Thursday, January 11, 2007

Boikot Batu Talam
Dan Reformasi SPR

Awal pagi tadi - 2.00 pagi, 11 Januari 2007 - saya membuat posting kisah Barisan Alternatif (tidak didaftar pasal tak cukup korum) yang antaranya dianggotai oleh Pas dan Keadilan, memboikot pilihanraya kecil DUN Batu Talam, di Raub, Pahang.

Di peringkat akhir kisah itu saya mengemukakan empat soalan basik berkaitan pemboikotan berkenaan seperti berikut:

1. Tidak mungkinkah pemboikotan itu hanya satu gimik?

2. Adakah Dap juga akan akur dengan keputusan BA untuk sama-sama memboikot pilihanraya itu?

3. Mungkinkah akan muncul calon-calon bebas di hari penamaan calon kelak?

4. Mungkinkah BN akan menang tanpa bertanding?

Pada jam 1.00 tengahari 11 Januari 2007, saya menerima dua pucuk sms dari seorang ‘toyol’ seperti berikut:

1. Berita boikot itu gimik sahaja untuk tekan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keluarkan lebih 100 nama-nama pengundi India yang dipercayai tidak bermastautin di Batu Talam daripada senarai pemilih.

2. Ada kemungkinan pada hari penamaan calon dia orang (BA) tarik balik pemboikotan itu. Syaratnya, SPR keluarkan seluruh nama-nama pengundi yang disyakki sebagai pengundi hantu.
Saya ucapkan terima kasih kepada ‘toyol’ berkenaan. Ada sebahagian daripada mesejnya saya blackoutkan kerana sensitif kepada kepimpinan negara.

Bagaimanapun, kalau betullah pemulauan di atas cuma satu gimik, marilah sama-sama kita tanya soalan-soalan berikut:

1. Kenapa perlu bergimik kalau hendak meminta SPR mengeluarkan senarai pengundi yang disyakki sebagai pengundi hantu?

2. Mengapakah tidak disuarakan soal pengundi hantu itu secara rasmi?

3. Tidakkah gimik seperti ini boleh mengkahis keyakinan BA sendiri?

4. Tidakkah gimik ini juga akan menjerat BA kalau akhirnya ia mengketengahkan seorang calon untuk menentang calon BN?

Walaupun begitu, BA bebas bebuat apa sahaja yang difikirkan perlu dan betul. Begitu juga dengan BN, SPR dan Kerajaan.

Kita nantilah apakah perkembangan selanjutnya menjelang hari penamaan calon pada 16 Januari 2007.

Akhir kata, sama-samalah kita akui hakikat bahawa SPR tidak selama-lamanya salah atau kononnya menyeleweng.

Sistem pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR selama ini telah pun memungkinkan Pas memerintah Kelantan sejak 1990 hingga sekarang.

Sistem yang sama juga telah memungkinkan Pas, Dap dan Keadilan memenangi beberapa kerusi Parlimen.

Jadi, janganlah asyik kutuk SPR secara melulu. Apa yang diperlukan masa ini adalah kewujudan sebuah organisasi multi-parti yang digabungkan dengan perwakilan NGO, professional dan elit akar umbi untuk secara ikhlas mengkaji dan mencadangkan reformasi SPR demi kepentingan demokrasi yang melalui evolusi dari zaman ke zaman di negara ini! – Ruhanie Ahmad.

2 comments:

Anonymous said...

Dato;

Sudah tentu akan ada kawasan-kawasan yg dimenangi oleh Parti Oposisi disebabkan oleh beberapa faktor;

1. Kawasan yg memang tidak boleh berbuat apa-apa oleh SPR & BN . Kawasan kubu kuat Oposisi.

2. Silap strategi pihak BN & SPR

3. Kekalahan BN dibeberapa kawasan diperlukan dan sebahagian drp strategi untuk menutup penyelewengan.

Anonymous said...

Macam biasa lah, parti pembangkang dalam keadaan tertentu gemar buat "test the market" kalau2 BN termakan dgn umpan mereka. Saya juga percaya PAS akan meletakkan calon nya. Isu pengundi hantu ni lama dah dok jaja oleh PAS, kereana mereka lebih arif dalam operasi mewujudkan pengundi hantu ni,. Mereka lebih pakar. Kalau tak percaya, saya minta UMNO Kelantan buat operasi khas untuk mengesan pengundi hantu PAS dikawasan DUN yang mempunyai peluang 50-50. Apa yang akan saya nanti2kan ialah cara PAS mengempen dalam PR kecil ini. Adakah PAS akan ubah streteji kempennya? Berani PAS hanya menumpukan modal kempennya kepada isu2 semasa yang merupaka kepincangan kerajaan BN? Walaubagaimanapun, Batu TAlam akan berpesta dengan kehadiran ramai petugas2 parti dan peluang ini tidak akan dipersia2kan oleh penduduk untuk membuat perniagaan keci-kecilan. BN tetap menang !