Kita Bersama Rocky dan Jeff
Patah Sayap Terbang Jua!....
Akhirnya, gossip jadi realiti. Saudara Ahirudin Attan (Rocky’s Bru) dan Saudara Jeff Ooi (Screenshots) dah kena dah…
Kes mereka adalah yang pertama kali terjadi kepada bloggers di Malaysia. Kes mereka akan jadi rujukan. Kes mereka juga akan jadi bahan kajian, terutamanya kepada cyberlaw lawyers dan cyberlaw scholars di Malaysia dan seluruh dunia.
Saya minta maaf. Jutaan maaf. Pertama sekali kepada Saudara Ahirudin dan Saudara Jeff. Keduanya kepada seluruh netcitizens Malaysia. Saya minta jutaan maaf kerana terlambat memberikan respons kepada bala yang menimpa kedua-dua sahabat kita ini.
Sebabnya bukan kerana saya tidak sensitif. Tetapi kerana selama 48 jam yang lalu komputer bimbit saya terpaksa diconfigurekan semula. Komputer tersebut telah diintip dan dipantau oleh pelbagai trojan horse dan spyware.
Akibatnya, saya tak boleh buat apa-apa melainkan panggil seorang pakar untuk melindungi hard-disc komputer berkenaan yang mungkin musnah kalau tidak segera diselamatkan.
Jadi, sementara Ahiruddin dan Jeff kena saman, saya pula diserang menerusi pelbagai monitoring devices dan spywares ke atas komputer bimbit saya.
Inilah nasib blogger kerdil macam saya, Ahiruddin, Jeff dan lain-lainnya. Kita semua jadi bloggers bukan pasal nak cari makan. Tetapi, kita nak sama-sama menyumbang, setakat mana yang terdaya, kepada perjuangan menegakkan kebenaran.
Oleh itu, saya harap Datuk A. Kadir Jasin akan segera tampil untuk memimpin kita. Kalau ratusan netcitizens Malaysia mahukan kita tubuhkan tabung untuk membantu kos perbicaraan Saudara Ahiruddin dan Saudara Jeff, Datuk Kadir kenalah segera bertindak.
Kita kena tubuhkan tabung itu dengan serta-merta. Pada waktu yang sama, kita juga kena bentuk satu pakatan bloggers Malaysia untuk membolehkan ianya berkerjasama dengan international bloggers organizations.
Moga-moga tabung dan organisasi bloggers Malaysia ini dapat dijadikan manifestasi kepada perpaduan kita, dari segi moral dan material, dalam menghadapi cabaran mutakhir ini.
Insya Allah, saya akan tetap bersama dalam semua usaha ini. Berani kerana benar, takut kerana salah, patah sayap bertongkat paruh, namun tetap terbang jua! – Ruhanie Ahmad

4 comments:
bak kata hang tuah dalam PGL, " jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda ke mari!"
Asalamualaikum Dato',
Pemantauan komputer menggunakan spyware dan trojan horse hanya mudah dan biasa berlaku dalam sistem Windows yang agak lemah dari segi keselamatan.
Saya syorkan Dato' menggunakan sistem Linux yang lebih selamat dan percuma.
Sistem Linux boleh dikatakan amat selamat kerana tiada virus, tiada spayware dan tidak dikawal olah mana syarikat.
Sila rujuk http://distrowatch.com untuk memilih distro yang bersesuaian. Namun begitu, saya mencadangkan samada Ubuntu, Fedora, Suse atau Mandriva untuk dicuba.
Selamat mencuba dan selamat datang ke dunia perisian "Open source" yang lebih selamat dan percuma.
wasalam,
consultan2k
Assalamualaikum Datuk,
Di sini saya syorkan bagi internet browser, Datuk gunakan Mozilla Firefox, download di sini http://www.mozilla.com/en-US/firefox
Ada ketikanya aplikasi Anti-virus gagal mengesan aktiviti virus, ini kerana penggodam kini telah mengeksploitasikan lubang-lubang di dalam Active X dan Java Script untuk menghantar virus, spyware dan Adware. Jadi Datuk boleh menggunakan extension NoScript untuk memastikan hanya laman2 yang dipercayai dibenarkan script mereka berfungsi. Dapatkan di https://addons.mozilla.org/firefox/722.
Saya menyokong penuh saranan Datuk, wujudkan pakatan bloggers. Bersatu kita teguh. berpakat, mereka yang roboh. Sekian.
Nama Dato, Dato' AKJ, ddan Dato Marina dicadangkan untuk menjadi Trustee kepada pengumpulan wang utk membantu Jeff dan Rocky.
Kita memang patut ada sepakatan Bloggers United, dan saya cadangkan Adviser dan Penasihat itu adalah Tun Dr Mahathir sendiri.
Beliau adalah Bapa Sebenar K-Ekonomy, bukan si mentally challenged cadangan.
Kesian JJ, nak hidup, si baghal pun di cadangkan dgn gelaran sebesar itu.
PS BTW your blog look nice and perfect from here.
Post a Comment