Monday, January 22, 2007

Mahathir-Anwar
Akan Berdamai?
Oleh Ruhanie Ahmad

Kuala Lumpur hari ini rancak dengan desas-desus politik tiga segi. Ia membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad; mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; dan mantan Timbalan Perdana Mentri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pokok persoalan utama yang mewarnai desas-desus politik tiga segi ini adalah seperti berikut:

Mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Kalau perdamaian dengan Tun Dr. Mahathir tidak berlaku, mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan membawa masuk Datuk Seri Anwar ke pangkuan UMNO?

Dan, kalau Datuk Seri Anwar memilih untuk terus berjuang di luar gelanggang UMNO, mungkinkah beliau merintis perdamaian dengan Tun Dr. Mahathir?

Perkembangan mutakhir membayangkan bahawa peluang perdamaian antara Datuk Seri Abdullah dengan Tun Dr. Mahathir nampaknya agak tipis.

Gagal

Pertemuan empat-mata antara kedua-dua tokoh ini Disember lalu gagal menghasilkan perdamaian yang dinanti-nantikan. Sebaliknya, pertemuan itu mengeruhkan lagi suasana siasah mutakhir.

Jadi, apakah kesudahannya? Mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan berdamai dengan Tun Dr. Mahathir? Atau, mungkinkah ruang dialog perdamaian antara mereka akan terus terbuka?

Beberapa pemerhati politik berpendapat, agak sukar untuk Datuk Sri Abdullah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir. Kalau hakikatnya demikian, mungkinkah Datuk Seri Abdullah berkira-kira untuk merintis jalan supaya Datuk Seri Anwar dibawa kembali ke pangkuan UMNO?

Sumber-sumber memberitahu www.kuda-kepang.blogspot.com, kini memang wujud beberapa usaha untuk membolehkan Datuk Seri Anwar balik menyertai UMNO.

Sumber-sumber yang sama mengatakan, usaha ke arah ini dipercayai dilakukan oleh segelintir individu yang rapat dengan Datuk Seri Abdullah.

Usaha berkenaan, kononnya untuk memperkukuhkan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin di adakah tahun ini.

Enggan

Bagaimanapun, sumber-sumber itu mengesyakki bahawa usaha ini sebenarnya bertujuan membolehkan beberapa individu yang berkepentingan memperolehi jalan pintas untuk melonjakkan kedudukan politik mereka di dalam UMNO dan Kerajaan.

Datuk Seri Anwar difahamkan menyedari matlamat di atas. Beliau juga dikatakan tidak akan mengizinkan dirinya diperalatkan oleh individu-individu terbabit.

Lantas, adakah pendirian Datuk Seri Anwar ini membayangkan yang beliau enggan kembali ke pangkuan UMNO? Adakah ini bermakna beliau akan terus berjuang menerusi Keadilan?

Seorang sahabat saya yang rapat dengan kem Datuk Seri Anwar menyatakan, memang benar Datuk Seri Anwar enggan balik kepada UMNO.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar telah dan sedang menyusun beberapa strategi khusus untuk membolehkan Keadilan menyertai PRU tahun ini secara cergas dan berkesan.

Strategi-strategi tersebut merangkumi pelbagai aspek. Antaranya, kata sahabat saya, boleh menggemparkan kita semua. Mungkin juga menyebabkan satu ledakan yang menghasilkan tsunami politik di Malaysia.

Perundingan

Sahabat saya juga berkata, antara strategi Keadilan ini telah dirincikan menerusi beberapa jual-beli dan perundingan politik. Usaha ini dipercayai dilakukan di luar negara.

Matlamat akhir kepada seluruh usaha Datuk Seri Anwar mutakhir ini, kata sahabat saya, adalah untuk mengukuhkan Keadilan dan memantapkan Barisan Alternatif (BA) menjelang PRU.

Maka jelaslah bahawa Datuk Seri Anwar tidak akan kembali kepada UMNO, Keadilan tidak akan dibubarkan, dan BA pula akan diperkasakan dari segi strategi, semangat serta kewangannya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar dikatakan masih belum puas hati dengan usaha-usaha sedemikian. Sebab itulah beliau kini dipercayai sedang mencari jalan untuk berdamai dengan Tun Dr. Mahathir.

Ada pihak-pihak yang dikatakan tidak mempercayai hakikat ini. Khususnya bila Datuk Seri Anwar telah pun mengheret Tun Dr. Mahathir ke mahkamah.

Usaha berdamai dengan Tun Dr. Mahathir ini juga sukar ipercayai bila kebelakangan ini, Datuk Seri Anwar juga sering bersuara negatif terhadap Tun Dr. Mahathir.

Serius

Tetapi, beberapa individu yang rapat dengan Datuk Seri Anwar yakin bahawa usaha beliau untuk berbaik-baik semula dengan Tun Dr. Mahathir adalah benar dan serius.

Kalau tidak, kata individu-individu berkenaan, mana mungkin Datuk Seri Anwar membuat satu kenyataan terbuka menerusi rangkaian Aljazeera baru-baru ini.

Dalam temuramahnya dengan Aljazeera di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu, memang Datuk Sri Anwar ada menyatakan yang beliau tidak lagi menyimpan apa-apa perasaan negatif terhadap Tun Dr. Mahathir.

Jadi, adakah kenyataan itu yang dijadikan bayang-bayang bahawa Datuk Seri Anwar menang bersungguh-sungguh mahu berdamai dengan Tun Dr. Mahathir?

Adakah cukup hanya dengan kenyataan sedemikian kalau Datuk Seri Anwar serius berhasrat untuk berdamai dengan bos lamanya? Bagaimana pula dengan kes mahkamah yang membabitkan Datuk Seri Anwar dan Tun Dr. Mahathir?

Pendek kata, banyak lagi persoalan yang akan timbul kalau hasrat Datuk Seri Anwar mahu berdamai dengan Tun Dr. Mahathir adalah serius.

Terbuka Hati

Antaranya, apakah motif usaha tersebut? Siapakah yang akan jadi orang perantaraannya? Adakah Tun Dr. Mahathir akan terbuka hati untuk bertindak balas secara positif?

Seterusnya, apakah implikasi ura-ura usaha damai ini kepada UMNO? Apakah pula reaksi individu-individu yang dipercayai rapat dengan Datuk Seri Abdullah, yang dikatakan sangat-sangat memerlukan kepulangan Datuk Seri Anwar ke dalam UMNO?

Demikianlah desas-desus politik tiga segi yang kini melanda Kuala Lumpur. Segala-galanya mungkin hanya ura-ura. Mungkin jadi, dan mungkin tidak.

Apa pun, dalam suasana politik Malaysia hari ini, Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar merupakan dua tokoh yang tidak boleh dipinggirkan secara mudah.

Kedua-duanya masih berpengaruh. Kedua-duanya masih boleh mewarnakan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang.

5 comments:

Mika Angel-0 said...

Dato'

What is that bargaining chip that Anwar has that can get him into UMNO IF that is what he wants?

As far as TDM and Anwar is concern
Anwar has the upper hand.

So let Anwar has his day in court and tell the world of things that stink to high heaven that must surely involve alot of the old friends in the old cabinet.

Anwar can do more harm to himself if he joins or comes back into UMNo then when he is fighting on the KeAdilan platform.

Abdullah and co finds it so comfortable when Anwar is going about trying to set things right working for free on the outside. Let us call it an understanding of 'a reluctant volunteer' that Anwar is practicing and his pension fund is the outcome of his suit against Mahathir.

What has Anwar on UMNO that UMNO wants him back? NOTHING!!!!

Although, it would be very interesting to hear what can come out in court to prove his point.

Anyway, why is Najib is not sueing Anwar for all that questionable statments on him by him.

Andin Salleh said...

Walaupun Datuk banyak menimbulkan persoalan dan andaian, tetapi saya fikir adalah lebih baik jika ketiga-tiga tokoh itu terus berjalan mengikut haluan masing-masing: buat sementara ini biarlah Pak lah terus memerintah, Tun Mahathir secara perlahan-perlahan akan "terketepi" juga, dan Anwar pula terus berjuang melalui Keadilan.

Walaupun sekarang belum begitu pasti, manalah tahu Keadilan akan mampu mengetuai dan memimpin barisan BA, dan pada satu masa nanti boleh menjadi alternatif kepada BN.

Saya fikir BN yang sudah banyak penyakit, tidak perlulah diberi peluang memerintah selagi ada bulan dan matahari. Bila sampai masanya BN memang perlu diganti.
dan sekarang masanya mungkin sudah pun dekat!

NMY said...

Ah, saya percaya semua yang berlaku kepada Malaysia, malah kepada Pak Lah sendiri adalah mainan Anwar melalui Khairy. Malah ramai bloggers juga yang playing Anwar's game ini. (Kutuk Anwar, tetapi sebenarnya puji in between the lines di samping berikan publisiti seluas mungkin)

Percayalah, ini semua telah dirancang sedari mula iaitu Khairy akan membuka peluang kepada Anwar untuk kembali ke UMNO dengan mempengaruhi Pak Lah. Apabila Anwar telah kembali ke UMNO, Pak Lah dan juga Nori akan disepak keluar oleh Khairy. Ini tidak sukar memandangkan mereka tidak punya waris melalui Khairy.

No such thing mengenai perdamaian antara Tun dan Anwar. Ini kerana apa yang berlaku bukanlah pergaduhan antara mereka. Undang-undang yang telah menghukum Anwar atas perbuatannya sendiri, bukan Tun. Jika Anwar ingin berdamai, berdamailah dengan Allah bukan dengan Tun.

Begitu juga Pak Lah. Perdamaian apa? Tun bukan mengajak Pak Lah bergaduh. Tun hanya menegur apa yang patut ditegur. Tun sememangnya berada dlm keadaan damai, Pak Lah saja yang masih tercari-cari damai abadi di dalam diri Khairy dan sampai mati pun dia tak akan jumpa kedamaian di dlm diri seekor iblis.

Tun bukan bermain politik, Tun hanya bekerja dan berkhidmat selama ini. Jika mereka mengajak Tun bermain politik seperti mereka, iaitu berdamai atau bergaduh mengikut kepentingan semasa, mereka salah.

Walaupun begitu, sama-sama kita lihat, kerana dalam dunia yang huru hara hari ini, walaupun salah, mereka mungkin tidak akan kalah.

Azri said...

Bukan mudah cuba bersikap 'neutral' dan mengabaikan sesetengah nilai untuk meletakkan komen di sini, tapi saya cuba.

Ingin saya gunakan istilah ini kepada Anwar - 'politicide', walaupun ianya istilah khusus untuk Ariel Sharon tetapi saya rasa khalid Jaafar bersetuju kalau digunakan kepada Anwar.

'Politicide' ini, secara teori dan praktikal ia boleh dilakukan. Anwar perlulah mengikut suara rakyat dan sentimen yang tengah meluap-luap ketika ini, dan lakukannya dengan bersungguh, membara dan paling penting 'berkesan'. Bukannya tidakan 'berpeluk dan cium mulut' bersama kumpulan budak itu.

Namun tindakannya membuka gelanggang terhadap Najib, membuat orang bertambah meluat dengan nya, umum melihat seorang 'ambitious' bersedia untuk datang kembali ke dalam.... Perlukah Anwar memberatkan isu Najib sedangkan banyak isu lain yang perlu dibangkitkan oleh BA?

Perbuatan untuk berbaik dangan TDM juga sudah lama diketahui dari temubual RPK dengan TDM sebelum ini. Tiada respon positif daripada TDM, namun tidak bermaksud TDM tidak memikirkannya.. Namun pendedahan Datuk menunjukkan ada usaha sedang dilakukan lagi. Sekali lagi TDM tidak boleh diketepikan.

Dan yang paling penting, Anwar haruslah 'mengubati' negara ini secara bijak, kerana 'wabak penyakit' yang dibawanya, sehingga kini masih terasa?

InMine said...

From http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=1680

==start quote===
“Do you know that Anwar has tried to meet me many times?” asked Tun Dr Mahathir. I know this was a question but there are times when statements are presented in the form of questions so I took this as one such case. I hesitated awhile, not knowing how I was supposed to respond. What should I reply anyway? When someone asks you whether you think he is stupid, he clearly does not expect you to say ‘yes’ as he means to say that he is not stupid. Nevertheless, not being one who likes the other to have the last word, I replied, “Yes, I have heard.”

This is actually true and I was not lying. I had heard about it from one chap who alleged that Anwar spoke to him and asked him to act as a go-between to arrange a meeting with Mahathir.

“Anwar has spoken to a few people and asked them to approach me. He wants to meet me though I don’t know why. Why do you think he wants to meet me?”
===end quote===

So Datuk, now both RPK and Datuk have written about TDM and DSAI.