Thursday, March 20, 2008

YB Richard Riot daripada SUPP bukan PBB!

YB Richard Riot yang diberitakan menganggotai PKR hari ini adalah daripada SUPP bukan PBB. Saya memohon maaf kepada PBB dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud selaku presidennya di atas kesilapan yang tidak disengajakan ini.

Saya juga berterima kasih kepada Saudara Sahari yang sudi membetulkan kesilapan fakta ini. – Ruhanie Ahmad.

Kiriman Sahari selanjutnya adalah seperti berikut: YB Richard Riot daripada SUPP bukan PBB. Bagaimanapun kedua-dua parti ini merupakan komponen parti BN yang kuat di Sarawak. Sama- sama kita tunggu sama ada YB lain dalam parti komponen BN Sarawak akan mengikuti jejak langkah YB Richard Riot.

Mengikut sejarah pergolakan politik di Sarawak, pembentukan kerajaan campuran di permulaan era Tun Rahman Yaakub pada tahun 1970 adalah bermula dengan perlompatan beberapa tokoh politik yang memenangi pilihan raya daripada satu parti politik ke satu parti politik yang lain.

Nampak gaya, YB dari Sarawak akan memulakan percaturan politik untuk menggegarkan kepimpinan Pak Lah. Apakah bekas TPM mendapat ilham semasa kunjungan mengejut ke Sarawak baru-baru ini? – Sahari, 8:58 PM

1 comment:

cakapsiang said...

Mana-mana wakil Rakyat yang berpindah parti tidak menghormati asas demokrasi dan membelakangkan suara Rakyat. Pemimpin begini harus dibersihkan daripada mana-mana sistem Demokrasi. Perbuatan melompat Parti merupakan pengkhianat paling zalim yang dilakukan ke atas majoriti pengundi yang diwakilinya.

Sesiapa juga daripada Parti apa sekalipun MESTI meletakkan jawatan apabila ingin melompat parti, untuk memberi laluan kepada satu pilihanraya kecil.

Jangan bunuh Demokrasi di Malaysia.