Kes Rocky Dan Jeff:
Undang-Undang Conventional
Lawan Undang-Undang Siber?
Hari ini genap lapan bulan saya jadi blogger dengan alamat domain www.kudakepang.blogspot.com. Tempoh ini penuh dengan debaran, getaran, dan ada kalanya, penuh dengan kebimbangan.
Ini kerana blogging bukannya seperti kewartawanan tradisional. Ini juga kerana blogger adalah loneranger - sebagai penulis, sub-editor dan editor-in-chief.
Pada waktu yang sama, olehkerana blogging membabitkan kewartawanan dan alam siber, saya terpaksa berhati-hati dengan seluruh aspek perundangan mengenai traditional journalism dan juga digital operation.
Hakikat ini amat merumitkan. Karya yang saya tulis adalah hasil kewartawanan tradisional. Tetapi, wadah yang menampung dan menyibarkan karya berkenaan pula adalah media digital.
Maka, timbullah persoalan, apakah sebenarnya undangan-undang yang membatasi karya seseorang blogger? Adakah undang-undang kewartawanan tradisional dan undang-undang siber yang akan membataskan karya seseorang blogger?
Satu lagi persoalan adalah mengenai entiti seseorang blogger dan blognya. Adakah seseorang blogger yang berpangkalan di Malaysia, tetapi menggunakan alamat domain asing, boleh disifatkan sebagai blogger dan blog berentitikan Malaysia?
Persoalan ini sungguh menarik. Ia wajar diambilkira oleh mana-mana peguam yang akan mewakili sahabat kita, Saudara Ahirudin Attan dan Saudara Jeff Ooi, yang kini berhadapan dengan masalah undang-undang.
Saya timbulkan persoalan ini kerana Saudara Ahirudin dan Saudara Jeff menggunakan alamat domain luar. Jadi, walaupun kedua-duanya warganegara Malaysia, bolehkah tindakan undang-undang diambil ke atas mereka berasaskan karya yang mereka papar dan sebarkan menerusi satu lamanweb yang menggunakan alamat domain asing?
Persoalan ini strategik dan crucial kepada kes Saudara Ahirudin dan Saudara Jeff. Oleh itu, sama-samalah kita perolehi nasihat pakar mengenai persoalan ini demi membantu kedua-dua sahabat kita ini.
Di Malaysia pun ada segelintir pakar dalam soal undang-undang siber. Mereka merupakan pensyarah di beberapa universiti tempatan. Marilah sama-sama kita ikhtiarkan semoga pakar-pakar ini sudi membantu Saudara Ahirudin dan Saudara Jeff. – Ruhanie Ahmad.

1 comment:
Simpati saya untuk kedua2 bloggers ! Saya pasti Rocky dan Jeff mempunyai asa diatas tulisan mereka. Buka pekong habis-habisan di mahkamah nanti. Jangan risau bukan kena gantung macam Allahyarham Sadam ! Kepada yang meyaman tu saya rasa mereka bertindak secara bacul (pinjam cakap PM). Mengapa tak debate dalam blog atau NSTP? Ada unsur2 nak buat dua lagi ka !
Post a Comment