Monday, March 10, 2008

Abdullah Tak Mahu Berundur
Kini Rakyat Berikan Tekanan...

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewajarnya berundur sebagai Pengerusi BN, Presiden UMNO, Perdana Menteri dan lain-lain jawatannya dalam kerajaan sebaik sahaja BN pimpinannya tewas di lima negeri dan hanya memperolehi majoriti tipis di peringkat Parlimen menerusi PRU12 pada 8 Mac 2008.

Tetapi, Abdullah mahu terus mengekalkan jawatan-jawatan berkenaan. Saya yakin beliau mengambil keputusan tersebut atas dorongan peribadinya sendiri. Tetapi, tidak juga mustahil jika keputusan itu adalah hasil dorongan menantu kesayangannya, kroni-kroninya dan juga sebuah kuasa asing tertentu yang dikatakan menguasai sekerat orang-orang Abdullah mutakhir ini.

Lantaran itulah laporan Bernama 9 Mac 2008, melaporkan Abdullah sebagai berkata bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan Perdana Menteri dan lain-lainnya “kerana tidak berasa tertekan."

Kenyataan ini seolah-olah menghantarkan mesej bahawa Abdullah hanya akan berundur jika terdapat tekanan. Maka, lebih 99 peratus reaksi rakyat jelata terhadap kenyataan di atas menerusi blog ini pun meminta Abdullah mengundurkan diri dengan segera dan secara bermaruah. Antara reaksi tersebut adalah seperti berikut:

Dr Butiq: Pernahkah terfikir oleh pemimpin UMNO yang berterusan membodek Abdullah walaupun petunjuk sudah jelas yang rakyat tidak mahukan Abdullah. Pemimpin MCA masih belum menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Abdullah. Bagaimana kalau MCA mengugut Abdullah untuk keluar dari BN dan menganggotai BA? Silap haribulan, Anwar yang akan jadi PM. Janganlah kerana hendak menjadi menteri, pemimpin terus memberikan sokongan dan membodek Abdullah. Kita kena fikirkan juga kemungkinan ahli-ahli UMNO bawahan yang akan membuat demonstrasi menolak Abdullah. Dapatkah Abdullah bertahan sekiranya berlaku demonstrasi jalanan menuntut beliau meletak jawatan? Fikir-fikirkanlah. Saya masih lagi sayangkan UMNO dan BN. Janganlah kerana seorang, rosak semuanya. Hanya ahli UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan UMNO!

Muhammad Ilham: Sudah empat tahun wasted. Takkan nak kasi lagi empat tahun sampai 2012 untuk Abdullah warm up. Total lapan tahun Malaysia jadi statik. Bukan saja statik, mungkin silap hari, Malaysia go backward lagi. Cukuplah. Petunjuk dari rakyat dah jelas. Kalau tak letak jawatan juga, nanti pilihan raya umum 2012 habis BN kena kick out. Takkan nak kasi BA perintah Malaysia. Orang kena faham, faktor BN kalah bukan kerana rakyat sokong pembangkang. Tetapi kerana rakyat dah fed up dengan government. Kalau dibaca sesetengah analisis pilihan raya, orang mengundi bukan untuk calon, tetapi untuk parti. Asalkan bukan BN, pangkah aja. Nampak aja simbol dacing, pangkah simbol lain yang ada dekat kertas undi. Ingat tu, bottomline is orang tak sokong pembangkang. Tetapi disebabkan Malaysia jadi porak peranda bawah Abdullah sebagai PM, maka mereka terpaksa memberi undi protes.

Ismail Ibrahim: UMNO is already becoming irrelevant especially with the current leadership. If we still believe in UMNO, please change.

Khairul: Tempoh masa yang diberi kepada Abdullah sebelum ini sudah terlalu lama dan sepatutnya Abdullah sudah mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sesudah mendengar kritikan dan nasihat Tun Dr Mahathir. Namun Abdullah masih lagi degil malah bertambah derhaka kepada Tun Dr Mahathir. Segala kritikan dan nasihat tidak diendahkan. Mungkin Abdullah masih lagi percaya kepada menantunya sendiri. Jadi, sudah sampai masanya untuk Abdullah letak jawatan secara terhormat.

The Reluctant Writer: "Tak rasa tertekan untuk berundur?" Sudah tentu! Kenapa? Sesungguhnya beliau konsisten. Beliau logik tidak rasa apa-apa. Selama tiga tahun rakyat merintih, beliau tak rasa apa-apa. Rakyat berarak, beliau tak rasa apa-apa. Hinggakan rakyat buat keputusan dengan penuh harapan, sambil mengatakan, "Nah, rasakan!" namun beliau masih tak rasa apa-apa. Dah gitu gamaknya, nak diapakan???

Pak Tam: Abdullah dah dapat peluangnya selama empat tahun, kenapa pula nak dibagi lagi pada orang yang tidak mampu menjalankan tugasnya? Beliau telah meninggalkan kepahitan yang amat sangat pada UMNO yang akan menjadi sejarah besar UMNO di masa akan datang. Ahli-ahli UMNO kena berfikiran matang dan realistik di dalam memilih pucuk pimpinan kelak. Jangan takut atau setia membuta tuli. Lakukan sepertimana pengundi yang beralih kepada BA. Ingatlah, kuasa pemutus ditangan anda semua. Kalau BN menang PRU13, parut lama akan terus kelihatan biarpun di buat pembedahan plastik!

Kuda Kengkang: Abdullah perlu letak jawatan. Semua bencana yang terjadi kerana salahnya. Kalau nak tengok Malaysia macam sediakala, undurlah secara terhormat. Akar umbi dah beri signal. Majoriti Abdullah di Kepala Batas pun dah merosot. Takkan tak faham lagi? Melayu dah berpecah. Cina dan India dah berpaling tadah. Abdullah jangan cuba-cuba nak menjerumuskan Malaysia ke kancah kacau-bilau pula. Cukup-cukuplah. Kalau lepas ni Abdullah terus jadi PM dan dia lantik budak Rembau tu jadi ahli kabinetnya, pilihan raya seterusnya, UMNO akan jadi pembangkang, DAP akan jadi kerajaan. Berikanlah peluang kepada Najib pula.

Alexo: Mati hidup balik pun Abdullah tak akan letak jawatan. Kalau di Jepun dan Korea PM sudah tentu letak jawatan. Ni sampai hilang lima negeri ke tangan pembangkang pun masih lagi mau berpaut ke jawatannya. Manusia tak bermaruah nilah dia!

Zainal A. Kasim: Bagaimanakah bentuk tekanan yang dimaksudkan oleh Abdullah? Bukankah sudah ada dua bentuk tekanan yang jelas? (1) Peralihan undi kepercayaan rakyat daripada BN kepada BA. (2) Kenyataan Tun Dr Mahathir. Saya sayang kepada pemimpin. Tetapi saya sayang lagi kepada UMNO/BN. Pemimpin, sekiranya sayang kepada ahli-ahlinya dan juga pengundi-pengundinya, kenalah segera melepaskan diri daripada "state of denial" pada setiap masa. Saya rasa message rakyat/pengundi jelas.

Puterakembara: Abdullah masih belum bangun dari tidurnya lagi. Masih kemamai. Agaknya kena hantuk kepala baru tersedar yang BN sebenarnya dah tewas. Langkah yang terhormat ialah, Abdullah letak jawatan. Eloknya kena serah pada Barisan Rakyat (BR) untuk bentuk kerajaan Malaysia yang baru. Kalau Abdullah berkeras mahu terus jadi PM, akan parah lagi nasib dia.

Malaysia Boleh!: Inilah yang dikatakan tak sedar diri. First step dah implement. Masih nak bertahan. Langkah kedua, isi borang UMNO dan jadi Ahli UMNO. Dalam Mesyuarat bahagian/cawangan/Perhimpunan Agung UMNO kasi vote sama Najib jadi Presiden parti.

Momsaurus: Saya sarankan UMNO ikut cara Gerakan. Buat pilihan raya parti secepat mungkin. Buat apa suruh Abdullah berhenti? UMNO perlu buat keputusan dengan cara demokrasi. Saya sarankan Muhiyuddin Yassin bertanding untuk jawatan Presiden UMNO.

Kamalkamal: Kalau ikut sejarah, tahun 1969, Perikatan kalah teruk di empat buah negeri. Kemudian tercetus peristiwa 13. Kemudian Allahyarham Tunku meletakan jawatan. Tahun 2008, BN kalah di lima negeri, tidak termasuk di Wilayah Persekutuan yang menerima tamparan yang amat hebat. Maknanya, BN kalah teruk. (1) Kalau kalah kerana pemilihan calon tidak tepat, Abdullah mesti bertanggungjawab kerana finalis pemilihan calon ditangan Abdullah. (2) Kalau kalah kerana ekonomi negara tidak stabil, Abdullah patut dipertanggungjawabkan kerana beliau PM dan Menteri Kewangan. (3) Kalau kalah tidak pandai mengambil hati pengundi bukan Melayu, Abdullah patut dipersalahkan kerana Abdullah Pengerusi BN. (4) Kalau kalah kerana undi UMNO beralih kepada pembangkang, Abdullah patut dipersalahkan kerana beliau Presiden UMNO. (5) Kalau kalah kerana tidak pandai memilih barisan kabinet, Abdullah patut disalahkan kerana beliau PM. Kesimpulan: Abdullah mesti meletakkan jawatan sebagai tanda beliau bertanggungwajab atas kekalahan BN.

Salam Perjuangan: Segala-galanya kini telah jelas terungkai. Apa lagi isyarat yang Abdullah tunggu? Sebagai pemimpin yang kononnya bermaruah dan berintegriti, kenalah bertanggungjawab diatas kekalahan BN dan UMNO khususnya. Perpecahan rakyat, terutamanya orang Melayu, adalah disebabkan oleh kesilapan cara, gaya dan corak pimpinan Abdullah. Berundurlah. Jadilah insan yang hadhari dengan berundur secara bermaruah. Atau Abdullah mahu terang-terangan dicabar dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang? Atau dia rela kerajaan BN runtuh sepenuhnya dalam PRU13 nanti? Adakah Abdullah mahu menerima nasihat penasihat-penasihat cetek pemikiran di sekelilingnya lagi? Atau penasihat No, 1 Abdullah, Anuar Zaini, yang sudah memikirkan strategi baru untuk keluarga Abdullah? Mungkin juga Abdullah bimbang menantunya disisihkan, keluarganya hilang kekuasaan, kroninya hilang projek. Tetapi, bimbanglah Abdullah lagi dengan amanah dan tanggungjawab yang Allah telah berikan. Jelas Abdullah tak mampu memikulnya. Isyarat telah jelas mahukan Abdullah berundur. Apa tunggu lagi? Berundurlah dengan terhormat. Jangan sampai digulingkan! Jangan disebabkan kepentingan diri dan keseronokan yang di mahukan, jangan kerana harta dan kekuasaan yang di impikan, jangan kerana nama dan keluarga yang didahulukan, akan menyebabkan agama, bangsa dan negara tergadai. Mahukah kau Abdullah menjadi orang itu? Keluarga kau akan dikenang dalam sejarah sebagai keluarga perosak negara? Mungkin Abdullah tidak pernah terfikir semua ini? Kini sedarlah, rakyat tidak lagi mahukan kamu. Muhasabahlah diri tu kembali wahai Abdullah. Allah SWT telah memberikan ujian ini khusus kepada Abdullah agar memikirkan semula kedudukan diri sebagai pemimpin. Sedar dan insaflah. Berundurlah. Negara ini lebih baik tanpa anda! Terlalu banyak kesilapan, kesalahan mengurus negara dan tindak-tanduk Abdullah, keluarga, penasihat-penasihat, kroni-kroni Abdullah yang menyakitkan hati. Orang Melayu terluka, orang UMNO terluka, rakyat keseluruhannya terluka. Rasa luka itu telah kami terjemahkan dalam PRU12. Berundurlah, berundurlah, berundurlah. Jadilah insan yang bermaruah Abdullah!

SU-KJ: Bagi saya, kepentingan, kekuatan dan penyatuan bangsa Melayu perlu diutamakan baik oleh UMNO/BN mahupun oleh BA. Samada BN menang banyak atau menang sedikit yang penting penyatuan bangsa Melayu mesti diusahakan. Dalam keadaan sekarang, secara peribadi saya nyatakan bahawa saya tidak yakin dengan Abdullah dan Datuk Najib untuk menyatukan orang Melayu. Apatah lagi, jauh sekali YB Khairy. Oleh itu siapakah 'Hero Melayu' yang boleh menyatukan semula orang-orang Melayu pada masa ini? Saya nampak sudah tiada orang lain lagi jika bukan Anwar Ibrahim. Kerana beliau Melayu boleh berpecah dan kerana beliau jugalah Melayu boleh bersatu. http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Sniper: 2004 BN menang besar disebabkan faktor Abdullah. Dan BN kalah besar 2008 juga disebabkan faktor Abdullah. Semua ahli UMNO perlu berfikir dan bertindak secara serius. Turunkan Abdullah dari takhta. Terajang keluar KJ dari medan politik tanahair. Jadikan 2008 sebagai tahun pertama dan terakhir KJ bergelar Ahli Parlimen. Sekarang bukan masanya ahli UMNO untuk takut. Kalau rakyat berani tolak BN, kenapa UMNO takut tolak Abdullah?

Cakapsiang: Saya berasa amat sedih dan terharu kerana saya juga merupakan salah seorang ahli UMNO yang bertanggungjawab menjatuhkan UMNO di Selangor. Tapi saya terpaksa lakukan ini demi cintakan UMNO itu sendiri. Kami tiada jalan lain setelah rintihan kami, keluhan kami serta rayuan kami langsung tidak dihiraukan. Laksana masalah rumahtangga, seorang isteri angkuh yang lagi tidak mendengar rintihan dan rayuan suaminya yang memintanya berubah, isteri itu terpaksa diceraikan dengan talak lima tahun. Jika dia masih belum mahu muhasabah diri dan berubah, jangan salahkan suaminya. Kami masih menangisi dan merawat luka hati dan cuba untuk tidak menyalahkan diri sendiri atas tindakan ini. Namun rasa kasih sayang kami melebihi segalanya. Maafkan kami UMNO. Kami tiada pilihan.

Hamizi: Abdullah wajar meletak jawatan dan bertanggung jawab di atas kekalahan besar BN. Kali ini ramai calon BN yang baik tewas, bukan kerana mereka tidak layak. Tetapi kerana rakyat bencikan Abdullah lalu menyokong pembangkang. Ingatlah, rakyat pantang dicabar!

Bosan: Memang wajar PM tidak perlu dikutuk kutuk, memang dia terkutuk. Jika BN masih faham bahasa, tahu bahasa dan mahu kembali bermaruah, Abdullah kena berundur. Itulah ubat dan penawar.

Rudy Bluehikari: Saya pun antara pengundi yang terpaksa membuat swing vote di saat akhir kerana kepimpinan Abdullah banyak tidak betul. PM terlalu mendengar cakap-cakap 10 budak hitam dan mengenepikan veteran dan ahli parti yang banyak memberi nasihat. Hasilnya, Negeri Selangor kecintaan saya terlepas ke tangan BA. Abdullah should take this responsiblity. Letak jawatan sebagai Pengerusi BN dan seterusnya PM. Kita perlukan anjakan paradigma dan reformasi dalam UMNO untuk terus berjaya dalam PRU akan datang.

Berita Dari Gunung: Luka ini harus dirawat. Ubatnya tentu pedih. Jika tidak dirawat luka tentu tidak sembuh dan akan jadi pekung. Memerintah negara bukan perkara senang. Mesti ada pertimbangan. Rakyat jelata memilih pemerintahan yang berkesan, berani, adil, kuat dan bertimbangrasa. Ciri-ciri pemerintah yang unggul bukan terletak di airmuka. Jangan kita terkeliru lagi. Seperkara lagi, suka saya menyentuh tentang keterbukaan. Keterbukaan pemerintahan penggal lalu adalah "misguided". Senjata memakan tuan. Terakhir, suruhanjaya untuk video Lingam adalah berlandaskan keterbukaan merepek. Saya khuatir, siapakah yang menasihati Perdana Menteri tentang perkara itu. Bukan senang jadi pemerintah. Bila terluka, harus berubat walau pedih.

Deein: Abdullah wajib letak jawatan Presiden UMNO dan jawatan Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada Najib membetulkan kepincangan pentadbiran negara. Jika Abdullah enggan meletakkan jawatan secara sukarela, Najib mesti ambil tindakan memaksa Abdullah dengan cara apa pun supaya Abdullah meletakkan jawatan PM. Jika Abdullah enggan juga, Najib mesti mengambil langkah drastik dengan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan nanti bagi menurunkan Abdullah. Jika Najib gagal, maka pihak-pihak yang kecewa dengan Abdullah akan beralih kepada Tengku Razaleigh untuk mencabar Abdullah. Saya yakin perkara ini pasti berlaku. Jika Tengku Razaleigh diberi peluang ini, beliau pasti berjaya kali ini dan apa akan jadi kepada Najib? Diharap Tun Dr Mahathir akan memberi isyarat kepada Najib supaya bertindak dengan segera. Kita bukan anti Tengku Razaleigh. Tetapi dengan kedudukan Najib sekarang ini, amat sayang sekali jika beliau leka dengan Abdullah.

Begitulah suara tekanan rakyat meminta Abdullah mengosongkan seluruh jawatan parti dan kerajaan dengan segera dan secara terhormat. Dari nada dan bahasa, pastinya sebilangan besar tekanan di atas datangnya daripada warga UMNO dan simpatisan BN.

Suara tekanan di atas datangnya dari kelompok insan yang masih hidup dan prihatin terhadap masa depan agama, bangsa dan tanah air. Lantaran itu, masihkah Abdullah mahu terus bertahan dengan jawatan Perdana Menteri dan lain-lainnya walaupun UMNO dan BN jadi kucar-kacir? – Ruhanie Ahmad.

10 comments:

Berita dari gunung said...

Undi dalam PRU baru-baru ini adalah isyarat jelas suara rakyat. Ada yang mengatakan protes rakyat terhadap kerajaan manakala ada yang menghadkan protes hanya kepada AAB dan Khairy.

Kalau itu tidak diterjemahkan sebagai tekanan untuk AAB berundur, terpaksalah rakyat menerima hakikat bahawa AAB dan kepimpinan tidak peka dan tidak peduli. Kalau AAB sanggup memerintah sepenggal lagi, besar kemungkinan rakyat juga sanggup menunggu selama itu, untuk menolak habis.

Saya khuatir, UMNO sudah tidak lagi berpijak di bumi nyata. Kita semua tahu, kepimpinan UMNO boleh selamat hanya dengan seribu dua undi dalam pemilihan UMNO. Itu bukan realiti. Itu adalah superficial.

Realiti kepimpinan sebenarnya berada dalam pilihanraya.

UMNO semakin terasing dari rakyat jelata. Isyarat jelas tidak diterjemahkan sebaik mungkin. Pendekatan ini akhirnya menjadikan UMNO hanya wujud dengan seribu dua perwakilan, manakala selebihnya rakyat biasa yang terasa tidak diendahkan.

perwira said...

Abdullah telah membawa BENCANA kepada Malaysia sekarang. Banyak yang akan dijual ke Singapore bersama Khairy. Rakyat dan sesiapa yang anti-Abdullah hendak lah bersatu memberi tekanan kepada Abdullah untuk menghalang salah guna kuasa oleh kerjaan 3 beranak. Nampak nya semua ahli majlis tertinggi sudah membabi buta menyokong Abdullah. Hancurlah Malaysia kalau begini.

goJiRa said...

Bio je lah Pak LAH bermimpi lagi. Dia belum sedar. Cita-cita menantunya belum tercapai. Cita-cita antu-antunya juga belum terlaksana. Dan semakin hampirlah kita akan mendapat PM bukan UMNO kelak.

Nora Awal said...

pada pandangan saya, tindakan AAB kembali untuk memegang tampuk pimpinan negara adalah satu perkara yang berani. bukankah kalau beliau meletakkan jawatannya sekarang, mengakibatkan malaysia akan menjadi lebih kucar kacir terutama dari segi pentadbiran negara.biarlah AAB melunaskan kerja-kerja yang tertangguh itu disamping memberi peluang kepada beliau untuk muhasabah diri samaada beliau layak lagi menjadi pemimpin.beliau bukanlah seperti seseorang yang sekadar melepaskan batuk di tangga, dengan membiarkan orang lain menanggung beban yang sedia ada ini.

saya tidak nafikan,bahawa apabila post yang menyokong AAB pasti akan dikecam hebat disini.kerana ramai suara2 disini yang mahu beliau meletak jawatan.tetapi tidak salah bagi saya untuk menyuarakan pendapat ini.

Unknown said...

ramai ahli umno(islam) masih bangang dalam menilai matlamat dan hala tuju perjuangan, walau masih ada yang lurus bendul serta jujur. yang rugi adalah ahli bawahan dan turut sama merasakan kesannya ialah rakyat biasa.
dah lah bodoh, tak mahu belajar, nak jadi apa.....? 50 tahun merdeka dan memerintah tapi masih tak reti. boleh percaya lagi ke......?

Nabi Muhammad melaksanakan tugas dakwah dan menyampaikan Islam cuma 23 tahun sahaja, tapi cukup berjaya yang melahirkan para Mujahid dan pejuang tulin Islam yang ikhlas yang dijamin oleh Nabi Muhammad akan keredhaan Allah.
tapi umno......bagaimana....? dah tak ada malu ke...? ada orang nak sampaikan Islam, dituduh sesat....dihalang...? UMNO tak sesat ke...? apa yang dilaksnakan oleh imam besar islam hadhari di Malaysia untuk menjadikan negara Islam contoh tapi penuh dengan jenayah meningkat,sistem lintang pukang, rasuah, pecah amanah, akhlak buruk, sosial pincang, murtad yang tak di bendung, buang anak, zina/rogol, budak hilang, bunuh, sumbang mahram, judi, arak, rompak, ragut, rempit dan puluhan ribu masaalah yang melandan, ini adalah peringatan dari Allah Pentadbir Sekelian Alam. sedar lah sebelum nyawa sampai dekat halkum. bertaubatlah dan jangan mati selain dalam UGAMA ISLAM.
LAAILAHAILLALLAH,MUHAMMADURASULULLAH.

WASSALAM.

politica said...

Abdullah Undurlah Sebelum Jadi Huru-Hara

Sepanjang tempoh kempen PRU 12, saya membisu. Saya membisu kerana saya terkedu dengan keputusan Abdullah Badawi, Imam Islam Hadhari, adakan pilihan raya umum ikut fatwa feng-shui, ahli nujum Cina!

Nah, sekarang apa sudah jadi? Terbukti amalan khurafat Imam Besar Islam Hadhari mendengar nasihat ahli nujum sudah membawa padah kepada Malaysia. Sebab itulah BN jadi tunggang-langgang – majoritinya di parlimen amat tipis sekali, tak dapat tebus Kelantan, kalah pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Di Negeri Sembilan pun pembangkang kurang lagi tiga kerusi untuk tubuhkan kerajaan!

Inilah yang orang tua-tua kata, yang dikejar ak dapat, yang dikendong berciciran! Atau, inilah prinsip niaga Nakhoda Buluh Kasap, dapat hujung, pangkal lesap!

Semua orang tau ini semua angkara Imam Besar Islam Hadhari dan menantunya Khairy Jamaluddin. Mereka berdualah punca utama BN kalah teruk dalam sejarah Malaysia merdeka. Tak ada orang lain, tapi mereka!

Dah kecundang macam tu, Abdullah masih buat muka tengek. Dia tak mahu berundur. Menantunya himpun beribu-ribu orang ke Sri Perdana di Putrajaya. Kononnya untuk desak Abdullah berundur. Tup-tup, Khairy maklumkan kepada media, orang-orang tu datang untuk minta mertuanya jangan letak jawatan!

Haru-biru betul budak ni! Tapi, budak ni jugalah yang main peranan susun calon. Kata Datuk Kamal Amir, Khairy sama-sama Annuar Zaini, Kalimullah Hassan, Kamaluddin Abdullah dan Shagul Hamid yang buat kerja memuktamadkan senarai calon. Saya rasa, ini semua mungkin kehendak yang dituntut oleh pihak kuasa asing, macam kata Datuk Ron dalam buku The Toyol Code!

Sekarang, apa nak buat? Dah kalah tak mau undur. Rakyat dah tak ada keyakinan pada dia, tapi Abdullah mahu terus jadi Perdana Menteri. Saya tak pernah jumpa manusia mabuk kuasa macam ni!

Tapi, inilah Abdullah, Imam Besar Islam Hadhari! Dan, inilah juga Khairy, Tok Noja Islam Hadhari yang orang kata, pun dah buat DVD seks macam Dr Chua Soi Lek! Para pengundi Rembau tau hal ini. Tapi, diundi juga Khairy. Bukan pasal dia orang tak marah pada Khairy, tapi ikut cerita orang, pasal duit Khairy melempah ruah untuk beli undi!

Saya tak pasti kalau BPR memantau Khairy tabor duit di Rembau baru-baru ni. Tapi, takkanlah BPR pun tak syak dari mana Khairy dapat duit untuk sewa pesawat ringan kibarkan bendera BN di ruang angkasa Rembau waktu hari penamaan calon! Dari mana Khairy dapat duit? Dari Temasek, pasal dia anak angkat Temasek dan Singapura? Dari mana? Cuba BPR cari jawapannya untuk rakyat Rembau dan kita semua.

Gituah kisah Abdullah dan Khairy. Manusia-manusia inilah yang menyebabkan BN kucar-kacir sekarang. Manusia-manusia inilah yang orang Johor suspek pajakkan bumi Johor kepada Singapura menerusi WPI. Manusia-manusia inilah juga yang fikir kita semua tongong, bodoh, baghal dan tolol!

Sekarang pengundi Malaysia sudah menunjukkan kemarahan, kekecewaan dan protes mereka kepada Abdullah dan Khairy. Tun Dr Mahathir dah bersuara, Abdullah patut berhenti. Tun Dr Mahathir juga kata, Khairy menyumbang peranan besar kepada nasib amat malang yang menimpa BN.

Macam ni keadaannya, pun kedua-dua manusia ni masih nak perdayakan kita semua. Abdullah sampai keluarkan kenyataan, konon menantunya tak pernah nasihati beliau apa-apa. Betulkah kenyataan ni? Kita bukan bangang. Kita bukan bahlol. Selama mana lagi pembohongan ini boleh kita terima?

Oleh kerana kita semua dah jelak, dah muak, dah loya, dah fed-up dengan kisah Abdullah dan Khairy, saya ulangi di sini gesaan saya supaya Abdullah berundur, yang saya poskan dalam blog ini pada November 23, 2007.

Gesaan saya (ulangan): Abdullah wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jaratan presiden parti.

Khairy dan Patrick Lim jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.

Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.

Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?

Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan A-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?

Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendiri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini. Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara. [Kini, tuntutan saya ini sudah jadi tuntutan sebilangan besar pengundi Malaysia dalam PRU 12 yang memilih untuk menjerumuskan BN jadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor!]

Abdullah, berundurlah segera sebelum Malaysia jadi huru-hara, kacau-bilau dan haru-biru. Contoh haru-biru ini adalah indeks BSKL yang meredum sebaik saja Abdullah dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 10 Mac 2008!

pak tam said...

bait2 lagu utk AHLI2 UMNO untuk mereka tujukan pada Pemimpin mereka Paklah n tuan penasihat 25%

Untuk ahli2 umno fikirkan, fahamkan dan renungkan lah sejenak intipati lirik ini

Lirik lagu kian;

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara KITA

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin TERSEKSA

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
TAHAN SEBAK DI DADA

Ke manakah..nak dibawa
RESAH KIAN MENLANDA

Di manakah
Hendak ku khabar
PILU DI DALAM DADA

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
PENUH TIPU DAYA

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis?
Sebenarnya..sudah lama
KU SUNGGUH BERKECIL HATI

Hasrul Halid said...

Setiap zaman, setiap masa dan setiap ketika, EVOLUSI akan berlaku dan terus berlaku. Apa yang dapat diterjemahkan dari PRU12 ini adalah sejenis EVOLUSI kepada UMNO dan BN itu sendiri.

Dengan evolusi ini, UMNO Insya Allah akn menjadi bersih, tapi bersihnya itu adalah dengan syarat bahawa PAK LAH MESTI BERTANGGUNG-JAWAB.

Saya yakin yang Pak Lah akan mengambil tindakan yang bijak. Pun begitu sebijak-bijak tindakan yang dapat 'kita' fikirkan untuk beliau adalah MENGUNDUR DIRI.

Pak Lah! Buatlah sesuatu, sebelum rakyat menukar perkataan UNDURLAH kepada BERAMBUSLAH!

Mahathir Kecik said...

Umno sekarang adalah UMNO(Baru)yg mana TDM adalah ahli nom 1.

Umum tahu AAB tidak sebulu dgn TDM.

Masaalah peribadi d campur aduk dengan masaalah Negara, Bangsa dan Agama.


Jadi peribadi AAB akan membawa kehancuran UMNO. Itu adalah ajenda UTAMA.

Kedua....AAB hanyalah CEO Malaysia, tetapi shareholdersnya adalah Singapura !!

Semestinya CEO wajib dengar arahan dari SHAREHOLDERS !!

Sebelum Kuasa Politik tercicir dari UMNO secara TOTAL berlaku, d harap setiap mereka yg dapat merasai BAHAYA ini bertindak agar UMNO yg pada asalnya memperjuangkan Bangsa, Agama dan Negara tidak binasa dek perbuatan terancang AAB/KJ/SSS.

Saya sentiasa berdoa sekiranya AAB tidak letak jawatan, Allah meMATIkan AAB secepat mungkin.

UMNO Parti Berdaulat !!

nazrida said...

Abdullah atau Khairy, dua-dua patut disingkirkan!!! Patutnya semua ahli UMNO bersatu hati beri tekanan kepada kedua manusia yang tak sedar diri ni untuk berundur! Mujurlah saya bukan orang melayu tapi bumiputera Sabah. Di Sabah ni pacak kayu pun asal lambang BN tetap menang punya!! ABdullah tak layak sebenarnya jadi PM sebab tak ada karisma dan tak ada vision..tahu mimpi di siang hari aja! Betul la dia orang ni melayu tak sedar diri!