Usahasama Pelaburan Tabung Haji
& Tai Wee Company (Pte) Limited
Baru-baru ini seorang sahabat saya melayari internet untuk mencari beberapa fakta bagi penyediaan satu kertaskerja perniagaan. Secara tidak sengaja, beliau terjumpa satu fakta yang disifatkannya sebagai menggemparkan. Fakta itu terkandung dalam laman web dengan alamat: http://web.singnet.com.sg/~taiwee/profile.htm.
Beliau mengirimkan alamat di atas kepada saya menerusi e-mail. Saya akses laman web berkenaan. Ianya adalah mengenai profile sebuah syarikat di Singapura.
Setelah baca punya baca, dan punya baca, saya temui beberapa perenggan yang mungkin disifatkan oleh sahabat saya sebagai memeranjatkan. Perenggan-perenggan itu adalah seperti berikut:
OVERSEAS JOINT-VENTURES:
Tai Wee has good connections and investments in the Far East region. In Malaysia, we team up with Tabung Haji (Pilgrim's Fund) which is regarded as politically and economically one of the most influential groups in Malaysia in the food trading and distribution.
Similarly, Tai Wee is involved in the trading, sales and distirbution of food and agri-business in China. In China, Tai Wee has investments in the followings:
(a) Hunan - Suckling Pig Processing Plant.
(b) Shandong - Integrated Feedmill and Poultry Production.
Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya. Tetapi, selepas membaca kedua-dua perenggan di atas, saya tidak berani buat apa-apa komen.
Anda akseslah sendiri alamat web di atas, dan ambillah kesimpulan kepada seluruh perenggan yang saya paparkan di sini.
Persoalannya, adakah apa yang dinyatakan secara hitam putih dalam perenggan-prenggan di atas sebagai satu hakikat yang benar? – Ruhanie Ahmad

6 comments:
Dato'
Nampaknya kita telah ditipu hidup-hidup. Satu demi satu.
Apa lagi agaknya selepas ni?
Mungkinkah anak isteri kita juga akan dijual?
Patah Sayap Terbang Jua!
Askm Datuk...
Nampaknya Malaysia akan dijajah semula melalui ekonominya....pada 50 thn sambutan kemerdekaan.
Penggabungan syarikat perladangan terbesar pun ader udang disebalik batu...
Ternyata benar kebimbangan kami ....sebelum peralihan kuasa berlaku. Rakyat tidak yakin dgn kemaampuan dan karismanya sebg PM.
PRU nanti...BN pasti bukan pilihan saya jika Bodolah masih PM.
Mintaa Maaf guna bahasa kurang sopan.....tapi dah meluat tgk PM mcm tu..
Dah Bodoh tapi buaat2 pandai....
Salam semua,
Saya telah menghantar email ke TH berkenaan perkara ini. Harap2 kita akan mendapat respon secepat mungkin.
Diharap pihak TH akan membuat kenyataan rasmi.
Datuk,
Mungkin ada iktibar dari pendedahan usahasama Tabung Haji (TH) dengan "Tai Wee Limited".
1.Datuk tidak boleh dipersalahkan diatas posting tersebut kerana apa yang saya baca dari tulisan Datuk hanya lah suatu yang pada zahir nya terpapar di internet dan dapat di akses diseluruh dunia. Niat Datuk, saya percaya. amat murni yakni untuk memertabatkan integriti dan ketelusan TH dalam hal-hal berkaitan pelaburan dimana hasil dari pelaburan tersebut dapat membiayai "secara subsidi" kepada jemaah-jemaah haji Malaysia.
2. Kita harus renung dan lihat akan iltizam pemimpin besar hadhari samada dapat berbuat sesuatu seperti mungkin mengarahkan TH mengambil tindakan undang-undang kepada Tai Wee Limited maupun pengendali web hosting yang dimaksudkan untuk memperakukan kenyataan beliau baru-baru ini bahawa tiada siapa yang terlepas dari undang-undang jika menabur fitnah. Sila rujuk komen beliau diatas kes "Rocky Bru" dan "Screenshot". Jangan ada "double standard" dalam hal ini tambahan syarikat "Tai Wee Limited" adalah dari Singapura yang seperti negara angkat kepada beberapa pembesar UMNO.
3. Disini apa yang saya lihat akan menjadi "precedent case" samada kes saman malu NST dan Pegawai Atasan NST dapat mempunyai asas atau prima facie keatas apa yang TH akan lakukan dan sejauh mana undang-undang siber Malaysia dihormati oleh negara luar.
4. Satu nasihat saya kepada TH beserta Panel Pelaburan TH, jangan terlalu ghairah untuk meng"koperat"kan budaya TH. Dalam perniagaan globah, kita tak mungkin diberi "disclosure" secukupnya oleh pengusaha dan akhirnya kita sendiri yang akan terjebak. Dalam hal ini, maruah TH harus dipertahankan, penghinaan oleh Tai Wee Limited tidak dapat diterima langsung oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya muslimin dan muslimah sekelian. Cemar nya nama baik TH akan menjahanam kan Malaysia dengan parah sekali.
Akhir kata, kita lihat apa kesudahannya. Mampukan TH/Kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap Tai Wee Limited jika ianya palsu? atau jika ianya benar, keseluruhan panel pelaburan TH, ALP dan pegawai atasan TH harus bertanggung jawab untuk menjawab kepada rakyat Malaysia...Diharapkan mereka bersedia dengan jawapan yang baik untuk menjawab diakhirat jika pelaburan dalam Tai Wee Limited memang benar.
Terima kasih.
memang babi panggang setongkol satu badan dan disumbat dgn epal dimulutnya,suckling pig
Post a Comment