Tuesday, March 18, 2008

Lantikan Kabinet Baru Abdullah:
Beberapa Pihak “Memberontak”?

Pengumuman barisan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tengahari tadi kini dikatakan menimbulkan “pemberontakan” di kalangan segolongan Ahli Parlimen BN.

Akibatnya, tiga Ahli Parlimen BN diberitakan akan menolak perlantikan oleh Abdullah - seorang dijangka menolak perlantikan sebagai menteri sementara dua orang lagi dijangka menolak perlantikan sebagai timbalan menteri.

Datuk Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang digugurkan hari ini, pula dijangka mengadakan satu sidang media di Kuala Lumpur esok.

Rafidah dijangka mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan mungkin juga akan mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Seorang lagi bekas menteri yang dijanjikan untuk dipindahkan ke portfolio baru juga dikatakan sedang “mengamuk” kerana tidak puas hati.

Sementara itu, banyak pihak menyifatkan perlantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Penasihat Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial, adalah sesuatu yang sukar untuk dirasionalkan.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa perlantikan tersebut dikatakan dibuat oleh Abdullah apabila Shahrizat dengan serombongan pegawai utama Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mengatakan kepada Abdullah bahawa Rafidah akan meletakkan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Demikianlah kelam-kabutnya situasi pentadbiran Abdullah hanya sejurus selepas kabinet barunya dilantik pada hari ini.

Beberapa negeri seperti Sabah, Sarawak dan Johor nampaknya masih mengekalkan status quo jumlah menterinya walaupun mereka menjadi nadi kekuatan BN dalam PRU12.

Sementara itu, ada pula komponen BN yang kalah lebih daripada setengah jumlah calonnya masih dikekalkan jumlah kerusi meterinya seperti dulu. Ini tidak mencerminkan langsung prestasi parti berkenaan yang mengecewakan BN. Ini juga membuatkan beberapa komponen lain kecil hati dengan Abdullah.

Dalam pada itu, bacalah berita di bawah ini yang saya petik daripada NST Online seperti berikut:

Sabah BN Parties Not Too Happy With Cabinet Representation

PUTRAJAYA, Tues: Although not lacking the Barisan Nasional spirit, ministers from Sabah are saying they have been forced to express the "unhappiness" of their parties following the Cabinet line-up announcement.

Datuk Mohd Shafie Apdal, one of three Ministers from Sabah to have been re-appointed in the Cabinet, said the expectations of Sabahans in this new Cabinet term were high, following the overwhelming performance of the state BN component parties in the recent general election.

"From the feedback since the announcement, the state had been expecting to see more of its representatives at senior Ministries. They also noted that some states, which had performed badly in the elections, were given more prominence in this new lineup."

Lagi:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/NewsBreak/20080318194904/Article/index_html

Berdasarkan berita di atas, adakah beberapa pihak daripada Sabah yang kini berasa tidak puas hati dengan perlantikan kabinet Abdullah? Bagaimana pula dengan Sarawak dan Johor? Bagaimana pula dengan Perlis yang tidak langsung diwakili dalam kabinet baru Abdullah?

Akhir sekali, bagaimana agaknya jika segolongan Ahli Parlimen BN yang tidak puas hati berhijrah pula ke pihak pembangkang untuk membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan di peringkat pusat? – Ruhanie Ahmad

8 comments:

Detguaq said...

Pak Lah,"Saya tidak berasa tertekan"..........

Hovidpure said...

Salam Dato'

Mungkin saya silap dan harap-harap telahan saya ini silap.

Saya merasakan Abdullah Badawi (setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada Khairy. Manakala Khairy pula setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada mastermindnya di Singapura) dengan segaja membariskan anggota kabinet yang terlalu cacamarba.

Motifnya mudah dibaca:

1. Membangkitkan kemarahan wakil parti komponen BN, umno terutamanya.

2. Menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

3. Dengan mengenepikan Khairy daripada tersenarai (wayang), Dollah cuba menunjukkan seolah-olah dia ambilkira kebencian rakyat terhadap menantunya.

Fakta 1 dan 2 di atas akan mempercepatkan proses 'lintang-pukang'nya negara. Lintang-pukang inilah yang dihajatkan oleh Khairy selepas prestasi BN merundum dalam PRU-12 agar langkah 'merbahaya' dapat dilaksanakan oleh Abdullah Badawi 'berlandaskan perlembagaan'.

Tafsirkan sendiri.

Lafas saya "Nauzubillah minza'lik"

Salam takzim.
Sofi.

Hamizi Hamdan said...

kalau nak bagi banyak post menteri kpd sabah dan sarawak boleh...

tapi pilih betul-betul... shafie apdal tu paling bangang sekali, tak layak jadi menteri...

merantikota said...

Berapa umur hovid ni? Samapai tak kenal Shahrir, Muhaiyuddin, Rais, Maohammad taib dan lain2 yang baru? Tahniah Pak Lah your choice is the best! Apa nak kabinet macam Penang dan Perak sampai tak faham Undang-undang Negeri yang Melayu mesti jadi Menteri Besar! Cakap Melayu pun susah! Lagi nak faham budaya Melayu dengan Raja pun tak boleh hormat! Padahal nenek moyang datang korek lombong di Perak, dia bawa Mat Salleh, Orang Melayulah jugak yang bunuh Birch! Dulu masa kedana naik Pelabuhan Melaka nampak Sahbandar pakai KERIS tak kesah, tapi bila dah kaya...... nampak orang Melayu merenung keris dijadikan ISSU Dunia! Tak Melayu Hilang Di Dunia!

cakap-lepas said...

lepas umum senarai jemaah menteri pun masih lagi tidur.baru perasan yg sememang nya memerlukan datuk Shahrizat sbg penasihat dalam kementerian pembangunan wanita.

paklah takut dengan ugutan wanita UMNO sbb takde wakil daripada wanita UMNO dalam kabinet baru.kenapa tak umum jawatan shahrizat sebelum umum?aduhai paklah...

ChelseaGuyz said...

There should be more Dayak ministers: Masing
By Raynore Mering


KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Dato Sri Dr James Masing could not hide his disappointment over the representation of Dayaks in the federal cabinet announced yesterday.

Though he was happy that Datuk Douglas Uggah Embas was made a full minister, he felt that there should be more Dayak ministers to reflect the support that the community had given the Barisan Nasional (BN).

“The Dayak are very loyal to BN, and in terms of representation they are also among the strongest. So that is a disappointment for me in that sense,” said Masing, pointing out that there are 14 Dayak MPs from Sarawak.

Uggah, a Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) senior vice president, was appointed as the Natural Resources and Environment Minister after serving as a deputy minister in the previous cabinet.

There are, however, four deputy ministers — an increase of one — in the cabinet announced by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Two of them are from PRS — Datuk Joseph Salang (Energy, Water and Communications) and Joseph Entulu Belaun (Rural and Regional Development).

Masing, the Land Development Minister, admitted that he had requested for an additional full minister’s post but the party was not allotted any new post in the cabinet.

PRS had delivered a clean sweep of six seats to the BN.

Overall, Masing said he had hoped that Sarawak’s representation would be increased because of the contribution of the State MPs to the BN’s victory.

He believed that recognition should be given for their contributions.

“I am a bit disappointed that Sarawak as a whole is represented only by two full ministers despite our numbers.

“Nevertheless, the appointments are the Prime Minister’s prerogative and we must support his decision to ensure that the government will run smoothly,” he said.

(Borneo Post dated 19 March 2008)

romzi seli said...

Salam datuk,

saya setuju beberapa pandangan yang mengatakan tentang ketidakpuasan terhadap barisan kabinet pilihan pak lah. ini kerana, saya dapat perhatikan, masih tidak ramai lagi ahli parlimen dari sabah dan sarawak di lantik dalam kabinet. sedangkan sabah dan sarawak adalah penyumbang terbesar dalam kemenangan bn. andaikata tiada sabah dan sarawak, sudah pasti bn tidak dapat mandat untuk membentuk kerajaan.

sy sedikit terkilan sebagai anak sarawak, kerana pandangan orang di tanah semenanjung tentang keupayaan kami di borneo ini.

miri.

saxo69 said...

Nampaknya kabinet Pak Lah semakin goyah, retak menunggu belah berdasar isu2 :
- keretakan hubungan Pak Lah - Najib w/pun cuba dinafikan oleh mereka. Orang2 kepercayaan Najib spt Jamaluddin Jarjis disisihkan dalam pembentukan kabinet.

-kontroversi pelantikan MB bagi negeri Perlis & Trengganu.Menjunjung kasih kepada pihak istana kedua2 negeri atas usaha mereka mau melihat kesejahteraan negeri tidak terus dinodai oleh kepimpinan yg tidak bertangunggjawab.

- suara Tun Mahathir dan DSAI masih lagi laku di dalam UMNO. Masing2 masih ada pengikut dalam UMNO yg boleh menterbalikkan keselesaan Pak Lah jika tiada perubahan dilakukan oleh Pak Lah.

- peletakan jawatan Radzi Sheikh Ahmad sebagai Setiausaha Agung UMNO/BN kerana kecewa digugurkan dari kabinet. Saya baru dimaklumkan Rafidah Aziz tak jadi letak jawatan Ketua Wanita w/pun desas-desus mengatakan begitu semenjak tidak dilantik semula menggangotai kabinet.

- penolakan 2 Timb.Menteri senior untuk kekal di jawatan itu kerana beranggapan patut dilantik menjadi Menteri Penuh.

-Ketidakpuasan parti2 komponen BN di Sabah dan Sarawak atas pengagihan jawatan Menteri walaupun kedua2 negeri ini mencatatkan kejayaan gemilang kepada BN.Sabah dan Sarawak telah menyumbangkan 50 kerusi kepada kemenangan BN.

-Keberanian Mukhriz menulis surat meminta Pak Lah meletakkan jawatan. Hasrat Ku Li mencadangkan perhimpunan khas membincangkan hala tuju UMNO selepas PRU 12 yg menunjukkan bibit2 perpecahan dalaman makin ketara.

- Perpecahan dalaman dalam rakan karib UMNO, MCA sehingga ada usul meminta Presidennya berundur.

-dan pelbagai isu lagi yg boleh difikirkan bersama.