Friday, January 26, 2007

Perkataan Suckling Pig
Ertinya Babi Muda.….

Bila saya membuat posting mengenai Lembaga Tabung Haji (LUTH) menjadikan sebuah syarikat Singapura sebagai rakan kongsinya, saya tidak pernah berniat untuk mempersoalkan usahasama berkenaan.

Ini kerana LUTH berhak memilih sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk jadi rakan kongsi perniagaannya, waimah rakan kongsi itu adalah syarikat asing.

Niat saya buat posting itu adalah untuk membolehkan pengunjung blog ini membaca dan memahami erti seluruh perkataan yang dalam warna merah.

Antara perkataan yang dalam warna merah dalam posting tersebut adalah “suckling pig processing plant.”

Jadi, tidakkah anda mengetahui erti “suckling pig?” Bukankah “suckling pig” ertinya “babi muda?” Tidakkah “suckling pig processing plant” ertinya “kilang mempross babi muda?”

Persoalannya, adakah ini benar? Persoalannya, macam mana sampai jadi begini? Persoalannya, apakah reaksi para pencarum LUTH bila mengetahui bahawa makna “suckling pig” adalah “babi muda?”
- Ruhanie Ahmad

6 comments:

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
ibnawawi said...

Datuk, saya sangsi dengan apa yang dipaparkan dalam laman web yang Datuk linkkan tu. SingNet/SingTel ialah telco di Singapura yang menyediakan perkhidmatan free webhosting, seperti Time dot Net di negara kita. Seperti juga Tripod, Angelfire, Geocities dan Blogger dot com ini. Tai Wee Company mungkin tidak wujud. Malah saya telah membuat carian di pelbagai site dari Singapura tidak terjumpa syarikat yang disebutkan. Begitu juga apa2 berita jv di antara TH dengan syarikat tersebut tidak ditemui. Kemungkinan ia hanya satu fitnah atau gurauan seseorang dan kita nampaknya mudah melatah dan menuduh sembarangan. Kalaupun syarikat memproses babi itu benar-benar wujud, dan menjadi rakankongsia niaga TH, sengkek sangatkah ia hingga tak mampu miliki domain sendiri terpaksa menumpang free webhosting? Saya tak fikir ALP TH yang terdiri daripada pakar2, bijakpandai dan profesional mengizinkan TH berjv dengan syarikat yang tidak diketahui latarbelakangnya? Seperti cadangan seorang pengkomen di posting sebelum ini, eloklah Datuk jangan mudah melompat, nanti semua orang pulak ikut melompat. Be a responsible blogger.

Orix Concepts said...

Suckling pig ialah "babi yang sedang menetek" atau kalau ikut istilah arwah bapak saya, "nangoi"

lamandau said...

Betul komen Ibnawawi tu Datuk. We must be 100% sure before we post anything. Get deeper into it Datuk because it concern our muslim intrest. Probably PPIM (Per Pengguna Islam Mal) could assist us. If its true then LUTH must explain this oversight!

wutever said...

dengar2 nya pengasas tabung haji, prof diraja ungku aziz pun x pernah naik haji. betul ke?

"correct me if i wrong"

Mika Angel-0 said...

khamis awang

just a joke, brader
do you know what I was alluding too?