Friday, January 12, 2007

Kempen DUN Batu Talam
Najib Jadi Sasaran Utama?
Oleh Ruhanie Ahmad

Pilihanraya kecil DUN Batu Talam, Raub, Pahang, bukan sekadar gelanggang tempur parti-parti politik. Ia juga mungkin jadi medan pembunuhan karier politik demi kepentingan segelintir individu tertentu.

Spekulasinya begitu bila Pas dan Keadilan yang memboikot pilihanraya kecil berkenaan diura-urakan mungkin menaja seorang atau beberapa calon bebas daripada kalangan sekutunya.

Beberapa sumber meramalkan sebuah parti pembangkang tertentu mungkin menaja seorang calon bebas untuk menentang calon Barisan Nasional (BN).

Calon berkenaan dikatakan pernah aktif dalam UMNO Raub beberapa tahun lalu. Ia akan diketengahkan atas tiket bebas bukan untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Calon bebas itu dijangka dipertandingkan untuk membuka ruang berkempen bagi seseorang personaliti tertentu.

Kempen itu pula dikatakan akan memfokus kepada beberapa isu panas yang kononnya membabitkan beberapa pembesar UMNO.

Najib

Lebih khusus lagi, kempen calon bebas itu difahamkan akan menjadikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, sebagai sasaran utamanya.

Isu sensasi yang kononnya akan dibabitkan dengan Datuk Seri Mohd. Najib adalah kes bunuh yang didakwa melibatkan Datuk Razak Baginda.

Memang keterlaluan untuk bertindak seperti di atas. Begitu pun, kemungkinannya tidak boleh dinafikan.

Ini kerana segelintir individu tertentu memang dikatakan sedang berusaha keras untuk membina persepsi umum supaya kes bunuh yang membabitkan Datuk Razak Baginda boleh dijadikan senjata meluntur dan mungkin membunuh karier politik Datuk Seri Mohd. Najib.

Pengunjung blog ini mungkin memperolehi gambaran yang lebih jelas mengenai usaha ini sesudah membaca siri The Toyol Code secara berulang kali.

Mei 2007

Bayang-bayang kepada gerakan terhadap Datuk Seri Mohd. Najib ini telah huraikan menerusi siri berkenaan.

Gerakan tersebut dikatakan berkait rapat dengan beberapa perkembangan politik yang mungkin terjadi di negara ini Mei tahun ini.

Sebab itulah pilihanraya kecil DUN Batu Talam bukan setakat gelanggang mengadu kekuatan di kalangan parti-parti politik.

Sebab itulah juga terdapat ramalan seorang atau beberapa calon bebas mungkin ditaja oleh pihak yang berkepentingan kerana kempen bagi calon bebas berkenaan dijangka dijadikan medan pembunuhan karier politik yang terancang rapi.

2 comments:

Anonymous said...

susah sangat nak log in ur blog, datuk

Anonymous said...

Sorry Datuk, tadi testing aje !

Saya rasa Batu Talam merupakan medan yang paling sesuai bagi mereka yang anti Najib untuk menggunakan isu tuduhan pembunuhan ka atas wanita mongolia. Isu ini telah lama beredar di 'pasaran' terutama semasa PAU. Saya melihatnya sebagai suatu usaha dari kalangan kita (UMNO) untuk menjatuhkan Najib secara lempar batu, sembunyi tangan. Nah, sekarang isu ini akan lebih hebat lagi dibuat secara terbuka ! Pada hemat saya streteji mendiamkan diri oleh Najib dan penyokongnya, tidak akan membantu Najib sendiri, bahkan senyap itu dianggap mengiakan oleh sesetengah pihak. Kalau beginilah sikapnya , maka tidak hairan Najib akan tersungkur! Beliau bukan pilihan mutlak AAB sebagai TPM ! Terpaksa kerana Najib mempunyai sokonganakarumbi yang kuat. Walaupon Najib cuba sedayaupaya untuk menunjukkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap AAB sehingga tergulung dalam ahli kabinet " geleng2 angguk2", namun 'it did not bemuse AAB!' Naga2 spt SIL dan tgkt 4 sentiasa menhembuskan nafas berapi mereka ke tengkuk AAB dan saya boleh simpulkan ' you mark my word ,Datuk, Najib will never be a PM " selagi AAB masih ada.AAB akan pilih orang lain yang boleh mengakomodasikan hasratnya ---- melantik sil jadi TPM! ini telahan saya aje , Datuk, telahan yang ada sedikit sebanyak asasnya !