Bloggers Sheih, Jeff Dan Rocky’s Bru
Adakah Sesuatu Yang Meracun Kalbu?
Hari ini saya betul-betul nak tanya khabar pasal brothers Rocky’s Bru, Sheih Kickdefella dan Jeff Ooi Screenshot. Pertanyaan khabar ini didedikasikan kepada mereka pasal saat ni banyak sangat sok-sek dan desas-desus mengenai bloger-bloger berkenaan.
Ada kisah yang begitu. Ada cerita yang begini. Kesemuanya mendebarkan. Kesemuanya membabitkan apa yang sudah mereka karyakan dalam blog masing-masing kebelakangan ini.
Kesimpulannya, hari ini memang banyak sangat desas-desus dan sok-sek pasal banyak hal di negara kita. Senarainya panjang berjela-jela. Temanya juga beranika rupa.
Tetapi, kisah-kisah mengenai bloggers tertentu hanya tertumpu kepada soal kebebasan di alam siber dan hakikat keselamatan di dunia nyata.
Semakin hari, nampaknya kedua-dua isu strategik ini jadi semakin bercelaru dan haru-biru. Ianya jadi begitu kerana kononnya ada pihak tertentu yang memang hendak ianya jadi begitu.
Tulisan ini bukannya karut-marut. Rocky’s Bru, Sheih dan Jeff Ooi tentu tahu. Komuniti bloggers yang belum tahu, haraplah ambil tahu.
Kalau perlu, ambillah tahu dengan satu komitmen bahawa para bloggers Malaysia wajarlah bersatu dalam situasi yang semakin meracun kalbu. – Ruhanie Ahmad.

8 comments:
YBhg. Dato, saya ada terbaca perenggan berikut dlm catitan Dato'bertajuk Kempen DUN Batu Talam "Pengunjung blog ini mungkin memperolehi gambaran yang lebih jelas mengenai usaha ini sesudah membaca siri The Toyol Code secara berulang kali."
Dimana boleh saya dptkan The Toyol Code tersebut. Sekian Terima kasih.
drp Zabidin
Zabidin@psutera.,com.my
dato Ron, tak sedar pula yang datok menyebut nama kak teh dalam entri sebelum ni. Betul, bila pulak aishah nak berblog..dan fati? anyway, cuma nak mengatakan bahawa, kak teh tak lupa datok semasa Ron dululah, membawa kami - ena, fati dan kak teh ke parlimen belajar buat liputan. Tapi kak teh ni macam kak teh laa bukannya political animal..setakat merapu gitu gini boleh laa.
The Toyol Code boleh didapati di laman www.generasi-m.com (klik di ruangan news) lepas tu scroll down ke bawah hingga ketemu. Harap ianya membantu saudara Zebb dan yang lain. Tq.
Yang Berbahagia Datuk Ron
Saya kenal Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi Tun dah tentu la tak kenal saya (siapalah aku! melancholic sikit...)
Tetapi, kalau saya ada peluang bercakap dengan Tun seperti Datuk, saya akan mintak Tun "buat hingaq" tentang nasib bloggers yang Datuk sebutkan itu.
Rocky nampak seperti jatuh ditimpa tangga, terkena pulak taik ayam pandu.
Kena buang kerja (walaupun guna ayat lain yang bagus-bagus), buat blog yang dipantau polis dan akhirnya tekena taik ayam pandu bila saman sudah mari.
-lahbodo.blogspot.com (cc: Rocky's Bru)
Dato,
Ramai Yang tau.. Ramai Yang Tak tau..
Ramai jugak yang Nak amik tau.. ada jugar Ramai buat tak tau..
Bersatu Bloggers Malaysia.
Datuk Ron
Ini lah gerbang informasi terkini mengenai malaysia... the web world apa lagi. People like us yang duduk nun jauh jutaan batu, paper malaysia pun dah tak dapat baca, enews tak banyak sangat yang duk adapun, tak dak ni semua apa lagi yang duk tinggal, sometime kena tenguk juga dari sudut lain, kalau duk duduk satu sudut saja, sat lagi dia duk pi "gelong" semacam saja.
Kami ni, kalau kat msia boleh juga dengar sok sik-sok sik sana, sok sik-sok sik sini, desas desus ni la, desas desus ni la, gosip tu la, gosip ni la, macam-macam lagi, tapi la ni dah tak dak chanel lain dah yang kami semua nak tuju, saluran "mengancam" ni la yang kami duk baca dan dapat maklumat pasai tanahaiq tercinta. Ni la saja, yang duk ada, kalau blog-blog ni semua pun duk kena blok, habislah tak tau apa nak di kata....
Kalau semua kaki bloggers dah kena blok, habis la, tak dak kami tempat nak cari informasi terkini.
Pasai menyentuh kalbu tu, memang la kadang-kadang menyentuh kalbu, tapi menyentuh kalbu ni selalunya terasa bagi orang yang "gelong" saja, orang tak gelong, dia tak sentuh kalbu, banyak lagi dia duk ambik panduan, apa orang putih kata - navigator - jangan jadi alligator sudah la. Susah jadi alligator kena makan orang selalu.... Nanti tak jadi alligator jadi raja bersiong pulak dah.
Malaysia negara makmur, rakyat semua dah teror-teror boleh fikiq, dan nama pun dah terkenai seantero dunia sebab membangun, kuat dan maju. Terkenai macam tu sapa pun bangga, jangan terkenai macam lain sudah la, mau tu semua orang duk melompat hinaq sana-hingaq sini... satu malaya dah duk hingaq, tu semua lama mata duk "terbeliaq" tenguk kat kita... Baru ekonomi nak elok, dah tu pi terejun balik.. sapa yang duk susah, bukan alligator-alligator semua, ni ha orang kecik-kecik ni la yang duk susah.
To Datuk Ron, Rocky and who ever ada blog yang menyentuh kalbu... pen semua dah kena ambik, tapi jari kan ada, Allah bagi, boleh taip kan, taip saja apa yang rasa baik untuk semua, kalau orang yang menyentuh kalbu tak sokong, orang yang tak sentuh kalbu kan ada, kami pun nak tau juga apa duk jadi.
Dear Datuk Ron, take care and salam from gatewest and gateeast untuk datuk, selamat kembali ke web world ni....setelah beberapa lama tersepi tanpa berita.
Bloggers United!
Mari Dato' sama2 sehati tampal logo Bloggers United (rekaan Shieh) pada blog masing2.
Saya dah resume blog lama saya bernama ANother Brick in the Wall.
Rocker tua Abg Tok. :-)
unite! bloggers! let us unite!
Post a Comment