Tuesday, March 11, 2008

Lim Guan Eng Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini.

Pada istiadat itu, Lim menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Menteri.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Jamaluddin Hassan.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319888

4 comments:

Berita dari gunung said...

Satu nota kecil untuk Lim Guan Eng...

Perjuangan yang sangat lama, lalu pada pilihanraya ini anda dilantik sebagai Ketua Menteri. Anda juga terheret "kedalam" dalam proses perjuangan yang panjang itu. Anda telah mempamirkan jiwa yang kental. Syabas.

Anda berjaya menawan Pulau Pinang. Negeri itu penting kerana dari situlah datangnya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Anda benarkan seorang saja,M. Nor Yaakop untuk memimpin AAB ke muka pintu parlimen. Dari negeri itu juga ada singa yang ganas bernama Anwar Ibrahim.

Syabas Lim, Penang is all yours. I can say this. I know PM can never say the same.

Zainal A. Kasim said...

Ada khabar mengatakan DEB di hapuskan di PP selepas LGE mengangkat sumpah. Apakah ini benar Dato'.

KUDA KENGKANG said...

Saya amat bimbang dengan nasib yang bakal dihadapi oleh orang-orang melayu PP. Sekarang, DEB telah dilenyapkan dari PP. Kalau masa KTK pun nasib orang melayu di pulau kurang terbela, apa akan jadi selepas ini. LGE melantik salah seorang timbalan ketua menterinya, orang melayu. Tapi adakah ia bermakna? Bolehkah dia membuat keputusan? Saya amat masak benar dengan sikap orang cina. Sekali mereka di atas... dan... orang cina terkenal dengan semangat setia pada bangsanya. Sebab itulah KTK nampak tenang semasa peralihan kuasa, kerana dia tahu.. nasib bangsanya akan lebih baik selepas ini. Kewangan? tak matinya PP kalau kerajaan persekutuan tak bagi bantuan. Ini bukan Kelantan. Siapa yang jadi mangsa? Melayu juga. Tapi, orang melayu juga yang mengundi DAP. Lim Guan Eng tak salah. Dia hanya merelisasikan apa yang partinya cita-citakan lebih 40 tahun lalu. Andainya selepas ini ada bala yang lebih dahsyat menimpa... siapa yang salah? ...Pak Lah dan menantu hitamnya!

Unknown said...

Dato', saya sampai sekarang masih tidak faham mengapa org2 melayu masih tidak dapat membela nasib sendiri? DEB sudah diperkenalkan dlm 30 tahun yang lalu bukan? Tetapi mengapa ada ramai lagi org2 melayu yg hidup dlm kedaifan? Bukankah ini bermakna DEB tidak berkesan lagi? Pada pendapat saya, sampai bila org2 melayu hendak menunggu pertolongan dari kerajaan? Sudah sampai masanya org2melayu berdiri di atas kaki sendiri. Kalau betul kita mengamalkan ajaran islam, sepatutnya bantuan perlu diberi kepada sesiapa sahaja yg memerlukannya tanpa mengenal bangsa dan agama. Mungkin salah satu cara utk menyatukan rakyat malaysia yg berbilang kaum adalah dgn mengubah DEB.
Dato', salah satu sebabnya mengapa kaum cina menjaga kaum mereka sendiri adalah kerana DEB. Kaum Melayu ada yg akan membantu mereka tetapi siapa yg akan membantu kaum cina kalau bukan mereka sendiri? Selama beberapa tahun ini DEB hanya meningkatkan rasa kemarahan org2 bukan melayu kepada org2 melayu. Org melayu mungkin tidak menyedarinya kerana beberapa kerat sangatlah org2 melayu yg berkawan rapat dgn org2 bukan melayu. Saya hanya menyedari betapa tidak puas hatinya mereka kepada org2 Melayu apabila saya belajar di Amerika Syarikat. Mereka gembira dan bangga menjadi rakyat malaysia tetapi tidak berpuas hati mengapa mereka walaupun dilahirkan dan dibesarkan di malaysia masih dilayan seperti org luar. Kebanyakan org2 bukan melayu mempunyai persepsi bahawa org2 melayu adalah kaum yg malas dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan. Bukankah ketidakadilan ini ada berunsur2 apartheid?