Kemenangan BN Di Batu Talam
Bukti Rakyat Sedia Sertai P/raya - PM
SEPANG, 29 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Talam membuktikan rakyat menyedari pentingnya pilihan raya dan kuasa undi walaupun pembangkang berusaha keras memboikotnya.
"Pengundi lebih bijak memahami apa erti pilihan raya bagi mereka.
"Mereka nak tunjukkan bahawa yang pentingnya ialah mereka hendak memilih seorang wakil rakyat dalam kalangan mereka," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sekembalinya dari London selepas menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
Beliau mengulas kemenangan BN di Batu Talam semalam, apabila Abdul Aziz Mat Kiram, 47, menewaskan calon Bebas, Ng Chee Pang, 22, dengan majoriti lebih besar walaupun peratusan yang keluar mengundi lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2004.
Abdul Aziz memperoleh 6,276 undi berbanding Ng yang hanya menerima 419 undi sekaligus menyebabkan Ng hilang wang pertaruhan.
Abdul Aziz menang dengan majoriti 5,857 undi, berbanding 2,761 undi majoriti yang diperoleh wakil rakyat BN allahyarham Datuk Tengku Paris Tengku Razman pada pilihan raya 2004. Beliau meninggal dunia 27 Dis lalu.
Abdullah yang bersyukur dengan kemenangan itu berkata kejayaan besar BN di Batu Talam sekali lagi membuktikan proses demokrasi tetap subur di negara ini dan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang ternyata meleset.
Beliau berkata pembangkang sebenarnya memboikot pilihan raya kecil itu kerana mereka tidak berani untuk meletakkan calon di situ.
"Mereka sebenarnya nak uji kekuatan kita (BN), nak tengok sejauh mana rakyat suka kat kita," katanya.
Bagaimanapun, Abdullah berkata rakyat sudah matang dengan tindak-tanduk pembangkang justeru memberikan kemenangan yang lebih besar kepada BN pada pilihan raya kecil itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdul Aziz turut berada di Kompleks Bunga Raya untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri, di mana Abdullah secara peribadi mengucapkan tahniah kepada wakil rakyat baru itu.
BERNAMA, 29 Januari, 2007
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=244043

4 comments:
Bebalisme AAB dan Anwar Ibrahim mesti disirnakan daripada bumi Malaysia tercinta ini.
AAB perlu dihantar ke pejabat Agama negeri menjawat jawatan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama. Bertanggungjawab membasmi salahlaku rasuah seks, rasuah politik, penipuan dan sebagainya. Selama ini segala kepincangan rasuah hanya terbeban pada bahu pihak polis semata. Sudah tiba masanya Jabatan Agama turut bertanggungjawab membasmi kemungkaran yang semakin menular menjadi wabak yang bisa merosakkan institusi masyarakat dan meruntuhkan negara ini. Justeru AAB perlu balik ke Kepala Batas jadi Pegawai Agama di sana. Mulakan dengan pembasmian besar-besaran gejala rasuah seks, rasuah politik, rasuah maruah, rasuah jatidiri dan sebagainya. Mulakan dengan kempen menyatakan bahawa 'RASUAH ITU NAJIS MUGHALLAZAH'. 'RASUAH SEKS ITU NAJIS'. 'RASUAH POLITIK ITU NAJIS'. RASUAH HARGA DIRI MARUAH BANGSA MARTABAT NEGARA ITU NAJIS!'.
Anwar Ibrahim pula kena balik Penang jadi Cikgu Bahasa Melayu. Terangkan kepada pelajar orang Melayu itu hebat menguasai segala genap kepulauan di nusantara meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina, Hawaii, Tonga, New Zealand, Australia, Madagascar, dan segala macam lagi. Beliau mesti buka minda sendiri dulu sebelum cuba menerjah minda pelajar dan melakukan anjakan paradigma yang diperheboh-hebohkan semasa beliau jadi Menteri Pendidikan dulu.
Jom sokong PAS boikot pilihanraya
Takbirrr!
http://www.siapanakjawab.blogspot.com/
AAB dan Anwar Ibrahim hanyalah anjing upahan CIA yang sanggup menjilat punggung Zionis dan Singapork!
Najib hanyalah pecacai pengangkat najis AAB yang sanggup membiarkan diri digelumangi tahi AAB yang tak tergambarkan kebobrokan dan kejelikannya itu!
AAB, Anwar dan Najib hanyalah bayang-bayang Zionis yang mendampingi objek jelatu bak jambu batu yang hanya bisa dihonggis tanpa silu tanpa harga diri! Geli!
Post a Comment