Sunday, March 09, 2008

Kini Waktu Berterus Terang

A Kadir Jasin

Sesudah pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.

Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.

BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.

Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.

Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.

Lagi: http://kadirjasin.blogspot.com/

8 comments:

cakapsiang said...

Saya berasa amat sedih dan terharu kerana saya juga merupakan salah seorang ahli umno yang bertanggungjawab menjatuhkan UMNO di Selangor, tapi saya terpaksa lakukan ini demi cintakan UMNO itu sendiri. Kami tiada jalan lain setelah rintihan kami, keluhan kami serta rayuan kami langsung tidak dihiraukan. Apatah lagi setelah kebanyakan YB UMNO menjadikan UMNO itu hak milik peribadi serta ahli keluarga dan saudara mara mereka sendiri.

YB UMNO juga berlumba-lumba mengumpul harta, tanpa memperdulikan kami yang meletakkan mereka di situ. Usahkan memperjuang nasib rakyat, hadir ke majlis penyampaian hadiah anak-anak kami di sekolah juga tidak pernah, walau dijemput berka;li-kali.

YB-YB dari UMNO ini seolah-olah hanya menjadi wakil pucuk pimpinan UMNO, bukan wakil Rakyat! Mereka menganggap selagi pucuk pimpinan memerlukan mereka, selagi itulah mereka akan berada di situ, tapi mereka lupa bahawa kamilah yang meletakkan mereka di situ.

Laksana masalah rumahtangga, seorang isteri angkuh yang lagi tidak mendengar rintihan dan rayuan suaminya yang memintanya berubah, isteri itu terpaksa diceraikan dengan talak 5 tahun. Jika dia masih belum mahu muhasabah diri dan berubah, jangan salahkan suaminya....

Kami masih menangisi dan merawat luka hati dan cuba untuk tidak menyalahkan diri sendiri atas tindakan ini, namun rasa kasih sayang kami melebihi segalanya. Maafkan kami UMNO, kami tiada pilihan.

Hamizi Hamdan said...

pak lah wajar meletak jawatan dan bertanggung jawab di atas kekalahan besar BN...

kali ini ramai calon BN yang baik tewas, bukan kerana mereka tidak layak, tetapi kerana rakyat bencikan pak lah lalu menyokong pembangkang...

ingatlah... rakyat pantang dicabar!

puteri said...

tak pyh nk kutuk2 PM..

Quantum Metal Consultant said...

Puteri, memang wajar PM tidak perlu dikutuk kutuk, memang dia terkutuk..

Jika BN masih faham bahasa, tahu bahasa dan mahu kembali bermaruah, paklah kena berundur, itulah ubat dan penawar.

rudy bluehikari said...

Sayapun antara pengundi yang terpaksa membuat swing vote di saat akhir kerana kepimpinan Paklah banyak tidak betul.PM terlalu mendengar cakap-cakap 10 budak hitam dan mengenepikan veteran dan ahli parti yang banyak memberi nasihat. Hasilnya Negeri Selangor kecintaan saya terlepas ke tangan BA.

PakLah should take this responsiblity. Letak jawatan sbg pengerusi BN dan seterusnya PM. Kita perlukan anjakan paradigma dan reformasi dalam UMNO untuk terus berjaya dalam PRU akan datang.

Saya salute Datuk seri Shahidan. Walaupun ditekan utk tidak dicalunkan bertanding, tapi dia tahu apa yang beliau buat di Perlis. Nah! Ironi sekali kemenangannya di Perlis. Syabas dan tahniah kerana telahan politik beliau berjaya. Impak sekali, 4 negeri terlepas ke tangan BA dan 1 negeri kekal memerintah BA disebabkan telahan politik budak hitam telah gagal.

Tgk di saat2 akhir PRU? Kempen di media akhbar, tv dan radio sungguh keterlaluan. Saya termuntah sebelum mahu termuntah. Dan kerana itu saya swing vote akhirnya! Memetik kata2 Datuk Seri Shahidan dalam tv semalam sebelum dipotong rtm ke benda yang lain; kita jadikan ini pelajaran dan apa yang kita buat dgn membantu org miskin dan OKU di perlis dijadikan tauladan kepimpinan.

Wallahualam.

Berita dari gunung said...

Luka ini harus dirawat. Ubatnya tentu pedih. Jika tidak dirawat luka tentu tidak sembuh dan akan jadi pekung.

Memerintah negara bukan perkara senang. Mesti ada pertimbangan. Rakyat jelata memilih pemerintahan yang berkesan, berani, adil, kuat dan bertimbangrasa. Ciri-ciri pemerintah yang unggul bukan terletak di airmuka. Jangan kita terkeliru lagi.

Seperkara lagi, suka saya menyentuh tentang KETERBUKAAN. Keterbukaan pemerintahan penggal lalu adalah "misguided". Senjata memakan tuan. Terakhir, suruhanjaya untuk video Lingam adalah berlandaskan keterbukaan merepek. Saya khuatir, siapakah yang menasihat Perdana Menteri tentang perkara itu.

Bukan senang jadi pemerintah. Bila terluka, harus berubat walau pedih.

Nora Awal said...

Saya juga terasa amat sedih kerana negeri yang dicintai iaitu selangor telah jatuh ditangan pihak BA..tetapi saya tidaklah beralih arah kerana sehingga ke saat akhir saya tetap dengan pendirian saya menyokong BN.

Tidak dinafikan, ramai penyokong umno berpaling tadah di saat akhir apabila rayuan mereka ditolak kerana tidak puas hati dengan calon yang dipilih.di kawasan tpt tinggal saya turut menerima impak tersebut,iaitu tidak menyokong kepada calon yang dipilih dan hampir untuk memboikot.tetapi apabila berpikir panjang, mereka mahu BN kekal memerintah di Selangor.

Saya agak terkilan kerana kebanyakkan dari orang melayu begitu mudah untuk ubah pendirian disebabkan terpengaruh dengan kata-kata manis pihak pembangkang tanpa menyelidik perkara terbabit terlebih dahulu. Bagi pihak BN pula, apabila isu yang boleh menjatuhkan BN timbul, mereka tidak pula tampil untuk membuat penjelasan. Terlalu banyak isu-isu yang timbul di internet sekarang ini yang sedikit sebanyak boleh membuatkan pegangan seseorang boleh goyah. Patutnya BN perlu mengambil berat isu ini kerana, internet merupakan medium utama untuk menyebarkan berita/isu kerana tidak ada undang-undang yang boleh melarang rakyat untuk bebas bersuara seperti di blog. Seperti yang kita ketahui, golongan muda yang banyak melayari internet, mereka turut membantu pihak pembangkang untuk menyebarkan isu-isu yang berlaku. Ini juga boleh menjadi punca kepada kekalahan BN kepada golongan muda.

Berkaitan isu pengundi hantu, kalau difikirkan logic, bagaimanakah pengundi hantu ini boleh terjadi. Sedangkan hendak masuk ke kawasan pembuangan undi pun agak ketat. Kemudian para petugas pula adalah dari kalangan rakyat biasa yang dipilih untuk membantu SPR, sekiranya mereka diminta untuk bersubahat sekalipun, agak sukar kerana mulut seorang bolehlah disogok, tetapi kalau dah ramai. Mesti akan diketahui jua. Lagipun dalam bilik mengundi pun ramai orang serta kawalan agak ketat, so takkan ada can untuk pengundi hantu ni masuk. Satu lagi, sekirannya ada tambahan peti dari mana-mana tempat, kita boleh check dengan kehadiran pengundi yang hadir. Kerana adanya agent yang ditempatkan didalam bilik berkenaan. Agent itu terdiri daripada wakil parti yang bertanding. Mereka boleh mengeluarkan bantahan sekiranya kandungan undi melebihi dari orang yang hadir mengundi. Oleh itu, isu tentang adanya pengundi hantu dan peti extra yang ada untuk membantu BN menang itu tak mungkin berlaku.

Saya menerima kekalahan BN di negeri Selangor dengan hati terbuka. Cuma, isu yang akan timbul selepas ini, apa akan jadi dengan negeri yang bertukar tampuk pimpinan. Adakah pihak BA, mampu untuk mengotakan janji-janji yang telah di war-war kan. Sedangkan bekas PM serta penganalisa politik ada mengatakan bahawa agak sukar untuk menunaikan janji –janji yang ada dalam manifesto mereka. Sekiranya mereka tidak mampu, ini dapat membuktikan bahawa kerajaan adalah benar. Semuanya kita akan lihat pada masa akan datang.

Zakariya said...

Salam..

Saya telah lama meninggalkan jasad busuk UMNO kerana amat tidak tahan melihat kezaliman, keangkuhan, bodoh sombong, para pemimpin UMNO dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi.

Ini bukan lagi rahsia tetapi umum dah tahu. Para pemimpin yang diangkat sepatutnya membela rakyat terutamanya apabila kos hidup yang semakin tinggi akibat kenaikan harga minyak dengan mengawal kenaikan harga barang, bukan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Sudahlah pendapatan semakin susut harga barang keperluan naik melampau. Kata pendidikan percuma, yuran sekolah hampir mencekik leher para ibubapa. Cakap terus terang.. sia-sia aje mempertahankan Kerajaan yang membusuk dan mengalirkan nanah dan lendir ke periuk nasi rakyat jelata. Para pemimpin yang diangkat rakyat sebagai YB, rasanya tak pernah beli ikan, ayam, sayur, baju sekolah anak-anak, buku sekolah, isi minyak kat petrol pam station atau bayar tol dari hasil keringat membanting tulang empat kerat kot.. sebab tu.. mereka cuma sarankan "Ubah gaya hidup... Ubah gaya hidup.. ubah gaya hidup".Mungkin saya hanya perlu naik basikal pergi kerja dan hantar anak ke sekolah. Kereta motor hanya para YB sahaja yang layak pakai. Anak-anak jangan beri duit belanja sekolah. Bagi bekal nasi dengan lauk ikan masin. Minum air paip kat sekolah. Mungkin begitulah maksud saranan pemimpin UMNO itu.

Rasanya tak perlulah saya mengomel panjang isu ini. Menyakitkan hati. Saya hanya berupaya menyeru anda yang diberi hati, akal, budi.. menilai apa yang saya sampaikan.

Pada saya UMNO umpama bangkai anjing yang dikerumuni gagak (Penyangak@penyamun)di tepi jalan.

Salam..