Tuesday, March 11, 2008

Abdullah, Khairy Dan Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini berkata keputusan pilihan raya umum Sabtu lepas menjadi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Abdullah berkata beliau sendiri belajar daripada peristiwa itu kerana beliau percaya setiap kejadian ada pengajaran.

"Saya bukanlah seorang yang degil yang tidak mahu belajar daripada kehidupan walaupun apabila ia mempunyai hubungan dengan karier dan tugas saya," katanya di sini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319808

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi dengan tegas bahawa menantunya Khairy Jamaluddin tidak pernah mempengaruhinya dalam sebarang keputusan yang beliau buat atau lakukan.

"Khairy bukan satu pengaruh dalam apa jua saya lakukan. Beliau adalah Naib Ketua Pemuda Umno, dan beliau mempunyai idea mengenai apa jua.

"Mungkin secara kebetulan beliau bercakap mengenai dasar yang sama dan bukan kerana dasar itu adalah sesuatu yang telah beliau promosikan, ini adalah dasar kerajaan," kata Perdana Menteri kepada wartawan di Ibu Pejabat Umno.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319861

SINGAPURA, 10 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum dan pembentukan kerajaan baru.

Dalam suratnya kepada Abdullah, Lee turut menegaskan komitmen Singapura untuk bekerjasama dengan Abdullah bagi memperkukuhkan hubungan dua hala yang baik di samping untuk kestabilan serta kemakmuran serantau.

No comments: