah. Ianya juga kerana perairan di Semenanjung Malaysia meliputi Selat Melaka, Selat Teberau, Selat Singapura dan Laut China Selatan, di Sarawak memabitkan Laut China Selatan, sementara di Sabah merangkumi Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes.

Oleh itu, apakah implikasi perkembangan mutakhir mengenai emfasis keselamatan maritim global ini kepada Malaysia kerana disamping Indonesia dan Singapura, Malaysia juga negara pesisir Selat Melaka - satu nadi utama kepada pengangkutan minyak dan gas daripada Asia Barat ke Asia Timur dan Lingkaran Pasifik? Apakah implikasinya kepada Malaysia selaku satu daripada littoral states kepada Laut China Selatan, khususnya bila laut ini juga adalah satu laluan maritim ke Asia Timur, disamping dipercayai mempunyai rizab minyak dan gas yang besar di rantau ASEAN, membabitkan tuntutan pelbagai komuniti internasional, termasuk China dan Vietnam? Apakah implikasinya kepada Malaysia sebagai negara pesisir kepada Laut Sulu dan Laut Celebes bila Amerika Syarikat (AS) mengketegorikan Asia Tenggara, khususnya selatan Filipina, sebagai “lawang kedua PTG” mulai Januari 2002? Dan, apakah implikasinya kepada Malaysia bila mulai pertengahan 2008, Pulau Batu Puteh diserahkan kedaulatannya oleh ICJ kepada Singapura?

Pada waktu yang sama, atas motivasi keselamatan ekonomi, perdagangan, ketenteraan, dan hegemoni politik, kini wujud usaha kuasa Barat, khususnya AS, dan kuasa Asia Timur, terutamanya China, untuk masuk campur dalam pengurusan keselamatan maritim di Selat Melaka? Apakah kemungkin yang terjadi jika Singapura menyokong usaha-usaha ini, sementara Malaysia dan Indonesia yakin, soal keselamatan maritim di selat ini boleh dikendalikan menerusi peningkatan kerjasama di antara seluruh negara pesisirnya?

Selain itu, pada 2004 sahaja, 63,636 buah kapal melalui Selat Melaka, dan hampir 400 pelabuhan dan 700 syarikat perkapalan dunia dari Eropah, Asia Barat dan India bergantung kepada selat ini kerana selat ianya adalah laluan terpendek yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Seterusnya, Selat Melaka mungkin menghadapi masa depan yang runcing dan menjadi mangsa percaturan geopolitik pihak yang bercita-cita bertindak sebagai polis dunia. Ia juga mungkin dikuasai pihak yang mahu memonopoli sumber serta industri petroleum antarabangsa. Seluruh kemungkinan ini pasti boleh menyebabkan Selat Melaka menjadi punca konflik internasional di Asia Tenggara. Sebab itulah mulai 2003, Selat Melaka dipropagandakan sebagai syurga teroris Islam antarabangsa yang jadi sekutu al-Qaeda dan kononnya mahu mewujudkan empayar Islam hingga ke Australia. Sebab itulah juga. sewaktu AS berusaha untuk bertapak semula di sesetengah negara di Asia Tenggara, mulai 2002, beberapa agensi maritim dan perisikan antarabangsa pula menghebahkan propaganda ke seluruh dunia, kononnya al-Qaeda dan sekutu-sekutunya akan melancarkan beberapa siri keganasan yang dahsyat di Selat Melaka. Menurut propaganda tersebut, al-Qaeda dan sekutu-sekutunya dipercayai akan merampas beberapa kapal minyak dan LNG yang kononnya akan dirempohkan ke suatu pelabuhan, pengkalan tentera laut, atau pun lain-lain sasaran di sepanjang Selat Melaka. Keganasan yang dirancang dikatakan bermatlamat mecetuskan suatu musibah yang paling dahsyat dalam sejarah dunia sehingga boleh menjejaskan bekalan minyak dan gas cecair asli AS, dan mendorong kenaikan harga komoditi tersebut di pasaran antarabangsa. Memang ini hanya propaganda. Tetapi, satu bentuk PTG adalah dimulakan dengan “soft war” atau propaganda supaya jika benar-benar berlaku, pelopor PTG akan menerima kreditnya!

Oleh itu, mungkinkah keselamatan maritim di Selat Melaka boleh mengancam keselamatan negara Malaysia dalam abad ke-21? Pertanyaan ini adalah berdasarkan keselamatan ekonomi dan perdagangan dunia, serta perkiraan geopolitik dan hegemoni kuasa barat, khususnya AS. Isu-isu utamanya adalah: kemungkinan terjadinya terorisme membabitkan tanker minyak dan gas cecair asli yang akan dirempohkan kepada satu pelabuhan atau pengkalan tentera laut; kegiatan penyeludupan masuk warga asing, terutamanya Indonesia, ke Malaysia; kegiatan penyeludupan barangan, dadah dan senjata; dan kegiatan perlalunan.

Saya insaf, seluruh persoalan di atas agak membosankan. Tetapi, ini adalah satu daripada soal strategik kepada Malaysia mutakhir ini. Ramai penganalisis tempatan dan anatarabangsa pernah dan terus mengartikulasikan isu ini. Oleh itu, semoga anda sekalian, khususnya yang di Institut Maritim Malaysia, sudi memanjangkan kasil kajian anda kepada blog ini untuk manfaat bersama.

Akhir sekali, sama-samalah kita kongsikan pengalaman, pandangan dan cadangan menerusi blog ini. Fikirkanlah sama ada keselamatan maritim Malaysia akan menjejas serta mengancam keselamatan negara kita di hari-hari mendatang? Adakah penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak cukup sebagai manifestasi keprihatinan Malaysia terhadap kemungkinan ini?

1 comment:

Mika Angel-0 said...

Saudara Ruhanie,

The President, The CIA, The Pentagon and Wall Street
(penyelupan manusia berbahaya bom jangkamasa yang bebas berpelesiran, mas)

Apakah implikasinya kepada perairan Malaysia?

Berapa ramai rakyat Malaysia yang sanggup mengorban nyawa untuk tanah air dan ibu pertiwi; dan berapa cekaptah MFA(Kementerian Luar Negeri) merangka falasfah perhubungan luar negara yang mesra Tanahair dan Dunia Luar serta menjamin keadilan sejagat?


Malaysia Akan Dapatkan Maklumat Dua Tahanan Guantanamo
Oleh Muin Abdul Majid

DUBAI, 24 Jan (Bernama) -- Malaysia akan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk membolehkan pegawai polis negara ini berjumpa dengan dua rakyat Malaysia yang sedang ditahan di penjara tentera Guantanamo yang telah diarahkan ditutup oleh Presiden Barack Obama, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata Malaysia ingin tahu apa yang akan terjadi kepada dua warganegaranya itu yang merupakan antara kira-kira 250 tahanan di penjara kontroversi Guantanamo, kebanyakan telah ditahan beberapa tahun tanpa perbicaraan.

"Jika boleh, kita mahu membawa mereka pulang ke tanah air supaya mereka boleh menyambung menjalani hukuman mereka di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini semalam.

Abdullah turut menyambut baik keputusan Presiden Amerika Syarikat yang baru itu untuk menutup penjara di Guantanamo dalam tempoh setahun.

"Keputusan Presiden Obama dialu-alukan oleh banyak negara dan Malaysia juga gembira kerana beliau telah menunaikan janjinya," katanya.

Selain menutup penjara Guantanamo, Obama yang mahu memulihkan imej AS di mata dunia turut mengarahkan agar dihentikan soal siasat secara kejam terhadap suspek pengganas.
-- BERNAMA

apa jenayah yang sebenarnya yang dilakukan oleh mereka waimah di Malaysia?

mas, tentera kita boleh lindungi Palestin atau lari bila ketumbukan tentera Israel mengila?