Saturday, March 08, 2008

Dua Meninggal Di Pusat Pengundian Di Alor Star Dan Kepala Batas

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Dua orang meninggal dunia selepas rebah di pusat pengundian dalam dua kejadian berasingan di Alor Star dan Kepala Batas hari ini.

Dalam kejadian pertama, seorang petani rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung sebaik selesai memasukkan kertas undinya ke dalam kotak undi di Sekolah Maktab Mahmud di Jalan Langgar di Alor Star manakala di Kepala Batas, hasrat seorang lelaki hendak mengundi tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia setelah rebah ketika berbaris menunggu giliran untuk mengundi.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319310

No comments: