Beli Pesawat VIP Baru Tak Salah
Tetapi Adakah Ia Memang Perlu?
Kerajaan Malaysia memang telah membeli sebuah pesawat baru bagi kegunaan orang-orang kenamaan (VIP) negara.
Tetapi, pesawat itu bukan milik TUDM. Ianya milik kerajaan.
Harganya kira-kira $200 juta. Ia disolek dan didandan oleh pakar-pakar hiasan dalaman kapalterbang di Switzerland dengan kos kira-kira $70 juta.
Seluruh hakikat di atas disahkan oleh sumber-sumber www.kuda-kepang.blogspot.com. yang berada dalam kerajaan petang tadi.
Blog ini memperolehi pengesahan di atas sewaktu membuat susulan kepada berita eksklusif laman web pro-UMNO, www.beritakmu.net, dengan jodol PM Abdullah Beli Pesawat VIP Baru Berharga RM 200 juta.
Kemudiannya, berita tersebut pula disiarkan oleh www.rockybru.blogspot.com. dan juga www.malaysia-today.net.
Oleh itu, wajar kita betulkan satu fakta khusus mengenai pemblian pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus ini.
Fakta tersebut adalah mengenai pemiliknya. Ia bukan milik peribadi seseorang. Ia milik Kerajaan Malaysia. Ia untuk kegunaan pembesar-pembsar negara, termasuklah Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.
Jadi, dari segi prinsipnys, adalah tidak salah kalau kerajaan membeli pesawat itu.
Cuma, adakah perlu pesawat itu dibeli dalam situasi di mana negara kita dikatakan sedang berhadapan dengan kemelut kewangan? – Ruhanie Ahmad
3 comments:
adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. adakah kerajaan berlaku adil dalam membuat perbelanjaan di atas, yang mana dalam masa yang sama kehidupan rakyat terbanyak semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikan dan inflasi, yang masih dipersoalkan kewajarannya hingga kini....
Assalamualaikum
Saya telah bulat hati..confirm kalau ada pilihanraya saya akan pilih pembangkang.Saya sakit hati dgn Pak Lah
Post a Comment