Tuesday, March 18, 2008

Rakyat Mahu UMNO Berani Buat Perubahan

Keputusaan pilihan raya kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah negara. Keputusan ini juga adalah isyarat jelas kemarahan rakyat sehingga calon bidan terjun parti pembangkang khususnya PKR berjaya memenangi pilihan raya.

Isyarat kemarahan rakyat ini yang agak menghairankan kerana ditunjukkan oleh ketiga-tiga kaum Melayu, India dan Cina. Jika pilihan raya umum 1999 BN kehilangan dua buah negeri, tetapi isyarat kemarahan rakyat hanya ditunjukkan oleh kaum Melayu ketika itu. Bagaimanapun BN masih menguasai majoriti 2/3 di Parlimen.

Adalah tidak mustahil UMNO dan BN akan kehilangan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 nanti, jika tiada perubahan yang berani dan drastik dilakukan. Rakyat tidak mahu lagi perubahan hanya bersifat luaran atau kosmetik.

UMNO adalah tulang belakang kepada BN untuk dirawat dan dibuat perubahan yang drastik dan berani. Ahli-ahli UMNO yang bertanggungjawab untuk menentukan masa depan parti itu. Jika tersilap langkah, tidak mustahil UMNO akan menjadi parti yang tidak relevan di masa akan datang.

Pendapat Alnorulhadi Ab. Hamid, Kota Bharu, Kelantan.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

3 comments:

Unknown said...

Salam. Sangat setuju dengan pendapat itu. Bukan Kelantan yang patut dirawat kerana ia sudah cukup comel. Apa yang perlu diberi layanan yang adil dengan bantuan yang adil selaras dengan perlembagaan negara.

Umnolah sepatutnya dirawat, bukannya Kelantan. Sindrom 'yes sir' menjadi sokong membawa rebah. Ahli Umno makin kaku dan mundur minda kerana budaya mengongkong, tidak boleh kritik atau tegur, akibatnya derhaka.

Implikasinya, lahir lah generasi yang boleh dikategorikan persis kerbau ditindik hidung. Biar kita bodoh (tuduhan Datuk Seri Nazri Aziz kepada Lim Kit Siang dan pembangkang dalam dewan rakyat) tapi nak belajar, jangan kita pandai tapi macam kerbau ditarik hidung.

Apakah kata-kata sasterawan negara mengenai Melayu seperti di bawah ini masih boleh dipakai?

Melayu itu orang yang bijaksana. Nakalnya bersulam jenaka. Budi bahasanya tidak terkira. Kurang ajarnya tetap santun. Jika menipu pun masih bersopan. Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya. Kias kata bidal pusaka. Akar budi bersulamkan daya. Gedung akal laut bicara. Menikam dengan pantun. Menyanggah dengan senyum. Marahnya dengan diam. Merendah bukan menyembah. Meninggi bukan melonjak.

Nah, terpulang kepada Melayu untuk menilaikannya.

Abrah
nabrah2004@gmainl.com

W M Zain Mahmud said...

Apakah mungkin berlaku di Sarawak PRU ADUN 2011.

Blogger: teebau.blogspot.com

Pelajar Universiti said...

UMNO masuk PAS bukan PAS masuk UMNO

Sekarang sudah terbukti kepimpinan UMNO menghadapi jalan buntu apabila ada ura-ura yang mengtakan bahawa UMNO mengajak PAS bersatu atas alasan untuk kebaikan orang melayu. perkara ini pernah berlaku satu ketika dulu.

tapi sekarang perkara ini amatlah sukar dicapai sekiranya dilihat pergolakan yang dihadapi Kerajaan Malaysia sekarang. Rakyat telah memberi kepercayaan kepada PAS, PKR & DAP untuk menerajui negara. ini satu dalil yang dianggap mustahil untuk PAS menyertai UMNO. sekiranya umno mahu menyelamatkan bangsa melayu, mereka seharusnya menegakan Islam dalam perjuangan UMNO. tapi perkara ini tidak pernah berlaku dalam UMNO. hanya bangsa yang dipertahankan. agama diketepikan sehingga bangsa melayu menjadi bangsa yang paling hina di Malaysia. malah perjuangan bangsa yang diteriakkan oleh pemimpin UMNO adalah bohong semata-mata.(hanya untuk mengaburi mata orang ,melayu sahaja). mereka sendiri yang menindas bangsa melayu.
DEB yang dibawanya adalah pembahagian projek-projek dikalangan kroni & pengagihan harta kepada golongan kaya sahaja. sudah jauh menyimpang dalam objektif sebenar untuk menaikkan taraf orang melayu.

Sebab itu islam mewajibkan kepada setiap pemimpin Islam menegakkan Syariat Islam, mengukuhkan Aqidah, serta melaksanakan HUKUM ISLAM dalam pemerintahan mereka. Perkara ini sekaligus dapat kita lihat akan menjaga maruah bangsa.

Dengan kata lain, UMNO seharusnya mempertahankan Islam kerana seperti kita tahu majoriti orang melayu adalah islam. sekiranya pakatan UMNO memperjuangkan Islam nescaya bangsa melayu secara automatik dapat dipertahankan.