Wednesday, March 19, 2008

Ku Li Sedia Cabar PM ‘Rawat’ UMNO

KOTA BHARU 19 Mac – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini secara terbuka menyatakan kesediaan menerajui dan merawat UMNO bagi memastikan parti itu tidak hilang kekuasaan dan Melayu terus dibela.

Katanya, terserah kepada seluruh ahli UMNO untuk membuat pertimbangan dan beliau akan memikul tanggungjawab berat itu sekiranya diberi kepercayaan kelak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menegaskan, perubahan drastik perlu dilakukan bagi memastikan UMNO selaku parti terbesar terus bernafas dan tidak ditolak rakyat. - Utusan, 19 Mac 2008, 11:05pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

16 comments:

nasa said...

assalamualaikum datuk,
Andaikata kita berbalik kepada teori RAHMAN di mana perdana menteri Malaysia adalah Tunku Ab. Rahman, Abdul Razak,Husein Onn,Mahathir, Abdullah dan mungkin Najib. Namun begitu, teori ini tidak lagi relevan seandainya hasrat Tengku Razaleigh menjadi kenyataan. Sekiranya Tengku Razaleigh berjaya melawan Paklah, maka Perdana menteri Malaysia akan menjadi RAHMAT. Rahman ke, rahmat ke, dua-dua baik bagi kesejahteraan Malaysia, seandainya aura disebalik perkataan2 ini melimpah kpd rakyat dan negara.

Namun begitu, kalau dalam bahasa Arab, Rahman yang bermaksud Pemurah itu terdiri dari 2 harakat pada suku kata 'man' dimana sebutannya dipanjangkan sedikit. Lalu ejaannya menjadi RAHMAAN. Jadi, kalau kita nak guna teori Rahmaan, siapakah gerangan yang akan mengisi slot 'A' yang lagi satu itu?
Mungkinkah Anwar Ibrahim?

..... mungkin jugak....
http://takgedebe.blogspot.com/

antubiul said...

Sekiranya Hang Tuah hidup dizaman ini dan menjadi ahli UMNO tenyata beliau akan kecewa dengan UMNO dan sebelum beliau menghilangkan diri kata kata terakhir beliu mungkin begini 'Tak Melayu Hilang di dunia tapi UMNO akan hilang dari dunia'
Kata kata ini sememang nya benar kerana UMNO adalah Parti dan Melayu itu adalah bangsa. Tiada UMNO, PAS dan PKR boleh mengambil alih peranan mempejuangkan hak hak melayu. UMNO perlu sedar bahawasenya tiada yang kekal dan UMNO tidak lari dari penyakit reput dan berkarat, malah akan rapuh. Kekuatan UMNO yang sebenarnya bukan lah pewakilan UMNO, maupun Presiden UMNO apatah lagi Naib Presidenya. Kekuatan UMNO bukan lah Majlis tertinggi UMNO maupun Ketua Pemuda UMNO apatah tagi Ketua Wanitanya. Kekuatan UMNO sebenarnya adalah mereka yang dibawah. Mereka yang menjadi 'foundation' UMNO. Tiada mereka tiada UMNO. Jika tapak yang menampoung Petronas twin tower tidak kuat, maka tapak itu akan rapuh dan twin tower akan runtuh. Begitulah juga dengan foundation UMNO ini. Bila bila masa jua boleh rapuh. Orang bawahan UMNO telah pun bersuara melalui peti undi dan Presiden UMNO perlu menghormati mereka. Suara mereka tenggelam selama 4 tahun, pewakilan yang diharap harap kan semua nya mengecewakan malah Ketua/Naib Ketua pemuda UMNO lebih memualkan apatah lagi Wanita UMNO semakin menjelekkan. Maka hendaklah Andulah Ahmad Badawi melakukan yang sewajar nya atau kali ini di UMNO general Meeting, AAB akan menerima nasib yang lebih buruk dari Anwar Ibrahim the oppotunist.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya tak pernah pantun, so beri peluang saya tulis pantun untuk Ku Li.

2. Pantun untuk Ku Li oleh su-kj:

Ujian pertama calun pemimpin
Dalam keluarga sanak famili
Bila lurus teruslah main
Jika gagal lubang digali

3. Saya risau takut tak sempat nak bersidang, orang lain akan sambar peluang.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

the indie story said...

KU LI PALU GENDANG PERANG!

Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…

Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.

Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.

PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.

( Sila baca artikel selebihnya di:
http://theindiestory.blogspot.com/ )

maskadove said...

pada tahun 2004.. memang ku li gagal mendapatkan pencalunan yg cukup disebabkan ramai ketua bahagian yg makan suap, bacul, pentingkan nasib sendiri dari parti orang melayu iaitu UMNO.... demi kemajuan bangsa kita patut kembali kepangkal jalan... berjuanlah demi Agama, Bangsa dan Tanahair... kenapa kita perlu takut kepada budak Tingkat 4... dia bukan makhluk yg boleh menetukan periuk nasi@rezeki seseorang... itu semua Allah yg punya kuasa... selagi kita berusaha dengan penuh kejujuran dan ketakwaan... seligi itulah kita akan diberkati...
wahai warga UMNO sekelian.... marilah kita sama-sama menuju kearah semangat perjuangan harmoni... kita sokong siapa yang sanggup mengembalikan maruah UMNO.. dan emebawa UMNO kepada perjuangan sebenar..

saya dan juga rakan-rakan disni menyokong penuh tindakan Ku Li untuk bertanding jawatan presiden... dan Dato Mukhriz sebagai ketua pemuda UMNO pusat...

Berita dari gunung said...

Langkah Tengku Razaleigh adalah langkah berani dan bijak.

aygabg said...

kepada ku li,setakat ini anda adalah satunya pemimpin umno yg berani monongkah arus selain dari mukhriz..semoga anda berjaya dlm laluan utk mencabar pak lah..akan tetapi jika anda berseorangan dlm menuju ke laluan itu,saya yakin karier politik anda dlm umno akan dikuburkan oleh org2 tingkat 4 yg sedang menunggu masa saja utk membaham anda..oleh itu anda mesti mendapat sokongan dari kalangan pemimpin kanan umno utk meneruskan misi ini,kalau setakat dpt sokongan dari cawangan saje usaha anda akan jadi sia2..kepada pemimpin kanan umno contohilah sikap dan keberanian ku li ini dan berilah sokongan kpd beliau kerana rakyat tidak mahu karier politik beliau berakhir sebaik sahaja pemilihan umno nanti berakhir

Hamizi Hamdan said...

tidak menghairankan...

beliau sememangnya sentiasa test market...

jika dulu, mungkin beliau bercita-cita tinggi (semasa muda), tetapi mungkin kali ini untuk transition period sahaja (sebab yang lain pengecut)...

nazari said...

Datuk..saya amat menyokong kuli menentang abdullah badawi,kita perlumenggunakan kemahiran kuli untukmenaikkan kembali UMNOdan dapat mentakbiorkan ekonomiorang melayu dengan lebih hebat lagi,sejarah telah membuktikan bahawa kuli merupakan perancang ekonomi malaysia dan melayu yang terhebat suatu masadahulu. Dia disanyagi oleh TUN RAZAK, dari segi pengalaman dan kredibeliti Ku li lagi hebat daripada Pak Lah, ku li mempunyai pemikiran yang sama taraf dengan Dr.Mahathir Mohamad.

Unknown said...

Salam Dato,

Saya ucapkan Syabas kpd Ku Li kerana berani berterus terang dan lebih penting lagi, ikhlas untuk menyelamatkan negara dari hancur sebab terus di tadbir oleh seorang tamak, tidak kompeten dan yang mementingkan diri dan keluarga terutama menantunya. Ini jelas dari anggota kabinet barunya yang boleh dikendalikan oleh KJ secara 'remote control'. Sama2 kita doakan Ku Li berjaya.

cakapsiang said...

NO to Anwar, YES to Razaleigh, GO KULI GO..!

cicit toksagor said...

Hidup Pas, Pkr dan Dap. rakyat percaya 3 parti ini akan membentuk jalinan mantap untuk mentadbir Malaysia jauh lebih baik dari pakatan dalam BN. kami rakyat jelata mahukan kepimpinan kebinet baru untuk merialisasikan Harapan Baru Untuk Malaysia. Pak lah tunggu masa je...akan kecundang. Rakyat tak sabar mahukan DSAI selaku PM Malaysia ke 6. Hidup Barisan Rakyat!!

maskadove said...

kepada cicit toksagor...
pakatan PAS, PKR dan DAP yg menjadi kebanggan anda... kerana naluri and percaya bahawa pakatan tersebutlah yg bakal menjulang perjuangan kalian... setidak-tidaknya anda adalah insan yg berpenderian... syabas...
akan tetapi bagaimana pula perasaan anda apabila DAP tidak mahu mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dan pada suatu ketika dahulu Pemimpin PAS pernah mengatakan UMNO parti kafir sebab bersekonkol dengan parti bukan Islam.. adakah kesemua calon PKR itu islam, maka jawapan nya tidak... jadi parti PKR juga parti kafir jika pandangan pemimpin itu diambil kira... dan DAP juga 100% parti bukan Islam yg telah membantah penubuhan negara Islam.. malahan DAP adalah sebuah parti serpihan Singapura... adakah Singapura membela nasib orang melayu dan Islam di sana? Apakah hukumnya PAS berkerjasama dgn DAP?

saya akui UMNO mempunyai kelemahan.. ini adalah kerana kesalahan ahli UMNO itu sendiri... mereka menjadi ahli UMNO yg boleh dibeli dgn nilai yg cukup rendah...dan mereka memilih pemimpin yang rendah akhlak dan iman... sebab itu sekarang BN tewas... bukan kerana parti pembangkang kuat... tetapi kerana ramai ahli UMNO yg berpaling tadah, dan sekiranya UMNO kembali ke pangkal jalan, dan dipimpin oleh mereka yg berakhlak mulia... Insyallah... UMNO/BN akan kembali memerintah dgn majority penuh ...

zeme said...

Salam Datuk,

Di sini saya berharap agar ahli-ahli UMNO yang cintakan perjuangan parti agar tidak lagi menjadi "silent member" sebaliknya kehadapan memberi sokongan kepada saranan YBM Tengku Razaleigh bersama-sama untuk memulihkan serta merawat UMNO kini.

Saya berharap agar ahli² UMNO dan adalah lebih molek Tun Dr Mahathir turut bekerjasama membantu YBM Tengku Razaleigh kali ini dalam memimpin UMNO. Saya rasa sudah sampainya ahli UMNO melihat gandingan pimpinan UMNO yang baru dan saya secara jujur mencadangkan YBM Tengku Razaleigh (Presiden UMNO), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden) serta Dato' Mukhriz Mahathir (Ketua Pemuda UMNO).

Saya berharap Perhimpunan Agung UMNO 2008 menjadi detik kebangkitan, pemuafakatan, permulaan episod baru serta "rebranding UMNO" perjuangan UMNO dan bangsa Melayu untuk negara Malaysia tanahtumpah air.

Wasalam.

Wakmasnoor said...

This is one of the MAIN PROBLEM with leaders in UMNO. THEY are NOT brave enough to VOICE OUT and up against their president even when they know the president has many wrongs than rights. In a more SARCASTIC saying "THEY DONT HAVE THE BALLS". Im sorry to say that words dear Datuk, but im fed up with inherited immoral act of these people who cared more of the 'PERUT' than the 'RAKYAT'. UMNO leaders forgot (MUDAH LUPA) that they are there on that higher stage, representing 3.2mil UMNO members. And if 80% of that 3.2mil are saying "ENOUGH IS ENOUGH" then they should do so the same. They forgot, as a MUSLIM, the REZEKI and DARJAT will come from ALLAH SWT. Not from Abdullah Ahmad Badawi.

Where are these 'RAKYAT' leaders when we need them? Why do we need people such as Mukhriz, Radzi and Ku Li to stand up for us? Where are the TIMB. PRESIDEN, NAIB PRESIDEN and all those AHLI MAJLIS TERTINGGI?

Leaders work for the RAKYAT. If they need RAKYAT to lead them, then THEY DONT DESERVE to be the leaders.

(my thought)

js3 said...

assalamualaikum datuk,
hakikatnya BN dah kalah teruk dlm PRU12 lepas. Apakah rasionalnya utk kita bercakaran sesama sendiri utk menyalahkan PM sendirian dalam soal ini. Semua Ahli majlis tertinggi UMNO sebagai penasihat perlu bertanggung jawab dalam soal ini. Mereka semua 'yes man' yang cuma nak jaga perut sendiri saja.

Rakyat sangat kecewa dengan kegawatan ekonomi yg berlaku, sedangkan pemain-pemain politik di bawah PM (dari pemimpin bawahan sampai peringkat tertinggi) membelanjakan duit secara rakus dan membazir. Contohnya Ketua Pemuda Cawangan, tiada kelulusan, tapi dapat menempek dengan YB dan dapat habuan dari YB. Kaum kerabatnya hidup dengan penuh kemewahan. Soal undang undang selalu diketepikan.

Saya amat menyokong penuh dgn keputusan Tengku Razaleigh utk bermain semula dlm arena politik semasa. Beliau boleh dianggap sebagai veteren UMNO yg amat prihatin kepada survivor Melayu. Mungkin beliau pernah tercicir dari landasan heiraki UMNO utk beberapa kali, tapi beliau terus berjuang. keunikan inilah yang perlu ada kepada seseorang pemimpin utk berada di kerusi tertinggi parti/ negara. Syabas Tengku!!!

Mungkin gabungan yang mantap utk menjadi UMNO lebih releven dan progresive andalah Tengku Razaleigh (Presiden)dan Muhyiddin (Timb.Presiden). Utk Naib Presiden pula TS Muhamad Muhamad Taib, Mustafa Mohamad dan TS Hamid Albar. Utk Ketua Pemuda adalah Mukhriz. Naib Presiden Mohd Ali Rustam tak layak utk kerusi itu, terlalu lembut, suara tak jelas, functionnya yang kabur dan paling ketara tak tegas dalam isu babi, macam Isa Samad juga.

Utk survivor UMNO agar terus kukuh pada asa depan, hantar rombongan utk pujuk Anwar sertai semula UMNO dengan kapasiti sebagai penasihat khas kpd PM (baru)yang bertaraf menteri (utk permulaan).

UMNO perlukan sedikit modification. Hanya orang semacam Dr M saja yg berani mencetuskannya. Dengan demikian kita perlukan orang yang lebih terbuka dan berani mengakkan pendiriannya utk memimpim bangsa.

Kita tidak perlu melondehkan semua keburukan pemimpin lama demi utk survivor politik sendiri. Tapi mereka harus sedar bahawa dalam era globalisasi dan IT, semua keburukan dan ketidakcekapan kita mengawal pemimpin bawahan cepat dihidu musuh dan seteru politik dari seluruh dunia. Perisik perisik negara musuh dan sahabat berada di mana mana dlm negara ini. Jadi bila kita tidak dapat mengawal selia negara dengan baik, pasti kita akan menerima padah.

Negara dah jadi tidak selamat utk didiami. Rakyat sudah melebelkn polis sebagai musuh mereka. Mereka tak cekap dan salah una kuasa. Jenayah berlaku tiap hari. Beberapa kes jenayah masih banyak belum diselesaikan. Apakah KPN tak layak utk berada di tampuk itu? Jadi siapa perlu dipersalahkan kalau bukan PM.