Wednesday, March 19, 2008

Perletakan Jawatan SU Agung UMNO:
Radzi Memang Ditekan Untuk Berhenti

Beberapa pihak, termasuk segolongan pembaca blog ini, menganggap Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad meletakkan jawatan Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana kecewa tidak dilantik sebagai menteri.

Hakikat sebenarnya bukan begitu. Sumber-sumber berwibawa memberitahu blog ini petang ini, Radzi mengosongkan kedua-dua jawatan di atas berkuatkuasa hari ini, kerana beliau didesak berbuat demikian oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebabnya tidak jelas. Tetapi, sumber-sumber berkenaan menyatakan bahawa Radzi dikatakan telah dituduh oleh Abdullah sebagai “mempunyai agendanya yang tersendiri di dalam UMNO.”

Sebab itulah agaknya dalam laporan BERNAMA, Radzi “tidak menafikan bahawa beliau menerima tekanan.”

Sebab itulah juga laporan BERNAMA hari ini mememetik Radzi sebagai “menolak anggapan bahawa keputusannya itu dibuat setelah kecewa kerana tidak dipilih menganggotai semula kabinet” ataupun “mempunyai hubung kait dengan kemelut UMNO di Perlis yang turut menyaksikan Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.”

Sumber-sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa perletakan jawatan Radzi adalah “sebahagian daripada percaturan politik pihak-pihak yang mendominasikan Abdullah selama ini.”

Kata sumber-sumber itu lagi, “ini kerana ada pihak mendapati Radzi sebagai batu penghalang utama kepada beberapa usaha yang mahu dilaksanakan oleh pihak terbabit menerusi UMNO.”

Siapakah pihak-pihak berkenaan? Mengapakah Abdullah seolah-olah akur kepada mereka? Apakah bentuk “usaha” yang mahu mereka laksanakan menerusi UMNO, tetapi tertangguh akibat Radzi sebagai penghalang utamanya? – Ruhanie Ahmad

1 comment:

shahbandarmalakat said...

TAK ADA PAKSAAN

Selesai saja Pak Lah membuat pengumuman nama nama Kabinet barunya dengan di dahului nama beliau sebagai PM , beliau di tanya oleh wartawan sama ada Pak Lah di tekan oleh pihak tertentu untuk terus menerajui Malaysia sebagai PM.( wartawan bertanya tentu ada sebab ,ini mungkin melihat keadaan rakyat di bawah yang banyak mendesak Pak Lah berundur..tapi Pak Lah macam tak peduli buat pekak tak kesah, telah menimbulkan banyak persoalan).

Persoalan ini masih bermain di kepala, benarkah Pak Lah tak di paksa oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan untuk terus meneraju Negara? Kalau benar siapa? Mengikut logik orang biasa, Pak Lah tak boleh claim rakyat masih sukakan dia hanya sebab BN masih bolih tubuh kerajaan walhal lima 5+1 negeri kalah ,jadi ikut logik orang biasa memang sepatutnya Pak Lah berundur.

Kalau Pak Lah kena paksa oleh orang tertentu itu bermakna berbahaya..

sila layar


http://siraltalmustaqim.blogspot.com/