Wednesday, March 12, 2008

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak

IPOH, 12 Mac (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Nizar akan mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.

Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4.00 petang esok.

Nizar, anggota DUN Pasir Panjang berkata perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta di sini 5.00 petang ini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320233

3 comments:

Hovidpure said...

Salam Dato'

Kejayaan DAP di Perak kerana undi Melayu.

Jangan salahkan Melayu yang mengundi DAP.

Salahkan Melayu yang silap tadbir UMNO.

Melayu akan kembali kepada UMNO apabila pemimpin UMNO jujur kepada Melayu.

Sofi Yassin

tipulagi said...

Terlalu drastik spin yang dibuat oleh media massa BN... www.utusan.com.my
Saya takut bila membaca propaganda yang dibesarkan-besarkan dalam 2 versi berbeza..:-

"Amaran kepada Guan Eng -- Jangan buat kenyataan semarakkan ketegangan kaum – PM
PUTRAJAYA 12 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum."

"DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak hari ini
KUALA LUMPUR 12 Mac – Semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak diarahkan memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu. "

Sepatutnya Utusan perlu lebih teliti untuk keluarkan berita sebegini kerana ia boleh menyemarakkan perasaan marah orang-orang kampung (melayu) yang tidak mendapat berita alternatif.

merantikota said...

Kenapa Bunuh Birch?

Orang Perak memang bijak lambat laun mereka lepaskan juga Perak dari Tangan Kita! Kalau gitu.... sia-sia ajalah Tok Puntung mempertahankan Perak. Kesihan kan Tok Puntung akhirnya cicit sendiri serahkan kuasa! Yang pasti Menanglah Sorak Kampunglah Tergadai! Are you sure that You Orang Perak boleh tebus kecundang ini? Atau Orang Perak akan berkubur bersebelahan dengan Perak Man! Jadilah bahan sejarah! Tak Melayu Hilang Di Dunia?