Friday, January 30, 2009

KEBIMBANGAN SIASAH MALAYSIA MUTAKHIR

Sewaktu kita hangat berpolemik supaya calon-calon Timbalan Presiden UMNO berkompromi untuk elakkan pertandingan pada Mac 2009 ini, muncul pula desas-desus mengenai pemimpin besar UMNO dan janji peralihan kuasanya. Desas-desus ini menyebabkan sesetengah komuniti politik di Kuala Lumpur kini dibelenggu persoalan sama ada benar peralihan kuasa akan berlaku dalam UMNO dan pemerintahan Malaysia pada Mac 2009.

Persoalan ini disuarakan oleh banyak pihak - warga siasah, media elektronik dan media cetak, professional, penganalisis dan sesetengah ahli akademik. Persoalan ini juga mengingatkan saya kepada tempoh waktu sesudah Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan persaraannya pada pertengahan 2003. Ketika itu memang wujud kalangan tertentu - warga politik, warga birokrat, warga korporat dan rakyat jelata - mahukan Mahathir terus berkuasa atas alasan dan sebab yang munasabah demi kepentingan nasional.

Antara sebab-sebabnya - satu: mereka mengharapkan Mahathir bersara sesudah tamat tempoh Malaysia jadi pengerusi NAM dan OIC; dua: mereka mengharapkan Mahathir membereskan dulu seluruh isu tertunggak Malaysia-Singapura; ketiga: golongan skeptik dikatakan agak kurang yakin terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Mahathir tetap berpegang teguh kepada kata-katanya. Sebab itulah Abdullah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003.

Oleh itu, saya pasti desas-desus mengenai pemimpin besar dan janji peralihan kuasanya mutakhir ini adalah sesuatu yang mungkin sama rasionalnya seperti di era akhir kepimpinan Mahathir. Tetapi, oleh kerana desas-desus ini terlalu rancak dan hangat, ia menyebabkan siasah Malaysia hari ini penuh dengan anxieties dan uncertainties - penuh dengan kebimbangan dan keterumbang-ambingan. Keadaan seperti ini mungkin berasaskan imaginasi semata-mata. Tetapi ianya tidak sihat. Tidak perlukah sesiapa menjelaskan keadaan sebenar-benarnya? - Ruhanie Ahmad

Thursday, January 29, 2009

CHENG HO: CALON-CALON TIMBALAN PRESIDEN UMNO PERLU SERTAI WACANA ILMU

Calon-calon Timbalan Presiden UMNO wajar diketemukan dalam satu wacana ilmu untuk mengartikulasikan pelbagai topik, termasuk soal perpaduan dan halatuju politik tanahair, halatuju ekonomi Malaysia dan kesan ekonomi dunia, impak kemusnahan alam sekitar, hubungan antarabangsa antara Malaysia dengan lain-lain warga dunia, dan persepsi salah terhadap Islam oleh Amerika Syarikat dan Eropah. Menerusi wacana sedemikian, calon-calon boleh diadili oleh para perwakilan UMNO dan rakyat jelata “mengikut sistem meritokrasi, bukannya pendekatan populist tanpa isi dan kekuatan.”

Demikian cadangan Cheng Ho, pengikut setia blog ini, mengenai saranan Datuk Seri Idris Jusoh supaya kesemua calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO berkompromi untuk mengelakkan pertandingan demi parti dan keperkasaannya di masa akan datang. Cheng Ho mencadangkan wacana itu dikendalikan dalam dwi-bahasa - Melayu dan Inggeris - oleh seorang moderator bebas. Apa yang tidak disebut olehnya ialah sama ada majlis wacana itu perlu disiarkan secara langsung oleh media elektronik Malaysia.

Sementara itu, ada pengikut setia blog ini mengatakan bahawa saranan Idris adalah baik. Dan, ada pula yang mengharapkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memberikan apa-apa komen mengenai kompromi ini.

Biarpun begitu, terdapat juga sahabat-sahabat yang mahukan pertandingan diteruskan. Contohnya, Amir Hamzah dari Batu Pahat berkata: “pertandingan bagi semua jawatan dalam UMNO mesti diteruskan” untuk hidupkan demokrasi tulen. Dan, “sebelum Mac 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Disiplin UMNO perlu bersihkan UMNO” daripada gejala politik wang “kerana rakyat hanya mahu melihat pemimpin-pemimpin yang bersih sahaja yang boleh masuk ke gelanggang.” Seterusnya, “perwakilan UMNO wajar menentu dan memilih pemimpin mengikut pengalaman, pemerhatian, fikiran dan pertimbangan yang paling munasabah, wajar, bersih dan bebas daripada penjajahan wang dan sogokan.”

Apa pendapat anda? Wajarkah cadangan Cheng Ho diadakan dalam tempoh terdekat ini? Adakah pendapat Amir juga perlu diambilkira oleh seluruh perwakilan UMNO? Fikir-fikirkanlah! – Ruhanie Ahmad

Wednesday, January 28, 2009

KOMPROMI ELAK PERTANDINGAN UMNO: APA REAKSI ABDULLAH?


Calon-calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO disarankan berkompromi untuk elakkan pertandingan dalam pemilihan pada Mac 2009. Maksudnya, mereka dicadangkan bermuzakarah, buat kajian kekuatan dan kelemahan peribadi, ukur baju di tubuh sendiri, dan akhirnya buat keputusan muktamad bahawa hanya seorang sahaja daripada mereka diberikan penghormatan menyandang jawatan-jawatan berkenaan tanpa pertandingan.

Intisari dan rasional saranan Datuk Seri Idris Jusoh, Mantan Menteri Besar Terengganu, yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini, adalah seperti berikut:

Seluruh calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO wajar berkompromi untuk berikan keutamaan kepada mereka yang mampu meningkatkan keperkasaan parti. Cara dan kaedah kompromi ini terserah kepada kebijaksanaan Majlis Tertingi (MT) UMNO untuk menentukannya. Dalam suasana politik mutakhir ini, setiap calon perlu buat pengorbanan demi UMNO dan berikan tumpuan terhadap usaha memperkasakannya. Tanpa pertandingan, UMNO mampu bendung gejala politik wang, elak perpecahan dan membolehkan ahli-ahlinya lebih fokus kepada usaha membina imej dan masa depan parti. Inilah masanya ahli UMNO dan pemimpinn tertingginya bersatu hati dan eratkan perpaduan di semua peringkat bagi memperkukuh dan memperbaiki imej UMNO. Keputusan ini diambil oleh UMNO Bahagian Besat dalam mesyuaratnya kelmarin dan akan disampaikan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam tempoh terdekat.

Saranan Idris seperti di atas memang pragmatik dan relevan dengan suasana siasah UMNO mutakhir ini. Tetapi, berapa ramaikah calon yang sudi berkongsi pandangan dengan beliau. Contohnya, kajilah sendiri kenyataan-kenyataan berikut:

MELAKA 27 Jan. - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak bersetuju dengan cadangan UMNO Bahagian Besut supaya calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti itu berkompromi pada pemilihan Mac ini.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan, sebagai calon yang telah dipilih oleh ahli untuk bertanding, tidak ada sebab untuknya berkompromi atau menarik diri.

"Saya ucapkan tahniah kalau ada yang memberi cadangan untuk berkompromi tetapi saya tidak akan tarik diri. Kalau ada calon lain yang menarik diri... Alhamdulillah," katanya.

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Cadangan UMNO Bahagian Besut supaya calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden berkompromi pada pemilihan parti Mac ini kurang dipersetujui.

Walaupun atas alasan demi mengukuhkan parti - calon yang bertanding berpendapat masih banyak cara lain untuk melakukannya.

Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, dalam UMNO terdapat pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahlinya untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun katanya, usaha murni itu tidak sepatutnya menjurus kepada satu cadangan sahaja kerana terdapat pelbagai aspek yang perlu diberikan penelitian.

''Dalam UMNO sesiapa sahaja bebas beri pandangan, sekarang semua orang bagi petua untuk pulihkan UMNO. Saya berharap UMNO dapat memilih jalan terbaik kerana apabila seseorang memberi pandangan, tidak bermakna ia mewakili pandangan majoriti," katanya.

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) menolak cadangan supaya calon- calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac ini berkompromi bagi mengelakkan pertandingan.

Setiausaha I MMMM, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perkara berkenaan tidak pernah berlaku dalam tradisi UMNO dan mustahil akan ada calon menarik diri kerana setiap daripada mereka akan mendakwa calon terbaik.

"Kita perlu membiarkan proses demokrasi ditegakkan dalam saat UMNO berhadapan dengan krisis keyakinan. Biarlah lebih 2,000 perwakilan yang mewakili lebih tiga juta ahli yang memilih calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO yang dirasakan paling sesuai untuk memimpin parti dalam menghadapi waktu-waktu mencabarnya," katanya.

Apa pun, kita tunggu apa perkembangan polemik ini seterusnya. Paling penting, apakah respons Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenainya. – Ruhanie Ahmad

Tuesday, January 27, 2009

PAKEJ RANGSANGAN KE-2: NAJIB PERLUKAN PENDAPAT RAKYAT

Kerajaan bercadang umumkan pakej rangsangan ekonomi kedua tidak lama lagi untuk bantera krisis global yang sedang melanda negara. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, minta rakyat jelata berikan pandangan dan cadangan mengenainya. Beliau minta kita kirimkan komen ke blog www.1malaysia.com.my. – Ruhanie Ahmad

http://puteramalaysia.blogspot.com/2009/01/pakej-rangsangan-ke-2-najib-perlukan.html

PENGAMAL POLITIK WANG DIHIMPIT GELISAH?

Bernama hari ini memetik Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, sebagai berkata bahawa ahli UMNO yang terlibat politik wang kini berdepan dengan hukuman Lembaga Disiplin parti dan tindakan undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baca berita sepenuhnya di sini:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=386163

Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 – dua bulan daripada sekarang. Apakah tindakan akan diputuskan sebelum itu? Bagaimana dengan desas-desus jerung UMNO tabor duit untuk dapatkan pencalonan bahagian tempoh hari? Sudahkah di siasat dan bilakah keputusannya? – Ruhanie Ahmad

Monday, January 26, 2009

AL-FATEHAH BUAT PAK ARENAWATI DAN HAJI SAMANI MOHD. AMIN

Dunia sastera dan kewartawanan Malaysia kehilangan Pak Arenawati - Sasterawan Negara 1988 - semalam, dan Haji Samani Mohd Amin, bekas ketua pengarang berita Berita Harian, kira-kira sepuluh hari yang lalu. Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga mereka.

Wartawan, penulis dan sasterawan adalah kelompok manusia yang sentiasa berjuang untuk kesejahteraan ummah. Begitulah juga hakikatnya dengan Pak Arenawati, yang meninggal dunia kerana komplikasi penyakit kanser paru-paru.

Wasiat beliau ialah: “anak-anak Melayu harus berjuang membela dan menjaga kesinambungan bangsa Melayu di seluruh Nusantara.”

Abang Samani selaku warga angkatan wartawan Melayu di era kemerdekaan tanahair, adalah seorang yang gigih dan sentiasa menitikberatkan disiplin diri. Kepada beliau, dunia kewartawanan adalah dunia perjuangan yang berterusan.

Arenawati atau Muhammad Dahlan Abdul Biang, 83, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Halimah Sulong, 77, dan enam orang anak Rahmah Wati; Heryati, 52; Ilhamuddin, 51; Ratna Siti Akbari, 49; Hasanuddin, 48; dan Kamaluddin Rostov, 45.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam bidang penulisan, beliau telah berjaya mendapat beberapa anugerah. Antaranya anugerah SEA Write Award 1985, Anugerah Sasterawan Negara 1988, Sukma Angin 1999, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99 serta pemenang hadiah sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah Mastera) 2003.

Novelnya yang pertama ialah Kisah Tiga Pelayaran pada tahun 1959 di Singapura dan selepas itu beliau terus giat dalam penulisan. Antara karya Allahyarham Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga Dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987) dan Panrita (1993).

Al-Fatehah untuk Pak Arenawati dan Abang Samani. – Ruhanie Ahmad. [disusun berasaskan berita Utusan Malaysia]

Sunday, January 25, 2009

INILAH LEGASI TDM YANG AMAT DIBANGGAKAN!

Bila Datuk Shahrir Samad berkata di Sipitang, Sabah: AS dan Eropah “kini mencontohi Malaysia dalam menghadapi kegawatan ekonomi dengan tidak lagi mengamalkan sistem pasaran bebas,” sebenarnya beliau mengiktiraf legasi Tun Dr Mahathir Mohamad kerana inilah satu daripada legasi Mahathir yang menerima pengiktirafan internasional mutakhir ini. Anehnya, kenapakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berasa berat hati untuk wujudkan task force menangani kegawatan ekonomi semasa menerusi sistem Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang juga merupakan legasi Mahathir? – Ruhanie Ahmad

http://puteramalaysia.blogspot.com/2009/01/inilah-legasi-tdm-yang-amat-dibanggakan.html

KESELAMATAN MARITIM PASCA PERANG TERORISME GLOBAL: APAKAH IMPLIKASINYA KEPADA PERAIRAN MALAYSIA?

Ruhanie Ahmad

Era globalisasi mulai awal 1990-an dan era pasca Perang Terorisme Global (PTG) mulai Oktober 2001, menyebabkan keselamatan maritim menjadi isu intersional. Sebab itulah pelbagai kuasa Barat mutakhir ini memfokus kepada keselamatan pelabuhan, kapal, fasiliti maritim, dan perairan strategik sejagat supaya terhindar daripada sabotaj, subversion dan terorisme yang kononnya mungkin dilakukan oleh kelompok teroris Islam antarabangsa.

Hakikat ini wajar difikirkan secara serius. Ini kerana Malaysia mempunyai 4,675 kilometer pesisir pantai - 2,068 kilometer di Semenanjung Malaysia, 2,607 di Sarawak dan Sabah. Ianya juga kerana perairan di Semenanjung Malaysia meliputi Selat Melaka, Selat Teberau, Selat Singapura dan Laut China Selatan, di Sarawak memabitkan Laut China Selatan, sementara di Sabah merangkumi Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes.

Oleh itu, apakah implikasi perkembangan mutakhir mengenai emfasis keselamatan maritim global ini kepada Malaysia kerana disamping Indonesia dan Singapura, Malaysia juga negara pesisir Selat Melaka - satu nadi utama kepada pengangkutan minyak dan gas daripada Asia Barat ke Asia Timur dan Lingkaran Pasifik? Apakah implikasinya kepada Malaysia selaku satu daripada littoral states kepada Laut China Selatan, khususnya bila laut ini juga adalah satu laluan maritim ke Asia Timur, disamping dipercayai mempunyai rizab minyak dan gas yang besar di rantau ASEAN, membabitkan tuntutan pelbagai komuniti internasional, termasuk China dan Vietnam? Apakah implikasinya kepada Malaysia sebagai negara pesisir kepada Laut Sulu dan Laut Celebes bila Amerika Syarikat (AS) mengketegorikan Asia Tenggara, khususnya selatan Filipina, sebagai “lawang kedua PTG” mulai Januari 2002? Dan, apakah implikasinya kepada Malaysia bila mulai pertengahan 2008, Pulau Batu Puteh diserahkan kedaulatannya oleh ICJ kepada Singapura?

Pada waktu yang sama, atas motivasi keselamatan ekonomi, perdagangan, ketenteraan, dan hegemoni politik, kini wujud usaha kuasa Barat, khususnya AS, dan kuasa Asia Timur, terutamanya China, untuk masuk campur dalam pengurusan keselamatan maritim di Selat Melaka? Apakah kemungkin yang terjadi jika Singapura menyokong usaha-usaha ini, sementara Malaysia dan Indonesia yakin, soal keselamatan maritim di selat ini boleh dikendalikan menerusi peningkatan kerjasama di antara seluruh negara pesisirnya?

Selain itu, pada 2004 sahaja, 63,636 buah kapal melalui Selat Melaka, dan hampir 400 pelabuhan dan 700 syarikat perkapalan dunia dari Eropah, Asia Barat dan India bergantung kepada selat ini kerana selat ianya adalah laluan terpendek yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Seterusnya, Selat Melaka mungkin menghadapi masa depan yang runcing dan menjadi mangsa percaturan geopolitik pihak yang bercita-cita bertindak sebagai polis dunia. Ia juga mungkin dikuasai pihak yang mahu memonopoli sumber serta industri petroleum antarabangsa. Seluruh kemungkinan ini pasti boleh menyebabkan Selat Melaka menjadi punca konflik internasional di Asia Tenggara. Sebab itulah mulai 2003, Selat Melaka dipropagandakan sebagai syurga teroris Islam antarabangsa yang jadi sekutu al-Qaeda dan kononnya mahu mewujudkan empayar Islam hingga ke Australia. Sebab itulah juga. sewaktu AS berusaha untuk bertapak semula di sesetengah negara di Asia Tenggara, mulai 2002, beberapa agensi maritim dan perisikan antarabangsa pula menghebahkan propaganda ke seluruh dunia, kononnya al-Qaeda dan sekutu-sekutunya akan melancarkan beberapa siri keganasan yang dahsyat di Selat Melaka. Menurut propaganda tersebut, al-Qaeda dan sekutu-sekutunya dipercayai akan merampas beberapa kapal minyak dan LNG yang kononnya akan dirempohkan ke suatu pelabuhan, pengkalan tentera laut, atau pun lain-lain sasaran di sepanjang Selat Melaka. Keganasan yang dirancang dikatakan bermatlamat mecetuskan suatu musibah yang paling dahsyat dalam sejarah dunia sehingga boleh menjejaskan bekalan minyak dan gas cecair asli AS, dan mendorong kenaikan harga komoditi tersebut di pasaran antarabangsa. Memang ini hanya propaganda. Tetapi, satu bentuk PTG adalah dimulakan dengan “soft war” atau propaganda supaya jika benar-benar berlaku, pelopor PTG akan menerima kreditnya!

Oleh itu, mungkinkah keselamatan maritim di Selat Melaka boleh mengancam keselamatan negara Malaysia dalam abad ke-21? Pertanyaan ini adalah berdasarkan keselamatan ekonomi dan perdagangan dunia, serta perkiraan geopolitik dan hegemoni kuasa barat, khususnya AS. Isu-isu utamanya adalah: kemungkinan terjadinya terorisme membabitkan tanker minyak dan gas cecair asli yang akan dirempohkan kepada satu pelabuhan atau pengkalan tentera laut; kegiatan penyeludupan masuk warga asing, terutamanya Indonesia, ke Malaysia; kegiatan penyeludupan barangan, dadah dan senjata; dan kegiatan perlalunan.

Saya insaf, seluruh persoalan di atas agak membosankan. Tetapi, ini adalah satu daripada soal strategik kepada Malaysia mutakhir ini. Ramai penganalisis tempatan dan anatarabangsa pernah dan terus mengartikulasikan isu ini. Oleh itu, semoga anda sekalian, khususnya yang di Institut Maritim Malaysia, sudi memanjangkan kasil kajian anda kepada blog ini untuk manfaat bersama.

Akhir sekali, sama-samalah kita kongsikan pengalaman, pandangan dan cadangan menerusi blog ini. Fikirkanlah sama ada keselamatan maritim Malaysia akan menjejas serta mengancam keselamatan negara kita di hari-hari mendatang? Adakah penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak cukup sebagai manifestasi keprihatinan Malaysia terhadap kemungkinan ini?

Thursday, January 22, 2009

KAJI DULU DASAR LUAR AS PIMPINAN OBAMA

Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata di Doha, Qatar, bahawa “sikap terbuka Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru, Barack Obama serta kesediaan beliau untuk berunding dan menyelesaikan sesuatu isu membawa petanda baik kepada pembentukan dunia yang lebih aman.” - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Kita semua pasti setuju dengan kenyataan sedemikian. Tapi, saya akan bersetuju secara bersyarat. Buat ketika ini saya tetap bersikap tunggu dan lihat dan sangat-sangat berharap semoga Bahagian American Desk di Kementerian Luar, Institut Hubungan Luar Malaysia, Kedutaan Malaysia di Washington DC dan ISIS buat kajian komprehensif tentang Obama.

Jika sudah ada kajian sedemikian, Alhamdulillah! Jika belum, usahakanlah segera semoga pembesar Malaysia dapat indikator sama ada Obama seorang aktor dasar luar yang agresif, adakah beliau mempunyai sikap Michiavillian yang sentiasa bertindak atas prinsip the survival of the fittest, adakah beliau menepati teori realisme/neorealisme sarjana-sarjana klasik mengenai hubungan luar, adakah Obama akan terus sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan dominance AS di dunia ini semata-mata demi kepentingan, keselamatan dan survival AS sendiri di abad ke-21.

Harap pastikan juga, adakah Obama, seperti Bush, akan dikongkong oleh puak neoconservative, adakah jewish lobbyists akan mengelilingi Obama untuk kepentingan sejagatnya, adakah Obama akan meminda strategi pertahanan AS 2002 supaya mesra kepada dunia, dan adakah Obama akan mendorong AS menandatangani seluruh perjanjian, konvensyen dan protokol yang diluluskan oleh PBB dan mematuhi keseluruhannya untuk menambahkan kesejahteraan umat sejagat.

Apapun, saya pasti yang kerajaan Malaysia akan menggunakan seluruh kebijaksanaannya demi kebaikan semua. Oleh itu, anggap sahaja pandangan saya ini bagaikan satu impian tanpa kepastian. Ini kerana unit dan sistem kehidupan mutakhir ini adalah unit dan sistem yang diselaraskan dengan realiti dunia unipolar di mana sesuatu superpower lazimnya bertindak dalam atmosfera anarki!
INFLASI MENYERDAHANA, PEKERJA ASING DIHANTAR PULANG, TAPI FIRMA JEPUN AMBIL PEKERJA BARU…

http://puteramalaysia.blogspot.com/2009/01/inflasi-menyerdahana-pekerja-asing.html

Wednesday, January 21, 2009

200000 DIBUANG KERJA, BERATUS RIBU
LULUSAN IPTA-IPTS AKAN MENGANGGUR:

BN PASCA PRK KUALA TERENGGANU: PERLU PENJENAMAAN SEMULA ATAU DIBUBARKAN?


Dalam PRU12 sembilan bulan lalu, BN hilang empat kerajaan negeri, gagal tawan semula Kelantan, memenangi jumlah kerusi Parlimen yang kian menguncup dan undi majoriti calon-calonnya yang menang juga merosot secara ketara. Dalam tempoh pacsa PRU12, BN kehilangan dua lagi kerusi parlimennya menerusi PRK. Satu di Permatang Pauh. Satu lagi di Kuala Terengganu.

Lantas, apakah yang perlu BN lakukan? Berdiam diri dan terus dihanyutkan gelombang politk yang kian mencabar? Perlu re-branding? Wajar bubarkan BN secara rasmi dan gantikannya dengan pakatan yang baru? Atau biarkan sahaja BN mati beragan tanpa kuburan dan tanpa nisan?

Ini jawapan kepada pertantaan di atas: Kata Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, “budaya dan imej UMNO” perlu dirobah supaya tonggak utama BN ini “disenangi oleh rakyat.” Kenyataan Najib seterusnya, baca di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, “UMNO perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.” Pandangan Muhyiddin selanjutnya, baca di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Dan, ini adalah intisari pendapat serta cadangan sahabat-sahabat saya yang dikirimkan ke blog ini: BN perlu perbaharui gaya dan strategi kempennya yang sudah lapok, jangan “buta hati,” jangan “bodoh sombong,” jangan sekali-kali pinggirkan warga muda. Kalau tidak boleh merobah gaya dan strategi yang diperlukan, dan kalau terus keras kepala dan berlagak bodoh sombong dengan hati yang buta, bubarkan BN dan buat pakatan baru menjelang PRU13. Ini kerana BN adalah liabiliti kepada UMNO.

Komen saya sendiri: cadangan Najib betul, pandangan Muhyiddin betul, pandangan sahabat-sahabat blog ini juga betul. Sebabnya, saya juga seperti blogger Datuk A Kadir Jasin – kita perlu berpijak kepada realiti di bumi yang nyata. Fikir-fikirkanlah!

Monday, January 19, 2009

45,000 MUNGKIN HILANG SUMBER REZEKI:

PRK KUALA TERENGGANU: SELEPAS BN TEWAS BARU ABDULLAH MENCARI PUNCANYA?

Ruhanie Ahmad

Secara ikhlas, saya memang sangat mengharapkan kemenangan memihak kepada BN dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu. Tetapi, keputusannya Sabtu lalu, memihak kepada PAS. Saya menggantungkan harapan di atas dengan dua sebab utama: Satu: semoga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan kepimpinan BN dan UMNO pada Mac 2009, dengan satu kenangan manis. Dua: supaya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pula terhindar daripada apa juga tohmah dan fitnah kononnya beliaulah yang jadi punca utamanya jika BN ditakdirkan tewas.

Sebab itulah sejak 15 Disember 2008, saya bicarakan menerusi blog ini bahawa PRK tersebut amat signifiken kepada seluruh parti yang bertanding kerana ia akan jadi indikator kepada kekuatan kedua-dua pihak 10 bulan setelah berlalunya PRU12.

Huraian kepada soal di atas terdapat di sini:
http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/siri-satu-prk-kuala-terengganu-jong.html

Pada 16 Disember 2008, saya pula kirimkan menerusi blog ini, mesej khusus kepada Abdullah, bahawa di samping soal-soal kedudukan UMNO dan calon yang akan dipertandingkan, semua pihak perlu insaf bahawa BN yang bertanding dalam PRK Kuala Terengganu adalah BN yang sedang berkocak dengan ribut dalam cawan ditimbulkan oleh MCA dan Gerakan. Saya kirimkan mesej ini kerana beberapa hari sebelum itu Abdullah berkata: “kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi.”

Rasional kepada mesej berkenaan dihuraikan di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/siri-akhir-prk-kuala-terengganu-jong.html

Bagaimanapun, setelah BN menamakan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, selaku calonnya dalam PRK terbabit, saya kirimkan satu lagi posting ke blog ini pada 21 Disember 2008, kerana selepas pengumuman itu, mulalah tersebar soalan-soalan tidak rasmi, yang antaranya bertanya: benarkah Farid pilihan tepat oleh BN, atau mustahilkah Farid pilihan terbaik oleh menantu lelaki Abdullah?

Imbasan posting ini boleh diakses di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/farid-pilihan-bn-atau-pilihan-menantu.html

Pada 6 Januari 2009, saya pula mengulas hakikat obvious bahawa PRK Kuala Terengganu adalah amat signifiken kepada UMNO, BN, PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Antara sebabnya: kepada UMNO pusat, kemenangan Farid selaku proksi Abdullah, akan jadi indikator kepada penerimaan para pengundi kepada Abdullah di saat-saat akhir kepimpinannya.

Huraian selanjutnya boleh dibaca di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-dan-politik.html

Bagaimanapun, hasil beberapa info penting yang saya perolehi, saya pun tegaskan dalam blog ini pada 12 Januari 2009, bahawa ada pemerhati dan penganalisis politik berpendapat, penentu kepada kemenangan mana-mana calon dalam PRK Kuala Terengganu bukannya undi kaum Cina, tetapi undi warga pendidik dalam kawasan itu, kerana dipercayai ada sebilangan mereka yang dikatakan “tersinggung hati” atas beberapa sebab yang tidak perlu dihuraikan.

Jika mahu baca semula huraian saya, sila akses: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-undi-warga.html

Berasaskan seluruh tulisan di atas, sebelum pembuangan undi pada 17 Januari 2009, walaupun saya sudah menerima pelbagai info mengatakan BN mungkin kecundang, saya pun menulis pada 16 Januari 2009, untuk menegur Abdullah yang dipetik oleh Utusan Malaysia, sebagai berkata bahawa beliau yakin BN mampu memenangi PRK tersebut, tetapi, BN perlulah “bekerja bersungguh-sungguh.” http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384002

Lantas, saya pun bertanya: apakah ramalan Abdullah itu akan jadi kenyataan? Sila baca posting itu di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-siapa-akan-menang.html

Oleh itu, adakah ramalan Abdullah pada 15 Januari 2009, bahawa BN akan menang dalam PRK Kuala Terengganu, benar-benar jadi kenyataan, bila keputusannya terbukti memihak kepada PAS dengan majoriti 2,631 undi?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Tetapi, biarpun tewas, wajarlah kita semua hargai dan fahami optimisme Abdullah seperti di atas. Kita juga perlu hargai kerja kuat Najib dalam PRK berkenaan dan sanjung tinggi keikhlasannya bila beliau tegaskan “BN tidak lemah semangat dan menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Bagaimanapun, kita tidak boleh elak dari bertanya: adakah BN kalah kerana pencabarnya kuat, seperti yang dipersoalkan oleh Zulkifli Bakar, wartawan Utusan Malaysia (berwajah baru)? Tulisannya boleh diakses di sini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Dan, benarkah kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu itu bukan akibat faktor calon seperti dihuraikan oleh menantu lelaki Abdullah? Sila baca di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Seterusnya, wajarkah Najib dipersalahkan kalau kekalahan itu sebenarnya akibat BN tersalah memilih calonnya, seperti disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad? Sila klik di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Tetapi, seandainya majoriti pemimpin dan pendukung BN menerima hakikat bahawa kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu adalah hasil satu keputusan strategik yang penuh blunder atau amat tersilap, apakah tafsiran kita bila ada pemimpin UMNO yang mengatakan BN “mungkin mampu mempertahankan” kerusi BN Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi luarnya pulang untuk membuang undi? Laporannya terdapat di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Dan, seandainya memang betul majoriti pemimpin dan pendukung BN menerima hakikat bahawa kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu adalah hasil satu keputusan strategik yang penuh blunder atau amat tersilap, perlukah Abdullah mengeluarkan kenyataan di Manama, Bahrin, bahawa “BN akan mencari punca kekalahan dan sebab penduduk Kuala Terengganu menolak parti itu” dalam PRK terbabit? Baca laporannya di sini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Oleh itu, kepada Abdullah, fikir-fikirkanlah seluruh persoalan di atas seikhlas-ikhlasnya. Kepada Najib, bertenang dan bersabarlah, anda telah berhempas-pulas untuk memenangkan BN di PRK berkenaan. Kepada BN, ambillah iktibar daripada kekalahan dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kepada PR, tahniah kerana dapat satu kerusi baru dalam Dewan Rakyat, tetapi jangan asyik bermimpi yang anda boleh berkuasa tidak lama lagi. Dan, kepada pengundi Kuala Terengganu, keputusan yang diumumkan Sabtu lalu adalah bukti kekuasaan Allah yang maha memuktamadkan segala-galanya! [nota: jutaan maaf kerana kini tak mampu update posting setiap hari kerana konstrain waktu menyiapkan essei untuk kursus di UKM.]

Friday, January 16, 2009

RAZALEIGH LAYAK JADI PENASIHAT EKONOMI KERAJAAN MALAYSIA

http://puteramalaysia.blogspot.com

PRK KUALA TERENGGANU: SIAPA AKAN MENANG?

Esok hari pembuangan undi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi PRK tersebut. Tetapi, katanya, BN “perlu bekerja bersungguh-sungguh.”

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384002

Tetapi, apakah ramalan Abdullah ini akan jadi kenyataan? Adakah strategi BN “meningkatkan serangan politik secara besar-besaran terhadap PAS” di saat-saat terakhir akan membuahkan kemenangan?

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=383977

Sebagaimana saya tegaskan dalam posting 12 Januari 2008, bagaimanakah undi warga pendidik dalam Parlimen Kuala Terengganu? Dan, adakah undi Cina memang betul-betul jadi penentu kepada kemenangan BN atau PR dalam PRK berkenaan?

Maklumat tidak rasmi yang saya terima daripada seorang kerabat perisikan petang tadi meramalkan peluang BN untuk memang adalah agak sukar. Tetapi, seorang pemimpin PAS yang saya temui dua hari lalu pula mengatakan, peluang PR memenangi PRK Kuala Terengganu hanya 51 peratus. Kata lagi, peratusan ini “mampu dirobah oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak” yang siang dan malam berhempas pula menentukan kemenangan BN dalam PRK berkenaan.

Jadi, adakah ramalan warga perisikan mengenai BN seperti di atas benar? Adakah ramalan pemimpin PAS yang saya temui dua hari lalu juga betul? Siapakah yang akan memang dan siapakah pula yang akan kecundang? Saya sangat berharap BN akan menang. Tetapi, kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya, kepada Allah kita berserah! – Ruhanie Ahmad

Monday, January 12, 2009

PRK KUALA TERENGGANU: UNDI WARGA PENDIDIKAN AMAT PENTING

Seramai 80,229 pengundi akan menentukan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen di Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) “ada peluang menang tetapi kita mesti kerja lebih keras sampailah pada hari pembuangan undi.”

Antara pesanan Najib kepada para pengundi seperti yang dilaporkan oleh Mingguan Malaysia adalah:

Satu: Jentera BN perlu kerja dengan lebih keras, “usaha yang lebih gigih perlu dilakukan.”

Dua: Para pengundi Cina jangan “terpengaruh dengan gula-gula parti politik luar yang hanya datang menunjukkan muka di musim kempen pilihan raya ini.”

Mingguan Malaysia juga memberikan gambaran bahawa soal “bagaimana masyarakat Cina mengundi” dalam PRK berkenaan adalah “soalan yang membingungkan” banyak pihak - pemerhati politik, penganalisis politik, BN dan juga Pakatan Raykat (PR).

Mereka dikatakan kebingungan kerana “undi majoriti Melayu” dijangka terbahagi sama rata. Dalam Parlimen Kuala Terengganu terdapat 80,229 pengundi berdaftar - 70,834 Melayu, 8,735 Cina dan bakinya daripada lain-lain kaum.

Lantaran itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan selaku bekas Setiausaha MCA, meminta para pengundi Cina “memberi sokongan padu” kepada BN “yang mengamalkan dasar sederhana dalam pemerintahan.”

Bagaimanapun, ada pemerhati dan penganalisis politik mengatakan, penentu kepada mana-mana calon dalam PRK Kuala Terengganu bukannya undi kaum Cina. Sebaliknya, kemenangan BN atau PR dalam PRK ini ditentukan oleh undi warga pendidikan.

Ramalannya demikian kerana sehingga hari ini adalah dipercayai bahawa sebilangan warga pendidikan dalam Parlimen Kuala Terengganu dikatakan “tersinggung hati” atas beberapa sebab yang tidak perlu dihuraikan di sini.

Masalah ini amat real dan turut disedari oleh pihak BN. Khairy Jamaluddin sendiri pun dikatakan turut campur tangan untuk menanganinya.

Sementara itu, keretakan dalam PR - antara PAS dengan DAP dan DAP dengan PKR - turut menggerhanai PRK ini.

Jadi, apakah harapan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku calon BN yang telah merayu untuk diberikan “ruang dan peluang” untuk berkhidmat? Apa pula nasib Mohd Abdul Wahid Endut selaku calon PAS yang mewakili PR? Dan, berapa banyakkah undi yang akan dikutip oleh calon bebas, Azharudin Mamat?

Begitulah keadaannya PRK Parlimen Kuala Terengganu setakat hari ini. Hanya Allah SWT sahaja yang memuktamadkan segala-galanya! – Ruhanie Ahmad

Friday, January 09, 2009

MINYAK DAN GAS DI ASIA BARAT ADALAH SENJATA STRATEGIK PENGARUHI AS HENTIKAN KEZALIMAN ISRAEL

Ruhanie Ahmad

Dasar luar sesuatu negara atau sesuatu wilayah wajar disesuaikan dengan tuntutan dan perkembangan semasa di negara atau wilayah terbabit. Lantaran itu, kerajaan serta NGO Malaysia wajar menggesa negara-negara pengeluar minyak dan gas terbesar di Asia Barat untuk menjadikan kedua-dua komoditi ini sebagai komponen utamanya dalam pembentukan dasar luar mereka terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Britain yang menjadi pelindung utama Israel yang mengganas dan menzalimi umat Palestin.

Dengan itu, negara-negara terbabit pasti mampu menjadikan minyak dan gas sebagai senjata utama dan strategik mereka dalam mempengaruhi AS dan Britian mengarahkan Israel memberhentikan kezaliman serta keganasannya di Palestin atau lain-lain wilayah sasarannya.

Negara-negara di Teluk Parsi, termasuk Arab Saudi, Iran dan Iraq, mempunyai rizab minyak sebanyak 679 billion tong atau 66 peratus dari keseluruhan rizab minyak dunia. Mereka juga mempunyai rizab gas cecair asli sebanyak 1918 trillion kaki padu atau pun 35 peratus dari keseluruhan rizab gas cecair asli di dunia ini.

Keseluruhan negara di Asia Barat, kecuali Israel, mempunyai rizab minyak sebanyak 685.6 billion tong dan rizab gas cecair asli sebanyak 2367.9 trillion kadi padu. Pecahannya, adalah seperti berikut:

Arab Saudi: 261.8 billion tong rizab minyak dan 228.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; Iraq, 112.5 ribu billion tong rizab minyak dan 112.6 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; Iran, 89.7 billion tong rizab minyak dan 939.4 trillion kaki padu gas cecair asli; Emiriyah Arab Bersatu: 97.8 ribu juta tong rizab minyak dan 204.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Perangkaan (2004) ini jadi bertambah besar jika diambilkira rizab minyak dan gas cecair asli di negara-negara Islam lain, termasuk Malaysia, Brunei dan Indonesia di Asia Tenggara; Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Afghanistan di Asia Tengah; Pakistan di Asia Selatan, serta Algeria, Mesir, Libya, Morocco dan Sudan, di Afrika.

Hakikat ini dicemburui oleh AS yang kini dalam keadaan terdesak kerana sumber minyak dan gas cecair aslinya dipercayai hampir kering kontang. Sebab itulah Henry Kissinger, Bekas Setiausaha Negara AS, pernah menyatakan bahawa “minyak adalah satu komoditi penting yang tidak boleh dibiarkan dikuasai oleh negara-negara Arab.”

Kedudukan telaga minyak dan gas cecair asli di negara-negara bukan Islam (berdasarkan perangkaan 2004) adalah seperti berikut:

Wilayah-wilayah Amerika Utara: 54.2 billion tong rizab minyak dan 282.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; Amerika Tengah dan Amerika Selatan, 96 billion tong rizab minyak dan 250.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; Eropah Barat, 17.7 billion tong rizab minyak dan 182.4 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; Eropah Timur dan Russia: 50.7 billion rizab minyak dan 150.5 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; China, 24 billion tong rizab minyak dan 42.8 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Perangkaan di atas membimbangkan AS kerana pengeluaran minyak dan gas cecair asli di dunia ini - melainkan di Asia Barat, Asia Tengah dan Lembah Caspian - dijangka merosot dan kering dalam tempoh terdekat ini.

Oleh itu, inilah masa yang terbaik bagi negara-negara pengeluar minyak dan gas di Asia Barat bertindak secara berani dan strategik untuk menjadikan komoditi berkenaan sebagai senjata utama mendesak AS, Britain dan sekutu lainnya mengarahkan Israel memberhentikan segera keganasan serta kezalimannya di Asia Barat.

Insafilah bahawa 10 daripada pengguna petroleum yang terbesar pada 2002, enam adalah kalangan negara-negara maju, termasuk AS dan Britain - dua negara utama yang amat memihak kepada Israel.

Pandangan di atas wajar dihalusi oleh semua pihak, baik pemimpin atau intelektuil dunia yang prihatin terhadap keganasan serta kezaliman Israel di Asia Barat.

Janganlah setiap kali zionis Israel mengganas di Palestin atau Lebanon sehingga mengorbankan ratusan ribu umat manusia - Islam dan bukan Islam - yang tidak berdosa, termasuklah kanak-kanak, dan menghancurkan khazanah pusaka negara-negara terbabit, reaksi paling lazim di kalangan warga massa dunia Islam dan bukan Islam hanyalah dalam bentuk ledakan emosi semata-mata.

Ledakan emosi ini memang relevan dan baik. Ia membuktikan keprihatinan warga dunia terhadap kesejahteraan umat manusia sejagat. Tetapi, ledakan ini lazimnya hanya dimanifestasikan menerusi tunjuk perasaan, penyerahan nota bantahan ke kedutaan Israel atau kedutaan AS, seruan sekatan ekonomi atau seruan untuk memboikot prudok negara terbabit.

Di kalangan para pemimpin dunia, tindakan yang paling lumrah terhadap Israel hanyalah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakah sidang tergempar untuk meluluskan resolusi mengutuk keganasan serta kezaliman berkenaan.

Reaksi dan tindakan seperti ini adalah stereotype. Impaknya tidak ke mana - ibarat kesan tindakan anjing menyalak bukit atau mencurah air ke daun keladi.

Oleh itu, rakyat dan kepimpinan Malaysia khususnya, perlulah mencari suatu bentuk reaksi dan tindakan yang lebih strategik, serius dan berkesan. Contohnya, kumpulan prihatin di Malaysia wajar menghantar nota ke kedutaan Arab Saudi untuk menggesa negara Islam yang menjadi pelindung kepada Mekah dan Madinah ini bersuara lantang dan berperanan lebih tegas terhadap keganasan serta kezaliman Israel di Asia Barat.

Arab Saudi serta lain-lain negara pengeluar minyak dan gas yang besar di Asia Barat wajar digesa bersatupadu untuk merangka sesuatu tindakan strategik bagi menggesa AS dan Britain mengarahkan Israel memberhentikan keganasan serta kezalimannya di Palestin dan Lebanon dengan serta-merta.

Majoriti negara di Asia Barat mempunyai sumber petroleum dan gas yang amat penting kepada seluruh dunia Barat dan Timur. Tetapi, kerana industri petroleum dan gas di wilayah itu sebilangan besarnya dikuasai oleh kapitalis Barat (terutamanya kapitalis zionis), negara-negara di Asia Barat perlulah menggunakan sumber strategik itu untuk dijadikan senjata utama mendesak AS dan Britain menyelesaikan isu Palestin dan lain-lainnya dengan segera, tegas dan berkesan.

Pandangan di atas mungkin terlalu ideal. Ia mungkin hanya akan jadi cita-cita yang tidak terdaya dicapai. Tetapi, pihak yang berfikiran strategik seharusnya insaf bahawa jika AS atau Britain berani menggunakan terorisme sebagai komponen utama kepada dasar luar dan sikap hegemoniknya di abad ke-21, mengapakah tidak negara-negara pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia mutakhir ini menjadikan komoditi ini sebagai komponen utama kepada pembentukan dasar luar masing-masing pada saat dan ketika ini? Fikir-fikirkanlah!

Tuesday, January 06, 2009

PRK KUALA TERENGGANU DAN POLITIK NASIONAL

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu amat signifiken kepada UMNO, Barisan Nasional (BN), PAS dan Pakatan Rakyat (PR). UMNO dan BN mengharapkan kemenangan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. PAS dan PR mengharapkan kejayaan Mohd. Abdul Wahid Endut.

Kepada UMNO pusat, kemenangan Farid selaku proksi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan jadi indikator kepada penerimaan para pengundi kepada Abdullah di saat-saat akhir kepimpinannya. Kemenangan ini juga akan mengukur komitmen Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengarah PRK tersebut, untuk memastikan kemenangan proksi Abdullah.

Kepada UMNO Terengganu, kemenangan Farid akan mencerminkan tahap perpaduan di kalangan pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri. Ia akan jadi manifestasi penerimaan kelompok Datuk Seri Idris Jusoh selaku bekas Menteri Besar, kepada kelompok Datuk Ahmad Said, selaku Menteri Besar mutakhir, dan sebaliknya.

Pelbagai komponen BN bukan UMNO pula mahu memastikan kemenangan Farid untuk membuktikan bahawa tahap kesetiakawanan mereka dengan UMNO yang retak di era pasca PRU12 telah pulih seperti sediakala.

Kepada PAS, kemenangan Wahid akan membuktikan tahap persefahaman antara kelompok Datuk Seri Haji Hadi Awang selaku presiden, kelompok Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Musyidul Am, dan kelompok Erdogan pimpinan Nasaruddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden.

Kepada PR, kemenangan Wahid akan jadi ujian utama sama ada pakatan yang longgar dan tidak berdaftar itu akan wujud secara berwibawa dan bersatupadu setelah melalui proses persengketaan antara PKR dengan PAS di Selangor dan antara PKR dengan DAP di Pulau Pinang baru-baru ini. Kemenangan Wahid juga akan membuktikan sama ada pakatan siasah ini akan terus wujud atau mungkin menemui jalan penghujungnya tidak lama lagi.

Begitulah hakikatnya PRK Parlimen Kuala Terengganu kepada politik nasional Malaysia. Banyak pihak meramalkan BN akan berjaya. Tetapi, ada juga pihak mahukan PR memang. Kedua-dua pihak ini wajar menganalisa huraian di atas sebelum meramalkan siapa akan menang dan siapa akan kecundang. Akhir sekali, akuilah hakikat bahawa Allah SWT sahaja akan menentukan segala-galanya! – Ruhanie Ahmad

Saturday, January 03, 2009

RAMALAN MARC: EKONOMI NEGARA SURAM DAN MAKIN SURAM…

Ekonomi negara suram dan semakin suram. Hari ini, Bernama melaporkan, Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini kepada 2.5 peratus berbanding unjurannya pada Oktober sebanyak 3.5 peratus.

Ini kerana “keadaan ekonomi makro tidak menentu yang berterusan serta permintaan pengguna yang menyederhana, merupakan antara faktor yang boleh menjejaskan prospeks pertumbuhan ekonomi domestik. Berikutan masalah semasa itu, ekonomi serantau yang lemah dijangkakan memberi impak ketara ke atas sektor luaran Malaysia, yang sejak bulan-bulan kebelakangan ini menunjukkan tanda-tanda kelesuan.”

Dengan itu, semoga prihatin dan mulai waspadalah para pemimpin kita semua. Kurangkan politik. Banyakkanlah usaha-usaha merancang, menggubal serta melaksanakan dasar, strategi serta tindakan anti-krisis yang komprehensif lagi berkesan demi manfaat rakyat jelata.

Dalam hal ini, wajar jika pemerintah segera tubuhkan badan petugas khas seperti MTEN. Komen Dan Kajang mengenainya yang dikirimkan ke blog ini adalah seperti berikut:

Kalau kita membaca buku Datuk Mahani Zainal Abidin bertajuk Rewriting The Rules - The Malaysian Crisis Management Model, kita tentu akan menghargai peranan pasukan MTEN. Antara lain, Mahani menceritakan bahawa dalam tempoh dua bulan sahaja (sewaktu kegawatan ekonomi 1998) MTEN mengadakan sebanyak 250 mesyuarat, iaitu pada anggaran empat mesyuarat sehari. Itu menunjukan betapa seriusnya pasukan MTEN ketika itu. Tapi, sekarang ini, Majlis Ekonomi yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, nampaknya gah dengan nama sahaja.Tiada tindakan berkesan. Pelan ransangan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pun agak samar-samar serta tidak memberi fokus yang khusus. Oleh itu, tidak nampak apa ruginya jika kerajaan hidupkan semula formula MTEN dalam menghadapi krisis ekonomi sekarang.

Soal hidup-mati pekebun kecil sawit dan getah pun jangan kita lupakan. Dalam hal ini, renungkanlah pandangan Imah yang juga dikongsikan menerusi blog ini seperti berikut:

Krisis ekonomi dekad 1990-an, hanya melibatkan wilayah Asean dan Korea Selatan. Ekonomi Eropah, Amerika, Timur Tengah dan wilayah lain tidak terjejas. Ketika itu, bahan eksport utama negara - petroleum dan minyak sawit - amat stabil harganya dan dapat membantu mengimbangkan pendapatan negara yang terjejas di sektor pembuatan. Pada masa itu, masyarakat luarbandar yang bersandarkan pendapatan kepada hasil sawit dan getah, tidaklah terjejas pendapatan mereka, bahkan mereka dapat membantu pusingan modal dalam negara dengan harga sawit dan getah yang setabil. Bezanya hari ini, harga petroleum menjunam, harga komoditi teras yang lain - minyak sawit dan getah - jatuh ke paras yang amat rendah. Eksport bahan pembuatan lain juga akan turut terjejas. Ini bermakna, pendapatan segolongan besar rakyat Malaysia telah merosot. Dengan itu, tanpa mengira apa jenamanya, badan bertindak seperti MTEN wajiblah segera ditubuhkan. Kerajaan tidak boleh menunggu keadaan telah parah baru nak bertindak.

Oleh itu, kerana Abdullah sudah berikrar bahawa “kerajaan berazam mengambil langkah-langkah berkesan untuk memelihara kekuatan ekonomi negara dan melindungi kepentingan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang mencabar” tahun ini, fikir-fikirkanlah dua pandangan mengenai MTEN seperti di atas.

Abdullah perlu fikirkan soal MTEN ini untuk buktikan kata-katanya sempena tahun baru tiga hari lalu bahawa beliau “yakin dan percaya bahawa dengan niat suci dan semangat gigih, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk kita daki dan tiada laut yang terlalu dalam untuk kita selami.”

Akhir sekali, kepada seluruh perwakilan UMNO yang akan menentukan barisan pucuk kepimpinan tertinggi parti Mac depan, hayatilah pertanyaan Anak Pantai Merdeka di bawah ini:

Harapan yang begitu tinggi terletak dibahu barisan kepimpinan selepas Mac tahun ini. Di dalam menghadapi kegawatan ekonomi global yang mungkin memuncak pada tahun ini, apakah kepimpinan yang bakal dipilih pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2009 mampu menangani permasalahan ini?

Soalan di atas pasti boleh dijawab oleh warga UMNO jika mereka sudi memenuhi harapan Cheng Ho supaya dipilih “pemimpin yang berkualiti, walaupun sebengis Tun Dr Ismail, di tempat yang sesuai. Kita terlalu mengamalkan sikap populist dengan tidak menitikberatkan meritokrasi dalam memilih pemimpin.” – Ruhanie Ahmad

Friday, January 02, 2009

MESEJ KEPADA TEAM KEPIMPINAN NEGARA SEMPENA MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN MASEHI 2009

Ruhanie Ahmad

Tahun Hijrah 1430 tiba empat hari yang lalu. Kini, Januari 2009 pula turut menemui kita. Tahun 2008 sudah meninggalkan kita dengan pelbagai kisah dan peristiwa - majoritinya mengenai siasah dan kepimpinannya. Sesetengah daripada kisah dan peristiwa ini pastinya akan tercatat sebagai legasi durjasa (bukan durjana) warisan bangsa.

Berdasarkan senario global, tahun Hijrah 1430 dan tahun Masehi 2009, pasti akan mencabar komitmen, kewibawaan serta kebijaksanaan kita dalam menagani pelbagai masalah sosio-politik dan ekonomi yang akan menghambat kehidupan serta kesejahteraan rakyat jelata.

Maka, di sinilah kita akan saksikan betapa rentak dan gaya perjuangan kepimpinan Malaysia – khususnya team kepimpinan yang akan diketengahkan mulai akhir Mac 2009 – dalam merangka strategi, dasar, program serta tindakan mereka demi rakyat jelata.

Satu perkara yang amat dituntut di sini ialah: barisan kepimpinan Malaysia yang baru kelak perlu mewujud serta mengaktifkan semula Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang pernah dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kegawatan ekonomi regional mulai 1998.

Pada ketika itu, MTEN yang merangkumkan keahliannya daripada seluruh bidang kehidupan, dijaga khas oleh seorang menteri. Perdana Menteri ketika itu pula bermesyuarat bersama MTEN pada setiap minggu. Dalam mesyuarat itu dipantau seluruh kemungkinan yang boleh menjejaskan ekonomi negara dan mengancam kesejahteraan rakyat jelata. Dalam mesyuarat itu juga dimunculkan pelbagai gagasan untuk diserahkan kepada Jemaah Menteri menghalusinya. Kemudiannya, gagasan yang sudah dirincikan ini pun dijadikan dasar serta program perjuangan yang komprehensif serta selaras dengan keadaan negara yang dilanda krisis ekonomi.

Antara gagasan itu termasuklah dasar memastikan kerajaan berbelanja dalam sektor-sektor tertentu untuk mendorong spending atau perbelanjaan di kalangan seluruh lapisan rakyat jelata. Satu lagi gagasannya adalah mewujudkan pelbagai bentuk jaringan keselamatan social atau social safety net untuk memastikan rakyat jelata tidak ditimpa hidup yang sengsara.

Oleh itu, pedulikanlah dengan dakwaan kononnya kepimpinan akan datang ini akan mendewa-dewakan mahathirisme. Sebaliknya, jika legasi Mahathir dalam menangani serta memulihkan ekonomi negara menerusi MTEN terbukti berkesan, dosakah kalau model MTEN itu dihidupkan semula, walaupun menerusi cara, gaya, fokus serta emfasis yang agak berbeza.

Langkah seperti ini penting kerana krisis ekonomi mutakhir adalah global, sementara krisis ekonomi di era Mahathir adalah regional puncanya. Lantaran itu, jika sesuatu krisis ekonomi yang regional pun memerlukan suatu wadah perjuangan seperti MTEN, tidakkah krisis ekonomi yang global bentuknya ini memerlukan suatu lagi wadah perjuangan yang lebih gagah daripada MTEN? Dan, berdosakah jika wadah yang lebih gagah ini meminjam sebahagian daripada semangat, roh dan jiwa perjuangan yang wujud dalam MTEN?

Suara saya ini hanya sekadar suara rakyat biasa. Tetapi, suara ini juga telah saya kutip dan petik daripada pelbagai pendapat rakyat jelata yang sempat saya temui, merentasi batas-batas status ekonomi, politik, kaum dan jajaran kesetiaan mereka kepada kepimpinan negara.

Rata-rata suara mereka mahukan pemerintah memberikan tumpuan khusus, serius, konsisten dan komprehensif kepada pelbagai usaha dan perjuangan membela rakyat jelata dan mengukuhkan ekonomi negara di era krisis ekonomi global yang belum diketahui bila penghujungnya.

Selaras dengan tuntutan seperti ini, amat wajar sekali jika agenda politik kepartian – intra dan inter – menjadi agenda terakhir dalam perjuangan seluruh kepimpinan negara mulai tahun ini.

Sekali lagi, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan tahun masehi 2009. Jangan kita lupa, bahawa kita sebagai rakyat jelata juga dituntut meyumbangkan peranan dalam perjuangan yang khusus demi kesejahteraan kita bersama.