Friday, January 05, 2007

Ku Li Cabar Pak Lah
Selaku Presiden UMNO?
Oleh Ruhanie Ahmad

Tengku Razaleigh Hamzah akan melawan Datuk Seri Abdullah Ahmad untuk jawatan Presiden Umno Malaysia? Betulkah begitu? Dan, mungkinkah beliau mempunyai harapan cerah untuk menang?

Begitulah spekulasi di kalangan sesetengah pemerhati politik tanahair di Kuala Lumpur? Begitulah juga tajuk perbualan hangat di kalangan sesetengah ahli dan pemimpin Umno.

Spekulasi di atas boleh dikatakan kencang dan meluas. Tetapi, yang empunya diri, iaitu Tengku Razaleigh sendiri, masih tetap berdiam diri.

Begitu pun, beberapa akhbar alternatif dan media internet sudah pun menghidupkan kisah ini. Tabloid Siasah juga tidak ketinggalan dalam spekulasi ini.

Pokoknya, kenapakah timbul spekulasi tentang Tengku Razaleigh akan mencabar Datuk Seri Abdullah selaku penyandang jawatan Presiden Umno Malaysia?

Lemah

Apakah yang tak kena dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah pada hari ini? Adakah kerana beliau kononnya lemah? Adakah kerana beliau kononnya dimanipulasikan oleh segelintir manusia di sekelilingnya selama ini?

Tetapi, benarkah Datuk Seri Abdullah lemah? Benarkah beliau juga dimanipulasikan oleh segelintir manusia di sekelilingnya selama ini?

Soalan-soalan seperti ini agak sensitif. Ianya agak sensitif kerana mungkin boleh menghakis keyakinan ahli-ahli Umno terhadap Presidennya.

Tetapi, tentunya ada sebab-sebab yang strategik dan besar sehingga mendorong beberapa pemerhati politik tanahair dan segolongan ahli serta pemimpin Umno membuat spekulasi seperti di atas.

Atau, mungkinkah spekulasi di atas wujud kerana segolongan ahli dan pemimpin Umno terkilan dengan sikap Datuk Seri Abdullah yang seolah-olah meremehkan sahaja seluruh perkara yang disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selama ini?

Dipantau

Bagaimanapun, saya difahamkan bahawa spekulasi Tengku Razaleigh akan menentang Datuk Seri Abdullah ini memang sudah mula menghantui sesetengah pihak kebelakangan ini.

Sekumpulan individu tertentu, termasuk sesetengah ahli dan pemimpin Umno, kini dikatakan sedang dipantau kenyataan dan pergerakan mereka.

Mereka dikatakan dipantau oleh sekumpulan ‘kuasa ghaib’. Bagaimanapun, ‘kuasa ghaib’ ini dipercayai tidak menjalankan kerja-kerja pemantauan ini secara rasmi.

Saya tahu pemantauan tidak rasmi ini sudah bermula. Peristiwa yang berlaku ke atas salah seorang yang dicap kononnya penyokong Tengku Razaleigh baru-baru ini juga sudah sampai kepada pengetahuan saya.

Hakikat seperti ini mungkin akan menimbulkan rasa curiga di kalangan penyokong-penyokong serta pihak yang bersimpati dengan Tengku Razaleigh.

Bawah Tanah

Oleh itu, kalau betullah Tengku Razaleigh akan dicalonkan untuk mencabar Datuk Seri Abdullah, gerakan ‘penentangan’ ini mungkin dilakukan secara ‘bawah tanah’.

Dan, sebagai seorang tokoh yang berpengalaman, Tengku Razaleigh pula pastinya tidak akan mendedahkan strategi dan gerakannya terlalu awal.

Pada waktu yang sama, saya yakin ‘kuasa ghaib’ yang saya maksudkan di atas juga sudah mula membina profile penyokong-penyokong Tengku Razaleigh di seluruh negara.

Maka, kalau benarlah pilihan raya umum akan diadakan lebih awal daripada pemilihan pucuk kepimpinan Umno, mungkinkah penyokong-penyokong Tengku Razaleigh yang kini jadi Ahli Parlimen atau ADUN akan dipinggirkan menerusi pilihan raya berkenaan?

Kalau ini berlaku, mungkin lebih banyak pihak jadi semakin berhati-hati dalam pergerakan mereka untuk menyokong Tengku Razaleigh.

Tetapi, bagaimana agaknya kalau para penyokong sudah nekad mengenai keputusan dan tindakan mereka untuk mencalonkan Tengku Razaleigh mencabar Datuk Seri Abdullah?

Berwaspada

Oleh itu, para penyokong Tengku Razaleigh perlulah bergerak secara berwaspada dan bijaksana. Awasilah kewujudan musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Bagi pihak Tengku Razaleigh sendiri, beliau kenalah menerima hakikat bahawa beliau masih jadi satu faktor yang unggul dalam percaturan politik semasa dalam Umno.

Keunggulan Tengku Razaleigh ini tidak boleh dinafikan. Khususnya bila Tun Dr. Mahathir, dalam satu dialog di Kota Bharu, Kelantan, beberapa bulan lalu, pernah menyebut tentang hakikat ini.

Oleh itu, reaksi Tengku Razaleigh terhadap spekulasi kemungkinan beliau diketengahkan oleh sesetengah kalangan dalam Umno untuk menentang Datuk Seri Abdullah, pasti akan sentiasa disorot dan dianalisa oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Apa pun, Umno adalah parti yang demokratik. Sebarang pertandingan untuk apa jawatan sekalipun dalam Umno adalah diizinkan oleh perlembagaan parti.

Jadi, janganlah wujud mana-mana ‘kuasa ghaib’ untuk membunuh amalan demokrasi ini. Janganlah wujud mana-mana kelompok untuk mengganggu-gugat pihak-pihak yang dikenalpasti sebagai penyokong Tengku Razaleigh.

Kalau spekulasi di atas jadi kenyataan, izinkanlah demokrasi hidup. Izinkanlah demokrasi menentukan segala-galanya. Manusia hanya boleh merancang. Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya! – Disiarkan dalam tabloid Siasah 29 Disember 2006.


7 comments:

Anonymous said...

Yang Berbahagia Datuk,

Tiada apa yg peliknya pun sekiranya Ku Li ingin mencabar AAB.

Sebenarnya malah pada hakikatnya terdapat ramai lagi ahli UMNO yg layak, berkredibiliti, berjatidiri tinggi yang bukan setakat mencabar bahkan mampu menewaskan/menumpaskan pemimpin mediocrity sebegini.

Ahli UMNO yang berjiwa besar, think big, berwawasan jauh, bisa saja ditemui di segenap pelosok desa dan kota. Barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan bahawasanya mereka ini hanya menunggu masa menampilkan diri sedikit masa lagi menjelang pilihanraya umum nanti.

Para pejuang nasib bangsa dan tanah leluhur bonda ini tidak akan sekali-kali berkompromi dengan segala jenis pengkhianatan yang dizahirkan di era AAB. Mereka pasti akan tampil dengan hayunan langkah sang wira sejati yang tak bisa digertak oleh anjing politik seperti Nazri Aziz dan konco-konconya.

Akhirnya yg benar tetap benar. Sebenar-benarnya. Yang bathil tetap bathil. Sehina-hinanya.

Allah swt mula memaparkan kepada seluruh Rakyat satu demi persatu kepincangan dan kebobrokan pentadbiran AAB yang ternyata GAGAL SAMA SEKALI meletakkan Malaysia di landasan yang betul yg selama ini telahpun dibina dengan jayanya mercu tanda martabat bangsa oleh para pem,impin terdahulu. Ironinya di era AAB apa yg penting hanyalah:

1. cuti-cutinya

2. periuk nasi menantunya

3. menjajakan/menembeh-nembeh kekayaan anaknya (boleh tanding Robert Kuok? Bill gates?)

4. melolongkan di segenap lorong kota bahawa beliau punya 'stail tersendiri'... sepatutnya fokuskan kemajuan negara. Ini tidak sebok sekali memperaga diri kononnya beliau punya cara sendiri..

5. harta keluarganya (tak perlu declare). Peraturan itu hanya layak untuk masyarakat bawahan.

6. mementingkan kesombongannya/kegoannya/kebongkakannya: bahawasanya akulah PM, aku cucu ulamak, anak aku kaya. Peduli apa pada Rakyat. Banjir itu milik mereka. Aku hanya jenguk muka untuk keesokan harinya bakal terpampang di mimbar media! BANGSAT!

7. tidur dan lena mimpi indahnya

8. para balacinya si Kalimullah dan para menteri/MB/KM yg bacul tak punya harga diri tak punya maruah!

9. para badut sekongkolannya: Bush, Singapoke, Howard dan Zionis

10. agenda hasrat menghalalkan cara tercapai (sejak dulu lagi kami para cendekia telah mengesan sudah bahawa AAB ini adalah proxi Yahudi dan Zionisme). Lihatlah komen lembik beliau terhadap penghinaan hukuman gantung Saddam di hari Aidil Adha nan mulia!

Duhai Rakyat Malysia..renung-renungkanlah!

Duhai SB dan para perisik strategis negara bertindaklah terhadap pengkhianat penjual bangsa dan negara ini. Penyembah Zionisme/Yahudi/Chauvinisme Singapoke ini!

cakapsiang said...

YBhg Datuk , Ku Li adalah salah seorang negarawan yang telah berjuang lama untuk bangsa dan negara. Agak malang zamannya bersamaan dengan zaman DrM. Jika dia terdahulu atau terkemudian, pasti dia juga akan melakar sejarah sebagai seorang peneraju Negara yang ulung. Agak malang beliau dipengaruhi oleh seseorang untuk menentang DrM. Agak malang juga para ahli UMNO takala itu terpaksa memilih di antara Ku Li dan DrM semasa pertandingan antara keduanya. Namun jelas ketika itu ahli-ahli UMNO tidak mahu kehilangan keduanya.

Jika Ku Li bersedia menabur bakti kepada Negara pada saat Negara memerlukan seorang perancang ekonomi yang hebat di era globalisasi ini, saya tidak nampak alasan untuk menidakkannya untuk mencuba.

Negara perlu bersaing di pentas dunia, yang mana hanya seorang peneraju ulung dapat membawa negara ke era dunia tanpa sempadan, yang sanggup berkhidmat 24 jam sehari, 7 hari seminggu,12 bulan dalam setahun.

Demokrasi Malaysia sudah matang, kenapa kita hendak berbalik ke belakang. Jika ada sesiapa yang ingin menawar khidmat, berilah peluang. Biar ahli-ahli UMNO yang bijak menetukan siapa pemimpin yang mereka yakin akan membawa negara, rakyat dan generasi akan datang ke alaf maha mencabar.

Biar ahli UMNO yang bijaksana mentafsir siapa yang berkelayakan untuk mencorakan maruah Negara dan bangsa di masa depan.

Hanya ahli UMNO yang layak mengundi bagi menentukan siapa pemimpin yang layak. Di tangan merekalah nasib kita diamanahkan, samada kita, Bangsa Melayu akan bertakhta di persada dunia dan dihormati ATAU kita semua akan dilempar ke longkang di mana tiada sesiapa mendengar kita kerana kita bangsa yang busuk dan jijik!

Andin Salleh said...

Saya rasa adalah satu perkara yang sangat menyedihkan jika orang nombor 2 (Timbalan Presiden)dan orang-orang di barisan ke-3 (Naib Presiden)dianggap tidak ada yang layak untuk menggantikan AAB. Adakah UMNO sudah begitu ketandusan pemimpin? Jika mereka tidak layak, mengapa mereka dipilih menduduki tempat yang begitu penting, yang sepatutnya "mewarisi" jawatan pemimpin no.1


Ku Li mungkin boleh mencuba mencabar AAB. Tapi saya tidak fikir ia akan berjaya, sebab kedudukan Presiden sebenarnya kukuh dan kuat, walaupun personaliti yang menduduki tempat itu dianggap seorang yang "lemah".

Sejarah UMNO menunjukkan tidak ada sesiapa yang boleh menjaya menjatuhkan Presiden.Itulah tradisi dan budaya UMNO.

Anonymous said...

Datuk Ron,
Salaam

Pekung Di Dada: To Open or Conceal

Aku tersalah jangka. Ingatkan sangat engkau di tempat di mana air besar bermaharajalela. Tolong-tolong orang yang susah akibat rumah dah ada built-in swimming pool.

Tak apalah. Ini negeri bebas. Bukannya khadam parsi sultan yang tah kemana melainkan si Sultan Pahang. Ya, orang istana Johor yang lain ada. Baguslah begitu.

Harapnya nanti tulislah pengalaman engkau dan sekeluarga wong semasa di Tehran. Jadi kenapa ada pihak yang bising PM cuti di Down Under.
Najib tu banggang lah kalau sambil selam minum tak air. Cuma air sampah yang dapat dia minum kali ini.

Iran bagi aku suatu negara orang Islam yang hebat kerana setelah banyak teraniaya oleh Bangsa-Bangsa Bersatu ia masih agah. Sejarah Parsi pun ada banyak cerita kegagahan mereka dan pernah di jadikan rumah kedua Alexander of Mecedonia. Salman The Persian pun sahabat al-Musthofa selawat dan salam buat baginda rasul.

Aku tiada simpati untuk si-Saddam dan konco-konconya. Aku tersenyum manis melihat dia pergi dengan kata-kata yang lain dari dua kalimah syahadan. "See you in hell?"

Aku: wa ana minal muslimin.
No fatehah for the likes of saddam hussein.

Tiada keadilan? Di padang Mahsyar nanti berjewablah aku dan engkau dan dia dan kita semua.

Dengan Izin YB:

Khusus Tetamu terhormat Jiwabara, Cakapsiang dan Harat,
Biarkan begitu agar betul dan sah
Coda Toyol itu. Bukan senang nak bela Toyol yang pandai macam toyol di YB Ruhanie.
(Ya, Datuk Ron tak silap dalam hal ini. Tapi Nomber 2, ana punya kalau mahu selinak atau bakar atau rebus atau potong ala Mona Fendi. Tetapi buat teman Muhyidin jangan lah too happy kerana mika belum pass=pass lagi test. Dengar-dengar National Feedlot itu lebih heboh dari yang TV3 tapi habuk tahi lembu pun tarak.)

Salaam

Anonymous said...

Ku Li? bior bebenor Datuk! Ido'nt think Ku li dare to challange AAB which means going against the tide. It is going to be a collosal task to do that. But what the heck man, afterall Ku Li have nothing to loose. I still prefer AAB should be corrected from within i.e MT. Most of the UMNO MT members won their seat through thier own strength and toil. So these MT members should have moral courage to right the wrong committed by AAB, failing which he should be given ultimatum resign or face vote of no confidence ! Bukan tak pernah berlaku senerio sebegitu ! Bukan AAB yng menentukan kemenangan anda , kami para perwakilan yang meletakkan anda disitu dengan harapan tidak mengeciwakan kami! MT UMNO plays a very significent role in moulding our nation state to whatever they deem fit. President parti tak boleh buat apa2 kalau majoriti ahli MT tidak setuju dgn apa jua cadangan presiden. Muhasabah diri masing2 kalau nak kan melayu dan bumi malaysia tercinta ini selamat.

Anonymous said...

Datuk Ruhanie,
Salaam

Spycatcher03,

Jangan ingat kerabat kelantan tu tak ada ladang tongkat ali dan kacip fatimah mahupun ubi jaga nya.

Ini YB permainannya semacam sketsa David Blaine 'Street Magician'.

Basikal Raleigh itu tak lama lagi akan terima amanah ini dengan hati terbuka tanpa gundar-gurindam. All expenses paid, syarat asas.

Ini adalah 'a brutal frontal attack' oleh mereka yang menghormati sistem demokrasi terpimpin UMNO.

Cuma bagaimana teruk bengkang-bengkoknya roda crusader ini nanti kalau gambar orang semenanjung pakai topi bersalb mirip muka kerabat kelantan ini tiba-tiba muncul dan semua yang bersamanya 'disappear into thin air'

Semestinya kah jawaban ini kita tunggu dan lihat?

MT dengan gelagat mereka, maka jaga-jaga tiada yang dipecat, digantung keahlian nya atas kesalahan 'taboq duit' semacam si toyol isa dari N9.

Ya, ini cerita YB benar tetapi walaupun cerita Imam Mudhari lawan Imam Madani belum lagi siap skripnya sudah di laung-laungkan Yeti Man belaan kerabat Terengganu.

Kesyukuran atas semakin bernasnya komen-komen yang ternukil di blog Datuk Ruhanie Ahmad. Tidak saperti saya.

Wa salaam.

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.