Tuesday, March 18, 2008

Kabinet Baru Untungkan Singapura?

Di bawah ini saya siarkan sepenuhnya komen seorang pengunjung blog ini yang menggunakan nama Pemerhati. Kandungannya amat memeranjatkan. Komen beliau adalah seperti berikut:

Salam kepada Datuk dan pembaca. Kawan tidak terkejut barisan kabinet hari ini. Adakah anda tahu kabinet ini menguntungkan negara jiran selatan kita? Masih ragu dan tidak mempercayai? Tunggu dan lihat. Anda tentu tidak menyangka sama sekali apa akan berlaku tidak lama lagi. Anda perlu ingat mengapa menantunya (Khairy Jamaluddin) berada di negara jiran (berkenaan) selepas PRU12. Tolong fikir demi kedaulatan tanah air kita tercinta. Salam Perjuangan Anak Johor. – Pemerhati, 18 Mac 2008, jam 7:54 malam.

Saya tidak dapat pastikan maksud sebenar komen di atas. Mungkinankah “negara jiran” yang dimaksudkan adalah Singapura? Apa kena mengena kabinet baru Malaysia dengan Singapura? Apa pula kaitan barisan kabinet tersebut dengan pemergian Khairy ke Singapura? Adakah Khairy di Singapura untuk mendapatkan nasihat pihak tertentu bagi kabinet ayah mertuanya?

Susah untuk dirasionakan komen di atas. Tetapi, dalam keadaan mutakhir ini, yang mustahil mungkin jadi realiti. Mungkinkah begitu? Contohnya, desas-desus kini amat kencang mengatakan bahawa sebuah entiti perniagaan yang besar dari sebuah negara jiran tertentu dikatakan akan membeli saham di sebuah syarikat penjana tenaga letrik tertentu di negara ini tidak lama lagi. Siapakah syarikat dari negara jiran itu, dan siapa pula syarikat penjana kuasa letrik yang berkenaan? Kita tunggu dan lihat apa perkembangan selanjutnya di era Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU12! – Ruhanie Ahmad

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Temasek Holding nak beli sebahagian TNB setelah TNB untung 1.54 bilion ?

testing said...

Dalam keadaan sumber alam dan tenaga yang makin lama berkurang, memiliki saham syarikat utiliti memang menguntungkan - samada saham dimiliki untuk monetary gain ataupun dimiliki bagi tujuan kepentingan dan kuasa kepada pelabur. Saham Puncak Niaga, tak nak beli ke?