Monday, January 29, 2007

The Toyol Code 2007
Bahagian Satu:

Ada Rombakan Kabinet
Lepas Cong-Xi-Fa-Cai?
Oleh Ruhanie Ahmad

Tidak lama lagi dijangka ada satu rombakan kabinet yang agak besar. Ini adalah berdasarkan satu maklumat berkod yang saya terima daripada seorang ‘toyol’ pada akhir Disember 2006.

Maklumat ini terkandung dalam sms yang amat ringkas daripada ‘toyol’ tersebut. Ia berbunyi begini: juara lagu selepas cong-xi-fa-cai.

Berasaskan beberapa kod yang telah sama-sama kita pecahkan menerusi siri The Toyol Kod 2006, perkataan juara lagu bermaksud rombakan kabinet.

Jadi, bila mesej ‘toyol’ itu mengatakan juara lagu selepas cong-xi-fa-cai, ini bermakna satu rombakan kabinet dijangka dilakukan selepas Perayaan Tahun Baru Cina.

Identiti

Hari ini saya hubungi ‘toyol’ berkenaan menerusi sms. Ini kerana dia tidak pernah mahu menjawab panggilan telefon daripada saya. Mungkin kerana dia takut saya akan cam suaranya dan sekaligus memecahkan identiti ketoyolannya.

Mesej ringkas daripada saya kepadanya berbunyi begini: Saya nak tulis siri The Toyol Code 2007. Kalau betul akan akan ada juara lagu lepas cong-xi-fa-cai, juara lagu tu ikut cai siapa?

Maksudnya, saya nak tau, kalau betul akan ada rombakan kabinet selepas Perayaan Tahun Baru Cina, nama-nama mereka yang dijangka gugur atau naik pangkat, ikut senarai siapa?

Saya tanya pasal senarai tersebut kerana dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ yang sama telah memberikan senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri yang dijangka digugurkan menerusi rombakan kabinet tahun ini, seperti berikut:

Temasek?

Datuk Rais Yatim, Datuk Azmi Khalid, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Aziz Samsuddin. Datuk Zainuddin Maidin, Datuk Abdullah Zain, Datuk Tengku Adnan Mansor, Datuk Seri Samy Vellu, Datuk Seri Dr. Lim Kheng Yeik dan Datuk Azalina Othman. Timbalan Menteri yang dijangka tersingkir adalah Datuk Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Zainal Abiudin Zin.

Dalam masa kira-kira 10 minit, mesej saya dijawab dengan ringkas sahaja. Kata ‘toyol’ itu soal senarai ikut nota lagu orkstera temasek.

Anda yang telah mengikuti seluruh siri The Toyol Code 2006 pasti akan faham maksud jawapan ‘toyol’ tersebut seperti di atas.

Sesiapa yang belum membaca seluruh siri the Toyol Code 2006, atau mahu mengimbas kembali seluruh siri tersebut, rujuklah kepada arkib postings di blog ini sepanjang Oktober 2006 menerusi link berikut: http://kuda-kepang.blogspot.com/2006_10_01_archive.html

Ramalan

Jadi, berasaskan mesej terbaru daripada ‘toyol’ yang tidak saya kenali ini, mungkinkah benar bahawa satu rombakan kabinet dijangka diadakan selepas Perayaan Tahun Baru Cina Februari 2007 ini?

Dan, mungkinkah senarai yang terlibat dalam rombakan kabinet itu sama seperti yang disampaikan kepada saya oleh ‘toyol’ tersebut pada Oktober 2006?

Sebagai kesimpulan, apa yang disampaikan oleh ‘toyol’ berkenaan kepada saya seperti di atas mungkin hanya satu ramalan belaka.

Mengambilkira soal banjir besar di Johor dan masalah berkaitan dengannya, mesej dari ‘toyol’ di atas mungkin terjadi dan mungkin juga tidak. Hanya Allah SWT jua Yang Maha Berkuasa dan menentukan segala-galanya!

3 comments:

wutever said...

ok gak 2 dato' ron...
semua tunggul2 kayu x dah..

yg x bestnya temasek ada join gak..

lamandau said...

Tak hairan Datuk kalau rombakan kabinet akan berlaku kerna pada pendapat SIL ramai dikalangan ahli kabinet yang menjadi 'thorn in the flesh'! Agak teruja juga saya untuk melihat siapa akan digugurkan dari charta juara lagu tsbt. Kalau ikutkan SIL naib juara lagu pun hendak digugurkan ! Tim wawasan dulu mungkin tidak mendapat tempat, kalau ada satu dua sebagai ubat sahaja yang lain mungkin kroni sil atau presiden sendiri. Jadi ramai lah yang akan mengangkat sumpah jadi senator ! Saya turut yakin dgn toyol Datuk tu . Saya amatakan tabik PM jika dia gugurkan samy velo atau sekurang2nya pindah kementerian ! I just simply don't like him !Since you have let the cat out of the bag, carry on to devulge more information from your toyol. May be you have some more toyol kept somewhere in the closet, deploy them and keep us informed.Thanks. Salam .

Husin Lempoyang said...

Ada juga yg tak logik. Samy Vellu, Lim Keng Yaik, dan Pidah?

Abdullah md zain salah seorang chorus girls of Islam hadhari?