Sunday, March 16, 2008

Kekecewaan Rakyat Semakin Memuncak
Pak Lah Undurlah Sebelum Diundurkan..

Ruhanie Ahmad

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, sesungguhnya mengambil satu langkah yang tepat, jelas, tegas dan berani bila beliau mengirimkan sepucuk warkah mendesak Datuk Seri Abdullah Badawi meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk membolehkan “UMNO, BN dan negara” dipulihkan dengan jayanya.

Mukhriz bertindak begitu “atas sifat sayangkan bangsa dan negara” dan “dengan niat untuk menyelamatkan keadaan yang amat mencemaskan.” [kandungan penuh surat Mukhriz kepada Abdullah boleh diakses di lamanweb http://www.mykmu.net/]

Apa yang Mukhriz suarakan menerusi suratnya adalah sesuatu yang benar dan hakiki. Ia mewakili aspirasi majoriti rakyat jelata Malaysia yang memang marah dan kecewa dengan Abdullah. Keputusan PRU12 adalah manifestasi kemarahan dan kecewaan ini secara hitam-putih, terang dan nyata.

Saya sendiri merupakan antara ahli UMNO yang sejak November 2007, telah mendesak Abdullah meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan demi agama, bangsa dan tanah air. Contohnya, adalah beberapa posting saya selepas peristiwa gelombang kuning akhir tahun lalu.

Beberapa komen pembaca yang saya paparkan di sidebar blog ini adalah bukti-buktinya. Contohnya, saya bertanggungjawab memaparkan komen Kakitidur sejak 30 November 2007, untuk tatapan pengunjung blog ini hingga ke saat ini.

Gelombang Rakyat

Komen berikutan kebangkitan gelombang rakyat mulai akhir 2007, berkata: (Abdullah) bertaubatlah dengan melepaskan jawatan kerana sekarang anda telah jauh menyimpang dari apa yang anda laungkan dahulu. Anda tersesat jalan kerana dipimpin oleh seorang anak muda yang tiada berilmu akhirat. Kita rakyat Malaysia tidak mahu melihat anda kelak kecundang dengan limpahan fitnah dan dosa. Ingatlah, pepatah Melayu ada mengatakan, menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudia tiada gunanya!

Saya juga siarkan komen Kamal-Kamal sejak 18 Disember 2007, hingga sekarang. Katanya: Rakyat Malaysia tidak kerugian sekiranya Abdullah berundur dengan cara terhormat. Sebagai anak dan cucu ulama, saya rasa elok Abdullah bertindak sedemikian. Abdullah patut sedar, sebelum beliau melakukan lebih banyak kesalahan terhadap rakyat Malaysia, ada baiknya beliau berundur.

Komen Politica dalam blog ini pada 25 November 2007, saya cedok pula ke dalam buku saya Gelombang Kuning Gelombang Rakyat. Antara lain, Politica berkata: Rakayat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.

Satu lagi komen yang mendesak Abdullah berhenti seawal 26 November 2007, adalah daripada Penjaga Kandang Kuda. Komen ini juga saya siarkan dalam buku Gelombang Kuning Gelombang Rakyat. Antara lainnya, ia menyatakan: sambut dan terimalah cadangan rakyat jelata Malaysia dengan dada terbuka, dengan cara bermaruah, dan cara terhormat, meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan serta-merta.

Berikutan keputusan PRU12, saya poskan ke blog ini pada 4.56 pagi 9 Mac 2008, tulisan saya bahawa Abdullah wajar mengosongkan kerusi Pengerusi BN dengan serta merta dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kekecewaan Memuncak

Saya mengambil pendirian di atas kerana keputusan PRU12 membuktikan kekecewaan rakyat jelata terhadap Abdullah yang memuncak sejak demonstrasi gelombang kuning pada akhir 2007, bukannya ilusi.

Malangnya, sehingga kini, Abdullah tetap enggan menerima realiti ini. Beliau tetap yakin kepimpinannya masih mantap. Inilah dalilnya beliau memang dijangkiti sindrom penafian yang amat kronik.

Abdullah seharusnya sedar, BN hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Abdullah seharusnya insaf, prestasi BN di Wilayah Persekutuan amat menyedihkan. Abdullah seharusnya mengakui, gembar-gembor beliau untuk menawan semula Kelantan hanya berakhir dengan kekalahan teruk - yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

Namun begitu, pada Ahad, 9 Mac 2008, Abdullah berkata beliau “tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan."

Kini, warga maya Malaysia membuktikan wujudnya tekanan yang ditunggu-tunggu oleh Abdullah. Sejak tamatnya PRU12, berjuta-juta perkataan dikirimkan kepada berpuluh-puluh lamanweb tempatan pada setiap hari untuk menekan Abdullah supaya berhenti dengan serta-merta dan secara terhormat.

Sentimen marah dan kekecewaan rakyat jelata di peringkat akar umbi, termasuklah ahli UMNO dan pendukung BN, juga kian memuncak di seluruh negara.

Veteran UMNO

Beberapa veteran UMNO pula menghubungi saya bahawa UMNO akan hancur jika Abdullah tidak meletakkan jawatan dengan segera. Kata mereka, beberapa badan bertindak akan wujud. Mesyuarat cawangan-cawangan UMNO mulai April 2008, pula akan dijadikan saluran undi tidak percaya kepada Abdullah. Jika ini berlaku, Abdullah akan terguling secara hina.

Dalam konteks ini, Abdullah diingatkan bahawa veteran UMNO bukannya sekadar Tan Sri Aziz Tapa daripada Melaka. Veteran Ahli-Ahli Parlimen UMNO pula bukan sekadar Tan Sri Abu Zahar Ujang dari Negeri Sembilan. Jadi, jangan hanya berdasarkan kenyataan dua insan ini maka Abdullah berasa kumpulan veteran UMNO seluruhnya merestui beliau untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri sesudah PRU12.

Abdullah, insaflah. Apa yang saya suarakan menerusi blog ini sejak November 2007, sudah menjadi kenyataan. Iaitu, jika Abdullah terus dijebak sindrom penafian, BN akan kecundang dalam PRU12.

Desakan rakyat jelata yang mahukan Abdullah berhenti jadi Perdana Menteri juga sudah diterjemahkan dalam bentuk undi menerusi PRU12.

Kini Abdullah masih diberi peluang untuk mengundurkan diri secara terhormat dengan seberapa segera. Jika Abdullah gagal, kemungkinan besar beliau akan menerima pengadilan rakyat. Kemungkinan besar akan ada pihak yang akan melancarkan sesuatu tindakan aman, tetapi berkesan, untuk menyingkirkan Abdullah.

Warkah Desakan

Lantaran itu, Abdullah perlu akur kepada kehendak rakyat. Lantaran itu, janganlah Abdullah dan mana-mana pihak mempolitikkan warkah desakan daripada Mukhriz. Lantaran itu, Abdullah perlu bebaskan diri daripada belenggu denial syndrome dan mengosongkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera.

Kini banyak pihak menerima maklumat bahawa menantu Abdullah dikatakan sedang dalam persembunyian di sebuah “pulau” di selatan Semenanjung. Ini membuktikan dia mungkin sememangnya talibarut kepada kuasa “di pulau” berkenaan.

Oleh itu, jangan diperlekehkan suara rakyat ketika ini. Suara ini berada di mana-mana. Suara ini muncul dalam bentuk warkah desakan Mukhriz, tulisan saya menerusi blog, kain rentang desakan yang mula dikesan terpampang di beberapa lokasi di seluruh negara, dan lebih penting lagi, terbukti menerusi keputusan PRU12.

Abdullah, insaflah. Kini sudah ramai rakyat jelata menyatakan bahawa anda adalah “merak buih” yang jadi punca kepada seluruh bencana mutakhir ini. Oleh itu, jangan anda tipu diri sendiri dan jangan anda terus terpedaya dengan kata-kata manis pencipta mimpi [the dream makers] dan kumpulan pedagang mimpi [the dream merchants] yang kini berada di sekeliling anda. Kelompok ini adalah sokong membawa rebah.

Abdullah. Dengarlah kehendak rakyat. Hormatilah tuntutan rakyat. Akurlah kepada suara hati rakyat. Kosongkanlah kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan serta-merta demi agama, bangsa dan negara!

29 comments:

Unknown said...

Salam Dato,

Saya orang Melayu bukan ahli UMNO. Tinggal di KL. Sejak PR'70an saya tak pernah undi pembangkang sehinggalah 2008 bila saya 'terpaksa' undi DAP. Sebabnya saya langsong tak percaya malah benci pada Pak Lah. Dulu masa baru jadi PM saya cukup sanjung dia. Percaya yang dia betaraf tinggi ugama dengan lagu berlandas ugama Damai Abadi - cari al Ghazali ...semuanya baik2 belaka. Tapi semenjak temuramah di TV yang dia kata "... anak saya tak pernah dapat kontrek kerajaan..." yang jelas bohong, saya dapati lepas itu apa jua yang keluar dari mulutnya semua bohong. Saya tak dengar dia cakap benar. Saya tak faham macam mana dia boleh menampilkan dirinya berpegang kuat kepada ugama Islam tapi lakuan sebaliknya ...berbeza utara selatan. Apa juga dia buat kebanyakan nak menguntungkan keluarga dia ... kalau kroni pun dia mahu untung juga. Macam mana saya nak sokong dia terus perintah negara saya? Tempat saya mengundi cuma ada pembangkang DAP. Saya tak suka DAP kerana perkauman kuat. Tapi kerana nak protes saya terpaksa undi DAP. Kebanyakan kawan2 dan saudara mara saya bersependapat dan bertindak macam saya.
Saya percaya pak lah faham kenapa BN kalah teruk tapi buat2 tak faham. Apa sebabnya dia nak kekal sebagai PM? Kerana nak jaga kepentingan keluarga, samada disegai kewangan mahupun salahlaku dari didedah/diambil tindakan (ECM Libra dll). Kalau penggantinya sebagai PM boleh gerenti 'tutup sebelah mata' dan jaga kepentingan keluarganya, dia akan berundur. Kena tarik harga dan negotiate baru boleh dapat apa dia mau. Kalau pak lah berundur, insyallah PRU13, kurang2 Selangor, Perak balik ke BN. Parlimen boleh dapat 2/3. Ramai pengundi semacam saya.
Salam.

Gonzales said...

En Ismail,

Saya pun sependapat dengan encik. Malangnya PM masih lagi 'tidur' tak tahu message dari rakyat. PM hanya dapat message dari pembodek-pembodek kerajaan. Saya cadangkan PM buat survey kekalahan teruk BN dan apa yang rakyat mahu BN lakukan. Kemudian paparkan soalan dan jawapan pilihan ke TV dan akhbar untuk dijawab oleh rakyat melalui SMS.
Jika tindakan yang akan dilakukan tidak menepati kehendak rakyat, saya percaya PRU akan datang menyaksikan Tsunami yang lebih besar, berskala 9 (Tsunami PRU12 berskala 5).
Maka sedarlah.

An~Nahli said...

saya ahli umno sejak mula layak jadi ahli dan setia kpd bn. isu rasuah, kronisma dan 'badan kehakiman' membuat saya beralih arah sejak 1999.

pak tam said...

saya tidak faham kenapa pengampu2 besar disekeliling Pak Lah masih lagi membisikkan kata2 yang indah, kata2 yang manis ke telinganya, kenapa tidak sahaja berterus terang kepada Paklah , yang beliau sudah tidak lagi diperlukan oleh orang melayu, UMNO dan gabungan parti komponen BN.

Kenapa anda pengampu2 ini terus menyokong beliau, sedangkan ada mengetahui keadaan yang sebenar,

Adakah anda pengampu2 ini akan mendapat untung dari perbuatan anda itu...adakah anda hendak menunjukkan anda seorang yang setia kepada pemimpin itu.

Haruslah ingat UMNO bukan hak milik peribadi Pak Lah dan seluruh kaum keluarganya atau milik pucuk pimpinan UMNO, tetapi ianya milik orang Melayu yang telah lama berkorban untuk UMNO dn negara tanpa meminta apa2 pengertian dari Presiden UMNO, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO....

Kepada mereka yang sayangkan UMNO ini, berilah gambaran yang sebenar kepada Paklah, bahawa YAB Presiden UMNO perlu berundur sebelum kebencian ini akan menjadi barah ........

Pretentious said...

UMNO should just fire Mukriz for gross misconduct. Why should they tolerate somebody who is not good at apple polishing? Moreover, the emperor does not need to be told he is naked. Mukriz should be like Hishammudin or Azhar Ibrahim, good puppies asking to be patted for fetching the stick.

Mukriz, you may not have much hair but, damn, you got balls (excuse me language). Salute.

albukhary said...

Assalamualaikum
Tsunami PRU 12 sudah semakin reda bahananya walaupun di dua buah negeri yang dikuasai BN masih berantakkan dengan pemilihan MB yang baru. Kita biarkan mereka yang mempunyai kuasa untuk tentukan. Kini sudah tiba masanya untuk ADUN dan MP yang baru dipilih tak kira dari apa pegangan politik untuk bekerja dan buktikan kepada rakyat. Kalau bercakap banyak dan setakat retorikpun tak ada gunanya. Kepada Yang Berhormat beragama Islam (dan sudah tentunya Melayu) banyak agenda agama dan bangsa yang belum selesai. Inilah masa yang baik untuk membereskan apa-apa saja yang belum beres. Inilah masanya untuk menunjukkan yang rakyat tak sia-sia balik kampung untuk mengundi anda. Jangan kerana laparkan kuasa dan jawatan, anda yang dulu hebat bersuara kini menjadi bisu tiba-tiba. Sekadar peringatan sekiranya terlupa, saya ulangi semula beberapa agenda agama dan bangsa yang belum selesai. Pertama, permasalahan isu murtad sampai kini masih menjadi tanda tanya. Persoalan ini perlu dibangkitkan semula kerana ia melibatkan soal agama. Yang kedua ialah isu bahasa dalam sains dan metamatik. Kembalikan pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa Melayu. Kita masih belum terlambat untuk berpatah balik. Jika kita tidak berusaha, suatu hari nanti anak-cucu kita akan menjadi mangsa kejahilan dan kebebalan kita semasa berkuasa. Isu yang ketiga, pertahankan hak tanah rezab Melayu yang semakin hari semakin terhakis. Jangan jadi pak angguk samada di parlimen atau di DUN dan mengiyakan saja apa-apa pindahan terhadap tanah rezab Melayu yang ternyata nanti akan merugikan bangsa dan negara. Sebenarnya masih ada banyak lagi isu orang Melayu selain di atas yang perlu diberi perhatian. Akan tetapi jika tiga isu utama ini dapat diselesaikan maka sudah tentu memberi kelegaan dan kepuasan kepada orang-orang Melayu. Akhir kalam, kepada semua Yang Berhormat tak kira UMNO, PAS mahupun PKR selain dari menjalankan tanggungjawab anda membantu dan menyelesaikan permasalahan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik jangan lupa tanggungjawab anda kepa agama Islam dan bangsa Melayu. Kepada calon-calon yang kecundang, ini bukan berakhirnya ceritera perjuangan anda. buktikan kepada rakyat yang anda berjuang bukan pada pangkat dan harta tetapi kerana anda adalah berjiwa rakyat. Lupakan persengketaan dan akhirnya kepada semua :istiqamah dalam perjuangan.

Unknown said...

Salam Dato'. PRU12 bukna lagi signal tapi hakikat yang hakiki mahu Pak Lah berundur. Kami dah jelak dengna penipuan demi penipuan yang disuarakan oleh Pak Lah. Demi agama, bangsa dan negara, berundurlah Pak Lah sebelum anda diundurkan.

Saya dan kaum kerabat, saudara mara pasti akan terus memberi undi kepada BA sekiranya, Pak Lah masih memegang teraju pemerintah dan Umno.
Saya rasa Pak Lah sedar tapi enggan mengakui dan tak mahu berundur kerana mahu enjamin menantu kesayangannya dapat dilindungi daripada pelbagai serangan dna kecaman.

Saya tak nampak faktor yang lebih besar daripada itu walaupun apda hakikatnya semua faktor yang menyebabkan kekalahan BN adalah besar.
Rahim Zain

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya nak minta tolong Datuk sikit ni. Jika Datuk ada hp no. pemimpin2 kanan umno, minta Datuk sms 'blog saya' kat mereka semua. Minta dia orang baca dari masa ke semasa. Dont forget Datuk Hisham and Datuk Noraini sebab dia orang sayap penting Umno.

2. Jika boleh minta dia orang tu baca sekarang juga. Sebab saya dah amat malulah dengan apa yang berlaku kat Umno sekarang ini.

3. Tq very much Datuk.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Ghazali Mohd Yahya said...

Assalmualaikum.

Asalnya saya tak mahu menambahkan kemelut yang sedia ada di dalam UMNO. Saya ahli UMNO dan saya sayangkan UMNO. Diwaktu kecil saya tidak pernah kenal parti politik lain selain UMNO, DAP dan PSRM (Parti Kepala Lembu). Rumah orang tua saya biasa menjadi bilek gerakan pilihanraya dan juga pejabat operasi UMNO cawangan.

Saya amat sedih dengan sebahagian besar pemimpin UMNO pada masa ini, termasuklah barisan kepimpinan tertinggi. Mereka seolah-olah merasakan jawatan yang mereka sandang adalah hak milik mutlak mereka, tidak boleh dikacau dan tidak boleh diusik sehinggalah mereka kalah atau sehinggalah mereka meninggal dunia.

Apabila meminta pendapat, mereka hanya hendak mendengar daripada mereka yang menyokongnya sahaja. Masalahnya; mereka yang menyokong itu berkepentingan peribadi, samada mahu pastikan jawatan Menteri kekal diberi, atau yang kalah mungkin dapat menjadi Senator.

Datuk Mukhriz menghantar surat kepada PM menggunakan bahasa yang amat bersopan dan berlapik, walaupun dia mempunyai pilihan untuk menggunakan sebaliknya. Surat itu pula adalah surat yang seharusnya "PRIVATE & CONFIDENTIAL" kepada PM selaku Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-Naib Presiden dan Setiausaha Agung.

Bagi saya, itulah cara yang paling betul yang patut dibuat pada ketika ini. Namun, saya sedih. Ada HANTU yang sengaja menyebarkannya diinternet untuk dijadikan tatapan umum. PM sendiri meng'war-war'kannya didalam satu temubual oleh sebuah stesen televisyen, walupun beliau mempunyai pilihan untuk tidak menjawab soalan yang diberikan oleh pengantara yang bertugas.

DS Hishamuddin pula nampaknya lebih sudu dari kuah. Sudahlah tidak berani membuat teguran kerana mungkin takutkan tidak dilantik semula menjadi Menteri, anak buah yang berkata benar telah ditempelak dan mahu dihukum.

Meminjam kata-kata ahli akar-umbi sewaktu saya rewang di Klang (dalam DUN MERU) malam tadi,"HISHAMUDIN PERLU KURANGKAN CAKAP KALAU CAKAPNYA CUMA UNTUK MEMBODEK BOSS. KALAU TAKUT NAK CAKAP YANG BENAR, JANGAN PULAK NAK BUNUH ORANG YANG BERANI BERCAKAP BENAR. JANGAN BERTINDAK 'SOKONG MEMBAWA REBAH'.

Terima kasih.
Ghazali.

rudy bluehikari said...

sudahlah kerusi tinggal 140. nak dipecatnya mukhriz yang bersuara bagi pihak rakyat yg tak suka paklah mcm kita semua ni. Nanti kalau 35 MP cabut masuk PKR baru tau langit tu rendah. bertukar terus PM ke BA.

Aduhai Paklah...

Azmin said...

Assalamualaikum,

Saya bukanlah individu yang berminat dengan politik. Selama ini saya tidak pernah pun tergerak untuk mendaftar sebagai pengundi dan menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi.

Kebiasaannya, saya lebih berminat dengan sikap "non-partisan" setiap kali isu-isu politik diperdengarkan.

Tetapi, sejak era pemerintahan Pak Lah saya merasakan sikap "non-partisan" saya tidak membawa faedah kepada diri sendiri. Saya perlu bersuara, melakukan perubahan walaupun dengan satu undi.

Saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2007. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai pengundi bagi tahun ini.

Dengan niat untuk menyuarakan perubahan, saya memangkah parti pembangkang agar pemerintah tahu rakyat yang pendiam seperti saya ini dan masih ramai di luar sana sudah letih untuk berdiam diri dan biar diperbudak-budakkan dengan alasan-alasan yang dangkal.

SEDARLAH!! Kami sudah bersuara..

serling said...

USAH TUNGGU LAGI !

Hadir mula sebagai tetamu
Gembira ikut serta di kalbu
Moga selamat umat melayu
Juga kaum lain yang terkedu

Sesat di hilir, mudik ke hulu
Penat berkayuh, sendiri tahu
PRU 12 baru sahja seminggu
Tsunami politik, BN terkedu

Pak lah sendiri memberitahu
Wawancara khas niat tertentu
Mesej rakyat tak senang kalbu
Hasil undian seperti kita tahu

Dalam tangani situasi berlaku
Penyebab kejadian wajib tahu
Sekadar sebut sebab, tak perlu
Kerja perawatan tak pilih bulu

Faktor pak lah beserta menantu
Kerja buat mereka gaya sepadu
Macam tsunami, KJ loncat laju
Tanpa jadi exco, KJ hampir satu

Gerak KJ juruskan UMNO layu
Politiknya, agar dirinya terbantu
Proksi KJ banyak tempat ketemu
Macam si anwar, mentornya dulu

Terhutang budikah pada menantu
Atau KJ hebat sangat punya ilmu
Risikonya pak lah jadi haru biru
Ahli UMNO tegur,kata cemburu

Padah teguran Tun M diam bisu
Masa berkuasa, dinasti tepi dulu
Nasi jadi bubur, susahlah dibeku
Terbaik elok pak lah undur dulu

serling
[16.03.08]
ahad
...

p/s:
-ubahsuai seperti tersiar di laman lain .

Unknown said...

Salam Dato,

Yang pertama-tamnya, saya ingin mengucapkan tahniah diatas kemenangan anak suaudara Dato di Prt Sulong.

Seperti yang Dato sudah maklumkan, Datuk Mukhriz telah melakukan apa yang patut dilakukan oleh orang melayu yang berada didalam parti. Pak Lah begitu nyenyak tidurnya sampai tsunami datang bergulung pun masik tidak sedarkan diri.
Seperti almarhum Tenku juga pak lah hanya ingin menjadi hapiest PM in the world, tak sedar apa yg berlaku dibawah. Perjuangan Datuk Mukhriz mesti di bela.
Umno tidak harus dipandang hina, pak lah mesti di sedarkan.
Khabarkan pada Hishamuddin jasa almarhum Tun Hussein adalah melepaskan jawatan kpd
Tun Mahathir. Itulah jasa terbesar beliau. Jgn malukan almarhum Tun Hussein dgn menjadi pembodek, penjilat mengadai maruah bangsa

zeme said...

Salam Datuk,

Saya memuji sikap Datuk Mukhriz Mahathir (DMM) yang berani utk menyuarakan dan menyampaikan warkah yang bermakna buat Pak Lah. Warkah ini sekiranya dilihat dari sudut pemikiran positif oleh Pak Lah ia sebenarnya bukan hanya lahir dari luahan DMM semata-mata tapi mewakili suara akar umbi ahli UMNO khasnya dan rakyat malaysia amnya.

Amat pelik kenapa Pak Lah masih membutakan mata, memekakkan telinga, mencetekkan akal, menidak mikirkan minda utk melihat apa yang tersurat dan tersirat dalam warkah yang lahir dari kalangan ahli UMNO sendiri. Atau Pak Lah sendiri sudah menidakkan hak ahli UMNO dalam kebebasan menyuarakan pendapat demi kebaikan parti tanpa mempedulikan perlembagaan parti.

Saya tertarik dgn saranan YBM Tengku Razaleigh agar diadakan Perhimpunan Khas UMNO pada 11 Mei ini bersempena dengan hari ulangtahun penubuhan UMNO agar Pak Lah bersua muka dan bermuasyarah dgn ahli² UMNO dalam isu² terkini yang dihadapi dalam kepimpinan parti UMNO bukan sekadar hanya melakukan muasyarah dgn MT sebelumnya. Ianya elok diadakan Perhimpunan Khas UMNO sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2008 diadakan kerana kemelut kepimpinan Pak Lah sudah meruncing umpama retak menanti belah, parti semakin terbelah, kelemahan ketara pimpinan Pak Lah, melayu UMNO yang mendapat lelah, jangan sampai melayu semakin berbalah, maka buat Pak Lah tak usahlah terusan angkuh dan bermegah, berundurlah sebelum disanggah..

Wasalam

maskadove said...

saya tak tau pak lah ni imam hadari jenih apa. cukup teruk perangai dia, penuh dengan sikap munafik. La ni dia guna TV3 untuk tunjuk muka kesian dia... piiiiraahh. hanya mereka-mereka yang bodoh lagi bodek akan terpengaruh dengan pentas teater yang sedang pak lah mainkan. keperibadian sebenar pak lah hanyalah indah kabar dari rupa. Pada hemat saya bukan pak lah saja patut melepaskan jawatan.. hishamudin pun sama

pinkturtle said...

Undurlah pak lah cepat...

http://www.photoblog.com/pinkturtle/2008/03/14/

Fikir Tajam said...

Salam hormat Datuk Ron,

Media masih terus-terusan 'spin' berita ikut rentak lama. Bagaikan tiada apa yg berlaku. Wajah-wajah basi yg kumal/jelek/mahing terus mewarnai dan menguasai media di waktu prima.

Sedangkan:

1. Ledakan nuansa politik yg semakin meruncing begitu dirasakan Rakyat terbanyak. Barangkali mereka mahu dihenyak dan tersungkur baru nak insaf. Hishamuddin Keris masih menyalak lagu yg sama. Bahlol ni macam mana boleh jadi Menteri Pelajaran pun tak tahu. Minda mediocre. Yg dia tahu hanya memekik "Kami sokong! Kami berdiri teguh di belakang Pak Lah! FUCK LAH!

2. Tatkala para juak-juak UMNO masih berperangai BANGSAT si Pengkhianat Anwar dan KJ sedang mengatur percaturan membeli sokongan Amerika dan Singapura. Percayalah jika Dolah dan kabinet SANGAP dan TONGONG terus memainkan lagu yg sama dalam seminggu dua saja ini akan berlaku suatu KEJUTAN BESAR yg AMAT DAHSYAT di tanahair tercinta ini. Percayalah KEBENCIAN RAKYAT kian MEMBUAK-BUAK. Sikap Dolah, Hishamuddin Keris, Shahrir Samad, Musa Hitam, Zahid Hamidi, Khir Toyo, Shahrizat, Rafidah, Ong Ka Ting, Kayveas dan lain-lain komponen BN yg BUTA, PEKAK, BENGONG, BAHLOL, JIBAOK, BRENGSEK, SAMDOL dengan terus-terusan merakamkan sikap:

KETIDAKAPA-APAAN
SOKONG MELULU
BACUL
DAYUS
TAK BERJATIDIRI
BANGSAT
BENGONG
BENDUL
MENTAL DISORDER
PSIKOSIS

akan MEMBINASAKAN

BN
UMNO
MCA
MIC
PPP
PBS
SUPP
PBDS
dll

serta
MERANAPKAN EKONOMI
MEMUSNAHKAN MASA DEPAN ANAK BANGSA
MELACURKAN HARAPAN BANGSA
MEMPERJUDIKAN KELANGSUNGAN BANGSA
MEMPERKOTAK-KATIKKAN RAKYAT
MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI

maka

TUNGGULAH BAHANA DAN JENTAKA
MENYERGAH KE URAT LEHER KALIAN!

BANGSAT!
KEPARAT!
LAHANAT!

Apa punya sundal yg meratah benak kalian sampai jadi BENGAP/TAK BOLEH BERFIKIR WARAS!

Kami RAKYAT
BERSUMPAH ATAS NAMA MALAYSIA TANAH LELUHUR PUSAKA BONDA INI
BAHAWA SETITIS DARAH DAN AIRMATA BONDA DAN MOYANG YG MENGALIR AKAN KAMI TEBUS DENGAN API
DENGAN HATI YG MENYALA
MEMBUAK RASA
WALAU KELAK KAMI TERPAKSA MELETUPKAN DIRI DEMI IBU PERTIWI!

TATKALA RTM & MEDIA PRIMA TERUS MELAGUKAN EPILOG "TAK APA", "TAK ADA APA-APA", HATI KAMI TERBAKAR! YA KAMI YG BERNAMA RAKYAT! HATI RAKYAT TERBAKAR! HINGGA DATANG IDEA UTK AKU MELETUPKAN HISHAMUDDIN, MELETUPKAN DOLAH DI AMBANG KUASA PENUH PONGAH!

cakapsiang said...

Saya dan joriti kawan-kawan saya ahli UMNO menyokong 101% tindakan Dato' Mukriz. Sesiapa sahaja yang mengutuk tindakan beliau akan diketepikan oleh majoriti ahli. Orang-orang seperti Hishamudin, Ketua UMNO P.Pinang dan Ketua Umno Selangor akan menerima padahnya. Sesiapa lagi yang jadi pengampu sila jelmakan diri supaya senang kami menyaring ketua-ketua yang berwibawa di masa hadapan.

zack said...

salam datuk

datuk, kita perlukan seseorang yg berani mcm Mukhriz...saya sedih dgn semua ahli MT UMNO, tidak ada seorang pun yang berani..semua tau hendak membodek

Admin said...

Boss
Teruk nya keadaan ini,

pemerhati said...

Salam Dato.. Kawan nak tambah pandangan sikit dari komen MASKADOVE said :
saya tak tau pak lah ni imam hadari jenih apa. cukup teruk perangai dia, penuh dengan sikap munafik. La ni dia guna TV3 untuk tunjuk muka kesian dia... piiiiraahh. hanya mereka-mereka yang bodoh lagi bodek akan terpengaruh dengan pentas teater yang sedang pak lah mainkan. keperibadian sebenar pak lah hanyalah indah kabar dari rupa. Pada hemat saya bukan pak lah saja patut melepaskan jawatan.. hishamudin pun sama..

KAWAN SOKONG PANDANGAN ..
Mengapa Imam Hadari menyerapkan pekerja wanita GRO bergaji Rm 300 sehari di Kelab Sayang Pak Lah..
Persoalannya apa tugas kerja wanita GRO dan mengapa Pak Lah bayar begitu mahal gajinya..
Kawan berharap semua Ketua Bahagian UMNO sedar perjuangan parti dan ikut seruan pandangan Ahli Parlimen Jerlun.

Salam Perjuangan demi kedaulatan negara tercinta.

Unknown said...

Salam Dato'.
TERLALU banyak faktor yang menyaksikan peralihan atau perubahan angin pada PRU12 dengan keperibadian Khairi Jamaludin (KJ) menduduki carta di atas bersaing dengan faktor keangkuhan, kesombongan dan kerakusan pemimpin Barisan Nasional (BN) menerusi kroni mereka dalam meratah aset negara. Mungkin mereka terlalu lama berkuasa sehingga semua rintihan dan suara rakyat dianggap seperti anjing menyalak bukit. Beberapa kenyataan menteri terlalu sensitif hingga lukanya tidak sembuh-sembuh dan keskitan itu diterjemahkan pada PRU12 yang lalu.

Kenyataan pelbagai pihak bahawa tsunami politik yang berlaku telah mematahkan satu percubaan mengambilalih kepimpinan negara oleh golongan muda yang dibuat secara terurus dan terancang menerusi PRU12 untuk perubahan politik secara drastik, menjelaskan apa yang tersirat.

Saya mengambil contoh kenyataan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu yang membidas dengan angkuh hingga mengguris hati orang Melayu dengan pelbagai kenyataan yang sehingga ke hari ini tidak boleh dimaafkan. Antaranya, Samy Vellu pernah berkata, apakah Quran boleh bina lebuh raya? Dan ketika rakyat membantah kenaikan tol yang melampau, dia dengan angkuh dan sombong berkata,’ jika tak suka bayar tol, boleh ikut jalan lama, satu minggu baru sampai Penang, jika bayar tol, empat jam saja sampai.

Begitu juga dengan sikap dan tutur kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Anak didikan Tun Mahathir yang kemudian mengecam mahagurunya sebaik kuasa tampok pemerintahan beralih kepada Pak Lah yang dilantik oleh Mahathir menjadi PM. Bukankah orang Melayu itu kaya dengan budi bahasa hinggakan menegur beralas dan marah pun di dalam sinis. Tindakannya menutup dua MRSM di Besut dan Dungun kerana marah kepada Dato’ Seri Hadi Awang, menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya dia hingga menungkah hukum fardu kifayah. Inikah pejuang Melayu?

Kenaikan minyak dan tol adalah faktor yang mengancam keharmonian dan keselesaan penduduk. Pak Lah dan anggota kabinet tidak sedikitpun menunjukkan simpati kepada suara rakyat. Setiap kali harga petrol dan tol naik, Pak Lah atau Najib akan memberi jaminan ia tidak membebankan rakyat kerana harga barang tidak akan naik. Malah sehari sebelum PRU12, Pak Lah pernah berkata jika harga petrol naik (membuktikan kerajaan BN sedia menaikkan petrol selepas PRU12), ia tidak akan membebankan rakyat? Benarkah? Rakyat bukan hidup pada era 60-an atau 70-an. Tahukah Pak Lah dan Najib, kenaikan kadar tol dan petrol membunuh institusi keluarga? Berapa kerap anak-anak balik ke kampung menziarahi ibu bapa dan saudara mara? Ia mungkin perkara remeh tapi kekuatan orang Melayu adalah pada insitusi keluarga.

Namun, faktor di atas bukanlah fokus yang hendak diperkatakan kerana umum sudah mengetahuinya tapi ramai kecut perut untuk memaparkannya. Saya suka mengajak umum mengimbau dua faktor yang mungkin ramai agak terlupa. Dua faktor yang saya rasa membawa padah kepada BN yang tidak kurang hebatnya iaitu unsur SPR dan laungan ’Tahun Merawat Kelantan’. Rakyat memang mual dan jelik dengan sikap Pengerusi SPR Tan Sri Rashid. Apatah lagi bila dia mencabar pengundi supaya melakukannya di peti undi. Akibatnya, cabarannya disambut dan hakikatnya, BN hilang majoriti 2/3 dan lima negeri.

Tapi bukanlah soal sikap Rashid yang hendak saya tekankan tapi tindakannya dalam melakar persempadanan semula selepas pilihanraya 1999, ternyata memakan diri sendiri. Resepi yang dirumuskan kini bagai racun yang meresapi urat saraf BN. Setiap persempadanan semula mengambil kira jumlah pengundi dengan objektif yang mana satu daripadanya ialah mengecilkan bilangan penduduk untuk memudahkan wakil rakyat atau Ali Parlimen memantau kawasan mereka. Tetapi Rashid melakukan sebaliknya semata-mata untuk memastikan calon BN menang. Saya mengambil contoh Parlimen Baling. Pada PRU 10 pada 1999, calon Pas yang diwakili oleh bekas imam nombor satu Masjid Negara, Ustaz Taib Azzamudin menang dengan jumlah pengundi di kawasan berkenaan sekitar 48,000. Tapi persempadanan semula selepas pilihanraya, menjadikan saiz penduduk di Baling meningkat hampir kepada 70,000 orang dengan memasukkan beberapa kawasan yang diduduki kaum India. Strategi itu berjaya dan BN menang menerusi Datuk Mashitah Ibrahim.

Tapi, manusia merancang, Allah juga merancang. Pada PRU12 yang baru lalu, Allah ’cuit’ sedikit saja hati pengundi di kalangan orang India dan Cina, akibatnya, berlakulah tsunami yang menyaksikan BN kalah di lima negeri. Nasib baik, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tiada Dewan Undangan Negeri. Aspek persempadanan semula perlulah dikaji dengan rasional, sistematik, komprehensif, bukan mengikut nafsu kerana implikasinya begitu besar seperti apa yang berlaku pada PRU12. Apakah persempadanan semula akan dilakukan kerana peruntukan membenarkan ia dilakukan setiap sedekad.

Menyentuh isu Kelantan, saya sebagai rakyat biasa begitu kecewa dengan kerakusan dan kata-kata penghinaan kepada rakyat kelantan. Saya marah kerana mengapa UMNO yang kononnya memperjuangkan hak orang Melayu mahu merobek negeri Melayu itu. Kita hairan kenapa UMNO berdiam diri ketika jumlah kerusi yang dimenangi mengatasi MCA dan Gerakan di Pulau Pinang dalam beberapa PRU sebelum ini, mereka tidak mengambil kerusi Ketua Menteri sedangkan perjanjian menyatakan ia patut diberikan kepada UMNO. Sikap hipokrit UMNO inilah yang membuat ramai orang marah kepada parti Melayu itu.

Tapi kita agak terkejut namun bersyukur kerana akhirnya ada juga suara dari pemimpin UMNO yang mahu, parti itu insaf supaya tidak lagi mengganggu Kelantan. Sekalipun sudah terantuk baru nak tengadah, ia mungkin datang dari keinsafan yang tulus. Anehnya, dialah yang bersungguh-sungguh menyiarkan propaganda kemiskinan di Kelantan sepanjang tempoh kempen dan keganasan Islam di Batu Burok. Terima kasih Datuk Seri Zainuddin Maidin kerana propaganda itu sebenarnya memakan diri sendiri.

Terima kasih juga kepada TV3 kerana rancangannya Bersamamu banyak memaparkan kemiskinan di seluruh negara, bukan di Kelantan saja. Ia secara tak langsung menjawab kempen propaganda RTM sepanjang tempoh kempen pilihanraya yang saban masa memaparkan kemiskinan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Begitu juga propaganda insiden Batu Burok yang dilakunkan semula. Sorotan propaganda itu yang disamakan dengan intifida di Palestin, seolah-olah menggambarkan orang Islam di Batu Burok memerangi kezaliman Yahudi (Polis).

Laungan ’Tahun Merawat Kelantan’ sebenarnya satu kenyataan yang menghina rakyat negeri itu. Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dan KJ persis menyifatkan orang Kelantan sakit, bengong, biul, dungu dan pelbagai lagi yang boleh menyebabkan mereka naik marah dan benci kepada BN. Tahukah Najib dan KJ bahawa orang Kelantanlah yang ramai di kalangan cerdik pandai atau intelektual, memiliki kereta mewah, rumah besar, ahli perniagaan dan paling ramai menjadi saudagar emas. Tahukah BN bahawa anak-anak nelayan, petani, pengayuh beca ramai yang menjadi professional kerana rezeki mereka yang berkat dan dirahmati Allah.

Sudah tiba masanya, BN dan pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan insaf dan muhasabah diri. Sayangilah negeri anda sebagaimana kami orang-orang Melayu dan Islam di sebelah sini menyanyanginya. Kerajaan pusat perlu menghentikan segala deraan dan pelbagai sekatan. Komitmen kerajaan Kelantan yang diterajui manusia kudus dan ikhlas, Tok Guru Nik Aziz sepatutnya disokong bukan dicerca. Dalam keadaan ditekan tanpa bantuan, kerajaan kelantan masih mampu menjana ekonomi walaupun perlahan, mampu membayar balik hutang kerajaan pusat, mampu membina insan yang diredahi. Kerajaan pusat kini perlu mengubah persepsi dengan menghulurkan tangan membantu memajukan Kelantan mengikut acuan kepimpinan negeri itu.

Bantulah mereka untuk kebaikan bersama kerana rakyat negeri itu juga membayar pelbagai cukai. Kenapa hak mereka diketepikan? Kepimpinan bersandarkan Islam sudah membuktikan keupayaan menjana pembangunan sekalipun perlahan akibat pelbagai sekatan. Bukankah, ini peluang terbaik untuk membuktikan kepada orang bukan Islam bahawa kepimpinan Islam mampu menjana pembangunan yang seimbang, bersih dan adil? Salahkah kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO bersama menjayakan misi ini? Kelantan mempunyai sumber asli gas. Kenapa tidak dibangunkan demi kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya? Kenapa ketika Datuk Seri Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PBS mengalah BN, royalti minyak tidak dipotong? Kenapa ketika Pas memerintah Terengganu pada 1999-2004, royalti minyak ditarik balik, sebaliknya diberikan kepada UMNO Terengganu atas nama wang ehsan?

Hakikatnya, banyak lagi faktor yang menjadi punca kemerosotan sokongan terhadap BN yang bukan sekadar memerlukan ’post-mortem’ tapi pelaksanaan yang telus, ikhlas dan amanah.

Aim6382 said...

Assalammualaikum Dato'

Nampaknya bukan rakyat saja yang hilang kepercayaan kepada Pak Lah ni, tapi Raja dan Sultan pun macam dah hilang kepercayaan juga. Lihat di Perlis dan Terengganu, kebiasaannya sebelum ini pihak istana tidak pernah menolak orang yang dilantik oleh PM untuk menjadi menteri besar.
Zaman Tun Dr Mahathir dulu pun ada sultan yang tak berkenan dengan perlantikan MB yang dipilihnya, tapi akhirnya sultan terima juga setelah mendengar nasihat dari Tun.
Kalau benar pihak UMNO/BN negeri-negeri tersebut benar-benar menyokong Pak Lah sebagai PM, mereka sepatutnya menyokong calon MB yang dipilih Pak Lah bukan menentangnya. Mereka tidak sepatutnya menerima sebarang perlantikan dari istana tampa persetujuan Pak Lah. Nampak seperti Pak Lah sudah hilang kawalan pada negeri-negeri tersebut.
Saya berpendapat wakil-wakil rakyat yang menolak calon pilihan Pak Lah ni sebenarnya telah menolak kepimpinan beliau dan apa bezanya mereka ni dengan Dato' Mukhriz yang menolak secara terbuka.
Pertanyaan saya, apa tindakan Pak Lah terhadap mereka ini yang jelas menentang dan menolak kepimpinan beliau?

Kamalkamal said...

Datuk,

Kita bukan hendak menuding jaring dan mengkambing hitam sesiapa atas kekalahan teruk BN dalam PRU kali ini.

Apa yang menimbulkan kemuskilan mengapa tidak ada pemimpin UMNO yang berani tampil menyuarakan apa yang sebenarnya perlu dilakukan selepas Tsunami politik melanda Malaysia.

Hanya Datuk Mukhriz dan YM Tengku berani menyuarakan hasrat dan harapan ahli UMNO supaya Datuk Abdullah Ahmad Badawi bertanggung jawab atas kekalahan UMNO/BN kali ini.

Penyatuan antara MM dan Tengku mungkin boleh mengubah senario politik UMNO yang mengamalkan dasar kipas mengipas demi kepentingan peribadi masing-masing. Ingatlah bahawa ahli UMNO akar umbi bencikan pemimpin yang hipokrit dan berjuang untuk kepentingan perut bukannya untuk kepentingan ahli dan rakyat.

Said Al Jefri said...

ASSALAMUALAIKUM

Undurlah PAK LAH.

Dah sampai masa UMNO kena overhaul.

UMNO kini sudah tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu.

Kalau dulu.... UMNO adalah Melayu ...Melayu adalah UMNO....

Kenapa jadi begini:

- Nama UMNO telah dicemarkan oleh Pemimpin UMNO sendiri

Dari Peringkat Cawangan sampai ke Peringkat Tertinggi.

Agenda Melayu bukan lagi jadi Objektif mereka tapi...

Agenda Duit, Harta, Pangkat adalah Objektif mereka.

Join aje UMNO, kemudian ada jawatan dah berangan dan pasang strategi untuk jadi kaya.

Tengoklah pemimpin diperingkat cawangan, bahagian, negeri ...dan Lebih-Lebih lagi peringkat Tertinggi...

- Suara UMNO sebenarnya bukan suara orang Melayu kerana kalau mesyuarat contoh peringkat cawangan hanya dihadiri 100 - 200 orang, adakah ini melambangkan suara penduduk setempat yang mungkin ada 500 - 1000 orang.

Dengan itu, suara UMNO hanyalah suara ketua cawangan dan AJK serta kroni-kroni mereka.

Dan pemimpin cawanganlah yang jadi pemimpin bahagian dan kemudian jadi pemimpin tertinggi dan hadir ketika perhimpunan agung...

Jadi UMNO sebagai Suara Melayu hanyalah dikalangan mereka jua..ketua, ajk dan kroni..

Inilah Masaalah yang sebenar...

Rakyat sudah tiada lagi tempat untuk bersuara, komplen, beri pendapat, mengadu dan akhirnya peti undi jualah tempat mereka mengadu...

-- Budaya Mengampu, Bodek, Feel GOOD, bukan aje kat peringkat tertinggi, tapi dari peringkat cawangan..

Ampulah, Bodeklah, FEEL GOOD akhirnya KAMPUNG TERGADAI...

- Akhirnya, Bukan Sahaja PAK LAH, Tapi semua Pemimpin (termasuk yg Perasan Pemimpin) Yg Ada Kepentingan Individu Sila Letak Jawatan..

Kalian semua yg telah Memalukan Orang Melayu & UMNO.

Kalian semua Tidak Layak gunakan nama UMNO.

Saya 100% setuju kalian semua hanya layak dipanggil : Kumpulan Elit Melayu (Jangan Perasan Sgt)( kerana dah bolot semua harta, kontrak dan tanah orang Melayu)

Jangan Sekali-Sekali Kalian Berani Gunakan Nama UMNO Lagi......

Kerana UMNO dah tak reda & rela dengan kalian semua.

Malaysia Boleh! said...

Buat apa disuruh Paklah resign!

Anwar, Kit Siang, Hadi tak suruh pon Pak Lah Resign!

Mereka lagi suka lagi lama Paklah bergayut dihujung kuasa, lagi ramai yang akan meninggalkan UMNO,
lagi besar tsunami yang akan melanda UMNO.

Mungkin PRU 13 nanti .. total rejection untuk UMNO dan akhirnya UMNO hanya terkandung dalam buku sejarah SPM.

Moral of the story, buat apa suruh Pak Lah resign!

bosan said...

Yes, paklah tidak perlu resign jika kita mahu lihat UMNO dan BN hancur dan musnah di saat ini, sekarang dan selamanya...

Paklah tidak perlu resign untuk kita rakyat dihidangkan dengan lawak bodoh paklah dalam menjawab saolan pemberita terutama dari luar negera..well...lepas tu entah ape ape..

Paklah tidak perlu resign untuk kita terus melihat munafik demi pemboongan imam besar hadhari ini dalam mempermainkan Islam untuk menunjukkan dirinya bersih..

Paklah tidak perlu resign untuk untuk terus menjual maruah negara dan mengadaikannya kepada singapura..

Banyak lagi faktor kenapa paklah tidak perlu resign, beliau masih ramai pengampu dan pembodek di sekeliling yang akan mencium tangannya..

Mampus UMNO !!!!
Hidup PAS dan PKR !!!

Husin Lempoyang said...

Go ... go dolah go
Go go
Go ... go dolah go
Go go

Dolah no goode

Unknown said...

I am so amazed to how oblivious a person can be. How on earth Pak Lah can still managed to be in a denial mode I do not know. For first time voters like me, given the current situation, it wasn't difficult a choice for us to choose who to represent us. Some of the UMNO leaders have shown us how arrogant, ignorant and stupid they are. Still they expect people to elect them to run this country. I'm half chinese and I don't appreciate the racist politics the UMNO people are playing. Even after 50 years we are still suspicious of the other races and I still could not comprehend that. Different races in US or UK for example, after many generations, they could actually assimilate themselves with the mainstream. But not here in Malaysia and in my opinion it is thanks to the BN for playing the racist card. To me KJ, Nazri Aziz and Hishammudin, to name a few, are among the world's biggest bigots and racists. What's the difference between them and Klu Klax Klan in US or Nazi Germany??? So much for proclaiming themselves Muslims.