Saturday, January 20, 2007

The Toyol Code Bahagian Dua
Menemui Anda Tak Lama Lagi

Hari ini saya nak masuk bakul dan pikul sendiri. Ini kerana pada hari ini http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ mencecah cumulative dircet hits yang ke 100000 dari 19 November 2006 hingga 19 Januari 2007.

Jumlah ini tidak termasuk cumulative direct hits dari 19 Jun 2006 hingga 18 November 2006 kerana ketika itu blog ini belum lagi dipasang hit counter. Jumlah ini juga tidak termasuk cumulative indirect hits dari blogs sahabat-sahabat yang dianggarkan hampir 400000.

Ini bermakna dalam usia kira-kira 8 bulan, http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ berjaya merakamkan 500000 hits – hitung panjang hampir 60000 sebulan.

Antara isu yang melonjakkan blog ini adalah lapan siri The Toyol Code. Siri ini meletup-letup. Ia mendedahkan wujudnya satu perancangan besar untuk pilihan raya umum (PRU) yang dijangka pada tahun ini.

Sampai hari ini tidak ada sesiapa pun yang menafikan apa yang telah didedahkan oleh siri tersebut. Sebaliknya, hari-hari ada sahaja pihak yang mengirimkan sms atau email kepada saya mengenai siri berkenaan.

Kini, ada pihak mengatakan http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ agak hambar. Terserahlah. Katalah apa yang perlu dikatakan. Tapi, dia-diamnya blog ini sekarang adalah diam-diam ubi. Makin lama makin berisi!

Jadi, tunggulah. Maklumat yang dikirimkan kepada saya oleh beberapa ‘toyol’ sejak akhir Disember 2006 hingga kini sudah pun masak.

Tak lama lagi akan saya letupkan The Toyol Code siri yang baru. Ia mengenai perkembangan politik Malaysia mutakhir. Ia mengenai gerakan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia juga mengenai tsunami politik seperti yang telah saya bayangkan dalam satu posting saya baru-baru ini.

Oleh itu, bersabarlah. Sementara menunggu The Toyol Code siri terbaru, teruskanlah kunjungi blog ini. Dan, sempena hits http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ yang ke-100000, lawatilah blog baru saya dalam Bahasa Inggeris, iaitu http://www.globalpartner.blogspot.com

Akhir kalam buat kali ini, jutaan terima kasih didedikasikan kepada seluruh pengunjung. Tanpa sokongan anda semua, siapalah www.kuda-kepang.blogspot.com yang kerdil ini? - Ruhanie Ahmad

3 comments:

Unknown said...

Salam

Datuk Marina yang dihormati

Saya harap Datuk segera in contact with Datuk Kadiaq dan Datuk Ron untuk tubuhkan segera tabung tu. Bila tabung tu dah ditubuhkan dan cadangan-cadangan lain yang Datuk kemukakan dapat digerakkan, trustee tabung tu, bagi pihak semua bloggers lain yang bersetuju menyokong usaha ini, mesti buat sidang akhbar, panggil semua press dalam dan luar negara.

Pokoknya, mesti hingaq cukup-cukup! Kalau tak hingaq, sapa anak dengaq?!!

- bakaq

cc. Datuk Kadiaq
Datuk Ron

pengintip said...

Salam pada semua pembaca terutamanya kepada Dato Ron..

Saya amat menyokong komen "penarik beca" supaya ada tabong bloggers. Saya berharap ada peguam sukarela tambil kehadapan berikan khidmat.

Saya rindukan cerita The Toyol Code. Siri Toyol banyak terbukti kebenaran dari fitnah.

Dato' kami pemuda UMNO yang bertugas di Batu Talam merayu Dato' sambung cerita Toyol segera. Kami meyokong tulisan Dato'.

Hidup Melayu.. Hidup Dato Ron.. Hidup Kuda Kepang..

Dari Jentera Pemuda UMNO
Batu Talam

lamandau said...

My humble suggestion , don't release toyol code ke dua yet! You may put the other party on guard ! Let's see if TC one materialised. I'm confident it will materialise ! It is an irony that tgkt 4 never respond to your TC. Kalau banyak Datuk 'let the cat out of bag' tak seru lah (kata orang Indon). It is better for you to update rakyat saperti saya ni dengan kerenah putrajaya (the house of power) yang tidak mungkin dapat dibaca dalam media massa sekarang ni ! Ini hanya suggestion aje , Datuk !